Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Aku, Dia dan Pekerjaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Wah, dah lama rasanya saya tak update blog ini. Saya berharap anda berada dalam keadaan yang sihat di samping dapat membaca post yang panjang ini dengan tenang. Ya, post ini agak panjang kerana ini merupakan sedikit luahan dan pendapat saya sebagai seorang insan yang bergelar usahawan. Baiklah kita bermula pada kali ini dengan satu soalan, adakah anda takut tidak mendapat pekerjaan?

pekerjaan.jpg

Pada pandangan saya, masyarakat hari ini seakan-akan asyik dengan mendapatkan pekerjaan. Penuntut ditekan supaya mendapat gred yang baik supaya mereka akan mendapat perkerjaan kelak yang konon-kononnya menjanjikan kesenangan hidup. Ibu bapa akan memaksa anak mereka ke Universiti agar belajar rajin-rajin, justeru itu mempastikan pekerjaan yang lebih baik kelak.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku ni? Kita seharusnya sedar sebelum terlewat! Patutlah kadar kanak-kanak membunuh diri sedang meningkat di seluruh dunia terutama di negara-negara yang keadaan “mendesak” ini berleluasa. Gaya berfikir sebegini telah sampai keperingkat yang membuat orang yang tidak mempunyai pekerjaan dipandang hina. Jika ada seorang anak yang melepak di rumah tanpa mendapat pekerjaan dalam tempoh yang panjang maka ibu bapa akan menekan supaya mencari pekerjaan. Ini merupakan sikap yang takut untuk gagal. Perasaan takut tidak mendapat pekerjaan sangat menebal…

Namun ayuh kita merenung kata-kata Al Neuharth, pengasas akhbar USA Today:

“Sesetengah ibu bapa bimbang anak-anak mereka mungkin gagal. Saya risau kerana anak-anak saya berumur dalam lingkungan 30an dan tidak pernah gagal lagi. Jikalau mereka tidak bergegas, tidak lama lagi mungkin terlalu lambat bagi mereka untuk gagal dan belajar apa-apa daripadanya”.

Cukup jelas mesej yang disampaikan. Apakah sebenarnya matlamat pendidikan? Bagi saya pendidikan bertujuan untuk mengajar seseorang bagaimana caranya untuk menghasilkan yang terbaik daripada dalam dirinya dan untuk mengembangkan dirinya ke tahap yang terbaik mengikut bakat yang ada padanya.

Tetapi “matlamatnya” hari ini tampak seperti hanya untuk mendapatkan pekerjaan, mencari pekerjaan - PEKERJAAN! PEKERJAAN! PEKERJAAN! PEKERJAAN! Apa jenis pekerjaan tidak musatahak. Sama ada seseorang itu menggemari pekerjaan itu atau tidak pun tidak penting asal saja ia mendapat pekerjaan itu.

Kita semua tahu bahawa “yang terbaik” daripada masyarakat kita terdapat di universiti-universiti kita yang unggul, tetapi bagaimanakah pula sebilangan besar “bijak pandai” kita kini bekerja untuk orang-orang yang tidak pun pernah melihat pintu pagar universiti? Jika kita kaji… memang sangat menghairankan…

Ibu bapa kepada golongan siswazah ini pula perlu menghabiskan wang yang banyak demi untuk anak-anak belajar. Mungkin ada yang membuat pinjaman puluhan ribu ringgit untuk menamatkan diploma. Kemudian ditambah lagi puluhan ribu untuk ijazah. Dan tambah lagi puluhan ribu untuk PHD. Dan tambah lagi puluhan ribu untuk errr…

Satu lagi perkara menarik ialah siswazah ini kembali untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji sejumlah hanya RM2,000 hingga RM3,00 sebulan! Saya tidak tahu berapa tahunkah anak ini perlu bekerja untuk mendapatkan kembali jumlah wang yang telah dibelanjakan. Jika kita melihat dari satu sudut lagi.

