Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Terima Kasih WC Gath…

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya baru sampai rumah daripada KL. Agak meletihkan namun ada perkara yang menyeronokkan untuk dikongsikan bersama anda. Saya telah menghadiri WC Gath! Banyak perempuan perkara menarik yang saya perolehi daripada gath yang saya hadiri semalam. Namun, sudah tentu agak mengecewakan kerana partner saya Zhafran tak dapat nak hadir kerana perkara yang tak dapat dielakkan. Ramai yang tanya “Eh, mana Zhafran? Tak datang ker?”.  Agak letih untuk saya menerangkan seorang demi seorang mengapa Zhafran tidak datang. Jadi, jawapan saya mudah “Dia sedang berdating…” :D

wcgath.jpg

Oh ya dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru bagi bro Sham RajaAdSense. Semoga berbahagia ke anak cucu. Begitu susah untuk saya pergi ke gath tersebut kerana tidak biasa dengan keadaan di sana tambah-tambah lagi tanpa Zhafran sebagai penujuk jalan ha ha ha! Saya terpaksa merempit dari Kajang ke LRT Sg. Besi walaupun tiada lesen motor dan di tambah pula dengan tidak tahu jalan. Hrm… anda sendiri boleh agak berapa jam agaknya untuk saya sampai ke destinasi. Kemudian, saya bertolak ke Sri Petaling untuk menunggu kawan saya datang ambil. Agak lewat dia sampai then kami pun bertolak ke destinasi. Sampai-sampai dah letih! So, saya agak tak banyak cakap then takde mood nak bergambar macam seminar JomSeminar dimana hampir dengan semua saya ambik gambar hehe. :D

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua teman? Harap berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Baiklah saya pada hari ini ingin menceritakan sedikit perjalan Projek Rahsia 10K kepada pembaca blog yang saya sanjungi sekalian. Baiklah secara keseluruhan projek ini berjalan lancar namun dalam keadaan yang agak kucar-kacir disamping keadaan emosi, motivasi dan semangat yang agak tergangu. Mungkin kerana projek yang agak besar membuatkan diri kami belum cukup bersedia menghadapinya.

Baiklah projek ini dirancang setelah ada orang yang mempersoalkan tentang pendapatan saya dengan menjual produk digital. Di harap dengan pendedahan yang berbayar ini semua akan faham dan percaya bahawa pendapatan lumayan di Internet bukan lagi mustahil. Alhamdulillah sambutan yang diberikan agak menggalakan walaupun ditengah bulan :D

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Saya harap anda dapat berada dalam keadaan tenang dan dapat berfikir dengan baik apa yang ingin saya katakan. Baiklah cuba baca komen di bawah:

Comment by loji

2008-01-31 10:07:22

ebook apa dia jual? setakat translate ke bahasa melayu, lepas tu jual utk cari keuntungan.. design portfolio pun takde.. setakat amik design sedia ada utk client, adik aku 10 tahun pun boleh buat..

mybloglog member pun tak sampai 10 ntah cemane leh dapat pendapatan 10k sebulan.. oh lupe.. die pakai sistem affiliate untuk ebook terjemahaannya.. patutlah..

 

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Sudah tentu semuanya busy-busy belaka di hujung-hujung tahun ni maklumlah sekolah dah nak buka dan beberapa perkara yang perlu diperbaharui seperti roadtax dan sebagainya. Alhamdulillah kelmarin saya berjaya melancarkan satu ebook dan saya berharap anda semua berpuas hati dengan ebook tersebut. Alhamdulillah jualanya juga cukup memberangsangkan dan saya sangat berharap Allah masih panjangkan rezeki saya untuk tahun 2008 ini.

Walau apa pun yang terjadi anda bersabar dan bersyukurlah. Ini kerana ia sudah takdir. Bangunlah, jika Dia mengkehendaki anda berdiri, dan duduklah jika Dia menyuruh anda duduk! Bersabarlah ketika Allah menjadikan diri anda seorang yang fakir, dan bersyukurlah manakala Dia menjadikan diri anda orang yang kaya-raya.

Apa-apapun saya telah melawat ramai blog kawan-kawan dan semuanya dengan azam masing-masing yang begitu mencabar dan saya yakin dan percaya mereka akan mencapai impian masing-masing. Saya juga tidak ketinggalan ingin menceritakan sedikit apakah impian dan azam saya pada tahun 2008. Ayuh kita tengok :D

Read the rest of this entry »

Perjumpaan IM Kelate

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Hah! Saya lama tak update sebab nak bagi peluang anda semua suggest harga ebook yang bakal saya akan keluarkan. Saya dah bagi kepada beberapa orang review ebook ni dan nampaknya masih perlu diperbaiki...alhamdulillah syukur kerana kualiti ebook akan bertambah. Saya juga dah habis baiki ebook tu cuma tunggu beberapa testimonial dan insyallah saya akan lancarkan pada hujung bulan ini. Harap semuanya berjalan lancar dan saya tetapkan harga bagi ebook ( buat masa sekarang laa) RM15.

