Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

10 Budak Buat Duit Dari Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

berjaya.gif

Baiklah pada kali ini saya cuba ingin menyenaraikan sepuluh orang “budak” yang saya tahu dah buat duit di Internet ni daripada Malaysia. Saya rasa list ini taklah lengkap tapi saya rasa saya akan update dari semasa ke semasa kelak. Ramai antara mereka ini bukan budak pun tetapi sudah bergelar “remaja” dan memiliki kelebihan masing-masing untuk mendapat wang daripada Internet. (semestinya semua mereka ini sudah boleh nak kahwin ho ho ho!)

Mereka yang saya senaraikan ini adalah yang berusia belasan tahun yer… dan saya cukup respect dengan mereka kerana sudah pandai untuk mencari duit sendiri.(Mereka semuanya hebat-hebat tapi rugi still tak nak kahwin oh! ) Baiklah tengoklah beberapa list yang saya dapat kumpul… tak banyak pun:

1) Khalif a.k.a Cyber Boyz - Adik kita ini berumur 12 tahun tetapi sudah mampu menjana wang daripada Internet. Beliau menjana wang dengan menjual beberapa script, pekhidmatan design dan sebagainya. Fuh baru darjah 6 dah pandai buat duit. Ada harapan nak jadi jutawan nih! (Siapa yang nak buat adik angkat leh la nih… kurus jer.. sure leh angkat punya ha ha ha!)

2) Mohd Hilmi - Beliau berumur 18 tahun dan menjana pendapatan daripada penjualan produk-produk digital yang mempunyai Resell Right. Beliau juga katanya aktif menjualnya di pasaran global betul ker? Takpe yang penting dia dah jana wang daripada Internet.

3) Ikram Zidane - Beliau juga berumur 18 tahun dan menjana wang daripada penghasilan wordpress theme, membina laman web dan sebagainya berkaitan dengan design. Fuh… designya saya rasa sangat lawa dan saya percaya beliau dapat pergi jaaauuuuhhhh lagi dalam bidang ini. (ehem-ehem agak serius orangnya… betul ker?)

4) Adnin - Beliau juga berumur 18 tahun dan menjana wang daripada produk-produk digital seperti ebook. Salah satu produk beliau yang mendapat sambutan hangat ialah ebook cara membuat air soya dan tau fu fah. Sangat berpengalaman dalam bidang Internet Marketing ni… banyak ilmu yang dikongsikan oleh dia kepada saya. (belanja air soya satu!)

5) Aisyah Rozi - Si gadis jelita ini juga berusia 18 tahun dan mendapat pendapatan juga melalui khidmat design. Beliau pernah menunjukan hasil design yang dilakukan untuk clientnya dan saya amat tertarik dengan beliau design tersebut. Bila saya tanya harga perkhidmatan design beliau… dia kata rahsia. Tapi takpelah sekurang-kurangnya dia menjana wang melalui Internet! (ehem… still single lagi ker ni? ho ho ho! :D )

6) Abdul Rahman - Beliau juga berumur 18 tahun dan menjana wang daripada khidmat copywriting. Saya rasa beliau banyak ilmu dalam bidang ini kerana bila berforum banyak jer istilah-istilah pelik yang dikeluarkan oleh beliau mengenai copywriting haha. Saya berharap beliau menjadi salah seorang copywriter yang disegani kelak!

7) Hany Ramzy - Beliau berusia 18 tahun dan bercita-cita ingin menjadi pro blogger. Saya rasa beliau kini sudah mempunyai blog yang stabil dan salah satunya ialah MobileLah.com. Saya rasa sudah tentu banyak dah income yang dia dapat daripada Internet ni.

8 ) Dauz - Beliau berusia 17 tahun dan giat berforum di WangCyber.com. Beliau banyak menjual produk-produk digital yang mempunyai lesen jualan semula. Saya rasa bakat beliau masih boleh dikembangkan lagi dan seterusnya menjadi IM yang berjaya. Janji dia dah buat duit di Internet.

