Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

MajalahIM #6 ataupun versi Merdeka kini setelah dilancarkan secara rasmi! Kami secara terbuka ingin meminta maaf kepada peminat setia MajalahIM diatas sedikit kelewatan yang berlaku. Jujurnya, kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menerbitkan MajalahIM tepat pada waktunya walaupun secara realiti, perkara ini bukanlah mudah. Doakan supaya MajalahIM dapat terbit “on time” ye selepas ini ye :D

majalahim-cover.jpg

Terima kasih yang tidak terhingga juga untuk para penulis MajalahIM yang komited, dedikasi dan setia bersama MajalahIM tidak kira apa jua rintangan, onak duri dan badai yang melanda, anda semua memang best! Dikesempatan ini, saya mewakili krew penerbitan MajalahIM ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 pada semua pembaca MajalahIM. Merdeka! Merdeka! Merdeka! :D

Read the rest of this entry »

Asslamualaikum dan salam sejahtera,

Ok Coming Soon… Tak lama lagi Majalah IM Edisi Ogos bakal tiba di inbox emel anda! Lihat cover di bawah:

cover-6-big.jpg

Kami memerlukan beberapa orang crew lagi bagi melancarkan perjalanan Majalah IM. Ya, tidak cukup dengan crew-crew yang sedia ada seperti bro Mystic, bro Nasrun dan Kak Mal. Kali ini kami mencari beberapa orang yang boleh mengupdate protal kami di MajalahIM.com agar portal tersebut sentiasa up-to-date. Terdapat kriteria-kriteria yang perlu anda miliki untuk menyertai kami semua. Antaranya ialah:

Read the rest of this entry »

Evolusikan Minda Anda!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sebenarnya sangat sibuk sekarang kerana terdapat beberapa projek yang hendak dilaksanakan. Projek-projek ini semua memerlukan komitmen yang tinggi untuk menyiapkanya. Baiklah, post hari ini juga merupakan salah satu projek kami yang dijalankan secara tidak sengaja :D

Evolusikan minda anda, inilah yang boleh saya katakan. Ini merupakan satu seminar kuasa minda yang saya rasa semua patut hadirinya tidak kira siapapun anda. Saya tahu kita semua bergelar manusia takkan dapat lari daripada menghadapi masalah. Masalah akan sering menghantui kita selagi kita bergelar seorang manusia. Penghalang inilah yang akan menjadikan anda seorang yang hebat dan terbilang!

Berikan saya nama mereka yang berjaya, ternama dan terkaya di dunia.  Mereka semua menggunakan TEKNIK yang sama untuk kekal KAYA dan terus menambah KEKAYAAN mereka. Jika anda telah penat membaca buku berkenaan dengan kuasa minda tetapi minda anda masih tidak boleh anda kuasai, maka anda perlu berhenti membaca buku-buku ini dahulu kerana sebenarnya anda memerlukan sesuatu yang lebih dari pembacaan. Anda sebenarnya memerlukan panduan ataupun training secara live untuk menguasai minda anda dengan lebih cepat dan mudah difahami.

Oleh itu, saya memperkenalkan  Seminar Evolusi Minda yang akan di adakan pada 10 Ogos ini.Lihat detail di bawah:

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berita baik buat anda semua. Kini affiliate Rahsia 10K dibuka kepada umum… anda boleh mendaftar dan mulakan promosi anda. Komisyen sebanyak RM30 akan diberikan kepada anda bagi satu jualan. Saya rasa ini adalah satu komisyen yang agak lumayan bagi para affiliate. Jadi sertai sekarang di sini.

Kenapa anda perlu menyertai affiliate kami?

1) Untuk menyertai program affiliate ini, anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

2) Produk ini adalah sangat hot. Ya, produk ini agak senang nak laku. Saya tak tahu mengapa :D hehe Saya pasti anda tidak akan kecewa. Untuk membuat 4-5 sales seminggu adalah tidak mustahil! 5 x RM30 = RM150 dah!

