Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Fuhh..akhirnya saya kembali di blog ini setelah hampir seminggu menyepi. Saje je sebenarnye nak kasi can kat Labanon untuk buat post lebih sikit :p
Baru-baru ini saya ada chatting (ym) dengan kawan lama semasa di sekolah dulu iaitu Pak Lah (bukan nama sebenar) …
Pak Lah : Alo kawan..lame tak nampak. Ko watpe skrg?
Saya : Biasa la..busy dengan bisnes
Pak Lah : Fuh..sure masyuk gile kan ko skrg..bisnes ape ko bikin?
Saya : Ade la sket2.. cari makan..biasa la, bila dah jadi usahawan ni, kadang-kadang ok, kadang-kadang tak berapa ok..ko plak buat ape skrg?
Pak Lah : Aku kerja laa..ade gaji tetap..tahun depan aku nak kahwin..eh, macam la ko sorang je usahawan, aku pun kira usahawan juga apa
Saya : usahawan? oo..ko buat bisnes lain la selain makan gaji je..bagus la..semangat macam ni la yg org melayu kita mesti ade.
Pak Lah : Eh tak la. Aku tak minat bisnes. Risiko tinggi. Maksud aku, aku makan gaji tu pun kira usahawan la. Bukannya aku tak berusaha, aku bangun pagi gi kerja, aku sentiasa berusaha tingkatkan mutu kerja aku, aku selalu berusaha menawan hati bos agar gaji naik..Ha, takkan tak leh kira usahawan kot???
Saya : Oo macam tu.. (sambil tergelak dalam hati)
Panjang lagi sebenarnya tapi saya just ambik poin-poin penting saja. Apa pendapat anda? Adakah Pak Lah boleh digelar sebagai usahawan? Agak lucu sebenarnya kerana dia tak faham langsung apa itu usahawan!
Bagi saya, ciri-ciri usahawan adalah :
1. Mempunyai perniagaan sendiri dan juga mempunyai “full control” terhadap perniagaannya.
2. Boleh membuat keputusan sendiri. Tiada orang yang boleh menyuruh-nyuruhnya untuk membuat sesuatu kerja
3. Boleh bekerja ikut masa sendiri
4. Pendapatannya adalah tidak tetap dan bergantung kepada kemajuan perniagaannya.
Mungkin banyak lagi hujah-hujah yang ada untuk membuktikan orang makan gaji adalah bukan usahawan tapi bagi saya, 4 perkara ini cukup lah membuktikan orang makan gaji hanyalah orang yang berkhidmat untuk bos mereka. Bos mereka beri gaji untuk mereka sewa rumah, supaya mereka dapat rehat yang cukup dan keesokannya datang lagi kerja, bos mereka beri gaji untuk mereka makan, supaya mereka kenyang dan boleh buat kerja dengan baik, bos mereka beri mereka gaji untuk mereka beli kereta, supaya mereka dapat pergi dan balik kerja.
Kesimpulannya, orang makan gaji terlalu bergantung kepada majikan mereka. Berbeza dengan para usahawan. Mereka berhak melakukan apa saja yang mereka suka kerana mereka ada full control dalam hidup mereka tapi bolehkah orang makan gaji buat macam tu? Kalau tak percaya, cuba anda pergi office dan tidur di depan boss anda dan keesokan harinya cuba teka apa yang terjadi ![]()

























aisemen…terasa la pulak.. tp mempunyai cita2 untuk kerja sendiri..
hmm… usahawan = entrepreneur. Daripada Wikipedia:
An entrepreneur is a person who operates a new enterprise or venture and assumes some accountability for the inherent risks. The term is a loanword from French and was first defined by the Irish economist Richard Cantillon. A female entrepreneur is sometimes known as an entrepreneuse.
Tapi yang menariknya:
…successful entrepreneurs are actually risk averse.
Dan ni:
They are successful because their passion for an outcome leads them to organize available resources in new and more valuable ways. In doing so, they are said to efficiently and effectively use the factors of production.
Dan berbanding dengan ‘gambler’, seorang usahawan:
…they are more passionate experts than gamblers. Entrepreneur Don Sheelen says that “An entrepreneur without passion is like a enuch without charm, both are seeking the prize, but neither is equipped properly.”
heheh… bila la nak jadik usahawan cam ko , tak bergantung pada majikan.
