Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kami sebenarnya sedang busy dengan pelbagai projek dan sebab itulah kami tak sempat nak update blog FlareBiz ini. Cuma apa yang boleh saya katakan ialah jika tiada aral yang melintang Pakej Rahsia 10K akan dilancarkan pada 10hb Jun ini. Jadi saya berharap anda semua dapat membuat tindakan yang sewajarnya pada 10hb Jun ini.

Baiklah jom kita tengok dulu komponen-komponen Rahsia 10k:
1) Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
2) Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
3) Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
4) Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
5) Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
6) Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
7) Senarai Semak (Bernilai RM17)
8) Forum Sokongan Eksklusif (Tidak Ternilai!)
Fuhhh.. lengkapnya! Hehe.. so agak-agak berapakah harga yang sesuai bagi produk ini? Ok saya tunjuk kepada anda salah satu testimonial yang saya dapat:
“Sudah terlalu banyak ebook telah saya baca tentang bagaimana untuk menjana pendapatan lumayan di internet. Mulanya saya ingat ebook Rahsia10K ini adalah salah satu diantaranya yang bersepah di internet masa kini menceritakan perkara yang sama. Bagi saya, cukuplah… tak larat dah nak baca.
Perkara yang hendak disampaikan semuanya lebih kurang sama. Tiada bezanya antara satu sama lain. Saya mula membuka halaman demi halaman ebook Rahsia 10K ini, membaca seperti terpaksa. Tiba-tiba….Wahhh… biar betul…!!!! Bagusnya… Labanon bukan sahaja menerangkan dari A-Z bagaimana beliau dapat menjana wang sebegitu banyak dari internet tanpa berselindung, malah diselitkan juga motivasi dalam setiap bab.
Perkara yang telah dilalui oleh Labanon benar-benar berlaku pada diri saya sepanjang penglibatan dalam perniagaan internet. Beliau menceritakan bagaimana beliau menangkis segala ujian dan rintangan mendatang yang mana tidak termampu untuk saya lakukan. Saya teruskan pembacaan sehingga ke akhir halaman. Pertama kali saya rasa sangat puas selepas membaca sesebuah ebook.
Motivasi saya terus meningkat. Saya mula mempraktikkan apa yang ditulis dalam ebook tersebut. Tak sampai sebulan, hati saya sangat-sangat gembira kerana saya berjaya mendapat 2 jualan untuk salah satu produk resell rights yang saya jual. Sebelum ini takde sapa nak beli kerana persaingan yang terlalu tinggi. Tetapi tips yang Labanon kongsikan dalam ebook Rahsia 10K ini sangat-sangat berguna, menarik dan berkesan. Beliau memang tak kedekut ilmu..“

Amzani Mokhtar
PanduanDomain.Com
Itulah salah satu testi yang saya dapat daripada orang yang telah membaca ebook ini
Saya berharap dapat membantu lebih ramai para newbie untuk berjaya dalam perniagaan Internet.
Sekian.
























bro, aku cadangkan wat permulaan harga RM25..
kene tengok jugok..kalu nok ramai usahawan baru tahu tentang ni mungkin buleh jual dalam RM40.
tapi kalu buleh jangan lebih RM80 atau RM90.
sebab nampak macam pelanggan sasaran lebih kepada im baru
Saya dah cek personally this product.
As I told you before, it could reach 79..or 89
Sbb, ada kat situ……case study, praktikal dan plan 60hari.
those yang serius, akan ikut 60 days plan and makes profit. Jd sis rasa orang sanggup bayar harga 89..for me 89 tk mahal..cuba imagine pakej ini dlm bentuk buku fizikal..lagi mahal kot
Semua orang boleh buat duit dari EBook ini. Kecuali mereka yang tak minat produk digital, dan mereka yang cintakan alasan
vote for 79..or 89
Bro, start la dgn harga yang rendah dulu macam 15 ke 25 ke… mesti gempak punyer… ataupu ko buat mcam JWA (Munawar) kasi beberapa chapter… lopeh diorg baca ..ok… confirm beli punyer
Cadangans saya pulak, bagi secara percuma!