3) Produk Pakej Rahsia 10K saya rasa adalah produk terbaik kami setakat ini. Anda boleh melihat testimonialnya di sini. Reputasi yang sangat baik kan? :D

4) Komisyen jualan adalah agak tinggi juga bagi program affiliate tempatan. RM30 per sales. Hanya letakkan banner anda di blog dan jana wang! Siapa nak bagikan duit? :P

dan banyak lagi!

Jangan cakap banyak lagi… ayuh register di sini.

MajalahIM#5 dilancarkan!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Yeayy..seperti yang dijanjikan, akhirnya MajalahIM yang ditunggu-tunggu telah siap..tepat pada masanya! :) Setelah bertungkus-lumus selama 5 hari akhir siap jugak Majalah yang sepatutnya diterbitkan 5 hari yang lepas. Nak tau sebab apa lambat? Sila baca post yang lepas dari Labanon ;)

Baiklah, dalam edisi ini kami menampilkan kartunis yang tidak asing lagi iaitu Ubi dan beliau secara rasminya menjadi kartunis MajalahIM dengan kolum beliau sendiri. Terima kasih saya ucapkan kepada Ubi dengan hasil kerjanya yang kreatif dan kemas. Cayalah bro :D

Read the rest of this entry »

Oh, Rahsia 10K!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya saya masih mampu untuk menulis post ini. Baiklah pada hari ini saya ingin memberitahu kepada anda semua bahawa Team FlareBiz telah membuat kenduri kahwin kesyukuran sempena saya dapat ke Universiti penjualan ebook Rahsia 10K yang sangat memberangsangkan.

Kenduri ini di adakan semalam dan alhamdulillah dapat menjamu sehingga 200 orang yang hadir. Kenduri ini dimulakan dengan solat hajat bagi memohon hajat kepadaNYA agar sentiasa merahmati perjuangan kami semua. Agak puas hati kerana kami berjaya menjamu budak-budak Tahfiz Al-Quran dan ahli-ahli masjid dengan hasil perniagaan Internet.

Read the rest of this entry »

Majalah IM Edisi Jun

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Baiklah pada hari ini saya  ingin mengumumkan satu berita yang tidak gembira kepada anda semua :( . Majalah IM Edisi JUN tidak dapat diterbitkan pada bulan ini kerana sekali lagi terdapat masalah teknikal yang diluar kawalan. Saya rasa sudah tidak sempat lagi untuk mengeluarkanya pada bulan Jun ini.

Namun, kami Majalah IM crew telah bertekad akan mengeluarkan edisi Julai pada awal bulan 7 ini. Selepas ini, kami akan sentiasa mengeluarkan Majalah IM ini diawal bulan dan insyallah harapan ini akan tercapai. Setelah beberapa kelemahan kami kenal pasti dan kami telah bersetuju untuk mengambil beberapa pendekatan baru  dengan para penulis. Sebelum itu, saya ingin memohon maaf kepada para penulis seperti Kak G, Tazilan, Zamri Nanyan, SmartZul, Irwan Dahnil (hehe mari Kelate ko bulan 7 ni?), Shamsuddin Kadir, Mdpai, Fuad Latip, Syed Ikhwan, Alang, Ubi, Amirol dan ramai lagi.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Agak lama saya tak menulis di blog ini nampaknya..hehe..biasa la sibuk dengan tugas-tugas belakang tabir Team FlareBiz. Alhamdulillah, syukur kerana rezeki semakin hari semakin murah. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pembeli Pakej Rahsia10k. Saya yakin anda gembira dengan apa yang anda perolehi samada dari segi content, ilmu mahupun design. Nampaknya semua keuntungan hasil jualan Rahsia10k akan digunakan oleh Labanon untuk meminang perempuan idamannya. Oh!