Leh hidup dgn ditentukan oleh diri sendiri.
huhu…tu usahawan ciplak namanya…
“usahawan” jenis tu susah skit nak kaya selagi x setting minda dia.
kalau setakat gaya hati bos dah kira usahawan, Zhafran ini kira apa hah? usahawanx2 = usahausahawan…hagaga…
ok korang pikir r yang mana lbih baik, jd usahawan sejati atau “usahawan” ciplak ni lebih baik…jd kuli orang atau jd bos…
ecaros : Saya dan Labanon adalah full time internet marketer. hidup dengan duit cari sendiri dan kami tak pernah makan gaji dengan sesiapa
Ntah. Susah gak aku nk cakap bab full time makan gaji dan full time internet marketer.
Sebenarnya, masing2 ada matlamat dan cara tersendiri.
Gaji goverment pun boleh tahan apa. Tinggi skrg gak kan? Sebab tu tak ramai yg tanak keje makan gaji..
So far, itu pendapat masing-masing. Janji keje kita tu halal dan tak menyusahkan orang lain serta tak pinjam duit orang hujung bulan nak beli lampin dan susu anak. Itu aku pantang sekali..
pandai kawan ko buat lawak,apapun ada double meaning gak kata-kata dia tu.
pekerja yg makan gaji x boleh dipanggil usahawan, tapi boleh dipanggil YB (yang berusaha):))
Buat apa la nak pening kepala. Itulah ramai orang tak paham maksud usahawan.
Usahawan adalah nama gelaran/istilah bagi orang yang berusaha dalam perniagaan sendiri. Bukan suatu perbuatan. Bagi yang kerja dengan orang, kita panggil kerja makan gaji. Bukan bermaksud usahawan itu tidak bergaji. usahawan pun boleh tetapkan berapa gaji bulanan yg patut dia terima. selebihnya duit syarikat, walaupn syraikt itu syrikat dia.
Contoh: Nama bagi buah epal, Epal lah. Nama bagi buah limau, Limau lah. Mana bleh sama pulak nama buah epal dengan buah limau walau kedua-duanya adalah buah! Hah! kan senang jer perbezaan ni! Haiya…
Hi Kaizen. lama tak chat
pasal makne usahawan ni bukan ke dah cover masa blaja kemahiran hidup kat skolah?> ke dah tuka silibus dah? hehe
aku baru tulis post yang maybe boleh dikaitkan dgn crita post :
http://www.thesleepysurfer.com/affiliate-marketing/the-3-points-that-wasted-my-15-minutes.html
salam..
makan gaji ke..keje sendiri ke..semua ade pro n contra..bg aku kene tgk diri kita jgk..kita ni jenis yg suka makan gaji ke suka keje sendiri..hehe..pilihan ditgn anda..(”,)
Kalau semua orang jadi usahawan siapa pula nak makan gaji. Kayanya tuhan ku mencipata sesuatu dgn kesempurnaan
Pembaca yang dihormati,
Saya hanya cuba menjelaskan makna sebenar usahawan je
Takde pulak saya hina orang makan gaji kan. Jadi jangan salah faham ye. Well, terpulang la pada semua orang. Masing-masing punya hal. Janji bahagia
Hidup kita, kita sendiri yang tentukan
Bagi saya usahawan adalah orang yang independent dlm mencari sumber pendapatan.. Maksudnya mempunyai perniagaan.. Ada gak orang yang mkn gaji tapi part time ada perniagaan.. Digelar usahawan gak.. Tapi saya setuju dengan kenyataan Zhafran tentang Usahawan.. Apa2 pun itu hanya pendapat masing-masing.. Tepuk dada tanya selera.. Hahaha..
walau siapa pun kita, apapun kita buat, di mana kita berada,jangan lupa apa tujuan kita berada di sini - di alam maya ini. Jadikan pekerjaan kita sebagai landasan berjaya di sana, di alam kekal abadi.
ada kelebihan masing-masing…yang saya tahu kalau kerja sendiri ni…kita lah bos , kuli , perkerja
huhuhu…nak tmbah skit…baru ni saya tyn orang yang rapat dengan saya. “kau rasa 5k tu banyak ke skit? Dah ckup ke bagi sebulan keje?”. Nak tau ape dia ckap?