Nanti dulu, bukan percuma bulat-bulat.
Bagi produk “preview” secara percuma.
Barulah dapat nak tau seberbaloi mana nak beli ebuku tu nanti…
Sebab banyak ebuku yang tak bermutu telah diterbitkan, jangan kita mencontohi “mereka-mereka” ini.
Tapi kalau sampai ada forum sokongan, harga RM25.00 macam yang saudara syarif kata tu, ok kut… Atau sepatutnya lebih lagi sikit(Anggap sebagai forum subscribtion fee & maintenance)
nak tetapkan harga… berapa paling berbaloi… bagi rm50, harga brg2 skrg ni dah naik
Saya sokong RM50 starter price…kira mcm 50/50 tak murah dan tak juga mahal sgt.. kira cam harga professional la..lagi pun target semua yang nak jadik usahawan internet..kira berbaloi juga la..
tengok pada preview komponen tu.. dah nampak mcm ok dah.. but terpulang kata majoriti..
Cadangan saya Rm100,tp kalau nak dikira semuanya tak ternilai.
Apa2 pun terpulang pada tuan punya.
Beserta dengan forum support dan interview dgn zamri nanyan..saya rasa under 50 adalah kurang berbaloi
just my 2cents opinion
ps:dik….sis sibuk la kelas..mati la tk prepare pape nk ‘berperang’ tu nt..haha
jual rm60 bersama resellright
saya cadangkan harga diantara Rm 5o hingga RM100
kerana:
1. kalau jual murah sangat orang fikir 2 kali nak beli. betul atau tidak saya akan memperolehi manfaat dari ebook ini sebab harga terlalu murah.
3.kalau jual mahal sangat orang fikir 5 kali nak beli. sebab tak semua orang mampu bukan bermakna takde orang nak beli. jika betul2 ada keinginan tinggi nak belajar dan menghargai ilmu yang terdapat dalam ebook ini memang harga yang mahal bukan satu masalah.
Start beberapa chapter yg boleh menarik minat. Lepas tu harga promosi utk bilangan terhad dgn harga RM27. Dah capai bilangan terhad tu…naikkan kepada RM57. Lepas tu terpulang la nak letak brape lak nanti. Lebih kurang cam gaya pemasaran Saudara Munawar (JWA).
Salam,
Ya,saya rasa pada yang dah memang lama
dalam bidang perniagaan internet harga RM100 malah lebih adalah sesuatu yang mampu dan layak untuk dibeli.
Tetapi berdasarkan ayat,
“Saya berharap dapat membantu lebih ramai para newbie untuk berjaya dalam perniagaan Internet.”
dan jika fokusnya adalah pada newbie saya berpendapat harganya adalah tidak melebihi RM30. Walaupun ianya dianggap sebagai terlalu murah tapi saya berpendapat newbie akan lebih berani mencuba untuk membelinya.Bak kata orang, sudahlah baru nak merangkak, modal kena kuar banyak pulak, nanti habuk pun tadak…
Itulah yang dicadangkan.. tidak melebihi RM30 beserta sistem affiliate dan bantuan promosi.
Pendapat dari orang baru…
Saya sokong pendapat anda..
Memang kalau bagi mereka yang dah lebih 6 bulan biz RM80++ tuh berbaloi.. Malah rasanya pakej ini lebih bernilai dari harga itu..
Tapi saya juga ingat sewaktu saya mula2 dulu, saya tidak peruntukkan lebih dari RM20 untuk pakej apa-apa.. Tak kiralah betapa hebatnya testimoni yang diberi.. Melainkan saya memang benar-benar pasti dan kenal orang yang menulisnya..
