Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Hehe bagi yang dapat hadiah dari saya tu jangan pulak bagi kat orang lain ek! Kalau ada orang nak jugak sila PM saya. Nampaknya baru takdi terima komisyen affiliate daripada penjualan ebook SmartZul hehe tak sangka walaupun hanya meletakkan banner dapat jugak duit. Allhamdullilah!
Baiklah bagaimana ingin menjadi usahawan berjaya seterusnya menjadi jutawan yang berjaya? Hehe sebelum nak jadi jutawan tu anda perlu tanamkan dahulu keinginan untuk menjadi jutawan kerana hampir 70% hasrat kita tercapai kerana keinginan bersungguh-sungguh. Untuk menjadi usahawan berjaya saya rasa pertama sekali ialah sabar. Ya setiap perkara yang kita buat mesti sabar kerana bukan semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan. Jika tiada sifat sabar tentulah anda akan mudah berputus asa dan anda perlu ingat! “kejayaan tidak akan datang bergolek” tetapi ia datang berjalan
Kedua untuk menjadi usahawan yang betul-betul berjaya anda perlu ada strategi. Ya strategi amat penting supaya langkah yang di atur dapat menghasilkan wang. Setiap benda yang kita buat jika mempunyai strategi insyallah kita akan berjaya. Hatta bermain chess pun perlukan strategi yang mantap dengan harapan yang satu iaitu ingin menang.
Ketiga anda perlu bersungguh-sungguh dan jangan buat kerja sambil lewa. Jika anda ingin berjaya kesungguhan itu penting. Jangan malas! hehe masih ingat kata bro Mysticmind ” PEMALAS NAK MAMPUS! orang bodoh boleh diajar..orang pemalas… tak guna idup.” Hehe betul tu bro
Jangan malas kerana kejayaan hanya mendampingi orang yang rajin. Ya sekali lagi saya ulang.. kejayaan hanya mendampingi orang yang RAJIN!
sekian.
p/s: Ader lagi ker yang nak hadiah? ![]()

























Wa tahniah dapat komisyen…. leh banje
KEywordnya…jauhi sifat pemalas….lepas tuh, InsyaALLAH, satu persatu masalah akan selesai
Kalau mengharap yang bulat datang bergolek, kucing dah tumbuh tanduk pun belum tentu dapat