“Wahh…byk tu, aku kalau dpt 2k pun dah bersykur gle, 1.5k pun dah ok starting keje makan gaji”.
Saya terkezuk drg jwp dia, bukan sebab 2k tp mindanya dah set nk hdup makan gaji bukannya nk jd cam zhafran n labanor(full time marketer).
Tambahhan pulak 2k dia dh set banyak, bukannya 20k. Haiz… Jd korang ambik r iktibar dr cite ni biar terbelik2 skit pun..hagaga
hah!!…ttinggal satu je lg pkara penting…
Yg sbenarnya, Saya x bmaksud nk hina atau caci orang yang makan gaji. Cuma kebanyakan orang m’sia menjadikan pilihan hdup mkan gaji sbg pilihan utama dan satu-satunya plihan yg ada. Kalau xleh kerja jd penganggur, jarang2 yg nk bukak bzness.
Rezeki kat atas dunia ni amat luas tp rmai yg lihat sbelah mata je. Ramai gk yg lhat 2-2 belah mata tp tak tau nk plih mana satu lbih baik…huhu…9/10 rezeki dtg dr pniagaan & 78% jutawan dtg dr perniagaan.Jd plih yg mana satu anda patut plih.
Jd maaf jk ada silap pham yg tmbul…Saya x brmaksud nk hina @caci sesiapa cuma nk bg pendapat saya tentang hidup ni je…huhu
Exactly ecaros..saya pun bukan nak hina orang makan gaji..asalkan kerja halal & kita gembira membuatnya, teruskan la. Takde orang nak marah pun kan
Tp dalam islam pun cakap, 9/10 rezeki tu dtg dari perniagaan. Kalau kita baca balik salasilah para nabi, ade ke nabi yang makan gaji dengan orang? Semuanya berniaga dengan menggunakan kemahiran sendiri. Fakta ni saya baca dalam buku jutawan senyap yg ditulis oleh Chef Li.
Dari situ kita boleh tgk, Islam amat menggalakkan ummatnya untuk berniaga. Sebab ekonomi sesebuah negara tu didominasi oleh golongan usahawan.
Micheal Dell dulu sebelum berhenti belajar di tahun 2 pengajiannya, semua orang kutuk dia termasuk ibubapa, kawan-kawan. Semua cakap, kau ni bodoh la. Kau ingat kau boleh lawan IBM, Microsoft ke? Tapi sekarang tgk apa dah jadi?Cuba anda fikir apa yang terjadi kalau Dell ikut “nasihat” ibubapanya yang lebih pentingkan “kerja yang selamat” dan kutukan kawan-kawannya yg tiada ciri-ciri business minded? Mungkin jenama Dell tak wujud sekarang. Lebih lucu lagi, kawan-kawannya yang kutuk dia dulu sekarang makan gaji dengan dia. So bandinglah, perbezaan mind orang bisnes dan minda orang makan gaji macam mana.
Ok, kita ambik contoh yg paling dekat. Labanon. Kalau la labanon tiada minda bisnes, mungkin sekarang beliau kerja di stesen minyak untuk mengisi masa lapang sementara menunggu result spm. Tapi dengan kerana beliau sukakan cabaran, beliau pilih bisnes dan mendapat income 4-5 angka setiap bulan. Dengan income sebanyak ni, beliau mampu membantu keluarga dengan membayar bil air, api, streamyx dan sebagainya. Kalau beliau kerja si stesen minyak, anda rasa boleh tak beliau bantu keluarga dia macam mana dia buat sekarang
Sekali lagi, saya langsung tak berniat untuk hina orang makan gaji. Tapi dengan makan gaji kita seolah-olah membuat satu “set” untuk diri kita. Bulan-bulan aku hanya boleh dapat banyak ni jer. Tapi dengan berniaga, YOU HAVE ABSOLUTELY NO LIMIT! Anda boleh tentukan sendiri sampai mana anda boleh pergi.
Ok mungkin anda kata, kalau semua berniaga sapa nak makan gaji? Yes, very true. Mana logik semua orang berniaga kerana tak semua orang ada kesedaran dan kemampuan untuk berniaga. Tapi kalau kita ada kesedaran dan kemampuan, kenapa kita taknak berniaga?