9) Taiping Online - Beliau kini berumur 19 tahun dan merupakan seorang yang bergerak secara undeground. Saya pernah borak-borak dengan dia… dan pendapatan beliau ialah 5 angka sebulan! Saya tak pasti dia buat perniagaan Internet apa… cuma dia ni banyak bergerak secara undeground :) Salah satu websitenya ialah Beskot.com

10) Ecaros - Beliau juga berumur 18 tahun dan merupakan kawan baik saya. Erm… dia masih dalam proses pembelajaran namun dia dah dapat menjana wang daripada Internet dengan membuat kerja-kerja freelancer. Beliau mengambil upah menulis artikel, menulis transkrip dan sebagainya. Agak lumayan pendapatan membuat kerja-kerja sebegini di Internet.

Fuh… dah letih nak kumpul 10 orang remaja idaman lelaki dan wanita yang buat duit di Internet daripada Malaysia. Tu jerlah beberapa nama yang saya kenal dan saya percaya masih ramai lagi diluar sana. Insyallah saya akan sentiasa update nanti untuk versi kedua. Kepada sesiapa yang ingin masukkan namanya dalam edisi kedua nanti sila contact saya dengan menggunakan ruangan contact.

Harap anda semua dapat sedikit motivasi daripada list-list di atas. Oh yer… disusun secara rambang yer… takde ranking-ranking :)

sekian.

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

76 Comments »

Comment by Asmuii
2008-04-29 04:19:34

terima kasih Labanon.

suatu senarai yang menarik. cukup untuk
menyedarkan betapa perniagaan internet amat mudah untuk dijalankan. sesiapa shj boleh turut serta.

=)

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-29 10:31:17

yup betul tu :)

 
 
Comment by JNR
2008-04-29 05:37:56

Waa.. Hebah.. Hebat.. Salute.. Ho ho!

Eh, aq tak de kena senarai ker, abang lebanon? :p

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-29 10:31:37

Forex memorex ni tak lagi setakat ni :P

 
 
Comment by hairul
2008-04-29 07:47:12

Ada satu nama takde kat senarai tu la.

Labanon kot nama dia….hehe

huhu…baru tau, nama dia tak masuk dalam senarai “10 budak buat duit”, tapi senarai “budak gian nak kawin”… :) Nama Labanon kat atas sekali.

Fuh, pasti golongan yg “agak berumur” tercabar ngan anda semua…

Tahniah semua, and terus usaha. Harap-harap kita semua tak tertipu dengan nikmat dunia dan tak mudah lupa diri.

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-29 10:32:04

Hehe saya bukan budak lagi… dah nak kahwin ho ho ho!

 
 
Comment by Abooain
2008-04-29 08:28:07

Kao orang ni beruntung, umur muda dah pandai berniaga……salah satu aktiviti yang bermanfaat dan menjadikan masa muda itu tidak sia-sia.

 
Comment by G-kin
2008-04-29 09:07:11

ecaros yg aku paling respek sekali :D (aku pun kenal dia LOL~)
x sangka dia tersenarai jugak. Good luck!

 
Comment by mazlie nadzri
2008-04-29 10:04:46

salam..

Lebih cun kalau leh letak gambar diorang sorang2 bro…br rasa lengkap sikit, mane tau jalan2 terjumpa ke..leh gak tegur…

 
Comment by titan
2008-04-29 10:12:59

Tahniah kepada 10 orang budak tu..

Comment by Din Beramboi
2008-04-29 10:23:56

10 budak hitam…main tepi longkang, 1 jatuh longkang, tinggal lg 9. Ko ingat lg x lagu tu Titan? heheh..

