Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada semua pembaca blog ini sedarkan anda ketika anda sedang membaca blog ini anda sedang menggunakan nikmat Allah? Sedarkah anda seharian kehidupan kita, kita tetap menggunakan nikmat Allah.
Bayangkan ketika ini Allah menarik nikmat ini… barulah masa itu kita hendak bersyukur tentang nikmat Allah.. barulah kita pandai menghargai pemberian orang. So, kita sekarang perlulah bersyukur kerana Allah boleh menarik bila-bila masa sahaja nikmat yang diberi.
Ok berbalik kepada tajuk kita hari ini.. walaupun anda mempunyai status “jutawan” namun anda tidak boleh terlepas daripada menunaikan solat 5 waktu ( salah satu cara bersyukur ). Walaupun sesibuk mana anda perlu menunaikan solat kerana solat adalah tiang agama. Inilah perkara yang pertama di soal apabila di dalam kubur sebelum anda disoal dengan soalan lain.
Ramai hari ini memandang remeh solat.. insyallah tidak ada perkara ini kepada pembaca blog ini. Jika solat dipandang remeh setebal manakah iman kita? Sayarat utama sudah longgar dek belaian dunia yang melekakan.
Kebanyakkan kita juga bangga dengan dosa-dosa? Kenapa ini terjadi? Ya bangga dengan melakukan dosa. Bangga dapat memukul kawan, bangga dapat menjadi mat rempit, bangga dapat mencuri dan banyak lagi. Entahlah dunia akhir zaman agaknya. Namun kita tidak boleh sekali-kali berhenti daripada berdakwah untuk menegakkan Islam.
Walaupun anda usahawan yang berjaya mendapat pendapatan 8 angka tetapi tidak solat adakah anda jutawan di sisi Allah? Adakah anda mampu menaiki kereta mewah tetapi tidak solat adakah anda mendapat keberkatan semasa memandu kereta mewah di dalam dunia ciptaan Allah? Tanya diri anda… kenapa perlu solat?
Tidak malukah kita dengan pencipta kita? Sedangkan segala-galanya telah diberi namun kita hendak menunjukkan tanda “terima kasih” pun payah. Manusia jenis apa kita ini? Sedangkan sengan solat Allah menjanjikan 1001 kebaikkan, pintu rezeki akan terbuka, pintu rahmat akan terbuka dan banyak lagi.
Ayuh marilah kita solat.. marilah kita solat wahai sahabatku! Sebelum saya menutup bicara kita renung sejenak kenapa peperangan zaman Rasullulah tentera Islam sentiasa menang walaupun mempunyai jumlah tentera yang kecil?
Solat itulah jawapanya. Semua para sahabat solat tidak pernah tinggal.. dan sentiasa bersolat sunat dan sentiasa bangun malam untuk solat. Jadi tidak hairanlah Allah sentiasa menolong umat Islam ketika berperang. “Aku akan menolong orang yang menolong agamaku” itulah janji Allah.
Rasulullah SAW pernah memberi nasihat kepada seorang remaja lelaki yang juga sepupunya iaitu Abdullah bin Abbas RA: Pada suatu hari aku berada dibelakang tunggangan bersama Rasulullah SAW lalu baginda bersabda yang bermaksud “Wahai budak, sesungguhnya aku hendak mengajarkan beberapa pelajaran kepadamu. Peliharalah Allah (peliharalah ajaran dan hukum-hakam Allah dengan melaksanakan semua perintahNya dan meninggalkan semua laranganNya) nescaya Allah akan memeliharamu.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)
Itulah sedikit sebanyak peringatan yang saya berikan kepada diri saya. Kebaikkan bermula apabila anda solat Insyallah. Kesimpulanya solatlah yang mengankat darjat kita di sisi Allah.
Sekian peringatan seorang “budak sekolah yang jahil”
Labanon