Bak kata Chef Li, hidup miskin di Malaysia adalat amat malang. Sedangkan orang berniaga di pasar malam pun boleh jadi jutawan, pendatang asing dari Indonesia pun boleh jadi jutawan di Malaysia, kita tak rasa malu ke?
“Yelahh..rezeki masing-masing”
“Takpelah..aku dapat gaji banyak ni pun dah cukup”
Kalau tu jawapan anda, terpulang
Jangan sampai bila umur dah meningkat, anak dah ramai, masa tu baru kita rasa nak berniaga. Berniaga bila dah rasa kesempitan hidup. Tu bukan ciri usahawan yang sejati. Tu adalah orang nak cari duit lebih je. Bila dah dapat duit lebih nanti mula lah malas nak berniaga.
Ok lah, rasanya dah panjang sangat ni. Apa-apapun, good luck semua. Hidup kita, kita sendiri yang tentukan. Kalau tersalah pilih jalan, jangan mengeluh di depan hari dan tuding jari pada orang lain
Ikhlas dari,
Zhafran
haha…mana satu post mana satu comment ni…hahaga..lucu r kau ni zhafran…hari ni relax skit x de byk sgt business kena buat..bleh r lepak2 kat sini bagi komen..huhu..
hangat..hangat… post kali memang meletup..!!
kadang kemampuan org kena tgk juga, ada org tak leh nak buat keputusan sendiri dalam menentukan kerjanyer jadik kerja yang sesuai buat dia ialah makan gaji. TETAPI, org yang mempunyai daya saing yang tinggi, sukakan cabaran, bijak mencari peluang dan pantas dalam membuat keputusan serta menghargai masa patut menceburi bidang keusahawanan.
tetapi, ramai org kiter ini suker mencari zon selamat.
zon selamat = makan gaji + kerje relak
katanye dah penat study masa sekolah dan universiti skrg nak relak2 ajer…
ini pendapat saya, betulkan saya kalu tersalah…
hm… makan gaji ke, usahawan ke biarlah masing2 punya rezeki dan minta. yg paling penting ialah rezeki tu halalan toyyiba…
pasal tajuk makan gaji pun dikira usahawan juga tu bg saya, saya katan tidak. sbb mksd usahawan tu sendiri paling mudah kita kata org yang mulakan bisnes. hehhe… actually baru pas test techno td
Nampaknya.. post kali ni meletup.. hehehe..
Zaf,
kwn2 aku sume pulun nak pointer gempak2. kalau result down,frust da mcm ditinggal awek. Diorang takut nnti dpt keje cikai2 lpas grad kang..
So, diorang mntak aku satu tip mcm mana nak menenangkan jiwa masa menuntut ilmu, tak resah study, tapi result still OK.
Aku jwb snang je. Tak payah target nak keje kat kampeni, rancang buat bisnes sendiri.
Pastu, pasang niat sbb nak tuntut ilmu Allah, bukan sbb takut pointer down.
Itulah sedikit sebanyak kelebihan usahawan ni. Tak perlu result gempak2 untuk mulakan perusahaan. Hati pun senang je bila semua kita buat kerana Allah.
(nti ada orang cakap mcm ni plak “Ala ifan, kalau mcm tu;
1. watpe ada University,
2. watpe ada pointer,
3. kat mana2 leh niat krnNya.
aa.. tu maknenye die tak paham la tu apa yg aku membebel kt atas tadi.)
hermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm…
(fobia2)hahaha..
makan gaji memang agak senang sebab tak terlalu pikir macam mane nak maintain income. usahawan ini bukan senang, kena hadapi macam2 risiko. tapi bila da dapat keuntungan hasil titk peluh sendiri, memang x terkata kepuasannya berbanding kerja mkn gaji..
