Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Wah, agak lama rasanya tidak menulis di blog ini. Ini kerana saya telah pergi “bercuti” sebelum ini dan balik dari bercuti terus banyak kerja yang perlu diselesaikan. Semakin kita siapkan kerja semakin banyak pulak kerja lain datang. Hehe biasalah kehidupan sebagai seorang yang bergelar usahawan. Sebenarnya saya dan Zhafran sekarang sedang mencuba sesuatu yang baru, yakni masing-masing cuba mencari dan mengasah kekuatan diri untuk kahwin. Kami terpaksa menuntut dengan pelbagai guru sama ada didalam negara mahupun luar negara oh! Konklusinya kami tersangat sibuk!

Baiklah kita tinggalkan kesibukan Team FlareBiz buat seketika. Ayuh kita mengupas tajuk kita pada hari ini iaitu “Bila Zhafran Nak Kahwin?” “Rakan JV Merupakan Aset Anda”. JV adalah short term bagi Joint Venture. Bagi anda yang masih belum berkahwin mempunyai rakan JV angaplah post ini sebagai ilmu baru bagi anda, manakala bagi yang memang mempunyai ramai isteri rakan JV maka angaplah post ini sebagai satu rujukan agar anda tidak kehilangan isteri aset anda yang berguna.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua teman? Harap berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Baiklah saya pada hari ini ingin menceritakan sedikit perjalan Projek Rahsia 10K kepada pembaca blog yang saya sanjungi sekalian. Baiklah secara keseluruhan projek ini berjalan lancar namun dalam keadaan yang agak kucar-kacir disamping keadaan emosi, motivasi dan semangat yang agak tergangu. Mungkin kerana projek yang agak besar membuatkan diri kami belum cukup bersedia menghadapinya.
Baiklah projek ini dirancang setelah ada orang yang mempersoalkan tentang pendapatan saya dengan menjual produk digital. Di harap dengan pendedahan yang berbayar ini semua akan faham dan percaya bahawa pendapatan lumayan di Internet bukan lagi mustahil. Alhamdulillah sambutan yang diberikan agak menggalakan walaupun ditengah bulan
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya menerima satu lagi emel yang menarik daripada pembaca Majalah IM. Hrmm… bunyinya begini “Salam saudara Lubanan (cis eja nama aku pun salah!), boleh tak bagitau saya bagaimana ingin menjadi jutawan? Boleh bagi cadangan tak nak berniaga apa di Internet ni? Kalau boleh saya nak jadi jutawan dalam masa 2-3 bulan yang terdekat ni..”
Pertamanya… apa yang boleh saya katakan ialah anda bertanya kepada orang yang salah kerana saya bukanlah jutawan. Kedua perniagaan Internet tak menjanjikan untuk menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Serius, kami sekarang amat sibuk dengan projek “Rahsia 10k” yang insyallah akan dilancarkan pada akhir bulan ini. Yang pasti pakej ini sangat-sangat diperlukan oleh anda. Saya cuba juga mencuri masa untuk membuat post di sini demi memenuhi permintaan pelawat blog ini yang dahagakan ilmu
Baiklah sebenarnya saya banyak mendapat emel yang meminta saya mengajar tentang perniagaan Internet. Saya amat suka dengan emel tersebut NAMUN ada segelintir emel yang saya benci. Saya amat benci dengan emel tersebut! Kebanyakkan emel tersebut berbunyi “Saya sebenarnya ada masalah kewangan yang kritikal, boleh tak ajar saya tentang perniagaan Internet sebab saya inginkan dapatkan wang secepat mungkin.”
Baiklah… kenapa saya membenci emel tersebut?
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan sihat waalfiat. Saya sebenarnya sibuk dengan projek “Rahsia 10k” dan tidak sempat untuk mengupdate blog. Lebih parah partner saya Zhafran pula demam dan asyik muntah-muntah yang menyebabkan dia tak dapat nak buat kerja yang diamanahkan. Saya berharap anda semua mendoakan agar dia cepat sembuh.
