Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya dan Adly sekarang dalam mood yang sungguh selesa dan bekerja secara enjoy. Dalam masa yang sama, kami juga bertungkus lumus untuk menyiapkan produk dan juga mengatur strategi product launching untuk produk terbaru kami. Oleh itu, saya rasa adalah perlu saya berkongsi sedikit tip mengenai produk launching ini.

Pertama sekali, apa benda product launching tu? Mungkin setiap orang ada definisi tersendiri tentang product launching ini tetapi tujuannya tetap sama iaitu anda inginkan seberapa banyak orang tahu tentang kehadiran produk anda di dunia internet. Lagi banyak sudah tentu lagi bagus. Baiklah, saya berkongsi beberapa tips disini. Mungkin tip-tip yang akan saya berikan hari ini sudah biasa anda dengar tapi ramai yang mengabaikannya sewaktu ingin melancarkan produk.

Sneak Peak Strategy

Sneak Peak strategy adalah anda beri orang ramai “merasa” sebahagian dari produk anda. Jika anda mempunyai ebook yang mempunyai 10 bab, mungkin anda boleh bagi free 1 atau 2 bab secara percuma kepada public ataupun list anda. Jika produk anda berbentuk video, anda bolehbagi keratan video tersebut. Teknik ini amat popular dan cukup berkesan lebih-lebih lagi jika produk anda memang betul-betul bagus. Saya sendiri pernah membeli sesuatu produk setelah merasa sneak peak produk tersebut yang betul-betul memuaskan hati saya. Dan ternyata, produk yang saya beli tersebut memang betul-betul bagus.

Buzz Strategy

Teknik kedua adalah dengan membuat “buzz”. Teknik ini biasa dilakukan bagi mereka yang mempunyai blog dan list (err..boleh dipanggil internet marketer ke kalau takde blog dan list?). Trick disini adalah anda hendaklah membuat buzz tentang apa yang ada dalam produk anda bukannya tentang jualan. Maksudnya, jangan menampakkan diri anda ingin menjual sesuatu tetapi nampakkan diri anda sebagai seorang hero yang datang dengan sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah semua orang :D Jika anda berjaya meyakinkan orang ramai bahawa produk anda akan “mengubah” sesuatu dalam hidup mereka. Percayalah, mereka tak sabar-sabar menanti kehadiran produk anda. Jika ini berlaku, maka matlamat product launching anda telah berjaya.

Satu lagi cara untuk membuat buzz adalah dengan memberi ebook/report percuma yang agak kontroversi untuk mencuri tumpuan orang ramai. Bila anda dah dapat tumpuan mereka, faham-faham sendiri la nak buat apa ye :D

Joint Venture Strategy

Merekrut JV partners juga adalah satu strategy yang WAJIB anda lakukan sebelum melancarkan produk anda. Ingat, diinternet anda tidak keseorangan. Ada ramai lagi internet marketers lain yang boleh membantu anda secara win-win situation. Betul, anda sudah tentulah mesti memberi sedikit keuntungan anda kepada para JV anda yang membuat sales. Kiasannya mudah, anda mahu sedikit bahagian dari kek yang besar ataupun bahagian yang besar dari kek yang kecil? Tak faham? Ok lah, anda mahu 5% dari RM10 000 ataupun 80% dari RM100?

Jika anda merekrut JV, anda akan dapat meluaskan prospek anda dan sudah tentu sales juga akan bertambah-tambah banyak berbanding jika anda hanya membuat marketing secara berseorangan. Jangan sesekali merasas syok sendiri dengan mengatakan yang anda tidak memerlukan JV. Ini adalah kesilapan besar yang dilakukan oleh newbies termasuk saya sendiri zaman muda-muda dulu :D
Saya rasa cukup 3 tips untuk entri kali ini. Tak boleh tulis banyak-banyak nanti kering idea pakcik nak menulis :D Kepada yang ingin melancarkan produk, selamat mencuba tip-tip dari saya