Comment by titan
2008-05-01 01:00:06

aku ingat. Tapi aku tak ingat lirik dia..

camana tu. Haha..:)

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Aisyah
2008-04-29 10:16:27

wow. list yang sangat, Sangat, SANGAT menarik. (maybe sbb ada nama saya disitu) haha. takdelah. memang list ni sgt menarik. I’m so going to check out others as well. and yeah, Ikram is a serious person. huhu

“si gadis jelita” eh? huhu~ *kembang sikit*

and,and and, saya single. sila beratur dan tunggu giliran untuk interview ok. haha.

and encik, awalnyaaa nak kahwin umur belasan tahun. walaupun dah buat duit. enjoy dulu… hehe.

Comment by Din Beramboi
2008-04-29 10:25:06

Nak interview, nak interview… =)

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-29 10:33:04

Aiii bro… takkan tak nak bagi can orang kat sini kot… kih kih kih

(Comments wont nest below this level)
 
 
Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-04-29 10:32:28

Hehe… kahwin enjoy aper :D

Comment by Aisyah
2008-04-29 16:47:18

kahwin enjoy sorang je. ramai2 lagi best. ahah. *off-topic*

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Din Beramboi
2008-04-29 10:18:58

Wow…gempaknya diorg nih! Cayalah…huhu. Kena compete ni.

 
Comment by Din Beramboi
2008-04-29 10:22:44

Hoho..Aisyah Rozi tu cute la..hehe. Lawo siut.. =)

 
Comment by taukey
2008-04-29 11:27:22

hehehe….tahniah kepada kengkawan sekalian…hu hu hu caya lah budak 12 tahun dah pandai buat duit…aku dulu g redah hutan masa umur gitu…hehehe. G memburu

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-01 06:25:17

Hehe tulah budak2 zaman sekarang.. dah tak kenal hutan :P

Comment by taukey
2008-05-01 14:08:47

takder la…itu ertinya perubahan Zaman…dulu dan sekarang tak leh disamakan…hehehe

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by rass
2008-04-29 13:14:25

salam labanon dan semua,
lah sy ingat budak tu kecil lagi, ini bukan budak labanon kebanyakkan sama geng dgn labanon, dah nak masuk dlm perjalanan coming akhir remaja. tak de lah gurau jer, you all masih muda remaja but still be careful lots of proper plannning needed. masa berlalu dgn laju, careful planning perlu sangat tu, including kenal sidia tu pun kena ada skill. lebeh2 emosi dan komunikasi skill. hati2 labanon banyak hendak submit form pening nanti nak buat pilihan. jangan marah ya gurau saja.
dulu saya ada baca budak 7 tahun pun dah tahu hal IM entah mana saya baca pun, jangan2 mereka ni antaranya tak. Ya, lah labanon tunjuk kan gambar mereka next time for info. Tahniah2 pada mereka semua ini, satu contoh yg baik moga2 dpt tarik minat pd mereka yg belum berminat. terima kasih.

Comment by Shueqry
2008-04-29 18:34:32

yup, betul tu miss rass..mereka ni bakat muda yang ada masa depan cerah dalam industri internet..

 
Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-01 06:25:57

Hehe… akhir remaja :)..

Mereka ini lebih hebat daripada saya ;)

 
 
2008-04-29 15:48:02

[...] saya baru sahaja review blog saudara Labanon tentang post terbaru yang lebih kurang bertajuk 10 Budak Buat Duit Dari Internet yang mana tidak [...]

 
Comment by dauz
2008-04-29 15:48:58

Labanon,saya pun tersenarai ke??Alamak…baru je setahun jagung je nie…ramai lagi remaja yang mampu buat duit tu…anyway terima kasih banyak-banyak…

tapi saya respect kat khai aka cyber boyz tu la sebabnye budak2 lagi tapi pemikiran dah macam IM yang nak otai tu :)

 
Comment by Norhafidz
2008-04-29 17:40:40

tahniah..bagus, muda2 dah start, aku umor 21 baru kenal biz internet :)

Comment by Shueqry
2008-04-29 18:32:53

Saya 25 tahun baru kenal bisnes internet, lambat sket

 
 
Comment by Nasrun
2008-04-29 18:30:18

Terima kasih kepada saudara Lebanon dengan info yang diberikan. Memang hebat mereka semua.