Oh, ada lagi perkara yang menarik! Jika semua para “yang terbaik” masyarakat kita ini akan keluar mencari pekerjaan, siapakah pula yang akan mengadakan pekerjaan itu? Anda jawab sendiri… Ramai yang masih tidak menyedari perkara sebegini.

Mungkin post kali ini kedengaran seperti saya menghasut anda agar tidak perlu belajar tinggi-tinggi dan berhenti kerja. Sebenarnya bukan begitu. Jikalau anda bahagia dan berpuas hati dan pekerjaan anda menyeronokkan anda, teruskanlah. Tetapi jika anda sudah mula merungut kerana anda tidak berpuas hati, ingatlah anda berhak untuk berjaya!

tan-sri-loh-boon-siew.jpg

Lihatlah Tan Sri Loh Boon Siew, seorang hartawan dan dermawan. Berhijrah dari China ke Malaysia ketika berumur 12tahun dan mendapat pekerjaan sebagai seorang mekanik. Sehingga ke akhir hayatnya, beliau tidak dapat membaca atau menulis namun beliau telah menyediakan pekerjaan bagi ribuan orang. Terdapat beribu lagi contoh yang boleh saya kemukakan namun tiada siapa yang dapat mengubah anda selain diri anda.

Akhir kata, kita bukanlah dilahirkan untuk bekerja sehingga ke akhir hayat. Pada saya, kita dilahirkan untuk mengembangkan diri kita keatas kemampuan dan bakat kita.

Salam Usahawan! sekian.

p/s: Di harap post ini tidak akan membuatkan mana-mana pihak berang kerana ini hanyalah pendapat peribadi.

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

34 Comments »

Comment by kakeru
2008-07-17 01:04:09

Kita sebenarnyna disogokkan dgn ilmu dulu2,mungkin juga sbb mak ayah takut anak mereka takde duit klu tak bersekolah tinggi. Sbb tu ilmu mengenai urusan kewangan yg penting…bukan bererti belajar tu tak bagus, cuma kita selalu salah faham.

Ilmu pengurusan kewangan yg penting tu lebih penting sbb ilmu tu lebih dekat dgn ilmu ttg kehidupan. Even org tu dah belajar tinggi2, kdgkala disebabkan oleh the lack of financial literacy…hidup org tu akan jadi kucar-kacir.

Sehingga org tak sedar bahawa mereka sedang menambah liabiliti yg dianggap sebagai aset… Silapnya kerana mereka semakin menambahkan beban di kala org lain sedang menanam aset yg bergunung…

Oh! Malangnya jika kita juga begitu…

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-07-18 00:05:09

Itulah.. masyarakat kita juga lebih mengutamakan liabiliti daripada aset ;)

 
 
Comment by videono
2008-07-17 01:40:33

ehm..depends pada seseorang. Kekadang, memang ramai yang memilih masa cari kerja tu. Bukti dah terlalu banyak..

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-07-18 00:06:47

Tulah.. memilih

 
 
Comment by Hasbul
2008-07-17 02:43:24

asal belajar je…kena masuk U..asal belajar je kena masuk U ..itulah mindset di tanam dalam pemikiran kebanyakan masyarakat kita.. Sekolah dan Universiti telah melahirkan satu populasi besar orang2 yg berpemikiran sedemikian..9/10 rezeki ialah dari perniagaan tetapi hanya 1/10 daripada siswazah memilih perniagaan sebagai punca rezeki..jumlah pendapatan 10% golongan peniaga aka businessman ni sama dengan jumlah pendapatan 90% orang yang bekerja untuk majikan mereka..

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-07-18 00:08:42

Siswazah kita masih belum cukup berani untuk gagal. Secara automatik… belum cukup untuk berjaya :)

 
 
Comment by Abg Di
2008-07-17 04:45:25

Saudara Adly

Proses pencarian ilmu dan mematangkan diri (pengalaman) boleh berlaku dimana-mana. Salah satu tempat yang menjadi tumpuan untuk mencari ilmu (qualification) dan mematangkan diri dari dulu sampai sekarang adalah Universiti. Perkara ini telah terbukti dengan lahir ramai orang-orang yang berjaya dalam bidang masing-masing selepas lulus dari Univeriti. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun.