Baiklah hari ini saya cuba untuk berkongsi tip tentang cara buat duit di Internet dengan affiliate. Semua orang boleh dikatakan pernah bergiat dengan program affiliate bukan? Jika belum, baik anda mulakanya sekarang kerana affiliate adalah satu cabang untuk buat duit di Internet. Saya bukanlah seorang affiliate yang “power” namun sekadar newbie yang tak serik mencuba
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kesedaran terhadap kekayaan perlu dilatih untuk anda memperolehinya. Kekayaan ada dimana-mana sahaja, cuma anda tidak peka bagaimana untuk mendapatkanya. Apakah maksud kesedaran?Ia adalah tahap peka atau pemahaman berkenaaan sesuatu perkara. Kesedaran adalah langkah awal dalam minda manusia bagi semua perkara terutamanya dalam memahami sesuatu keadaan.
Begitu juga dengan kesedaran tentang kekayaan. Kesedaran berkenaan kekayaan adalah langkah pertama yang perlu ada dalam diri orang yang ingin menjadi jutawan. Tanpa kesedaran ini, anda sudah tentu tidak mempunyai keyakinan bagi mencapai kekayaan.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kami sekarang sangat busy dengan projek-projek yang tak menang tangan untuk kami menyiapkan semuanya. Baiklah adakah semua orang pandai berniaga? Itulah yang menjadi tanda tanya sekarang.Adakah semua yang dilahirkan mempunyai kelebihan ini?
Saya percaya semua mempunyai kelebihan tersendiri. Ada yang mempunyai kelebihan pandai menulis, petah bercakap, pandai melukis, pandai design, bijak dalam belajar dan sebagainya. Adakah semua orang mampu untuk memasarkan kelebihan mereka? Adakah anda pernah melihat designer yang tidak mendapat tempahan walaupun mereka mempunyai skill design yang sangat bagus.Pernahkah anda melihat tukang masak yang tidak mampu membuka kedai sendiri walhal masakan mereka sangat sedap. Orang sebegini akan sentiasa berada dibawah orang yang pandai berniaga.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Harap berada dalam keadaan yang baik. Baiklah saya ingin berkongsi hanya 1 tips hari ini iaitu tip “Gandakan Kegagalan Anda”. Yer.. mesti anda mengatakan Labanon sudah gila kerana suruh orang gandakan kegagalan bukanya kejayaan.

Baiklah saya ingin tanya anda… bila anda nak berjaya biasanya apa yer yang anda perolehi? Kebiasaanya orang yang ingin berjaya akan peroleh pelbagai rintangan dan kegagalan sebelum mereka benar-benar berjaya. Baiklah cuba anda renungi kata-kata pengasas syarikat gergasi IBM:
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Saya harap anda dapat berada dalam keadaan tenang dan dapat berfikir dengan baik apa yang ingin saya katakan. Baiklah cuba baca komen di bawah:
Comment by loji
2008-01-31 10:07:22
ebook apa dia jual? setakat translate ke bahasa melayu, lepas tu jual utk cari keuntungan.. design portfolio pun takde.. setakat amik design sedia ada utk client, adik aku 10 tahun pun boleh buat..
mybloglog member pun tak sampai 10 ntah cemane leh dapat pendapatan 10k sebulan.. oh lupe.. die pakai sistem affiliate untuk ebook terjemahaannya.. patutlah..
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Syukur tidak terhingga kepada Ilahi kerana limpah kurnianya saya masih sempat untuk menulis post di sini. Sama-samalah kita mensyukuri nikmat-NYA yang terlampau banyak buat kita. Apa khabar anda semua? Harapanya akan berada dalam keadaan yang sihat waalfiat.
Fokus akan membuatkan anda terus maju. Sudah ramai yang saya jumpa yang seolah-olah tiada fokus. Kejap nak buat itu dan kejap nak buat ini. Saya ada kenal si A ni. Dia sangat berminat dengan adsense… dua tiga buah blog dia setup untuk adsense gara-gara membaca kisah penggiat adsense yang berjaya. Selepas beberapa hari (tak sampai seminggu) beliau pula mula beralih kepada menumpukan kepada affiliate juga gara-gara terbaca orang yang berjaya buat duit 5-6 angka daripada affiliate.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini saya membawa satu lagi kisah menarik dimana seorang remaja dari India yang sama umur dan sama pendapatan dengan saya ho ho ho!. Beliau bernama Thilak Raj Ra daripada India dan merupakan seorang blogger yang berjaya. Beliau mendapat pendapatan $3000 sebulan daripada Google AdSense, tempahan iklan dan sebagainya.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Post kali ini ditulis dengan nada tidak puas hati hahaha! Wah.. umur dah sama macam saya tapi pendapatan $70 ribu($ yer bukan RM) sebulan. Beliau bernama Ashley Qualls yang menjana pendapatan $70,000 setiap bulan daripada Internet. Tengok ini bukti sekali lagi bahawa Internet memang boleh buat duit!