Hehe… so adakah anda yakin dengan Labanon ?
aku sokong RM50 ke RM100
1. menunjukkan ebook nie ada level and status die…
2. pepenat korang wat research pekejadah sumer tu nak bagi murah jer ke…huuu letih2
3. cam azura cakap…murah sgt org pike ebook nie ok ke tak…murah sgt mesti cokia jer nie…kalo mahal sgt plak…huii tak mampu seh…pike berkali2 pun tak beli2…org yang jual plak rugi…so letak yang sedang2 saja…yang penting dia beli…cam dangdut plak…ahaks…
am rasa dalam 67 oklah.. paling tinggi 87.. 97 rasa cam.. eeeii mahalnya..
Saya cadangkan RM88.00 ok ka?
Salam,
Berdasarkan testimonial yang dibaca harga ebook boleh mencecah RM100.
Lebih baik sekiranya labanon sediakan preview untuk memberi kepercayan pembeli.
Dengan priview yang benar dan ikhlas pasti harga ebook ini boleh ditentukan harganya dengan lebih tepat..
Pendapat aku lak..mula2 ni bagi harga special dulu. RM40 ker..tp ada limit masa la. Mungkin dlm masa 3 hari jer..pastu slow2 naikkan sehingga RM79.
Asalamualaikum…WBT…
salam kemajuan bg semua pengiat inter biz,bg saya biarlah ebook ini di jual pada harga yang di cadangkan oleh saudara
syarif RM25 sebagai modal perkembangan
dunia interbiz tanah air.kerana tidak ramai yang berminat dlm dunia interbiz ini.Jadikanlah harga ini sebagai dorongan lebih ramai lagi yang berminat dalam menceburi bidang interbiz di tanah air kita.
wasalam.
Jike target market untuk newbies, cadangan RM37 amat sesuai. Tidak mahal dan tidak murah. After 2 weeks, boleh jadi RM67, then after a month, premium price at RM107. Tunjukkan peningkatan harga selang 2 minggu, untuk encourage pembeli decide secara bijak utk dapatkan harga murah.
Cuma cadangan sahaja.
wasalam.
err…nak bagi cadangan harga ada payah sikit…saya pun newbie dan susah bagi saya untuk menilai sesuatu ebook.
sekiranya komponen tersebut sememangnya langkah yang baik untuk menjana wang saya rasa tiada masalah jual mahal sikit dalam RM40…selepas itu naik perlahan-lahan ke RM70
pada pendapat saya sendiri forum sokongan ekslusif tu yang mampu menaikkan harga ebook tersebut.
p/s: blh bagi preview sikit tak ebook tersebut supaya lebih mudah bagi cadangan harga. hehehe
nko bagi aku baca dulu, pastu aku cadangkan harga, macam munawar buat tu , kasi percuma separuh , bayar separuh , real product rm100.
Punya ramai order sampai down server dia. Rm 100 pun ramai nak beli kalau product berkualiti.
Tolong review sikit-sikit isi kandungan setiap bab , supaya orang tertarik.
Ko kan pandai guna ayat power, itu cadangan aku la.
saya cadangkan harga jualan ialah rm25-35 baru ramai org beli..org memang suka beli barang murah tapi bebaloi..kalau mahal, jarang2 nanti org beli..tq
salam..
firstly, tahniah atas usaha gigih untuk memartabatkan ebiz, dan juga anak muda melayu…
.hmmm, harga,mungkin untuk first 30, bole bagi RM30?
pastuh up sikit, bagi orang berebut2….
..pastuh letak harga stndard… RM50 ke, RM49 ke, atau mungkin RM69?
…kalu dah ada testimoni otai2… tak salah nak bagi harga yg berpatutan..
sebab kalu ilmu yang ada betul2 praktikal untuk newbie, why not?
murah sangat kadang-kadang orang kita ni amik remeh. dan biar betul-betul berbaloi sebab kalau dah diajar dgn betul-betul detail, sekejap je diorang boleh ‘pulang modal’… betul tak?
pendapat sy:
utk menentukn harga sesebuah ebook mesti ambil beberapa kriteria…
cth: 1)sejauh mana ebook dpt membantu newbies memperoleh keuntungan..
