SHAH ALAM 24 Sept. – Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM3 juta sehari atau RM90 juta sebulan untuk membeli rokok.
Menyedari fenomena membimbangkan itu, kerajaan Selangor dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menganjurkan kempen khusus sempena bulan Ramadan ini untuk menggalakkan orang ramai terutama umat Islam berhenti merokok.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, jika dalam tempoh berpuasa perokok boleh mendisiplinkan diri tidak merokok, tidak mustahil untuk mereka terus meninggalkan tabiat yang bukan sahaja mengancam kesihatan tetapi juga pembaziran.
“Saya terkejut apabila angka itu didedahkan oleh Pengarah HTAR, Dr. Yahya Babai, cuba bayangkan RM3 juta sehari, kalau didarab sebulan dah jadi RM90 juta, kalau setahun?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, memandangkan pada siang hari umat Islam berpuasa, jadi beliau amat berharap kempen ini akan berjaya dilaksanakan seterusnya mengelakkan perbelanjaan merokok di kalangan masyarakat di negara ini.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya juga telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua masjid di seluruh negeri agar menjadikan masjid sebagai kawasan larangan merokok.
Katanya, arahan itu diadakan bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat terutamanya di tempat suci seperti masjid yang mejadi tumpuan orang ramai untuk beribadah.
‘‘Jika pemeriksaan ke masjid-masjid mendapati ada disediakan tempat abu rokok, tindakan disiplin akan diambil, kita mahu masjid bebas sepenuhnya dari kawasan merokok,” katanya.
Sumber: Utusan Online
P/S:Wah.. apa nak jadi ni?? ![]()

























Dekat masjid pun takleh merokok dah…;)
orang malaysia ni kaya..sebab tu sanggup bakar duit dan diri..
Huhuhuhu… apa pekdah isap rokok. RM90 juta tu dah jadi kos untuk dapat penyakit jantung /paru2. Lgipun kenapa la org sekarang ni gemar isap rokok kt mesjid. Gi la merokok dlm jamban. Kan mengganggu org dok semayang, dah satu dosa plak…
Rokok boleh menyebabkan
1. kita muda seumur hidup - tak sempat tua
2. banyak kemajuan diri - kerana ada tar dalam paru-paru. Kalau tak turap tak maju.
3. dapat rumah baru - rumah sudah terbakar dan Bersamamu akan datang menghulurkan bantuan membina rumah baru.
4. memberi sumbangan kepada negara - terpaksa bayar cukai rokok
Hahaha
Wak2..kat masjid tak boleh merokok dah. Tertanya2, apakah tindakan disiplin yang bakal diambil tu..Hurmmm….
To Uzailun: Lol tak terfikir lak saya kaka

To Fuad: Saya rasa sebat paling sesuai
Hmmm….nak buat cam mane ek???itu baru rokok…bnyk lagi benda2 yang x berfaedah mcm judi,arak dan bagai2lah..
care paling baik ialah hapuskan penjualan rokok 100% di Malaysia..and haramkan rokok..klu wat kempen boleh, tapi peratusan nak berjaya sangat rendah..
betul.