Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Hah! Saya lama tak update sebab nak bagi peluang anda semua suggest harga ebook yang bakal saya akan keluarkan. Saya dah bagi kepada beberapa orang review ebook ni dan nampaknya masih perlu diperbaiki...alhamdulillah syukur kerana kualiti ebook akan bertambah. Saya juga dah habis baiki ebook tu cuma tunggu beberapa testimonial dan insyallah saya akan lancarkan pada hujung bulan ini. Harap semuanya berjalan lancar dan saya tetapkan harga bagi ebook ( buat masa sekarang laa) RM15.
Hari ini merupakan hari yang penuh dengan pengalaman baru bertemu kawan-kawan di alam siber. Saya bertemu 3 orang hari ini iaitu Syawarama,Kasyidi dan Ramzan ( RajaBlog). Fuh! Pertemuan begitu gilang-gemilang walaupun hanya terdiri daripada 4 orang
Nak dengar cerita tak? Ok..
Saya sampai KB Mall pukul 1.30ptg lagi maklumlah tepati masa. Hehe round-round dalam tu dulu dan pergi kejap dekat Popular tengok buku-buka yang memang nak beli satu hajatnya. Then pergi surau untuk solat zohor takut bila berbual nanti tak ingat pulak solat ni ( eh bagus budak ni). Hohoho! Then lepas solat terus ke A & W tunggu orang laa yang konon-kononnya 8 orang mahu hadir. Saya SMS Kasyidi dan Ramzan dan mereka kata ON DA WAY! Banyak cantik pukul 2 janji, pukul 2 baru diorang bertolak! Khabarnya Kasyidi bertolak pukul 1 lagi maklumlah daripada Besut.
Dok tunggu depan tu dah rasa tebal muka ni macam mascot A & W pulak. Eh, mana diorang ni… Alamak patut ler saya tak ingat tinggal no phone dekat dalam Wang Cyber forum. Huhuhu! “Tapi takpe sure diorang kenal Labanon.. ek eleh takkan tak kenal labanon.. seluruh dunia kenal LABANON la weii” saya cuba sedapkan hati yang sudah tak berapa sedap ini. ( maksud Labanon dekat situ ialah negara Lebanon ) hehe. Then ada la sorang pakai kaca mata hitam fuh! Memang gaya ala-ala IM yang terkenal.. Kalah Gobala Krishnan beb.. Lalu depan saya… baru nak tegur… ada kawan dia yang mat Punk tegur huhuhu memang sah bukan IM! Mujur tak tegur hehe.. start daripada situ dah mula berhati-hati nak tegur orang.. Apa lagi teruskan dengan gaya mascot A & W
Di pendekkan cerita… Ramzan pun datanglah ke dalam A & W dan jumpa dengan saya. Kemudian Syawarama ala-ala komando datang mengintip perbualan kami ( hehe dah 4-5 kali lalu depan kami tapi tak berani nak tegur ) Hohoho! Nasib baik dia dengar kami dok berbual pasal pay.com klu tak jadi komander laa kat situ. Kemudian Kasyidi pun datang sebelum tu dia kol kata dup cari parking. Dekat 30 minit jugak cari parking.. sian jugak kat dia. ( takper berbaloi dapat ebook free)
Hah! Bermula ler tempoh berbual kosong tapi berisi. Yer ler.. berbual pasal ebiz dan kami saling bertukar-tukar idea. Fuh! Semua topik keluar dan harap saya dapat juga membantu anda hari ini. Eh Syawarama suruh order baru saya nak keluarkan duit tapi dia dah keluarkan ( untuk belanja lerr ) hehe cepat-cepat ler saya masukkan semula duit dalam poket muahaha! Jimat beb nak beli buku pulak kat popular jap lagi. Lepas berbincang sambil makan pulak idea bernas makin timbul ( yer laa takdi lapar.. idea kosong jer) sekarang idea semakin bernas dan kami setuju untuk buat satu projek amal. Shhh… jangan bocorkan lagi. Then lepas tu lagi, dup berbual sehinggalah kami pun berangkat pulang… sebelum pulang tu ada laa jugak ambik gambar sekeping buat kenang-kenangan.
Tengok gambar ni:

Inilah muka-muka IM Kelate yang berjaya! Hehe berjaya sampai di KB Mall dengan selamat. “Yang baju merah tu laa jadi mascot A & W tadi abah.. cutenyer..” saya terdengar ada budak di belakang berbisik dekat ayah dia. Isk2!
Selepas itu kami semua berangkat pulang… dan inilah pertemuan terindah kami
sebagai penutup tahun 2007. Semoga tahun depan dapat buat gath lagi dengan lebih ramai penyertaan! Yosh! Laporan khas daripada KB Mall… Saya pun pergi beli buku ” Rich Dad Poor Dad ” dah lama nak baca so beli dalam bahasa Inggeris baru lah betul-betul lama baca muahaha kena kau Labanon… Ehem-ehem tumpang bro Ramzan pulang hehe.. tq bro!
sekian..
p/s: Ebook saya akan dikeluarkan kelak.. simpan RM15 tu!
p/ss: Ada same post kat siniĀ

























Tahniah labanon,
semoga perjumpaan membawa kepada perkembangan yang baik
bagus sungguh2 set2 demo deh……
Salam,
Jayo molek puak demo..nanti ambo balik kita buat jupo deh..huhu
(Inilah muka-muka IM Kelate yang berjaya!)
InsyaAllah, harap-harap masin mulut adik kita ni… sekarang baru belajar2 jah.
Taqiyuddin: Hehe tq bro
Muzri@Muyie(Team Kamrie): hehe sek kelate beyeh sokmow
haris: Insyallah bro
Kasyidi: hehe why not
Muakaka, jadi perisik lak saya kat situ setelah dekat sejam setengah dok berdiri dan berkawad sekitar A&W, maklumlah nak tegur tak berani walaupun dah nampak Labanon kat situ tapi was-was sebab sebelum tu dah ramai saya tengok muka iras-iras beliau.
Walaubagaimanapun, terima kasih kepada Labanon yang sanggup menganjurkan Mini Gath ini. Semoga kita dapat adakan lagi di lain waktu, Insya-Allah.
Abooain: Hehe takpo… insyallah kita buat lagi lain kali
satu je.. dik, cam banyak je layan makan tu.. kekeke
hehe orang belanja.. kita order jer
aku pun nak pergi tapi aku tusyen pukul 3ptg tu…
owhh… takpelah kita jumpa lain kali
Assalamualaikum Labanon. First time sampai dn bagi komen (rasanye)
Pepun ,tahniah2. Jadik jugak korang nyer perjumpaan. Apsal muka Ramzan rajablog lain je dgn yg dekat blog dia tu?
Waalaikumusalam,
Yup.. eh entahlah
Tu kena tanya bro Ramzan ler
tahun depan kita wat kat Pulau Perhentian plak… santai. tapi wat kuar pitih sendiri2 lah.. x tau lah kalau Adly atau Ramzan or Abooain nak sponsor. heheehehe
P/S: kita wat perhimpunan besarr-besaran…
Insyallah