Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Di harap dalam keadaan sihat waalfiat dan bahagia bersama keluarga. Baiklah adakah anda semua tahu apa itu blog? Baiklah jika tahu.. adakah anda tahu bahawa blog adalah senjata utama usahawan Internet?
Blog adalah satu medium untuk menghubungkan pelanggan dengan usahawan-usahawan Internet. Blog juga akan menaikkan traffik website jualan anda. Blog juga anda boleh update-updatekan berita terbaru dan seterusnya pelanggan akan terus membaca blog anda untuk mengetahui apakah yang seterusnya akan berlaku.
Nak buat blog pula pastikan anda tidak copy and paste content orang lain. Itu amat penting! Saya masa “muda-muda” dulu pernah copy content blog saifulsham dan telah ditegur kesilapan ini oleh Sabri SaifulSham. Hohoho! Masa tu saya baru sahaja kenal blog dan masih menggunakan blog free.
Sabri siap pesan lagi “Kalau nak copy boleh tapi kena bagi kredit siapakah yang menulis artikle tu” Inilah perkara paling susah kita nak buat
Bila copy content orang jer pasti payah sangat-sangat nak letak kredit kepada penulis.
Jadi untuk menjadikan blog anda betul-betul senjata merbahaya anda perlu memiliki content yang unik. Bagaimana untuk menghasilkan content yang unik?
- Tulis sendiri blog anda jangan copy dan paste jer.
- Banyak membaca buku-buku di bidang anda.
- Banyak membaca blog orang lain.
- Banyak membaca blog JomBerniaga
- dan banyak lagi.
Jadi jika anda usahawan Internet gunakanlah senjata moden di dunia Internet ini.
sekian..

























wahahaa… nanti saya buat link ekstrem blog ke jomberniaga…nak bagi kredit lagi nih… nah hambik kredit untuk hang… jangan lupa kreattviti layang-layang untuk blog
Ya.. saya amat benci copy artikel orang tanpa memberi kredit
. Setuju2!
betul…baik tulis sendiri ek…aku pun sebelum ni ada copy gaks…ahakz…
kalau copy paste, selain beri kredit jangan lupa ubahsuai sedikit ayat supaya nampak kelainan. Kalau tak, visitor malas nak baca.
[...] Takder idea lain dah…psst ini untuk blog tersebut. [...]