Baiklah, berbalik kepada topik. Kami telah bersepakat untuk mengambil seorang staff (Graphic & Web Designer) kerana kami memang tak cukup tangan untuk membuat semua itu lagi :) Terus terang kami katakan, sekarang pengurusan perniagaan kami tidak berjalan dengan begitu lancar kerana saya banyak menghabiskan masa untuk membuat kerja-kerja design/web design. Kami perlu juga uruskan urusan perniagaan lain dan kami rasa tibalah masanya untuk kami mencari staff agar semua perjalanan perniagaan kami berjalan lancar :)

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah… setelah saya dan Zhafran berpenat lelah.. akhirnya berjaya siapkan Pakej Rahsia 10K yang kiranya agak lengkap khas buat anda semua. Kami rasa inilah ebook terbaik kami setakat ini dan saya berharap anda dapat mengambil tindakan segera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinNYA kami berjaya melancarkan produk ini. Alhamdulillah syukur!

Terima kasih saya ucapkan kepada bro Amirol yang banyak membantu sepanjang proses menyiapkan projek ini. Ehem-ehem baik kita rahsiakan tentang perkara tersebut ha ha ha! Terima kasih juga kepada bro Sabri SaifulSham, bro Zul, bro Zamri Nanyan dan bro Vince kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual oleh pihak kami. Tanpa anda semua.. produk kami ini tiada seri dan semestinya tiada orang ingin memiliki produk kami ini :D

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami sebenarnya sedang busy dengan pelbagai projek dan sebab itulah kami tak sempat nak update blog FlareBiz ini. Cuma apa yang boleh saya katakan ialah jika tiada aral yang melintang Pakej Rahsia 10K akan dilancarkan pada 10hb Jun ini. Jadi saya berharap anda semua dapat membuat tindakan yang sewajarnya pada 10hb Jun ini.

cover-main.jpg

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya dan Adly sekarang dalam mood yang sungguh selesa dan bekerja secara enjoy. Dalam masa yang sama, kami juga bertungkus lumus untuk menyiapkan produk dan juga mengatur strategi product launching untuk produk terbaru kami. Oleh itu, saya rasa adalah perlu saya berkongsi sedikit tip mengenai produk launching ini.

Pertama sekali, apa benda product launching tu? Mungkin setiap orang ada definisi tersendiri tentang product launching ini tetapi tujuannya tetap sama iaitu anda inginkan seberapa banyak orang tahu tentang kehadiran produk anda di dunia internet. Lagi banyak sudah tentu lagi bagus. Baiklah, saya berkongsi beberapa tips disini. Mungkin tip-tip yang akan saya berikan hari ini sudah biasa anda dengar tapi ramai yang mengabaikannya sewaktu ingin melancarkan produk.

Read the rest of this entry »

JomSeminar!

untitled-1.jpg

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Fuhh..akhirnya tamat jugak program JomSeminar! yang saya nantikan sejak dulu lagi (kononnye la) :D Best jugak dapat pergi seminar free ni ye. Opss, kami dapat free dengan terhormat ok? Bukan sebab kami bodek Syed Ikhwan tapi free sebab kami bayar seminar tersebut dengan duit affiliate JomSeminar! kami. Siap dapat lebih lagi :D Tak caye? tengok kat sini

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abang Di yang sudi menumpangkan saya, labanon dan ecaros di biliknya di Hotel Armada. Beliau juga belanja kami nasik lemak pada pagi sebelum seminar bermula!

Read the rest of this entry »

MajalahIM #4 Dilancarkan!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa khabar anda semua? Agak lama saya menghilangkan diri dari blog ini. Sebenarnya saya bukan hilang tapi saya banyak bekerja “dibelakang tabir” FlareBiz :)

MajalahIM #4

 Baiklah, setelah bertungkus-lumus siang dan malam. Akhirnya terbit juga MajalahIM #4 yang saya design sepenuhnya kecuali cover yang di design oleh saudara Nizam Ahamad. Saya terpaksa menjadi designer “bidang terjun” untuk edisi kali ini kerana saudara Nizam amat sibuk dengan projek-projek MEGA beliau yang lain :D Saya harap anda semua dapat terima hasil kerja saya yang tak seberapa jika dibandingkan dengan saudara Nizam.