(Zhafran Print Gambar Ini Dan Tampal Di Dalam Biliknya.. Oh!)
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya ingin memberi sedikit sentuhan kepada minda anda. Ada di antara kita yang terlalu sempit fikiranya sehinggakan sukar untuk menerima hakikat bahawa melalui perniagaan Internet kita mampu untuk menjadi jutawan. Alaaaa.. RM1 juta tu sah memang tak percaya bahkan RM100 dalam masa sehari pun ada yang tak percaya.
Lagi menyedihkan mereka melabelkan diri kita sebagai menyertai pelaburan haram jika mendapat RM100 sehari. RM100 sehari sehari tidak menjadi perkara mustahil lagi jika anda memiliki produk sendiri. Ok baiklah back to the topic.
Adakah anda percaya bahawa melalui perniagaan Internet mampu untuk menjana pendapatan sehingga RM1 juta dalam masa satu hari? ( Ayoyoyo Manyak Masyuukk Wang Lu)
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah syukur tidak terhingga kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk saya menulis post di sini dan berkongsi sedikit maklumat bersama anda. Apa khabar anda semua? Harap anda juga berada dalam keadaan sihat waalfiat dan dapat membaca post ini dengan tenang.
Baru-baru ini kawan saya ada menelefon saya dan bertanyakan adakah saya bekerja time cuti panjang cam ni. Dialognya adalah seperti di bawah:
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Alhamdulillah saya rasa projek ebook 101 Tip AdSense Terbongkar sudah berjaya bagi sudut pandangan diri saya kerana sudah mencapai target apa yang ingin saya capai. Walaupun permulaanya dikatakan menerima pelbagai kritikan daripada mereka yang ingin melihat saya lebih jauh berjaya. Terima kasih saya ucapkan di atas pandangan ikhlas mereka.
Saya sendiri sudah putus asa sebenarnya ingin melancarkan ebook adsense kerana beberapa faktor antaranya persaingan, kualiti produk (produk orang lain bagus-bagus) dan sebagainya. Namun alhamdulillah diberi pentunjuk oleh Allah bagaimana saya ingin memasarkan produk ini dan dengan bantuan semua pihak saya berjaya pasarkanya dengan baik. Saya sendiri juga sudah memperbaiki kritikan dan komen yang diterima dan harap anda berpuas hati.

Baiklah Team FlareBiz bakal bergerak selangkah lagi dengan new project yang dijangka akan dilancarkan pada 10 haribulan ini. Apa projeknya Labanon? Wanita. Erk kau nak nigakan wanita dekat internet ker? Isk2 tak patut. Eh mana ada! Nak berniaga pakaian wanita
Hmm.. apa agaknya? Biarlah rahsia dulu dan apa yang penting kami kini menumpukan sepenuh perhatian kepada projek terbaru kami ini. Ya, kami betul-betul kena pastikan projek kami ini berjaya walaupun kami tahu kejayaan ini bukan mudah dan team SaifulSham sendiri pun bercakap mengenai beberapa kegagalan mereka di blog mereka.
Kenapa wanita yer? Seperti yang diketahui umum wanita mempunyai kuasa beli yang tinggi dan sememangnya pembeli secara online juga didominasi oleh golongan hawa dan kaum adam lebih berhati-hati untuk mengklik butang “BUY NOW” hehe. Cuba anda bayangkan jika wanita tidak dibernarkan menggunakan Internet sudah tentu banyak kedai online yang lingkup bukan? Ho Ho Ho! Apa yang saya mengarut ni?