[...] bukan. Ia perlu dituntut dari mereka yang berjaya seperti Afzai Afandi, Maizul, Irfan Khairi dan sebagainya. Sehingga bila perlu belajar? Sudah tentu sehingga saat kita mati. Bak kata pepatah lama [...]
ingat labanon dah besar…menunggu spm rupanya..respek sama lu beb..aku doakan ko berjaya..insyaALLAH..Amin..
afham: Erm… masih SPM..lor ingat semua dah tahu
Assalamualaikum semua. Saya tertarik untuk memberi komen untuk post kali ini. Satu kesilapan besar sebenarnya jika ingin membandingkan orang makan gaji dgn usahawan. Seharusnya kenyataan “Bos mereka beri gaji untuk mereka sewa rumah, supaya mereka dapat rehat yang cukup dan keesokannya datang lagi kerja, bos mereka beri gaji untuk mereka makan, supaya mereka kenyang dan boleh buat kerja dengan baik, bos mereka beri mereka gaji untuk mereka beli kereta, supaya mereka dapat pergi dan balik kerja” tidak dikeluarkan di sini. Setiap pekerjaan jika dimulakan dengan kalimah Allah akan mendapat ganjaran pahala dariNya walaupun beliau seorang yang mkn gaji ataupun usahawan yang berjaya.Seharusnya bersyukur dengan apa yang diberi kini kerana walaupun berjaya setinggi mana sekalipun kita dlm perniagaan jika ingin ditarik nikmat itu bila2 masa saja boleh terjadi. Harus diingat yang memberi rezeki bukannya BOSS, tapi Allah. Setiap ketentuan ada hikmahnya. Anda seorang mkn gaji anda harus bersyukur, anda seorang usahawan yang berjaya anda harus bersyukur. “Dengan income sebanyak ni, beliau mampu membantu keluarga dengan membayar bil air, api, streamyx dan sebagainya. “Kalau beliau kerja di stesen minyak, anda rasa boleh tak beliau bantu keluarga dia macam mana dia buat sekarang” apa kata pekerja stesen minyak? cuba pikir dulu sebelum membuat kenyataan.Mmg penulis tiada niat untuk menghina sesiapa saja namun harus diteliti dulu sebelum membuat apa2 kenyataan krn setiap apa yg ditulis di sini di baca oleh semua orang dan ianya sdh tidak boleh ditarik balik. satu lagi kenyataan yang tak kena saya rasa-”Cuma kebanyakan orang m’sia menjadikan pilihan hdup mkan gaji sbg pilihan utama dan satu-satunya plihan yg ada. Kalau xleh kerja jd penganggur, jarang2 yg nk bukak bzness.” harus diingat tidak semua bernasib baik untuk menjadi usahawan!!bersyukurlah jika anda dianugerahkan begitu. Sekian pandangan dari saya.
Naufal: Terima kasih di atas pandangan anda.. memang benar kita harus bersyukur kerana Allah memberikan kita rezeki. Namun, jika kita minat berniaga.. kenapa tidak kita mengubah kudrat yang ada untuk menceburi bidang perniagaan. Inilah dinamakan hijrah, tetapi tidak semua minat untuk berniaga… inilah kebesaran yang maha kuasa
As’kum…. harap-harap ko kenal aku lagi kan Dely… ntah kenape aku tertarik untuk bagi aku punya pendapat di sini… betul cakap naufal tu yang kita kena bersyukur dengan apa yang kita dah ada… kalo nak dibandingkan dengan orang yang makan gaji dan usahawan memang jauh bezanya… tapi kita kena ingat dalam dunia ni kalau semua orang jadi usahawan siapa yang akan jadi pekerja/makan gaji… memang kita boleh cakap macam nie, “harap-harap bukan aku ler yang tergolong dalam kategori makan gaji @ ko nak ker jadi kuli orang?”… tapi itulah hakikatnya, selagi kita hidup bermasyarakat kita tidak boleh lari dari sistem ada bos ada kuli nie… bagi aku senang jer, asalkan niat kita baik dn ikhlas untuk mencari rezeki kerana Allah,insyallah hidup kita akan sentiasa diberkati… sebenarnya isu yang macam nie x sepatutnya dibangkitkan sebabnya ialah, kau cuba bayangkan, kalaulah satu Malaysia sekarang nie telah tengok laman web nie & selama nie juga diorang tak pernah sedar yang sebenarnya diorang kuli, diorang rasa selama nie diorang terhina kerana menjadi kuli orang, confirm diorang akan berhenti kerja dengan serta merta tambah2 lagi zaman sekarang nie x der lagi dah manusia yang bodoh, semua dah pandai berfikir… kesannya, kalaulah diorang dah berhenti kerja, siapa pula yang akan menjadi pekerja contohnya untuk pengeluaran sesuatu produk komputer yang tengah ko akses sekarang nie, siapa pula yang akan bekerja di kilang minyak, siapa yang akan mengepam petroleum & macam2 lagilah… aku pun pernah fikir macam ko nie, tapi bila direnung kembali, makan gaji atau usahawan masing2 ada kelebihan yang tersendiri… apepun, ini baru permulaan, tapi sebenarnya banyak lagi yang aku nak tulis… bagi aku, Allah dan tentukan yang terbaik untuk hambanya tapi berbezanya seseorang dengan orang lain adalah kerana CARA BERFIKIRNYA LAIN DARI ORANG LAIN… kesimpulannya, ikutlah seperti hukum alam, ada siang pasti akan ada malam, ada bos pasti akan ada makan gaji… sekian…-syamil- http://www.e-rafa.com/syamilgenius
Terpanggil plak nak komen. aku balance dlm hal dibincangkan. tapi nampak penulis blog menulis cam something missing bcoz not looking overall part the function natural of live. blh jadi sensitif.