Hari ini merupakan hari yang penuh dengan pengalaman baru bertemu kawan-kawan di alam siber. Saya bertemu 3 orang hari ini iaitu Syawarama,Kasyidi dan Ramzan ( RajaBlog). Fuh! Pertemuan begitu gilang-gemilang walaupun hanya terdiri daripada 4 orang :D Nak dengar cerita tak? Ok..

Saya sampai KB Mall pukul 1.30ptg lagi maklumlah tepati masa. Hehe round-round dalam tu dulu dan pergi kejap dekat Popular tengok buku-buka yang memang nak beli satu hajatnya. Then pergi surau untuk solat zohor takut bila berbual nanti tak ingat pulak solat ni ( eh bagus budak ni). Hohoho! Then lepas solat terus ke A & W tunggu orang laa yang konon-kononnya 8 orang mahu hadir. Saya SMS Kasyidi dan Ramzan dan mereka kata ON DA WAY! Banyak cantik pukul 2 janji, pukul 2 baru diorang bertolak! Khabarnya Kasyidi bertolak pukul 1 lagi maklumlah daripada Besut.

Dok tunggu depan tu dah rasa tebal muka ni macam mascot A & W pulak. Eh, mana diorang ni… Alamak patut ler saya tak ingat tinggal no phone dekat dalam Wang Cyber forum. Huhuhu! “Tapi takpe sure diorang kenal Labanon.. ek eleh takkan tak kenal labanon.. seluruh dunia kenal LABANON la weii” saya cuba sedapkan hati yang sudah tak berapa sedap ini. ( maksud Labanon dekat situ ialah negara Lebanon ) hehe. Then ada la sorang pakai kaca mata hitam fuh! Memang gaya ala-ala IM yang terkenal.. Kalah Gobala Krishnan beb.. Lalu depan saya… baru nak tegur… ada kawan dia yang mat Punk tegur huhuhu memang sah bukan IM! Mujur tak tegur hehe.. start daripada situ dah mula berhati-hati nak tegur orang.. Apa lagi teruskan dengan gaya mascot A & W :D

Di pendekkan cerita… Ramzan pun datanglah ke dalam A & W dan jumpa dengan saya. Kemudian Syawarama ala-ala komando datang mengintip perbualan kami ( hehe dah 4-5 kali lalu depan kami tapi tak berani nak tegur ) Hohoho! Nasib baik dia dengar kami dok berbual pasal pay.com klu tak jadi komander laa kat situ. Kemudian Kasyidi pun datang sebelum tu dia kol kata dup cari parking. Dekat 30 minit jugak cari parking.. sian jugak kat dia. ( takper berbaloi dapat ebook free)

Hah! Bermula ler tempoh berbual kosong tapi berisi. Yer ler.. berbual pasal ebiz dan kami saling bertukar-tukar idea. Fuh! Semua topik keluar dan harap saya dapat juga membantu anda hari ini. Eh Syawarama suruh order baru saya nak keluarkan duit tapi dia dah keluarkan ( untuk belanja lerr ) hehe cepat-cepat ler saya masukkan semula duit dalam poket muahaha! Jimat beb nak beli buku pulak kat popular jap lagi. Lepas berbincang sambil makan pulak idea bernas makin timbul ( yer laa takdi lapar.. idea kosong jer) sekarang idea semakin bernas dan kami setuju untuk buat satu projek amal. Shhh… jangan bocorkan lagi. Then lepas tu lagi, dup berbual sehinggalah kami pun berangkat pulang… sebelum pulang tu ada laa jugak ambik gambar sekeping buat kenang-kenangan.

Tengok gambar ni:

gath.gif

Inilah muka-muka IM Kelate yang berjaya! Hehe berjaya sampai di KB Mall dengan selamat. “Yang baju merah tu laa jadi mascot A & W tadi abah.. cutenyer..” saya terdengar ada budak di belakang berbisik dekat ayah dia. Isk2! :(

Selepas itu kami semua berangkat pulang… dan inilah pertemuan terindah kami :) sebagai penutup tahun 2007. Semoga tahun depan dapat buat gath lagi dengan lebih ramai penyertaan! Yosh! Laporan khas daripada KB Mall… Saya pun pergi beli buku ” Rich Dad Poor Dad ” dah lama nak baca so beli dalam bahasa Inggeris baru lah betul-betul lama baca muahaha kena kau Labanon… Ehem-ehem tumpang bro Ramzan pulang hehe.. tq bro!