Read the rest of this entry »

Majalah IM #3 Dilancarkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Fuh… syukur ke hadrat ilahi akhirnya kami berjaya menyiapkan Majalah IM #3 pada kali ini. Kami memohon maaf kepada seeeemmmuuaaa penulis Majalah IM dan para pembaca di atas kelewatan menyiapkan Majalah IM #3 ini. Kelewatan ini adalah kerana masalah yang menimpa designer kami yang demam baru-baru ini dan menyebabkan proses menyiapkan Majalah IM tergendala.

Download sekarang di http://majalahIM.com

Next month nampaknya kami perlu mencari pembantu kepada bro Mystic agar Majalah IM siap on time. (nampaknya bertambah peruntukan gaji untuk designer!ohh tidakk!). Apa-apapun credit 4 bintang diberkan kepada bro mystic kerana berjaya menyiapkan design Majalah IM dengan begitu cantik sekali.(satu bintang lagi dipotong kerana tidak dapat menyiapkanya pada on time ha ha ha!)

im3shoot1big.jpg

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan kami ecaros, kak Norakmal dan sebagainya kerana membantu kami dalam melancarkan proses menyiapkan Majalah IM. Suara kak Norakmal digunakan dalam intro audio Interview bersama Gobala tu :) (suara memang cute hehe se”cute” tuanya kot hehe)  Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua penulis Majalah IM, tanpa anda percayalah kami tidak mampu untuk menerbitkan Majalah IM ini. Terima kasih!

Read the rest of this entry »

Next Interview - Vince Tan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Seperti yang anda sedia maklum, Team FB telah membuat 2 interview dengan jayanya sebelum ini iaitu interview dengan Shuth untuk MajalahIM v2 dan Gobala Krishnan untuk MajalahIM v3.

Untuk MajalahIM v4, Vince Tan telah bersetuju untuk diinterview oleh saya. Cuma saya tengah fikir nak buat dalam bentuk bertulis atau audio. Yang pasti, interview yang akan saya buat adalah tentang perjalanan beliau sebagai seorang Internet Makerter yang berjaya dan juga kisah kejayaan SendUsTo.us.

Apa yang membuat saya kagum tentang Vince Tan adalah, beliau bermula dengan 0 pada Nov 2006 dengan melancarkan AdsenseBlackhatEdition.com dan dalam masa tak sampai setahun, beliau sudah mampu mencapai taraf world class Internet Marketer sehingga dijemput memberi talk di Internet Marketing event bertaraf dunia. Bagi anda yang masih belum mengenali Vince Tan, anda boleh baca profile beliau disini dan disini.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa khabar anda semua? Saya harap semua sihat-sihat dan bisnes masing-masing pun masyuk ek :D

Kali ni saya ingin bercerita pasal Annual WanitaNiaga yang berlangsung pada hari Sabtu lepas (5 April 2008) di Golden Palace Horses Hotel. Selain ahli-ahli forum WanitaNiaga.com sendiri yang hadir pada majlis tersebut, terdapat juga beberapa warga WangCyber.com juga yang datang menjenguk majlis yang happening dengan suara kanak-kanak :D Mereka adalah Team FlareBiz sendiri (Saya dan Labanon), Shuth, Amirol, Mie (PlanHoster.com) dan ecaros.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini update blog sekadar ingin memberitahu anda tentang projek kami terkini. Kami kini sebenarnya sedang sibuk dengan kerja-kerja Majalah IM dan insyallah Majalah IM #3 akan terbit pada awal April. Saya harap anda semua support kami agar terus menerbitkan Majalah IM. Kami akui dan mengaku jika tiada support motivasi kami akan terus merudum dan tak dapat lagi menerbitkan Majalah IM. Yerlah anda semuakan tahu bukan senang nak terbitkan ezine ni. Kami terpaksa korbankan masa, harta dan tenaga untuk memastikan Majalah IM berjalan dengan lancar.

