Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya saya masih mampu untuk menulis post ini. Baiklah pada hari ini saya ingin memberitahu kepada anda semua bahawa Team FlareBiz telah membuat kenduri kahwin kesyukuran sempena saya dapat ke Universiti penjualan ebook Rahsia 10K yang sangat memberangsangkan.
Kenduri ini di adakan semalam dan alhamdulillah dapat menjamu sehingga 200 orang yang hadir. Kenduri ini dimulakan dengan solat hajat bagi memohon hajat kepadaNYA agar sentiasa merahmati perjuangan kami semua. Agak puas hati kerana kami berjaya menjamu budak-budak Tahfiz Al-Quran dan ahli-ahli masjid dengan hasil perniagaan Internet.
Kami target jika ada rezeki lebih lagi, Insyallah kami akan buat lagi dan akan buat dalam margin yang lebih besar agak semua orang dapat hadir dan makan. Oh, sudah tentu kenduri di lain hari saya akan menjemput anda semua pembaca blog kami. Ok, pada hari ini saya akan membuat pembayaran komisyen kepada para JV yang membantu kami dalam mempromosikan Pakej Rahsia 10k.
Ok lihat screen shot jumlah wang yang perlu saya bayar:

Jumlah yang perlu dibayar ialah RM10057! Alhamdulillah di atas rezeki yang diberikan. Di harap pakej ini dapat memberikan kepuasan kepada para pembaca. Kepada rakan JV, sila tunggu kerana saya akan menjelaskan bayaran komisyen secara berperingkat.
Tahniah di ucapkan kepada top JV iaitu saudara Mawardee, Zamri Nanyan dan Bitol. Terima kasih kerana sudi mempromosikan Pakej Rahsia 10k
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pakej Rahsia 10k.
sekian.

























waaa… pakcik kayo!
hehe pakcik jerlah yang kayo!
pakcik makcik adik kakak kayooo…
nak JV jugak laa… hehehehe terlepas peluang dah… lain kali laaa…
saya tumpang gembira dengan kejayaan korang! Alhamdulillah….
Ya, alhamdulillah syukur
Jv saja dah 10k yer labanon?
Alhamdulillah..
a’a
Alhamdulillah..
buku 10k, pulangan pun 10k.
mmg WOW! lah.
tabik dgn flarebiz !
hehe biasa2 jer bro
Alhamdulillah..
Semoga rezeki anda berdua terus melimpah ruah..
Salam kekayaan,
THINKERICH
Terima kasih
Amin
Congrats! Tumpang gembira juga
Thanks kak
wow wow! tahniah…
terima kasih juga bro hanep
wah..bagus korang buat kenduri..bila nak buat kenduri kahwin plak ek?;p
Erk.. hahah.. tu kena tunggu Zhafran buat dulu
Xsaba nak tau apa hadiah dapat no 3 ni, hehe
Wah tahniah…
Tak berkesempatan utk promote hari tu..busy skit. Tgl 1 bulan lagi utk buat preparation.
Seblm tu,saya akan wat restructure untuk panduan adwords.. video panduan adwords dah siap..jadi akan jadi 3 pakej nanti.
dasyat la korang buat duit…..
Tahniah2, muda2 dh dpt carik duit banyak. Sejuk hati org tua
Tahniah Labanon, 10k tu baru komisyen je kan ….tak termasuk jumlah keseluruhan yang dapat …..mungkin +30k = 40k!!!!
40k!!!! Tahniah!
Sekadar andaian umum!
Tahniah bro…moga murah rezeki lagi pasni ya…dan kuat lagi berusaha…jangan pening2 sangat pasal Universiti tu
huh..ingatkan kenduri walimah tadi adik ooi :p
Tahniah! Semoga terus dimurahkan rezeki.
Amin.
tahniah lebanon
Tahniah Labanon!
Emel pasal Dr. Irfan tuh saya dah reply kat Labanon, sampaikan salam saya pada beliau ya!
Jutaan maaf dari pihak Amirul Faisyal.
tahniah….
Erm..tahniah2
InsyaAllah ana pun nak usaha gak
wowwww..memang kelabu mata tengok duit tu
Wah… banyaknya..
Nasib baik Labanon tak bagi saya JV kalau tak…
mesti lagi banyak jual…
He he he
wahhh2…..makin hebat nampknye…..rezeki dr Tuhan ni….
Alhamdulillah..rezeki yg kita dapat adalah hak Allah jua. Saya ucapkan syabas kepada anda berdua kerana tidak lupa akan yang Maha ESA dan bagikan sebahagian rezeki anda kepada insan yg lain.
Disamping berniaga kita berdakwah juga agar semua mengetahui bahawa setinggi mana pun pencapaian kita, kita masih insan yg rendah disisi Allah. Kepada DIA lah kita berdoa dan bersyukur akan rezeki kita. InsyaAllah, rezeki anda berdua akan bertambah dimasa hadapan.
Sekadar renungan di hari Jumaat 11 Rajab yg penuh Braqah ini.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Jazakallah hu Qasiran.
Rosli