2)adaakah kandungan ebook mampu menaikkan semangat pembaca utk berjaya dlm internet biz..
3)kandungannya setanding atau lebih baik dpd ebook yg ade dipasaran..
(dpd hemat penulis)
4)terdapat idea2 baru yg dicetus oleh penulis dan keberkesanannye dlm internet biz telah dibuktikan..
5)kepayahan penulis juga perlu diambilkira..
saya cadangkan dlm harga rm67 dh kira ok.. dan ape2 pun terpulang kpd labanon utk decide pasal kami semua hanya mampu bg pendapat..
p/s:klu terasa nk meriuhkan lg industri nei bleh bg harga yg mampu milik… good luck labanon!!
[...] bantu Labanon untuk menentukan harga Ebook 10K ni di Rahsia 10K Pada 10 Jun Ini! di blog Flarebiz.com Share and Bookmark this article : These icons link to social bookmarking [...]
bro….bg je la percuma…..xpun bg la harge murah……rm10 ke…..
Hrmm… cadangan yang sangat baik
Thanks
ngekeke..
Labanon boleh bg 2 harga, Rm50 ebook saja, dan RM 100 beserta forum sokongan!
Tp Forum tu khas untuk orang yang dah beli ebook jer. Bila dia rasa best dengan ebook mesti dia sggup bayar untuk masuk forumnyer…lepas tu dia upgrd la dia punya status tambah Rm50 lagi untk masuk forum!
Untung bagi labanon, dan untung gak bg pembaca newbie yg masih takut nak melabur..
Hrmm… lepas fikir2.. kami takde masa jugak nak kendalikan forum
Baik reply emel jerk
Aloo bro, saya setuju ngan sudara zam. Sebab mcm sy student yg baru nk naik ‘newbie’ je,, xmampu nak beli yg mahal2. but utk pengenalan bleh lah letak harga rendah n buat expired date. Kira limited offer lah.Klu harga rm25-rm35 ok gak..
Salam…
Razali, ayat tu gurau ke atau serius? Bagi percuma atau letak harga RM10.
Bagi saya, better letak atas RM50 dan masa promosi letak harga 50% dari harga tetap.
Contoh kalau harga tetap ebook tu RM80, harga promosi letak RM40.
Masa promosi tu, pada newbie dah boleh dapatkan rasanya. Pesan saya, sedia duit bila Labanon launch nanti. Sebab masa tu harga promosi.
Bagi saya jangan takut dengan harga sangat. Yang penting target kita tu untuk orang yang BERMINAT, INGIN TAHU kandungan ebook tu.
Mereka pasti nak dapatkan juga. Harga ni subjektif. Tapi kita(pembeli) kena nilai ILMU yang dicurahkan oleh Labanon tu
Saya setuju dengan komen di atas, supaya bagi sample ebook tu. Bagi sedikit isi kandungan atau ape sahaja yang Labanon rasa dapat menarik bakal pembeli.
itu sahaja rasanya.
walaupun berapa harganya…tentunya faedah buku tu dapat memberi kesan dan kemajuan untuk semua…just saya rasa letakkan kategori bagi buku nie….maybe kategori yang ader diskaun dengan ebook2 yg lain..lain harga..kategori pilihan ebook..lain harga..ataupun kategori untuk yang baru nak kenal..mungkin boleh diselangselikan ebook untuk yang baru nak belajar..pun lain harga..tu cuma cadangan…so boleh aderr pilihan karang….so maybe fair untuk semua….
Harga promosi/pengenalan RM20 untuk tiga hari pertama …lepas tu boleh jual dengan harga RM50
Bagi IM yg baru seperti saya adalah lebih baik harga tersebut tidak melebihi RM 50.00 kerana sebelum ini mereka2 ini telah banyak menghabiskan duit utk membeli programy yg kurang lengkap dan telah terjadi kepada saya…bg saya program saudara memang baik bg yg telah memiliki produk saudara tetapi untuk mendapatkan pelanggan baru yg mula berhati2 mereka akan berfikir berkali2….semuga saudara sihat sentiasa utk membantu IM2 baru..t.kasih
cadangan saya: RM65 dan agak boleh dipertimbangkan dengan keadaan inflasi sekarang ni
kalau diikutkan, RM65 ni pun terlalu murah berbanding dengan kandungan yang terdapat dalam pakej tersebut.