Bagaimana dengan anda? Apakah projek anda seterusnya? Bulan Januari sudah masuk hari ke tujuh hari ini. Jangan tunggu hari itu berlalu sebegitu sahaja… lakukanlah sesuatu yang boleh membuatkan akaun anda di block Ho Ho Ho! Best betul lepas SPM dapat tumpukan perniagaan Internet 100% guna tanpa was-was dan disahkan oleh JAKIM! Erk…
Sekian.
p/s: Tahukah anda bahawa ebook 101 Tip AdSense Terbongkar sangat laris? Jadi lariskan lagi dengan klik di sini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah report yang bertajuk “Permohonan Akaun Google AdSense” telahpun saya siapkan dan tunggu partner siapkan design. Report ini dikeluarkan gara-gara ramai pembeli ebook 101 Tip AdSense Terbongkar yang masih tidak memiliki akaun Google AdSense. Orang kata baru nak try berjinak-jinak dengan adsense lah yer. Oleh kerana anda adalah pelanggan saya, saya bertungkus-lumus menyiapkan report ini tanpa menghiraukan SMS awek kerja-kerja lain demi memberi kepuasan kepada anda.
Jangan risau jika anda pelanggan saya, saya akan bantu anda selagi mampu. Tip ini saya belajar daripada post lepas di mana customer always alright. Walau apapun yang dikatakan oleh pelanggan kita perlu mendalami masalah mereka moga-moga mereka akan beli produk kita lagi pada masa hadapan. Saya sarankan jika anda menjual sebarang produk sila beri layanan yang baik kepada pelanggan anda dan jangan acuh tak acuh melayan mereka.
Ingatlah kita hendak berniaga bukanlah sekali
Sebagai usahawan Internet kita akan sentiasa mengeluarkan produk-produk baru. Oleh itu, jika ada return customer lagi bagus dan lagi untung
Anda sudah tentu pernah menghadapi layanan buruk oleh mana-mana pihak bukan? Sudah tentu anda marah kepada mereka dan sudah tentu juga anda tidak akan datang lagi kepada mereka. Begitu juga dengan pelanggan anda dan anda perlu bijak melayan karenah mereka. Ada yang call saya pukul 3 pagi… Oh! Saya tetap mengangkat telefon tersebut untuk membantu “bakal” pelanggan kerana sudah kita ketahui kita hanyalah pekerja bagi mereka. Mereka adalah raja! Mereka membayar untuk produk kita…
Akhirkata, itulah salah satunya kenapa sesebuah perniagaan berjaya kerana layanan kepada pelanggan. Oh ya, tepat jam 12 mlm ini setelah cover report siap saya akan menaikkan harga ebook 101 Tip AdSense Terbongkar
Jadi baik anda dapatkan segera. Saya naikkan harga ebook kerana saya siapkan 1 report khas ditambah pula dengan 50 ribu high paying keyword yang saya beli berharga RM100 lebih dengan lesen Resel Right.
Sekian 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Adakah anda sihat? Seperti yang anda ketahui saya melancarkan sebuah ebook pada 31 December 2007 yang bertajuk 101 Tip AdSense Terbongkar. Alhamdulillah sambutan amat menggalakan dan saya menerima pelbagai feedback sama ada baik pun tidak. Tapi setakat ini semua feedback yang diterima adalah positif. Saya masih menunggu feedback yang negative untuk penambah baikkan ebook 101 Tip AdSense Terbongkar kerana kepuasan pelanggan adalah diutamakan.
Walauapapun feedback ataupun komen yang kita terima kita perlu ambil semuanya dan gunalah akal kita untuk memilih sama ada komen tersebut adalah baik ataupun tidak. Tanpa kritikan juga hidup kita sebenarnya tidak banyak berubah dan sentiasa sama. Jadi saya berharap jika anda mempunyai kritikan, komen atau pandangan tentang ebook tersebut bolehlah menggunakan ruangan contact.( Kritikan juga terbahagi kepada 2 iaitu kritikan membina dan kritikan pemusnah ) Ah, kita bercakap lain kali tentang kritikan ni.