Sekian,

Zhafran

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

18 Comments »

Comment by alfarabius
2008-05-22 23:56:25

wow…tq 4 da info…nmpknya taikun IM dah ready nak launch produknya…mari kita nntikan bersama…

-Bakal mengeluarkan 1 eBook penuh ‘Misteri’ ;)

Comment by Zhafran a.k.a Kaizen
2008-05-26 16:00:48

Saya menantikan ebook misteri itu ;)

 
 
Comment by NayanMohd
2008-05-23 08:56:18

satu info yg cukup bernilai untuk saya. TQ Zhafran dan Team Flarebiz. Nampaknya saya kenalah praktikkan teknik ni..untuk produk akan datang.

Comment by Zhafran a.k.a Kaizen
2008-05-26 16:01:15

Sama. Sharing is loving. Opss :D

 
 
Comment by zool
2008-05-23 09:35:40

Hm.. dah selesa adik2 kita ye..
Bagus2..
Sekarang ni ingin cuba Sneak Peak Strategy…

Comment by Zhafran a.k.a Kaizen
2008-05-26 16:01:45

Sneak Peak strategy la yg paling senang..hehe

Comment by matzis
2008-05-29 12:28:51

yer ker Sneak Peak Strategy ni paling senang…biasanya kalau kat pasaraya orang suka test jer..yer ler percuma!..tapi tak beli pun…hehehe

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by mazlie nadzri
2008-05-23 10:24:38

Salam…

Bagus tips ni. Saya pun akan lancarkan after 27hb ni. Sekarang, promosi berlangsung didalam list saya dahulu sebab mereka dah dapat kupon RM10 sehingga 27hb ni.

Untuk nak dapat harga diskaun ni, lawat http://mazlienadzri.com/sp/index.html

sory team flarebiz, promote jap :)

Comment by Zhafran a.k.a Kaizen
2008-05-26 16:02:10

No problem. Good luck bro :)

 
 
Comment by hairul
2008-05-24 01:04:36

Arigatou Zhafran, untuk tips kali ni. :)

==========================================

Macam kata Zhafran, product launching tu untuk beritahu orang tentang kemunculan produk kita. So, kita perlu buat prelaunch yang betul-betul mantap dan efektif.

Timbulkan GHAIRAH. Itu kuncinya. Orang bila dah ghairah, nafsu dia pasti membuak-buak, timbul keinginan untuk menikmatinya. Dedahkan produk kita, serlahkan daya tarik yang ada.

Masa tu, mereka dipengaruhi oleh emosi untuk membeli, dan logik mereka akan mengiyakannya.

Comment by Zhafran a.k.a Kaizen
2008-05-26 16:02:36

You’re right. Thanks for sharing :)

 
 
Comment by yazidyahaya
2008-05-24 13:55:05

yup..banayk-banayk la..cara yang paling best sekali bila jual produck ni adelah mellui affiliate dan iya memag bekersan

Comment by Zhafran a.k.a Kaizen
2008-05-26 16:03:03

Affiliate mmg best. Tapi JV lagi besttt ;)

 
 
Comment by titan
2008-05-24 22:57:47

tips nih memang bagus. Apapun, pilih cara yg kau orang rasa sesuai dgn produk korang tuh. :)

Comment by Zhafran a.k.a Kaizen
2008-05-26 16:03:40

Try je semua. Pastu tgk mana yg paling berkesan

 
 
Comment by ladyheart
2008-05-25 00:40:52

um… give out a portion it, huh? I guess it’s also tips for bloggers! Blogging - give what people are looking for time by time, just a portion of it each time ? humm… ^^

Comment by Zhafran a.k.a Kaizen
2008-05-26 16:05:34

Yup. Boleh juga applikasikan untuk blogging. Idea yang bernas :D

 
 
Comment by izbatris
2009-01-05 16:38:55

tq utk tip yg berharga sgt!!

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.