Sila ingat, pakej tersebut diajar bagaimana nak menghasilkan rm10k dan bukan rm10
Aku rasa ko boleh letakkan 2 harga. untuk yg ebook (perkara 1-3) ko letakkan harga mampu milik ( RM40-RM50 ) kerana pembeli sekarang pun akan berfikir banyak kali jika harga terlalu mahal dek kerana banyak terkena dengan lambakan ebook yang kurang berkualiti.
Untuk full package ko boleh letakkan harga ( RM70-RM80 ) atau mungkin ko boleh pancing bakal pelanggan ko dengan harga RM60 untuk full package bagi 3 hari pertama.
Apapun, tahniah labanon and good luck
RM97!
yeah sama la Fai
hha
Berdasarkan maklumat di atas..Saya rasa produk ini bukan untuk “newbie” tetapi untuk yang sudah tahu sedikit sebanyak selok belok Internet Marketing.
Kalau produk untuk newbie saya katakan elok diletakkan harga bawah RM30.
Produk tersebut juga bukan untuk “Advanced
Internet Marketer”.
Jadi harga yang paling berpatutan ialah
RM40 ke RM50.
Ini berdasarkan kemampuan pembeli di Malaysia.
Jangan bandingkan dengan produk luar negara.
Itu sahaja…
Aku cadangkan seperti mana ada kawan lain cadangkan.
Pembuka jual RM39
cukup seminggu naik RM49
lagi sebulan naik RM59
dan 2 bulan berikutnya RM69
sampai bulan keempat RM99
habis
cadangn la, kot ada nak bagi lagi terpulang la
ok gak harga cmni…sure habis stok ni…hehe…menarik la isinye..hrp smua dlm bhs melayu..english..xfhm den
open dlm RM39 tu pon da agak menarik…
Saya cadang RM35 berpatutan kut
saya lebih suka cadangan dari encik sukeri berkenaan ppc percuma tempohari… itu aje aaa cadangan saya…
Aku rasa RM50-RM100 tu ok la memandangkan e-book ni padat dengan detail. Kalo kasi murah2 sangat pon kang orang rasa mcm x berkualiti lak..huhu..
Aku rasa RM80 untuk orang bekerja dan RM50 untuk student.
Hrmm.. lepas fikir-fikir balik… semua nak harga RM50 averange.. so saya boleh penuhi permintaan anda.. tetapi saya akan buang forum support..
Sebab kami terpaksa luangkan banyak masa di forum support nanti… so jika harga RM50 rasanya tak berbaloi dengan masa yang kami luangkan.
Ok kami akan buang forum support
saya sokong harga RM50..tidak terlalu mahal,tidak terlalu murah..
sy rase rm30 la..affordable for everyone…
actually, berapa2 pun boleh. Tapi bagi harga yang mampu milik untuk semua orang.
Cadangan aku untuk 1 bulan pertama.
range RM39 hingga RM79.
Masuk bulan ke 2. Harga nak double pun boleh..
RM 50? great!
rm 10k..:D
boleh tahan gak pakej yg disediakan, apa kata saudara taruk jer dulu harga tu antara Rm35-Rm45 utk pembelian terhad, pas tu bila dah capai target blh naik lg…emm ni pendapat jer, ape2 pn terpulang pda saudara…
kat saya bg free je.. kat org lain kena bayar.. bergurau je..
jgn marah aaaa.
Saya cadangkan rm30 ke bawah utk pelancaran, pastu ikut suka le… nak naikkan berapa..
Saya setuju kalo harganya Rm40 untuk minggu pertama pelancarannya. PAstu naikkan pada RM80.
