Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Wah..setelah beberapa minggu NiagaKit dijalankan, saya dengar-dengar ada bunyi yang agak bising di beberapa blog dan forum tempatan.
“NiagaKit mahal la..” Kata Pakcik A
“Siapa yang beli NiagaKit adalah tergolong dikalangan ketinggalan zaman!” Kata blogger X
“Siapa yang beli NiagaKit kena tipu idop-idop!” Kata seorang pemegang/pelajar ecommerce
Banyak lagi sebenarnya. Tetapi saya rasa tak perlu lah saya nak list semua. Anda sendiri pun mungkin dah tahu kot kerana benda ni memang dah bising pun di merata-rata tempat
Dan sebagai seorang yang matang dan tidak membuat sebarang jenayah, saya cool je bila melihat komen-komen macam tu.
Mengenai pricing, kami mempunyai sebab tersendiri mengapa menjual NiagaKit dengan harga RM500.
1. Domain & Hosting
2. Theme yang unik dan menarik + free theme updates
3. Forum sokongan
4. Plug-in ecommerce (bukan free ye, kami menggunakan plug-in wp-ecommerce dengan gold cart USD25)
5. Design header
6. Sistem yang sentiasa akan dikemaskini.
Ya, ia sangat berbaloi. Jika anda tidak sukakannya, anda boleh gunakan sistem lain seperti zen cart, cube cart ataupun anda boleh upah programmer atau buat sendiri sistem anda. No big deal. Kami hanya mahu jual kepada mereka yang betul-betul memerlukannya.
Kami dalam proses menyiapkan sebuah sistem 100% sistem sendiri. No wordpress. No any plug-in. Just our very own system. Dan sistem ini sudah tentu tidak akan berharga RM500. Sudah tentu lebih mahal kerana ia adalah sistem sendiri dan setanding dengan sistem yang dijual dengan harga beribu-ribu ringgit buat masa ini dan HANYA pembeli yang membeli sekarang akan mendapat free upgrade (jika mereka mahu).
Market Malaysia unik, mencabar dan dipenuhi dengan suara-suara lantang dan kami sukakan permainan dan cabaran tersebut.
Oh ya, ini adalah sebahagian daripada clients NiagaKit buat masa ini :
- Sauna2u.com
- MiaMio-Online-Store.com
- AleeyaCreative.com
- MyKedaiOnline.com
- Excel-Mart.com
- AnimeZoneDVD.com
- PokokKecil.com
- SureratShop.com
- ButikStopAffaire.com
- KerongsangKu.com
- Beauty-Techno.com
Amacam bro? Cantik tertarik menarik NiagaKit memang DaBoooom!!
Mereka semua sudah berada dilandasan yang tepat untuk tergolong di kalangan orang yang membuat duit di internet.
Mereka mempunyai sebuah sistem yang cukup bagus untuk membuat jualan di internet. Mereka mempunyai kami sebagai mentor untuk mereka bertanya. Mereka tidak lagi terpinga-pinga seperti newbie yang lain. Mereka mempunyai sebuah komuniti yang mempunyai matlamat yang sama dengan mereka.
Itulah harga RM500 yang mereka serahkan untuk kami.
You get what you pay for
-MZ-

























Aku tak faham betul dengan orang yang kata NiagaKit ni scam.
Apa maksud dia dengan scam?
Bukannya tipu pun.
Macam Mr. Labanon cakap. Dia dapat hosting, design, plugin ecommerce, free suport, and memacam lagi yg aku tak tahu.
Apa yang diorang susah sangat?
Heh…
Hehe..tapi kat forum ada jer yang kata niagakit ni scam. Sebab tu saya ni agak malas nak berforum. Banyak suara yang pelik-pelik sangat. Kadang-kadang tak masuk akal pun
ps : nasib baik la labanon rajin berforum
yang bising2 tu takda duit tu..maafkan aje la
yang ada duit tu (dan nak laburkan duit utk perkara yang betul, bukan SCAM) tak bising2 macam ni..
keep up the good work!!
ps: pergh..bling2 sungguh header kerongsangku.com tu..terasa macam nampak kerongsang betul aje
Wah..satu komen yang jujur dari kak waida..mekaseh kak :p
Biasa la tak kenal maka tak cinta biarkan je Zhafran. Saya tengok laman web ni dan contoh yang ditukjukkan dan produk ni memang bagus & berpatutan dengan harganya.
Ye ke ada yg komen macam tu? bagi aku link diorang… tak patut betul cakap macam tu.