mmg buat bisnes bagus - 9/10 . semua tau .org makan gaji x semestinya dianggap bekerja semata2 utk dpt gaji dan menjadi kuli. ada kerja yg mereka lakukan adalah murni dan ikhlas utk agama dan masyarakat. renungkan org makan gaji mcm - Doctor(merawat pesakit), askar(menjaga keselamatan negara), polis atau guru(mendidik) yg mengajar anda di sekolah dulu..golngan ini nak dianggap apa? kenyataan “Bos mereka beri gaji untuk mereka sewa rumah, supaya mereka dapat rehat yang cukup dan keesokannya datang lagi kerja, bos mereka beri gaji untuk mereka makan, supaya mereka kenyang dan boleh buat kerja dengan baik, bos mereka beri mereka gaji untuk mereka beli kereta, supaya mereka dapat pergi dan balik kerja” - bnyi mcm sinis. makan gaji itu meluas. kalau la guru sekolah korang cthnya membaca kenyataan ni - apa tanggapan diorg? setiap manusia ada function dia masing-masing.so, bersyukur! kalau korang rasa hebat sgt..ingat ada lagi org lebih hebat di luar sana. :D:D adioss
Mak aii..panjang jela dah ulasan-ulasan kali nih. Hoho..apapun. Setiap orang ada pandangan memasing. Mana2 pun ok. Janji kita tak nyusahkan hidup orang lain..
Terima kasih di atas pandangan anda.. apa-apapun setiap insan ada pandangan masing-masing… begitu juga dengan zhafran
Hahahaha…kan saya dah cakap kat atastu, jangan samakan buah epal dengan buah limau walau pun kedua-duanya adalah buah! Cuba la pikir sikit…
Tajuk sebenar adalah org makan gaji juga usahawan? Tentulah bukan! Saya dah citer dah kat atas.
Masalah sekarang ada org ‘terasa’ kerana post yg Zhafran tulis. Mmg patut pun..biasa la tu, kadang2 apa yg kita tulis mungkin ada yg tersilap dan mungkin pandangan kita tu lain sikit dari orang lain.
Hakikatnya, sekali lagi. jgn bandingkan buah epal dengan buah limau! Malas la saya nak ulas panjang2, korang pikir sendiri la…saya pun makan gaji sekarang, pernah jadi guru dan saya juga seorang usahawan.
Satu perbezaan manusia dengan buah epal dan limau tadi, kita diberi pilihan untuk menjadi siapa yang ingin kita jadi.
Hah, Labanon! Hari ni result SPM kuar kan? Apa citer?
wanwma: Eh.. result bukan hari ni ler
Ramainya orang menanti result Adly
minggu depan agaknya… lepas nih boleh laa sambung ke universiti pulak… saifulsham kuar universiti… labanon ikut masuk universiti pulak… sambung belajar laaa…
biasalah tu… pandangan masing masing… bisness adalah pilihan empunya diri dengan bakat dan kemahiran yang tersendiri…
jika tidaknya kenapa ramai yang datang berduyun2 ke malaysia hanya nak cari kerja… sebb pendapatannya yang lumayan…
kerja makan gaji dan bisness memang berbeza sakan. jika kita nak bekerja makan gaji itu adalah pilihan kita…
kalo kita buat bisness sekalipun duit tak pernahnya cukup apa maknanya bisness itu..