Sebab saya rasa harga marketnya adalah RM80.dan RM40 tu adalah harga istemewa untuk orang yang betul2 berminat dan menyokong saudara flarebiz dlm IM selama ini.
Cadangan bagi harga promosi RM30 semasa pra pelancaran. Selepas pelancaran terpulang pada pihak tuan.
Harga promosi selama 3-5 hari selepas perlancaran - RM37
Harga selepas promotion period - RM57
Both of them do without a Forum Support.
Kalau nak letak forum sekali, saya cadangkan RM97 bro….
I have benefit a lot thru your info on ur website and looking into the real commitment and sincerity shown by your goodself, I believe the product will be a great hit….seriously I just can’t wait to get my hands on it…well as far as the price… I am willing to pay between 59-69 and if we compare with what some overseas website are selling their products, I think this is still affordable.Keep up the good work flarebiz, will always support u!!!
bagi saya RM60 sesuai dengan plan 60 hari (1 hari seringgit).
Saya sokong RM60 tapi nanti promosi pembukaan bagi diskaun 50% ye…
Bagi pendapat saya ikut kepada kekuatan ebook itu sendiri berapa yang perlu di letakkan harganya. Yang pentingnya pelanggan berpuashati dgn apa yg ingin kita sampaikan. Kalau tanya saya, pasti saya inginkan harga yang murah. Anda sendiri yang patut menentukan harganya berbaloi dengan usaha anda.
salam labanon…
nampak cam menarik jer buku tu,,,
pendapat mamalah..
em apa kata letak rega range lam RM 40 -60
rasanya dengan harga ni, ramai yang mampu memelikinya…
Nampak macam sangat berkualiti, apa kata harga pembukaan dalam Rm70 dan harga di minisite nanti boleh naik till RM100 somethin?
Sekali lg aku nak bg cadangan…tadi aku letak harga RM50. Sekarang ni aku syorkan letak harga antara RM 40 - RM50.
Sebabnya, ebook ni tak sesuai utk semua org…mcm ada sorang sedara kita kat atas ckp tu, ebook ni bkn utk newbie dan bkn jgk utk yg dah advance.
Harap sales letter tak mengelirukan pembaca. Kalau cara nak buat ebook, tulis biar jelas dan bknnya Rahsia10K..ini contoh saja.
Sebabnya, akan ada antara newbie tak puas hati nanti. Sebab keliru dengan sales letter. Diorg nak buat blog pun blum tahu, inikan pula nak buat ebook.
Hope win-win situation..Gud Lark Team Flarebiz.
p/s - aku dah review ebook ni.
Pada pendapat saya, harga yang hendak dijual biarlah harga yang mampu dibeli. Maklumlah kos sara hidup semakin meningkat, segala keperluan telah naik. jadi kalau harga terlalu tinggi nanti tak ramai yang membeli. Oleh itu untuk mengelakkan kerugian, anda fikirkanlah harga yang sesuai.
sekian, tk
cadangan tentang harga dari kita semua ni patutnya x jadi masalah sebab kita yang nak kan ebook tu baik nya murah sikit kan so kalau kita cakap nak murah takan lah dengan kerja keras anda akan menjualnya dengan semurahdengan keinginan kita,jadi yang lebih baik, anda yang tau mengenai ebook ni dan anda sebagai bisnis ini mungkin sudah menjadikan anda seorang yang pandai menaruh harga untuk ebook ni dan yang jelas lagi harga dari anda lah yang tepat untuk kita semua terima menerusi kuwalitas ebook tsb
Salam semua,
Terima kasih kerana menjemput saya untuk membuat cadangan.
Pada pendapat saya, saudara Labanon boleh membuat andaian harga sendiri melalui masa yang dikorbankan utk membuat ebook ‘Rahsia 10k’ ini.Sbg panduan janganlah terlalu mahal untuk mendapat keuntungan.
