Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Saya harap anda berada dalam keadaan yang sihat dan bersemangat seperti kontinjen negara yang sedang berjuang di Olimpik. Mereka beruntung kerana dapat jer pingat emas boleh jadi jutawan ;) . Baiklah, saya tidak mahu mengulas tentang sukan Olimpik tetapi saya akan mengupas sikap segelintir masyarakat kita. Tajuk pada hari ini merupakan salah satu tajuk yang sangat menarik untuk dikupas.

jaminan.jpg

“Labanon, ada jaminan tak kalau saya beli ebook ini?”, “Labanon, ada jaminan boleh jadi kaya ker kalau saya beli ebook anda?”, “Labanon, boleh ker saya berjaya jika saya menghadiri seminar tu?” dan pelbagai lagi emel dan panggilan telefon yang saya perolehi. Saya hanya mampu tersenyum sendiri. Saya mahu memberi jawapan yang menyenangkan hatinya, tetapi saya tidak berupaya. Bukan kerana ebook atau seminar tersebut tidak bagus, tetapi kerana dirinya sendiri.

Read the rest of this entry »

Oh Mama, Saya Mahu Kahwin!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya menerima satu lagi emel yang menarik daripada pembaca Majalah IM. Hrmm… bunyinya begini “Salam saudara Lubanan (cis eja nama aku pun salah!), boleh tak bagitau saya bagaimana ingin menjadi jutawan? Boleh bagi cadangan tak nak berniaga apa di Internet ni? Kalau boleh saya nak jadi jutawan dalam masa 2-3 bulan yang terdekat ni..

Pertamanya… apa yang boleh saya katakan ialah anda bertanya kepada orang yang salah kerana saya bukanlah jutawan. Kedua perniagaan Internet tak menjanjikan untuk menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ok hari ini saya ingin sambung menjawab soalan para pembaca… Ini merupakan part 2 so, anda sepatutnya membaca part 1 dahulu sebelum membaca post hari ini.

Baiklah soalan seterusnya yang anda perlu tanya ialah apakah target market anda?

Yer betul… saya tahu target market anda ialah pengguna Internet. Tetapi jawab soalan saya ini dulu.. Anda ingat berapa orang yer pengguna Internet? Mustahil anda dapat fokus kepada semua pengguna Internet untuk pemasaran! Saya ulangi M-U-S-T-A-H-I-L! Jadi anda perlulah kecilkan sedikit skop target market anda supaya anda tidak akan melakukan promosi yang sia-sia. Dengan mengetahui skop promosi anda.. promosi anda akan lebih berkesan. Jika anda ingin menjual video menukar tiub anda perlulah melakukan promosi di forum-forum basikal,kereta dan sebagainya dan bukanya promosi di forum-forum mencari jodoh dan sebagainya. Memanglah boleh anda lakukan promosi cuma mungkin akan kurang berkesan. (Oh! Adakah anda betul-betul ingin membuat video cara menukar tiub? Tidak itu idea saya!)

Baiklah adakah anda kenal Edmund Loh? Beliau merupakan salah seorang IM yang sudah terkenal dan beliau hanya menumpukan produk tentang Resell Rights(RR), Master Resell Rights(MRR) dan Private Label Rights(PLR). Lihat beliau mempunyai niche yang tersendiri :)

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah hari ini saya ingin menjawab salah satu soalan daripada rakan kita yang juga pembaca blog flarebiz ini. Soalanya berbunyi lebih kurang begini “Bagaimana nak mula ebiz?”. Baiklah saya cuba untuk berkongsi di sini agar pembaca lain juga boleh mendapat beberapa tip di sini secara tidak langsung akan menjadikan blog ini lebih berinformasi.

Baiklah langkah pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda hendak cuba cari duit secara online ni?

Anda perlu tanya diri anda dahulu kenapa…kenapa dan kenapa nak cuba perniagaan Internet. Jika jawapan anda hanya sekadar ingin mencuba.. saya nasihatkan agar lupakan sahaja kerana sudah ramai yang gagal kerana ingin sekadar mencuba tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk bermula perniagaan Internet ini agar apabila anda ditimpa musibah ia tidak akan menjejaskan semangat anda yang sedang membara tersebut. (tengok Zhafran mempunyai semangat yang membakar seperti logo flarebiz :D dalam mengejar cita-citanya)

Read the rest of this entry »