Akaun di bekukan? Ya akaun saya ( pinjam yang kakak hehe ) telah di block oleh pihak Maybank dan menyebabkan sebarang proses transfer atau bank in duit tidak dapat dilakukan. Ini amat menyulitkan kerja saya dan saya masih terfikir mengapa akaun saya di block. Setelah menanyakan beberapa orang yang arif tentang ini mereka juga memberi pendapat yang berbeza. Setelah menilainya saya bersetuju dengan pendapat bahawa terlampau banyak trasaksi yang berlaku. Mungkin juga kerana saya juga menerima banyak jugaklah tempahan ebook daripada anda semua. ( beli 3 bijik sorang ker ni? )
Alhamdulillah dah pergi bank untuk baik pulih akaun tersebut dan paling seronoknya pegawai bank tu tanya naper banyak masuk RM15 dan RM25 ni? Huhu dengan nada rendah diri saya menjawab menjual buku di Internet. Erk semua staff terus pandang kepada saya. Kenapa? Ini bukan pelaburan haram! Jadi saya berharap maybank tak buat hal lagi.
Owh ya sebagai penutup saya ingin pesan kepada pembeli ebook 101 Tip AdSense saya sekarang dalam proses menyiapkan report langkah demi langkah untuk register akaun Google AdSense. Memang step by step dan saya akan bongkarkan bagaimana supaya google approve dengan cepat. Kedua saya akan bagi update terkini ebook 101 tip adsense setelah beberapa kesilapan diperbaiki. Ketiga saya akan bagi 50 ribu latest High Paying Keyword yang berharga lebih RM100 secara percuma kepada anda. So, kepada yang masih tak beli ebook 101 Tip AdSense sila berbuat demikian selagi harga promosi
sekian
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Sudah tentu semuanya busy-busy belaka di hujung-hujung tahun ni maklumlah sekolah dah nak buka dan beberapa perkara yang perlu diperbaharui seperti roadtax dan sebagainya. Alhamdulillah kelmarin saya berjaya melancarkan satu ebook dan saya berharap anda semua berpuas hati dengan ebook tersebut. Alhamdulillah jualanya juga cukup memberangsangkan dan saya sangat berharap Allah masih panjangkan rezeki saya untuk tahun 2008 ini.
Walau apa pun yang terjadi anda bersabar dan bersyukurlah. Ini kerana ia sudah takdir. Bangunlah, jika Dia mengkehendaki anda berdiri, dan duduklah jika Dia menyuruh anda duduk! Bersabarlah ketika Allah menjadikan diri anda seorang yang fakir, dan bersyukurlah manakala Dia menjadikan diri anda orang yang kaya-raya.
Apa-apapun saya telah melawat ramai blog kawan-kawan dan semuanya dengan azam masing-masing yang begitu mencabar dan saya yakin dan percaya mereka akan mencapai impian masing-masing. Saya juga tidak ketinggalan ingin menceritakan sedikit apakah impian dan azam saya pada tahun 2008. Ayuh kita tengok
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah syukur tidak terhingga kepada Allah kerana akhirnya saya mampu untuk melancarkan ebook ini setelah pelabagai susah dan duka terpaksa di hadapi. Setelah mendapat komen daripada bro Sham Rajaads, Kak Linn, bro SmartUsaha, bro Syed Ikhwan, bro Fai, bro Alang, bro Hasrul, bro Shuth, bro Naem dan beberapa orang lagi saya terpaksa memperbaiki ebook tersebut sebanyak beberapa kali. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada mereka kerana tanpa mereka tidak akan wujud ebook 101 Tip AdSense Terbongkar sebagaimana hari ini. Semoga Allah sahaja yang mampu membalas jasa mereka.
Terima kasih juga diucapkan kepada beberapa orang yang sudi ditemuramah seperti bro LiewCF, bro Shuth, bro Syed Ikhwan, bro Mohd Ismail dan kak Nor. Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan di YM, kawan di WC dan pembaca blog ini yang tidak henti-henti support saya. Terima kasih semua!
Baiklah hari ini merupakan hari pelancaran ebook 101 Tip AdSense Terbongkar dan saya meletakkan harga promosi iaitu RM15. Anda boleh baca sales letter di sini. Saya sarankan anda semua dapatkan ebook ini segera sementara masih ada lagi harga promosi. Jika masih ada kekurangan pada ebook ini saya memohon maaf dan insyallah siapa yang membeli akan dapat versi update secara percuma!
sekian.
p/s: RM15 dan anda akan mendapat pelbagai bonus yang berbaloi! Murah beb!
p/ss: Pelaburan berbaloi untuk seumur hidup!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini mahu lagi kongsi satu pendapatan dengan anda sebagai pembaca blog ini. Di harap anda juga mampu memberi pandangan anda tentang tajuk post saya hari ini. Ini hanyalah sekadar pendapat saya sebagai insan biasa namun terasa ingin meluahkan perasaan di sini. Oh, ketika sendang menulis post ini saya masih menunggu SMS daripada sesorang.