Saya baru membeli 101tips adsense anda. Tidak kurang hebatnya berbanding Panduan Raja Adsense. Hebat, Tahniah dan Terima kasih dengan ilmu yang diberikan.

Comment by azana
2008-05-09 14:23:38

kan lebih bagus kalu ilmu tu diberi percuma….FOC…. dpt byk pahala.. untung kat akhirat.

 
 
Comment by Shueqry
2008-04-29 18:31:55

Wa!

Pada umur belasan tahun, saya masih remaja yang belum tahu nak buat apa dengan hidupnya.

Pada tahun 1997, penggunaan internet masih lagi belum berapa meluas. Kini, zaman suda berubah.

Kagum dengan bakat-bakat muda ni.

Wish i could be one of them!

Teruskan usaha :)

-Shueqry-

Comment by hanep
2008-04-29 20:20:43

sama la kita shueqry.. zaman dulu internet belum meluas lagi..

 
 
Comment by ramzy0
2008-04-30 02:27:13

aku rasa ko miss sorang lagi. fahmishah (http://www.fahmishah.com/). seorg blogger (tegar jugak rasenyer)

p/s: correction, Hanny, not Hany. double n :P

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-01 06:26:21

Ohh.. sorry my friend :P

 
 
Comment by IM Dreamer
2008-04-30 02:38:13

thanks a lot Labanon for this sharing! :D

sayer paling teruja dengan Taiping Online tuh… bleh tak nanti, cedok lagi rahsia rahsia dier… :D dapat share ngan reramai kawan2 kat sini… :D

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-01 06:27:13

Hehe taiping online banyak bergerak secara undeground… dia pernah cabar saya untuk mengatasi income dia hehe… puluh2 ribu jugak income dia sebulan… hehe

 
 
Comment by syarif
2008-04-30 17:58:10

bagus ar budak nie..aku pun berhasrat nak jadi cam dia..aku sendiri berumur 17 tahun.

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-01 06:27:34

Owh.. ok2 no problem :)

 
 
Comment by Afzai Afandi
2008-04-30 18:59:11

Aku masa 17/18 tahun duk bertungkus lumus belajar…tapi korang 10budak hitam dah sibuk berniaga…permulaan perjalanan yang baik krana memulakan langkah dengan perniagaan.

Cepat dapat duit cepat sikit kawin :)apapun good luck untuk u all

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-01 06:28:07

Hehe… tulah.. kalau banyak2 duit ni.. leh kahwin cepat oh!

 
 
2008-04-30 21:42:39

Assalamualaikum :D

Hehe tersenarai jugak ana ni yer, insyallah, hujung bulan 9 tahun nie saya akan launch latest product saya :D Nanti-kanny k? pewwit :) Penantian satu penyeksaan huhu :)

Comment by dauz
2008-04-30 21:56:14

huhu..bro khai??macam tau je produk tu…macam yang kite chatting tu erk???..
Gud luck la bro…
UPSR dulu yerk???hehe…sendiri spm tak ingat..huuhuhuhu

 
Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-01 06:28:52

hehe bagus betul… kecik2 dah bergeliga otak… ayuh sematkan dalam minda anda untuk kahwin ho ho ho!

 
 
2008-04-30 22:02:36

[...] Labanon - Orang Kaya Muda. [...]

 
2008-04-30 23:14:32

[...] got listed at Flarebiz’s list of teenagers who make money online. Skip to No. 5! [...]

 
Comment by Syahid A.
2008-05-01 01:23:28

Yeah, generasi baru bloggers ni kadang kala menulis lebih baik dari generasi sebelumnya. Tahniah buat semua!

 
Comment by Zairi Zaidi
2008-05-01 07:30:30

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Macam mana orang bawah umur boleh buat duit? Macam mana mereka boleh beli hosting untuk website? Bukankah pakai kad kredit? Hairan-hairan.

Sekian, terima kasih.