Kalau diperhatikan dari kandungannya, rasanya saya sanggup utk membelinya dengan harga RM57….walaupun saya tak mengerti sebenarnya…cuma rasanya saya ingin tahu dan cuba mempelajari dan mempraktiknya nanti..Anyway terpulang kepada saudara Labanon utk meletakkan harganya…Duit boleh dicari dan dicari…tetapi ilmu takkan datang mengolekkan…
Hmm…brapa yer harga yang sesuai. Apa pn harga bagi saya yang masih newbie sy akan beli pada hari pertama. Harap budget cukup lar. Cadangan saya RM40 untuk tempahan awal, dan Rm60 normal price dengan affiliate. Apa pn saya akan dapatkannya.huhuhu…
beri harga rendah dan murah@ mampu milik….masa forum baru bole letak harga….tiada forum buku bagus macamne pun tak berguna sebab newbie tak faham dan tak bole buat ape pun….cuba anda bayangkan diri anda jadi newbie dan hidup susah…..
p/s pernah ke u hidup susah?tiada komputer cuma minat…g umah kawan yg ada komputer???
Erk.. tak semua newbie camtu… kecualilah yang perlu suap,suap dan suap… saya percaya ramai yang dapat tangkap apa yang diajar
Forum? WangCyber kan ada… leh cari banyak info di sana bro
p/s: Yup.. pernah hidup susah
Salam… sebenarnya bro ,dalam meletakkan harga .. bagi saya tak der masalah , kerana kalau seseorang tu serius nak beli , bro letakkan RM100 pun diaorang beli… tapi kalau mereka tak serius … harga RM10 pun diaorang akan kata mahal jadi terpulang pada bro……
Teknik bro tanya harga pada IM ni memang satu strategi yang baik dan mantap tapi mungkin sesetengah orang tak perasan …. he he he
‘kerana kalau seseorang tu serius nak beli , bro letakkan RM100 pun diaorang beli… tapi kalau mereka tak serius … harga RM10 pun diaorang akan kata mahal jadi terpulang pada bro……’
love this part
yeah..mean but true 
boleh bagi saya untuk baca tak…baru lehbagi nilai berapa
Laa pasal sebut harga ni yang kawan tak reti nak cakap bukan apa sejak aku join dengan internet dah nak masuk hampir 2 bulan aku tak merasa lagi income
dari maya ni..ada sekali kawan dapat 0.25
sen aja itu pun ikut program promosi percuma dengan mawardee…jadi macam mana
lah kawan nak nilaikan harga sebuah buku
10k tu..apa kata kawan syurkan sebuah buku tu dengan harga yang paling minimum
Rm25 kawan rasa barulah semua member2 kat Im atau sapa2 kat luar tu mampu dapatkan buku tersebut. Macam kau orang dah lama dapat income besar2 setiap bulan tak payahlah letak harga terlalu tinggi…apa macam boleh tak dengan harga tu….hee hee!!!jangan marah saja
beri idea kat bro!
Cadangan harga permulaan RM15
Sebab: Produk cepat laris macam pisang goreng! Percayalah. Harga kompetitif. Pembeli tak akan fikir dua kali! Produk berkualiti dan harga menarik! Tak caya cuba try! Memang meletup!
Buat post prebiu utk percubaan , bagi dua berita /artikal percuma dan post harga kat Rm29. Las baru naik ke RM40.
rakan2 baru nak cuba cari maklumat baru mereka beli..Pasti Boom
Assalamualaikum,
RM.50.00……..
Cantik……
Tak mahal……
tak murah……
saya cadangkan labonan letak jer harga berapa yang labonan suka sebab tu labonan punya. he…he…hee
Ok, klw betul ia berkualiti tinggi, senang utk dipraktikkan tak perlu kuar modal yg banyak lagi lepas beli Rahsia10k ni dan boleh mencapai lebih kurang RM 10k, sy rasa klw luar negara utk produk yg mcm ni mereka letak pada harga 97USD. tapi utk pasaran tempatan (malaysia market) jadilah RM97.00.
RM97.00 tu harga yang sangat murah dan pembeli takkan simpan dlm hard disk atau pendrive begitu saja. mereka pasti membaca dan implimenkannya.
just my 2cent