Seperti biasa apabila musim perayaan kami sekeluarga akan berkumpul di rumah nenek saya. Di sanalah saya akan bertemu dengan semua sepupu saya sungguh seronok. Melihat pelbagai ragam dan karenah malam itu dan kebiasaanya kami semua akan berbual beramai-ramai malam tersebut. Saya dan sepupu-sepupu yang lain sedang melihat tv dan di tangan mereka sudah tentu gadget yang tidak asing lagi buat remaja kita pada dewasa ini iaitu hanphone.
Semuanya sudah canggih-manggih handphone diorang dan semuanya mampu memuat turun MP3 daripada komputer ( kira boleh dengan MP3 ler ) . Nampak happy mereka dengan handphone masing-masing dan sudah tentu setiap kali selepas raya mereka akan menukar handphone ( lepas dapat duit raya ). Saya pula hanyalah insan biasa yang hanya mampu memakai handphone Nokia 1100 yang sudah hampir 2 tahun saya menggunakanya. Sejak saya mengenali dunia bisnes dan mula mendalami ilmu pengurusan kewangan, nafsu ku terhadap perempuan handphone sudah pudar. Nak kata pudar secara automatik tu takder lah tetapi saya sengaja pudarkanya. Setiap kali terlintas di fikiran hendak membeli handphone baru yang lebih canggih saya akan kata kepada diri saya “Jangan… Itu perkara yang merugikan! Jangan menyesal nanti!”
Bagi saya handphone hanyalah penting sebagai perhubungan dan untuk hiburan tu baik cari alternatif lain. Handphone baru akan turun harga 200-300 selepas beberapa bulan dan itu menunjukkan satu pelaburan yang tidak bijak dilakukan oleh kita jika handphone tersebut tidak dapat membantu kita membuat wang HOHOHO! Mungkin bagi orang atas produk MLM mungkin handphone yang mahal-mahal ini sesuai bagi mereka kerana ingin menunjukkan kemewahan supaya orang menyertai program mereka. Bagi hal demikian tidak mengapalah namun untuk pelajar sekolah bagi saya handphone yang mahal sebegitu tidak perlu. Mungkin bagi anda “ah.. tak apa bukan duit aku“. Kerana “takpe” lah yang membuatkan kita terus rugi dan rugi. Ingatlah duit adalah untuk membuat lebih banyak duit. Ingat tu!
Saya pula planning ingin menukar handphone apabila Nokia 1100 saya yang buruk ini rosak dan insyallah saya akan membeli handphone yang dapat memudahkan perniagaan Internet saya. Bagaimana tu? Saya pun tidak tahu hahaha! Tapi yang penting saya tidak akan menukarkan handphone saya sewenang-wenangnya tanpa alasan kukuh dan menguntungkan kerana handphone bukanlah suatu aset
Handphone yang berharga RM2000 jika tidak mampu memberi manafaat langsung kepada anda untuk membuat duit bagi saya itu adalah perkara yang sungguh malang dan langsung tidak bermanfaat kerana selepas itu sudah pasti harga handphone akan terus turun dan turun. Kan lebih baik jika duit tersebut anda simpan dan buat modal untuk bermula perniagaan kecil-kecilan
Apa-apapun ini adalah pendapat masing-masing dan saya tiada hak, yer lah duit andakan. Cuma harap post ini mampu untuk menyedarkan anda. Mungkin dalam hati anda akan berkata “Eleh, dia tak mampu nak guna henset mahal sebab tulah dia buat post ni“. Itu terpulang kepada anda kerana kalau setakat ni saya nak pakai handphone berharaga RM2000 - RM3000 tu mampu lagilah
Adakah kerana handphone menunjukkan seseorang itu kaya? Jika jawapan anda “YA”, nampaknya anda perlu lagi belajar memahami apa itu aset dan liabiliti. Beli hanya apa yang perlu itu adalah prinsip jutawan!
Salam cemerlang, Jumpa lagi.