Comment by dauz
2008-05-01 11:48:21

Tidak…Beli hosting tidak memerlukan kredit kad sekali pun…Online transfer kan ada sekarang nie>>??Kalau x pun,bank in..Atau pun kakak abang yang leh tolong..Banyak alternatif lain la kalau nak beli hosting selain guna kad kredit…huhu…

 
Comment by taukey
2008-05-01 14:13:45

Byk jer cara org bawah umur buat duit…jual cucur pisang, kerja part time dan ini perniagaan internet. kad Kredit? sekarang nih dah ada penyedia hosting local bayar cash jer. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. (betul ke tak pantun tu pun aku tak tahu)

Comment by zool
2008-05-03 21:53:35

Bukan pantun lah pepatah…

memang betul.. nak beli hosting pakai cash deposit pun boleh..
takde nak tunjuk kad pengenalan pun..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
2008-05-01 13:04:09

[...] 1. Dauz - Salah sorang bdak yang tersenarai sebagai antara budak paling kaya di Flarebiz. [...]

 
2008-05-02 00:22:17

TQ labanon.. nama saya ada :)

p/s : dah nak kawin??? hahah
P/s/s: aisyahrozi hati2 :)

 
Comment by yazidyahaya
2008-05-02 02:03:14

oh..memang taksangke..memang ramai muda-muda sekarang leh wat duit kat inetrnet ni…dulu aku cari butang komputer pun tak tahu

 
Comment by asx
2008-05-02 04:05:03

owh . ok .cool.

 
Comment by Pangeran
2008-05-02 16:32:31

Huh?
Saya paling tercabar ngan budak 12 tahun tuh…
Jom chal;age main game…
Hahaha… Gurau je…
Kalo umo 20 tahun tak kira budak lagi ke? Sebab saya dah 20 tahun…

 
Comment by udin
2008-05-02 17:12:34

Hebat anak-anak ini. Saya rasa bangga. Kita yang dah berusia nak cari duit pun susah. Ada lagi yang malas nak kerja.

 
Comment by munierah
2008-05-02 21:06:28

huh….cam ner bebudak ni buat…ader ke yang sudi jd adik angkat sy nih( ader makne nih….hehehehehh)syabas la untuk adik2 sume..

 
Comment by setria
2008-05-02 22:41:19

Betul tu, budak-budak tu boleh menjadi jutawan nanti.Tetapi bila dah jadi jutawan dan banyak duit, dapt menyumbang sesuatu kepada masyarakat amnya dan orang islam khasnya.

Saya menyokong kuat “budak” yang dah pandai cari duit tu, boleh la bantu mak bapak plak.

 
Comment by yakuza666
2008-05-03 13:02:09

labanon, pinjam artikel nak buat dekat my blog gak..ada link back nanti. TQ :)

 
Comment by ikram_zidane
2008-05-03 14:10:30

Hi,

I don’t really make money from the internet, its more towards the design services.

And btw, i know some of the poeple listed above and personally contacted them. Some of your information is not true. Some of the above dont really deserve to be on this post imo.

Comment by Adly a.k.a Labanon
2008-05-03 16:32:20

hi,

design service tu bukan guna Internet ker? coz saya tahu awak ada ambil upah buat designkan? Sebab hari tu ada baca ur post dekat blog…

Ya post ini taklah tepat coz taklah buat research dan kajian yang mendalam… kiranya yang buat RM1 daripada Internet pun leh berada dalam list ni… yosh!

 
 
Comment by zool
2008-05-03 21:49:19

Bagus lah tu.. ada buat benda berfaedah.. dapat duit..
dari ikut cam budak2 tak tentu arah.. main beskal keliling KL lepaih tu isap gam..

baguslah korang semua..
umur aku 30 tahun.. ada ijazah teknologi maklumat tapi baru tahun lepas aku tau tentang pendapatan internet ni… lambat kan… tapi takpe .. lambat atau cepat tak penting .. yang penting usaha…
‘usaha tangga kejayaan’ .. moto sekolah menengah aku dulu..
selamat berjaya

 
Comment by juraij
2008-05-04 01:14:10

Alhamdulillah..