Perlu juga kita akui bahawa untuk berjaya tidak semestinya kita lulus dari Univeriti. Telah terbukti dengan lahirnya tokoh-tokoh usahawan baik di negara kita atau luar yang berjaya dengan kadar yang sangat luar biasa walaupun mereka bukan lulusan univeriti.

Alangkah baiknya jika kita mempunyai kedua-duanya. Iaitu kelulusan dari universiti (qualification) dan pengamalan (experience) berniaga serentak. Sekurang-kurangnya kita telah mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan.

Dimana tempat yang paling sesuai untuk dapatkan qualification and business experiance serentak?

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-07-18 00:10:58

sebenarnya mempunyai pro dan cons… so saya rasa tak ada siapa betul dan tak ada siapa salah :)

Yang penting, hidup dalam keadaan diredhai ilahi :)

 
 
Comment by Dik Mal
2008-07-17 08:04:43

Ilmu adalah satu pencarian sepanjang kehidupan.

Ilmu di angkat, di pelajari.

universiti adalah ibarat medium terbaik untuk mengangkat ilmu ke tempat tertinggi. sesiapa di dalamnya harus menunaikan tanggungjawab sebaiknya.tidak semestinya keluar U, tak boleh jadi usahawan, dan tak semestinya tidak masuk U tak boleh jadi kaya :) tepuk dada tanya selera ;)

ps : jangan berhenti mencari ilmu.. :) jika benar di lihat, saya suka beranggapan populasi mereka yang belajar sepanjang zaman demi ilmu, ibarat populasi mereka yang membaca due tiga helai buku untuk setahun… pedas, tapi hakikat..

just 2cents of mine

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-07-18 00:13:16

agak menarik persoalan yang diketengahkan :)

Buat kita semua berfikir… kalau kita boleh kedua2nya.. nyata lebih bijak :)

 
 
Comment by Othman
2008-07-17 09:44:58

Salam !

Tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian
hinggalah ke liang lahad.

Orang yang berilmu memang pandai mengurus hidup dan pandai bekerja.

Misalnya IM yang berjaya memang ada banyak ilmu dan pengalaman.

IM yang mengeluarkan produk dan memasarkannya akan bertambahlah ilmu dan pengalamannya

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-07-18 00:14:50

Paling penting… untuk berjaya dalam sesuatu bidang.. anda perlu menuntut banyak ilmu dalam bidang tersebut ;)

 
 
Comment by En Dlie
2008-07-17 10:54:26

Lulusan universiti ini hanyalah satu tiket kejayaan yang singkat. Pokoknya, diri sendiri yang menentukan hala tuju ke mana hendak pergi.

Kalau setakat mengharapkan pekerjaan yang ada, nanti bila x selesa, x sesuai, cari kerja lain.. x ke sudah jawapnya.. jadi, dengan mencipta peluang kerja untuk diri sendiri (self business), ia merupakan satu langkah yangagak BAIK kerana bekerja atas keselesaan kita… :-)

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-07-18 00:15:26

ya.. inilah yang saya cuba sampaikan :D

 
 
Comment by syuxx
2008-07-17 15:49:49

kekayaan adalah milik semua orang.
tapi kita perlu cari kekayaan itu.
sudah pastinya tak terletak pada universiti mana kau pergi,
berapa byk sijil kau ada,

tapi satu, depends dengan USAHA.