sekian..

p/s: Ebook saya akan dikeluarkan kelak.. simpan RM15 tu!

p/ss: Ada same post kat sini 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

testfla.jpg

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi siap juga akhirnya blog ini walaupun bersusah payah meminta bantuan bro Fahmi Ismail untuk upload balik semua backup. Dengan wujudnya blog ini sekurang-kurangnya ada juga medium untuk saya melepaskan perasaan di hati ini. Seperti yang sudah di ketahui saya telah berpindah domain dari JomBerniaga.com ke FlareBiz.com. Tak perlu saya hurai panjang tentang kenapa saya berpindah kerana anda boleh membacanya di salah satu post di WangCyber.

Seperti biasa adat berpindah rumah baru, jika kawan-kawan ingin bertukar link boleh lah menggunakan ruangan contact yang telah disediakan. Insyallah saya akan reply secepat mungkin. Blog ini tiada apa kelainanya sekadar meneruskan perjuangan JomBerniaga.com. Memang agak rugilah saya terpaksa rebranding balik FlareBiz.com… namun nak buat cam ner takde rezeki kan?

Blog ini masil dalam proses “godek-godek” so jika terdapat error sila abaikan lah yer. Saya juga berharap anda semua melanggan artikel saya terus ke emel anda dan bookmark blog ini. Insyallah saya berusaha sedaya upaya untuk membuat post yang penuh berinformasi dan berguna kepada anda. Gaya penulisan saya insyallah akan bertambah lebih matang maklumlah dah lepas SPM hehe. Takde apa lagi yang hendak dituliskan pada post pertama di FlareBiz.com, cuma saya harapkan sokongan daripada anda.

Fuh dah ngantuk ni, nak solat subuh dulu baru tido! Apa-apa pun selamat membaca di blog FlareBiz.com ini. Yosh! Jangan miss satu post pun ya!

sekian..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hehe takkala terlihat Q membuat pendedahan berani di blognya ( rujuk di sini ) Saya juga ingin membuat satu pendedahan berani HOHOHO! Agak-agaknya apa yer? Saya akan dedahkan badan saya pada umum! Erk Jangan2!
Usah bimbang blog ini takkan lari dari niche dia iaitu “Keusahawanan” :) Ini slot Diari Seorang Pelajar. Seriously ramai yang tunggu slot ni tapi saya tak sempat laa nak tulis sorry semua :)

Al-kisah sebelum pelancaran ebook “Menjana Wang Tanpa Produk” saya memang kering poket akibat terlalu lama mengkaji tentang sales letter bersama bro fai.Tambahan lagi bank memang duit kosong ketika tu :) tu yang membuatkan otakku lebih pantas berfikir tidak seperti kebiasaanya. Saya pun fikir macam mana yer aku nak buat duit tapi tak der modal.. hmmm… fikir punya fikir.. fikir punya fikir..

Apa yer agaknya? Tanpa modal tapi boleh buat duit? :D Shh.. rahsia kita berdua jer ni hehe

Read the rest of this entry »

Sebentar itu sampailah aku ke sekolahku… ( untuk pengetahuan pembaca saya dan Ayie bukan di sekolah yang sama yer ). Jadi waktu rehat aku segera memulakan tugasku mencari pelanggan. Aku pergi sorang-sorang semuanya taknak. Eh aper yang aku dah buat semua taknak pesan burger ni.. mungkin cara aku berkata-kataku (sales letter) tidak cukup membunuh ni :P Aku segera menukar headline kata-kataku berbunyi “ Nak pesan burger RM1 sahaja.. Tak der duit? Anda boleh simpan duit semasa cuti 2 hari ni.. 50 sen sehari jadi cukuplah RM1 :D ” HOHO~! Selepas itu satu per satu memesan burger. Jadi kumpul-kumpul semuanya dekat 30 orang. “Wah banyak hasil yang akan aku dapat ni” bisik hatiku. Semasa pulang aku sekali lagi boleh duduk di hadapan, hehe Ayie seperti biasa hanya senyum kepadaku. “ Er.. Dely berapa yang dapat engkau cari?” tanya driver bas dengan perasaan penuh bimbang. “Saya dapat cari 30 orang jer” jawabku tenang. “WOW memang hebat engkau Dely.. Ayie dapat cari seorang jer” huhu jawab driver bas dengan penuh sindiran terhadap Ayie.

