Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hehe takkala terlihat Q membuat pendedahan berani di blognya ( rujuk di sini ) Saya juga ingin membuat satu pendedahan berani HOHOHO! Agak-agaknya apa yer? Saya akan dedahkan badan saya pada umum! Erk Jangan2!
Usah bimbang blog ini takkan lari dari niche dia iaitu “Keusahawanan”
Ini slot Diari Seorang Pelajar. Seriously ramai yang tunggu slot ni tapi saya tak sempat laa nak tulis sorry semua
Al-kisah sebelum pelancaran ebook “Menjana Wang Tanpa Produk” saya memang kering poket akibat terlalu lama mengkaji tentang sales letter bersama bro fai.Tambahan lagi bank memang duit kosong ketika tu
tu yang membuatkan otakku lebih pantas berfikir tidak seperti kebiasaanya. Saya pun fikir macam mana yer aku nak buat duit tapi tak der modal.. hmmm… fikir punya fikir.. fikir punya fikir..
Apa yer agaknya? Tanpa modal tapi boleh buat duit?
Shh.. rahsia kita berdua jer ni hehe

Seperti biasa melawat-lawat forum Wang Cyber dan terlihat satu thread di ruang pengiklanan. “RM1 Untuk Satu eBook Bersama Master Resell Rights” wah bagus ni detik hatiku. Saya cukup yakin semua koleksi ebook ini akan memberi keuntungan berganda berdasarkan apa yang telah saya rancang.
Chek punya chek ada semua 50 ebook.. Adoii mana nak cari duit ni. Hehe relex-relex hatiku menenangkan hatiku erk. Hah! Otak bisnesku berdenyut-denyut lagi sebagai tanda ada idea
Apa lagi segera Privite Message (PM) bro Ramfir dengan nada serius “Bro saya nak beli ebook tu.. semua saya nak TAPI
kene hutang dulu sebab ada problem dengan akaun bank.. boleh ker?” kahkahkah aku ketawa seorang diri. ( maaf yer bro kalau baca blog ni bukan maksud nak tipu tapi memang terdesak hehe )
Hehe nampaknya bro Ramfir memang baik dengan saya dan bersetuju bagi saya hutang :D. Baiklah itu tidak penting kerana saya ada mission lebih penting yang perlu dilaksanakan iaitu membayar hutang bro Ramfir.
Dengan ebook-ebook master resell right yang saya beli itu saya segera buat satu subdomain iaitu http://mega.jomberniaga.com Hehe dan saya selitkan ayat- ayat yang berbaur pengiklanan dalam ebook “Menjana Wang Tanpa Produk” tadi.
Memang kena dengan topik yang hendak dibincangkan tentang bagai mana saya membuat RM350 dalam masa kurang 4 hari dengan produk master resell right. Ingin dipendekkan cerita saya launch ebook tadi. Launch dengan harapan orang membeli produk Master Resell Rights yang saya tawarkan hehe.
Fuh! Selepas launch bertubi-tubi pesanan ebook saya terima. Wah2! saya dah buat RM350 dalam masa 2 hari jer
dan akhirnya berjaya melunaskan hutang bro Ramfir. Hehe poket tak lagi kering!
Dan lebih manis idea ini membantu saya meraih pendapatan 4 angka
Adakah ini di katakan kreatif?
atau kita boleh buat konklusinya tekanan membuat kita berfikiran kreatif.
Banyak sebenarnya pengajaran yang anda boleh dapatkan daripada kisah saya di atas cuma jangan amalkan menipu hehe sorry bro saya terdesak
Tapi at least saya bayar hutang don’t worry saya bayar hutang punya!
Secara sedar tidak sedar saya boleh jadi expert menjual produk Master Resell Rights haha gurau jer
AMARAN KERAS: Jangan berhutang… erk jangan ikut cara saya
saya takperlah sebab dah ada percangan rapi
Kalau tak berjaya pun pasti saya akan cari jalan nak bayar
p/s: Jika tak mahu miss post di blog ini anda bolehlah subscribe dengan mengisi emel anda di side bar.

























huhuhuhuhu… powernye…. nak belajar leh?
Labanon: Huhu belajar ape yer?
Wow..banyaknye RM350 dalam 2 hari . Ni nak kena belajar dari bro labanon ni .
Labanon: Erk.. saya still student tak payah bro2 ler :P
wah! masa terdesak jugak ler idea yang datang… tatkala bersenang lenang… huhuhu satu idea pun takkan datang berkunjung tiba…
nampaknya saya perlu keringkan semua akaun bank yang saya ader, baru dapat idea yang berkepul2 banyaknya… tak gitu?
duit bleh cari, idea anda tiada galang ganti.
duit datang berlori-lori, gembira tidak terperi.
wahaha… eh seronoknya dapat banyak duit. u must love your money, don\’t hate it. ia akan datang tanpa disangka2.
(fuhyooooo panjang lebar kat sini pulak dah…)
Labanon: Hehe jangan lakukan benda yang anda tidak yakin :)
wow!
Tahniah Labanon…dari 350 dah meningkat jadi 4 angka yer…moga terus maju…
siapa kata student tak pandai buat duit kan….
zaman dah berubah…
TQ sudi jenguk dan tinggalkan komen di blog saya yang baru mula nak belajar meniarap tu….
Labanon: Hehe student boleh! Kekek
saya pun student gak. tapi student ipt. bukan sek men macam awak.
Baguslah. dah terdesak, tapi otak masih jalan, tu kemahiran yang sukar dimiliki Biasanya kalau terdesak sgt, buat kerja jahat. tak pk dah pasal bisnes. hihi
apapun, boleh jer nak berhutang. tapi ada masanyer nye la. masa yang terdesak je. sebab tu islam benarkan kita berhutang n pinjam wang orang lain, dengan syarat ada saksi dan bukan niat nak boros.kan? atau macam mana?
Labanon: Hehe betul jugak tu
dalam Islam memang wajib kita beri hutang kepada yang betul2 memerlukan :D