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-07-18 00:17:07

yup… IQ hanya membantu 20% utk kejayaan kita.. selebihnya.. depends on usaha kita :)

 
 
Comment by peeja
2008-07-17 18:41:53

x sume org ada minat dlm dunia usahawan..
mungkin perkara pertama yg mereka pk adalah risiko yang perlu dihadapi dan juga modal.
so platform terbaik utk dpt perkejaan ialah dgn blaja setinggi mane level yg dorg rase mampu
meletakkan diri dorg pada pekerjaan yg sptutnye..
tp kebanyakan konsep blaja student2 skang, blaja sbb exam.. tanpa amek peluang utk dpt sebanyak
mane kemahiran dan pengalaman..sbb tu kebanyakan dorg x kesah keje ape, janji berkeje..
so..yg penting utk mendidik org2 kt lua sane utk beniaga atau jd usahawan ialah melalui pendedahan..
pendedahan yg bkesan blh wat org x minat beniaga pn blh jadi minat..
tp pada mase yg same, jgn melemahkan semangat org yg tgh bertungkus lumus blaja..hehe..
sume org ade minat n alasan masing2 utk ape yg dorg wat..=)

/me tgh pk nk wat bisnes ape..

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-07-18 00:17:48

Saya sendiri akui… masih ramai yang tak berminat langsung dalam bidang usahawan ini :)

 
 
Comment by titan
2008-07-18 05:55:13

bukan tak minat. cuma ramai yang nak dapat duit cepat dalam internet nih. tu pasal sekarang, permintaan terhadap program2 pelaburan sangat tinggi.

pihak bank pun memang suka bende2 begini dan diorang pun dah ada banyak plan pelaburan..

bab belajar. bagi aku penting. masuk universiti atau tak. itu terpulang pada pandangan masing2. yang aku bengang, bebudak masuk universiti, tapi tanak belajar dan dapat result teruk. diorang tak tahu ke berapa ramai yang kene reject masa apply UPU??

Comment by taukey
2008-07-18 14:25:05

a’ah mmg itulah pandangan aku. Main tu blh tapi biar bertempat dan jangan biarkan ianya menggangu pelajaran.

Fokus itu penting

 
Comment by mentor jutawan
2008-07-25 12:02:25

jangan kena reject selepas masuk Universiti dah laa…

 
 
Comment by ramzy0
2008-07-18 11:38:37

huhuhu, gua tahu ni luahan dari dalam ati nih… makk, saya taknak masuk u!!! ^_^ lol

 
Comment by Hasbul
2008-07-18 15:02:20

asal qualification je universiti..asal qualification je universiti..means kelayakan..org yg berkelayakan kena dari universiti ke? xsemestinya kot..tp tahniah utk siswazah yg berkelayakan..means bukan sijil..tp mereka layak kerana usaha mereka menjadi pakar dlam bidang mereka pilih..utk bukan lulusan universiti..anda juga berkelayakan sebenarnya jika anda ada usaha tersebut..so xsemstinya universiti boleh dapat kedua2 nya..

Comment by Abg Di
2008-07-19 08:45:03

Saudara Hasbul

Kita kena lihat realiti sekeliling di mana kita berada… sekuat dan setabah manakah kita untuk melawan arus, sehebat manakah kita untuk mengubah keadaan.. mampukan kita berdepan dengan rialiti kehidupan.. atau hanya sekadar fantasi yang berlegar-legar dalam minda.. :-)

 
 
Comment by kimie
2008-07-18 20:22:05

beb, aku paham perasaan ko beb..
pandangan orang terhadap aku sama macam pandangan orang terhadap ko.. sebab kita tak belajar di universiti, and kite tak kerja..
betul kite kerja sendiri online,
tapi orang tak nampak.. and orang sekarang,(orang dulu2 pun) mesti nak nampak sumthing, at least apa kerja ko, kalau ko mewah tapi diorang tak nampak ko bekerja, ko akan di cop sebagai pengedar dadah antarabangsa..hehehe..

dan yang paling aku bengang sekali bile berhadapan dengan sedara mara
belah ayah aku especially(pelajaran tinggi2), “ei, kimie, apa ko buat sekarang, napa tak kerja, napa tak belajar, bazir masa ko jer, apa nak jadi dengan ko, ko tak de cita2 ke?”