Wah aku telah berjaya mengalahkan Ayie di dalam membuat jualan… dengan bangga aku bertanya Ayie “ Betulker dapat cari seorang jer pelanggan ?” hehe cukup puas hatiku dapat menyindir Ayie yang agak sombong denganku sebelum ini. Diringkaskan cerita sampailah hari Ahad waktu yang ditunggu-tunggu untuk aku mengedarkan burger kepada pembeli-pembeli. Selepas naik bas dan ambil burger tu aku berlari-lari masuk ke dalam sekolah dengan penuh keriangan. :D Aku pun menunggu orang mari menuntut burger ini di kantin sekolah. Selepas baru sorang datang menuntut burger yang ditempahnya….

TIBA-TIBA datang mak cik kantin dengan muka yang bengis bertanya kepadaku “Ni naper bawak burger banyak-banyak?”.. Aku menjawab “Ader orang nak beli la mak cik”. Dia pun naik angin dan memarahiku “Maner boleh menjual di kawasan sekolah!!!” Huhu habis semua orang memerhatikanku. Apa lagi terus menangis la dan demam huhu.. Cikgu terpaksa hantar saya balik ke rumah selepas itu. Nasib baik ada kawanku yang lain iaitu Syafiq yang juga menaiki bas yang sama meneruskan perjuangan memberikan burger itu kepada yang menempahnya.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini masuk pulaklah kita ke kategori “ diari seorang pelajar ” :D Kategori ini tidak ada di blog-blog lain hehe, jadi teruskan dengan pembacaan blog ini. Kisah ini sambungan daripada “Kisah Seekor Kumbang” masih ingat?

Ni kisah masa darjah 2 yeah :) just nak kongsi dengan semua pembaca!

Baiklah al-kisah, hari ini aku bangun agak lewat ke sekolah iaitu pukul 7.00 tetapi masih sempat ke sekolah kerana bas sekolah datang pukul 7.20 “aduh kene pergi sekolah lagi hari ni.. naper lama sangat kene sekolah, biler laa nak habis sekolah ni” rengek hatiku yang memang malas untuk ke sekolah. Seperti biasa selepas sarapan barulah aku keluar untuk menunggu bas, hari ini aku keluar rumah pukul 7.15. “Eh, awal bas dah menunggu hari ni” bisik hati kecilku. Saya seperti biasa naik bas dan driver bas pun buka pintu depan “Aik.. apa dah jadi hari ni biasanya aku dok dekat belakang” kataku di dalam hati yang penuh kehairanan.

Read the rest of this entry »

Kisah Seekor Kumbang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

UPDATE: Saya nak bagi hadiah lagi. Ya saya nak bagi hadiah lagi dan kali ini lebih hebat. Saya nak bagi hadiah hebat ini kepada 3 top Commentators :D bagi bulan Februari. Insyallah saya akan cuba cari pelbagai hadiah untuk bulan-bulan seterusnya kepada anda semua! Enjoy your reading!

Al-kisah pada aku darjah 2, kawan aku Alif datang ke rumahku pada petang yang damai. Di tambah pula dengan angin yang sepoi-spoi bahasa. Alif seperti biasa datang kerumahku untuk mengajak aku bermain a.k.a lakukan aktiviti petang untuk kesihatan badan. :D

” Petang ni nak buat ape Alif ? ” tanya ku dengan penuh harapan. ” Haa! Hari ni ada aktiviti best.. meh ikut aku”. Tanpa berfikir panjang aku terus mengikut Alif pergi ke suatu tempat. “Eh Alif… buat apa kat belakang rumah Pak Cik Hasan ni? ” aku bertanya. Rupa-rupanya Alif ingin mengajak aku untuk menangkap kumbang… wah bukan main seronok lagi saya masa tu :D.

Lebih kurang ni laa rupanya!

Kumbang ni bukan kumbang biasa… warna dia kemas-emasan sedikit. Alif telah bersedia terlebih dahulu dengan sudah membawa plastik untuk di tempatkan kumbang yang telah ditangkap. Setelah selesai aktiviti petang saya mengambil keputusan membawa kumbang ini balik.

Esok apa lagi bawak pergi sekolah la kumbang-kumbang ni :D Sesampai di sekolah ramai yang heran.. ” Eh.. ni kumbang jenis aper ni Dely?” tanya seorang kawanku. “NI kumbang spesis mamalia.. yang tak der di Malaysia” jawabku supaya mereka yang mendengar bertambah hairan :) . Kawanku seorang lagi berkata ” Bagi aku satu Dely.. nak satu jer”.

Secara sepontan otak bisnesku ini menghantarkan isyarat supaya jangan bagi free hehe. Hendak diringkaskan cerita sayapun menjual kumbang-kumbang emas itu takdi dengan harga 30sen seekor. Kesian pulak kumbang tu huhu. Wah banyak permintaan dan petang esok apa lagi terus saya pergi tangkap lagi kumbang tu.

Read the rest of this entry »