Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Minggu ini merupakan minggu killer buat saya kerana terpaksa berhempas pulas untuk menyiapkan projek terbaru FlareBiz yang bakal dilancarkan 1 Feb ini. Projek ini memang unik dan special kerana ia menggabungkan beberapa “otai-otai” dalam bidang perniagaan internet di Malaysia. Opss..tak boleh cakap panjang-panjang. Tunggu 1 Feb ini! (yang pastinya anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk mendapatkan produk terbaru ini nanti!)
Ok back to the topic, selepas 10 hari pelancaran GaleriKaftan.com, feedback yang kami dapat dari pengunjung-pengunjung laman web tersebut amatlah menggalakkan (tentunya Labanon sangat seronok sebab dapat berhubung dengan pengunjung-pengunjung GaleriKaftan.com yang rata-ratanya adalah perempuan…oh!). Selain telah mendapat beberapa sales, antara emel-emel yang kami dapat adalah :
“Nak tanya sikit. Kaftan ni ada saiz tak? Maklumla jenis badan bersaiz besar.“
“Saya berminat mengenai pakaian anda cuma nak tanya terlebih dahulu adakan produk anda merangkumi kaftan sahaja atau ade produk lain seperti pakaian yg dipakai model di dalam website anda.(sebelah atas, kanan) jika ada sila emailkan saya. Saya juga berminat kaftan kanak2 jika ade sila beritahu harga dan contoh jika ada“
“saya nak tanya, ada tak baju batik untuk leleki……“
“Saya ingin tahu produk tudung macam mana yang di jual sekarang ni…. adakah tudung selendang batik???? terima kasih“
Jika anda teliti daripada emel-emel yang kami terima ini, rata-rata pengunjung berasa “tidak puas hati” dengan servis kami kerana kami hanya menyediakan satu jenis produk batik sahaja iaitu kaftan. Mereka mahukan lebih dari itu seperti tudung selendang, pakaian batik untuk lelaki, pakaian batik untuk kanak-kanak dan macam-macam lagi lah. Kesimpulannya, kami memang tak salah masuk market. Sememangnya perniagaan pakaian secara online masih lagi FRESH!
Supplier baru
Alhamdulillah, kami telah mendapat supplier baru yang dapat membekalkan pelbagai jenis produk batik kepada kami. Insyaallah selepas CNY (Chinese New Year) ini, GaleriKaftan.com akan lebih berseri-seri dengan kehadiran pelbagai produk batik yang pastinya akan membuat peminat-peminat batik tersenyum riang
Sedikit Motivasi
Seperti yang saya pernah katakan dalam post terdahulu, belum cuba belum tahu. Sebelum cuba kami pun tidak menyangka akan mendapat feedback yang menggalakkan dari pengunjung laman web kami. Jadi saya harap ini dapat menjadi satu motivasi kepada mereka yang belum lagi bermula dalam perniagaan internet. Jangan takut untuk mencuba kerana dari situlah kita akan menimba pengalaman dan belajar - sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Selamat Maju Jaya,
Zhafran

























Rasa mcm tau jer.. Hehehe.. Mesti best punya..
Oh zhafran. Rupenya mu tag team ngan labanon la nie. Bagus2 and good luck!
good luck
Good idea and know about market. Just try your best always!
salam..tahniah team flarebiz.com..truskan..teringt kisah mat salleh yg start jual kerusi kt internet pd umur 17thn, dan skang umur 20thn,dh dpt income USD30 million…dan kelmarin dlm paper utusan, kisah seorg wanita yg jual tudung scr online, dan dh dpt tempahan dr luar negara..so…segalanya mungkin dgn dunia ebiz ni…
wah hebatlah team flarebis ni.xnak ambik protoge ke