Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah syukur kepada ilahi kerana dengan limpah kurnianya kami dapat melancarkan gedung kaftan no 1 di Malaysia (Banyak laa kau punya no 1). Projek ini merupakan projek pertama gandingan saya dengan partner baru (Ehem boleh tahan) dan kami mampu siapkanya dalam masa yang singkat. GaleriKaftan kami buat warna pink supaya anda tenang dalam memilih kaftan yang anda inginkan. Kaftan ni merupakan pakaian yang agak tersohor di Kelantan dan Terengganu.

Ehem.. mungkin akan ada yang mengatakan harga kami adalah mahal tetapi ingatlah harga yang kami tawarkan adalah berpatutan! Kenapa mahal tetapi berpatutan? Sebenarnya taklah mahal tetapi anda jer yang kata mahal. Kaftan yang kami sediakan adalah bermutu tinggi kain fuji dan batik buatan tangan (bukanya batik yang dicop) . Baiklah serba ringkas tentang GaleriKaftan.com:
GaleriKaftan.com merupakan gedung kaftan Batik Lukis Overlapped atau di kenali juga sebagai “Baju Kelawar” yang dihasilkan di negeri Cik Siti Wan Kembang dengan kualiti yang terjamin. Kami juga menawarkan dua jenis kaftan setakat ini iaitu kaftan lengan panjang dan kaftan lengan pendek untuk memberi para pelanggan kami lebih banyak pilihan dan demi keselesaan para pembeli. Kaftan kami menyediakan beberapa ciri-ciri yang mampu membuat pembeli berpuas hati iaitu kaftan yang diwarnakan dua kali (Overlapped), tidak luntur warna walaupun dibasuh, tidak mengecut dan memendek selepas basuhan, menggunakan kain fuji yang tebal dan sejuk, batik lukisan tangan dan setiap helai berbeza coraknya!
Tidak percaya dengan kemampuan kami sebagai penyedia kaftan terulung di Internet? Lihat satu testimonial di sini:

“Tempah semalam, hari ini dah dapat. Kualiti kaftan yang saya terima ini juga amat baik! Sungguh saya berpuas hati!”
Khairulnisak Azis
Puchong, Selangor
Testimonial daripada pihak lelaki pulak:
“Tak sangka betul… baju yang saya tempah sampai kepada saya dalam masa sehari sahaja! Memang power la galerikaftan.com nie.. ”

Mohd Suhaimy aka Shuth,
Founder WangCyber.com
Lihat kaftan yang kami tawarkan sememangnya berkualiti tinggi! Anda semestinya berpuas hati dengan apa yang kami tawarkan. Baik rebut peluang segera sementara kami masih meletakkan harga promosi sempena pelancaran web kami. Gedung Kaftan Online No 1 Di Malaysia ingat tu! Kepada suami ataupun bakal suami bolehlah beri kepada isteri atau bakal isteri anda. Sure melekat punya! Hehe..
Baiklah saya akan kepada anda yang menyertai JV ala-ala kampung yang saya tawarkan anda boleh bertindak sekarang! Ya sekarang.. dan jangan lupa saya mahu original content yer.. duplicate content penyertaan anda dibatalkan! Hehe..
BELI SEKARANG KAFTAN YANG BERMUTU TINGGI!
sekian.
p/s: Malam ni acara penukaran theme wordpress blog kami dan pengumuman partner baru saya
Sila datang yer malam ni hehe..
p/ss: Bantu saya promote website ini! Hehe saya cuba cara marketing baru ni.. hmm nanti kita lihat hasilnya yer..

























Kalo ikut bahasa Kelantan, orang panggil apa ar? Aku orang Kelantan pun tak tahu. Huhu.
Saya dah pun buat review di blog saya..Tq labanon bg hadiah tu… Timo kasih ler bebanyok
[...] Info lain boleh didapati di blog flarebiz [...]
Gua punya blog macam tak layak jer… cian kat aku..
[Dulu... dululah.. aku pernah canting batik... kat kelantan. Aku memang orang jati kelate]
[...] dari Labanon Flarebiz Team ngan Nur MiniKelantan kalau tak silap aku la..apa-apa pun korang leh baca lanjut kat sini [...]
morizna: Takper… buat jer
Kami bukan nak traffik.. kami nak meng”SEO”kan kaftan tu 
wAh bisness bagus ni!…tak pernah dengar pulak kaftan sebelum ini,maklumlah orang johor….
Jangan salah sebut nanti jadi gedung kain kafan pulak(kain utk orang mati)