Bagus lah muda2 dh pandai buat duit.Nampak peningkatan FQ di kalangan rakyat Malaysia terutama generasi muda skrg.

Byk betul striketrough dan kebykn yg di”striketrough” tu menunjukkan tahap pheromone yg tinggi.DI GALAKKAN BERKAHWIN SEGERA!!!!!!!:)

 
Comment by zaki
2008-05-04 03:11:20

bagus….kecik2 lagu dah pandai buat duit…

 
2008-05-04 15:45:28

[...] banyak emel yang ana tak akan baca(newsletter) . So, tak ada perkembangan terkini dan Majalah IM juga ana tak sempat baca. So, mintak maaf kpd yang membeli ana punya produk dan dinasihati jangan [...]

 
2008-05-04 20:24:15

[...] untuk menghasilkan sesuatu dari blog-blogz saya… Kena usaha lebih kuat ni….. 2. 10 budak buat duit dari internet . Satu artikel yang sekali lagi menyebabkan saya terfikir jika budak bawah umur pun mampu [...]

 
2008-05-05 00:56:48

[...] member nie chat ngan saya bertanya sama ada saya team FLAREBIZ atau tidak.Pembetulan saya bukan team FLAREBIZ tetapi saya amat menggagumi mereka.,.hehe..Labanon [...]

 
Comment by nik
2008-05-05 13:31:18

nak nangis tengok diaorg tu. kecik2 lg dah berjaya wat duit aku yg tua ni x tau jalan lg. malu pun ada.

 
Comment by kita
2008-05-06 09:29:50

wahhh..memang ramai rupanya….tahniah kepada mereka semua….malu den coz mula dah agak lewat :)

 
Comment by rass
2008-05-06 13:48:44

Salam Semua,
Jangan bersedeh atau malu mereka berjaya kerna mereka hidup zaman IT, bersama arus kemajuan IT mereka kena bergerak serentak. Kita2 yg belum mulakan teruskan saja, ilmu tak de kebabisan nya. Kalau lambat sekali pun tak mengapa kita tetap belajar. Anak2 muda perlu bimbingan kita juga. Kemahiran hidup tersangat mustahak kena master juga. Nasihat antara satu sama lain sangat2 di perlukan. Kita seharusnya tolong antara satu sama lain. Salam Semua.

 
Comment by Adnin
2008-05-07 23:21:57

banyak ilmu internet marketing ?

Kah (times 1 million) . Pepandai jer……. saya tak da pa sebenarny, merangkak lagi nih :D .

Kalau ko nak merasa air soya dan tau fu fah aku ko kenalah bertandang kat sini :D . Angkut sekali awek ko yang cute tu (yang ko letak kat ym tu :D ) .

 
Comment by azana
2008-05-09 14:26:54

taniah budak2 sume… tapi dlm buat2 duit tu.. jgn lupe beramal yek..

 
Comment by hizam
2008-05-27 09:02:26

first of all, congra……hopefully adik adik ni boleh joint sometime,somewhere utk jadi icon pada member lain supaya akan built up jaringan usahawan muda melayu for future..spt yayasan AL BUKHARY etc utk balance kan ekonomi,sosial di Tanah Melayu kini Malaysia tercinta ni…..(harap ada corporate team yang support them supaya mereka boleh terus maju demi bangsa , agama dan tanahair ( Batu Putih dah jadikan mata kita putih kerana …….?tq,wasalam

 
2008-10-18 17:51:17

[...] Internet juga tiada had umur. Tidak kira sama ada anda ini pelajar sekolah, penuntut Universiti ataupun sebagainya. Jangan tidak percaya bahawa budak sekolah rendah pun boleh [...]

 
Comment by mazuki
2008-10-18 20:53:56

budak-budak mane leh pegang duit banyak….meh abg tolong pegangkan meh
:)

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.