cover1.jpg

Read the rest of this entry »

Adakah Anda Sokong Kami?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah kerana saya masih diberikan kesempatan untuk membuat post di sini. Post pada kali  ini hanyalah sekadar ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog ini dan kepada semua yang sentiasa menyokong Team FlareBiz sejak daripada dulu-dulu lagi. Tiada apa yang kami harapkan hanyalah sekadar sokongan dan doa anda semua agar team kami akan terus berbakti kepada semua pengguna Internet.

Tentang Majalah IM saya ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana semua menyokong kami semua. Saya begitu terharu dengan sokongan yang diberikan oleh blogger-blogger yang membuat review tentang Majalah IM. Saya rasa hari ini saya ingin ping kepada semua yang membuat review Majalah IM.

Antaranya ialah:

EarnCent.com, azwanhadzree.com, SilentLeo.com, WangCyber.com, IMMalaysia.com, DikMal.com, MotivasiBelajar.com, SmartUsaha.com, asblogger.com, DiariAdSense.com, MohdIsmail.com,

Itu sahaja yang saya dapat kesan kerana anda tidak ping kepada blog FlareBiz… jika ada blog-blog lain sila nyatakan di ruangan komen agar saya dapat mengucapkan terima kasih kepada anda. Tiada apa yang saya dapat balas pengorbanan anda (chewaaahh!) melainkan dengan ucapan “terima kasih”. Tanpa sokongan anda… percayalah bahawa kami tidak bersemangat langsung untuk menerbitkan Majalah IM. Tanpa sokongan anda Majalah IM akan berhenti di sini sahaja.

Terima kasih semua… terima kasih Malaysia!

sekian.

Satu-Satunya “Melayu”

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Wah saya sebenarnya letih sekarang setelah perjalanan agak jauh hari ini ke Tanah Merah (Eh, jauh macam ni kau kata? Tak datang Johor lagi!) kerana melawat bakal mak mertua menghantar seorang kawan. Baiklah kali ini hanyalah post ringkas sahaja kerana jari jemari saya sudah tidak berdaya untuk menekan punat-punat keyboard yang tersergam angkuh di atas meja ini. ( Pergh ayat sastera beb!)

Satu-satunya Melayu yang saya maksudkan di sini ialah saya tersenarai di ranking 18 daripada 30 orang sebagai top blogger termuda dunia kot. Saya tak tahulah Michael Dunlop ini menyusun bagaimana rangking tersebut dan saya rasakan ianya disusun secara random. Jika di susun mengikut ke”handsome”man mungkin saya akan naik kepada top 3 ha ha ha! Namun, saya rasa ini merupakan salah satu penghargaan yang diberikan kepada saya yang juga merupakan seorang Melayu. “Takkan Hilang Melayu Di Dunia” inilah peribahasa yang paling sesuai diungkapkan sekarang.

Cuba anda lihat 30 senarai top blogger:

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Fuhh.. saya baru sahaja selesai membuat audio interview dengan seorang usahawan Internet yang terkenal khas untuk Majalah IM edisi April. Jadi maknanya ada audio mp3 lah yer untuk Majalah IM kali ini? Yup… sudah tentu satu lagi pembaharuan yang dibuat oleh pihak Team FlareBiz bagi menjayakan Majalah IM ini.

Rasa nervous jugak mulanya start interview ni… hehe tapi takpelah berani mencuba… so saya rasa berpuas hati dan insyallah anda akan dapat banyak ilmu daripada audio interview ini. Beliau tidak lokek berkongsi banyak ilmu dengan kita semua. Jadi anda perlulah memiliki 1 speaker nanti untuk mendengar temubual eksklusif ini.

Read the rest of this entry »