eeeeee…. rase macam nak karate jer tengkok diorang… mayb sebab hasil aku tak nampak sangat kot.. hmm..

kesimpulannyer, duit…

ko ade duit, ko lah paling hensem, ko lah paling macho, ko lah paling baik, ko lah paling gagah perkasa, ko lah paling jujur, ko lah paling mulia, segala2 nya ko lah paling bagus di mata diorang2 ni..

so, kesimpulannye, walaupun aku menaip panjang lebar kat blog orang disertai dengan emosi yang terganggu selepas membaca posting ni, aku tetap takkan putus asa..

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-07-28 18:49:34

Hehe… adakalanya orang tak menilai duit sangat. Try pergi kat kampung… antara duit dan sijil…

Percayalah orang kampung akan pilih yang mempunyai master & PHD berbanding dengan orang kaya.

 
 
Comment by Hasbul
2008-07-20 18:03:47

tidak semua org memandang arus, realiti kehidupan dari sudut yg sama..agak malang bagi mereka yg tidak tabah utk mengubah keadaan sedangkan semua org berhak utk berjaya jika mereka ada usaha..So, sy kurang bersetuju untuk mendapatkan qualification n experience yg terbaik ialah di universiti..mungkin sy pandang kelulusan dari sudut lain..tp sy tabik spring!! kepada lulusan universiti yg ada kedua2nya seperti abg di..sy meraikan perbezaan pendapat spt ini..apa yg penting kita usaha dan buktikan kita boleh berjaya tidak kira smada kita ada ijazah @ tidak..

 
Comment by noorizam shah
2008-07-21 11:30:58

ini yang terjadi kepada tan sri lim goh tong.. tinggalkan harta aset berbilion kepada anak cucu..

 
Comment by Sabri SaifulSham
2008-07-24 16:25:03

Salam Labanon,

Wah.. penuh emosi nampak post kali ini.. :)

Saya memahami dan turut bersimpati (dan ada satu cadangan)

Kadang2 ibu bapa ni bising sebab kita selalu duduk depan mata diorang dan rimas bila jiran2 asyik dok tanya.

Cara yang terbaik, cari rumah sewa, buat kerja kita dan anggaplah seperti kita sudah dewasa dan ada pekerjaan. Tiap2 bulan bagi duit dekat parents dan hari raya bagi duit raya.

Balik hujung minggu atau time cuti sekolah sahaja.

Dengan cara ini, slowly ibu bapa kita boleh anggap usahawan adalah “kerjaya” :)

Give it a thought, I am an email away! :)

Sabri

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-07-28 18:51:09

W’mslm,

Wah thanks bro di atas cadangan tu… insyallah saya cuba praktikkan nanti :)

 
 
Comment by mentor jutawan
2008-07-25 11:58:13

kalo takder kerja camner nak dapat duit setiap bulan. dengan kerja sebijik itu aje laa dapat duit setiap bulan…

kerja tetap kerja. pelajaran pun penting, namun jangan terlalu berharap kpd skor A semata-mata untuk mendapatkan kerja… kerja gomen pun mengharapkan duit sambilan juga sebagai pilihan harga minyak yang naik…. hohohohoo…

 
Comment by mohdhafifi
2008-07-27 10:45:51

Sekarang ni memang suah nak dapat keja. Baik kerja sendiri, kalau makan gaji susah..

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-07-28 18:51:52

Hehe… betul tu.. dijangka akan cecah 1 juta orang yang mengangur di Malaysia nanti.. fikir-fikirkanlah..

 
 
Comment by Firdaus
2008-09-14 21:59:50

Baik keje studi atau Biz pastikan apa yang anda lakukan bermanfaat untuk masa depan anda teruskan berusaha dan berangan Janganlupa doa Pada Allah Insyaallah berjaya amin

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.