jangan ingat berniaga boleh menjadikan kita kaya dan bebas kewangan secukup rasa… jika tidak takkanlah ada peniaga yang berniaga hari-hari dan duit tak pernahnya cukup jugak?
untung rugi semuanya kena kira… kalo berniaga ikut sedap hati nak berniaga apa yang tinggal… ?
elehai nak berniaga ke? modal entah ke mana untung entah ke mana…?
haaa… putus asa jadinya…
kalo kita kerja makan gaji dan duit simpanan kita stabil kira okeh laa tu untuk meneruskan kehidupan di masa akan datang…
kalo tak kerja makan gaji dan tidak buat bisness, apa lagi cari duit sambilan dengan blog… bermakan menganggur laa jawabnya…
haaaahahahaaaaaaaaa… itu semuanya adalah pilihan masing-masing…
nak ke tak nak?
kita kena nilai diri kita.. adakah hidup kita hanya untuk keje untuk org lain.. kita pun mampu untuk keje sendiri pa. kita makluk yg hebat.. yakin lah pada keupayaan diri. setkan matlamat yg tinggi. usaha yg smart. tawakal slps usaha yg berterusan. paling penting.. mesti ada sifat SANGAT MESTI MAU..
ubah gaya hidup untuk maju…
haha..panasnya topik nih..izinkan hamba memberi sedikit pendapat.
ermm..pada pendapat hamba,makan gaji atau bisnes itu adalah pilihan diri masing2.Masing2 mempunyai peranan tersendri.Tapi ape yg berlaku skrg ialah KEKURANGAN usahawan melayu.Ramai org melayu yang x mahu menceburi bidang keusahawanan.Mostly bisnes yg ader kt M’sia nih NON MALAY yang pegang.Jadi melayu kene ubah minda.Jadi tuan bkn hanya kuli di negeri sendri.
Support Usahawan Melayu…
hehe..memang pun nON MALAY yg pegang. Masa aku belajar kat sabah dulu. Sedih woo. Kang aku cite nanti ada orang Sabah marah plak..
TAk ramai sungguh orang melayu atau orang sabah sendiri yg bukak kedai. Korang boleh cek sendiri kalau datang sabah. 80% orang cina dan gerai mamak yang bermaharajalela tengah2 malam. Kedai makan melayu. LAgilah takde. So..aku dgn member2 aku, lebih rela masak sendiri banding makan kat luar. Selera lari woo..
So, susah sket sebenarnya bab2 usahawan nih. Ramai ada pendapat memasing. Kalau usahawan melayu nk maju. Ada 2 perkara kene kita fikir. Kita sendiri kene maju dan tak berputus asa nk belajar. Yang kedua, mesti ada institusi yang mahu membantu usahawan Melayu yg selalu bantu Melayu..
Masalah sekarang. Orang kita nih malasss..
Makan gaji, berniaga? Aku baca ok je. Masuk je komen, lama-lama jadi panas. Aku pun terasa plak. Takpe.
Tajuk tu mulanya aku ingat yg org mkn gaji buat biznes, rupanya org mkn gaji tu anggap diri sendiri tu usahawan sebab dia keje setiap hari kononnya usahawan. Apa aku ckp ni. Faham lah kot.
Institusi yg bantu usahawan bumiputera ni terlampau banyak. Cuma aku/kita je yg tak perasan sebenarnya. Tambah pulak tabiat yg tak elok iaitu malas nak usaha. Kalau berusaha, mcm pemilik blog ni la, dah ada income w/pun baru dok tunggu result. Aku kena contohi org muda ni. Tahniah laa..
Bab malas ni, aku nasihat pd aku sendiri. Moga ada manfaat.
Saya respect sama usahawan Internet terutamanya yang telah berjaya.
Nak jadi usahawan kena ada ilmu yang secukupnya.Bukan hanya cara marketing kena betul tetapi networking itu juga penting
kalo makan gaji kena pandai2 laa buat bajet simpanan untuk hari tua. kalo kerja makan gaji duit takder buat apa…?
berniaga pulak duit pun habis dengan modal-modalnya sekali apa maknanya… esok berniaga lagi… lepas tu cari modal lagi…
modal entah ke mana untung entah ke mana…? berapa banyak dah simpan duit gaji anda…?