Memang la agak “mahal”, tapi berbaloi apa…
1. Domain & Hosting
2. Theme yang unik dan menarik + free theme updates
3. Forum sokongan
4. Plug-in ecommerce (bukan free ye, kami menggunakan plug-in wp-ecommerce dengan gold cart USD25)
5. Design header
6. Sistem yang sentiasa akan dikemaskini.
Kalau minta servis orang lain (bukan dengan fkarebiz) ada dapat macam kat atas ke? renung2kan…
Bro,
Biasalah Adat orang berniaga…ada yang tidak boleh tengok orang lain senang dan berjaya..maka mulalah mereka jealous dan buat cerita yang bukan-bukan..
Apa pun teruskan usaha perniagaan internet yang kekadang penuh liku dan pancaroba…
Semoga Sukses dan Berjaya!
saya antara pengguna sistem dari niagakit. Memang sistem ini amat bagus bagi mereka yang tak tau macam mana nak manage akaun e-commerce.
ehehehe…kalau dia orang kata mahal, aku boleh faham gak. (bukan bermaksud aku bersetuju cuma aku faham yang mungkin dia orang memang takder duit sebanyak RM500 untuk membeli produk niagakit ini)
tapi kalau dia orang kata kena tipu hidup hidup dan sebagainya aku tak faham.
cuma bagi aku kalau kita ingin mengkritik sesuatu benda tersebut adalah lebih baik kita bagitau apa yang tak bagus tentang niaga kit ini.
Kalau setakat nak kata ketinggalan zaman dan kena tipu….hmm aku musykil. apa apa pun aku rasa selepas ni mesti lebih gempak.
betul2… hux3… sokong2..
sabar team flarebiz.. adat berniaga
yup. memang mahal. Bagi yang tak ada duit dan belum merasa pernah buat duit dari internet. Memang mahal kan? kan?
Murah? Bagi yang dah untuk ribu2, puluh2 ribu, ratusan ribu. Apalah sangat Rm500 tu kan? Memang murah apa?? kan? kan?
Scam? Itu pandangan yang tidak adil. Kenapa? Fikir sendiri.
Berminat juga ngan sistem ni.. cuma nak tanya skit..
(1) Pihak korang akan uruskan domain?? Jadi kalu saya sendiri sudah ada domain, macamana ye? Harga kurang ke? atau korang hanya bagi sistem dengan harga asal?
(2) Jika korang yang uruskan domain, adakah saya akan dapat username & password untuk “CPANEL” domain tersebut?
(3) Renew domain tiap2 tahun, adakah saya berurusan dengan korang atau syarikat domain??
1. Biasanya kami yang akan uruskan domain dan hosting kerana kebanyakan newbie tak tahu mcm mana nak urus. Tapi kalau nak urus sendiri pun boleh. Tiada masalah
2. Of course bro akan dpt semua access sebab dah bayar kan. Takkan la bayar RM500, passwd cpanel pun tak dapat. Itu baru betul-betul scam kalau macam tu
3. Kalau kami yang uruskan domain, kami yang akan setelkan semua. Lepas itu invoice balik kepada customers.
biasala .. complain nie sebenarnye memberi semangat lagi..
teruskan usaha…
dulu susah nak berniage kat internet sbb tak de niagekit.. skang dah ade.. baguih la utk newbie spt aku nie..
jgn peduli ape org lain kate..
Salam dan Selamat Sejahtera,
Saya adalah salah seorang pembeli NiagaKit. Mahal ka dengan harga RM500 dapat:
1. Domain & Hosting (untuk 1 tahun)
2. Theme yang unik dan menarik + free theme updates
3. Forum sokongan
4. Plug-in ecommerce
5. Design header
6. Sistem yang sentiasa akan dikemaskini
dan: Pihak FlareBiz berjanji akan memberikan percuma untuk pembeli sekarang sebuah sistem 100% sistem sendiri(bukannya wordpress)apabila siap nanti. BETUL KAN TEAM FLAREBIZ?
MAHAL KE HARGA RM500???
Dengan adanya kedai online anda boleh menjalankan perniagaan 24 jam sehari, 365 hari setahun. Anda tidak perlu menyewa kedai dan membayar gaji pekerja (hanya bayar kos domain & hosting setahun sekali). Dengan kemajuan teknologi terkini dan kemudahan internet yang meluas masa kini anda boleh me’monitor’ perniagaan anda dari seluruh pelusuk dunia (walaupun dari dalam ‘Bilik Termenung’
)
Akhir bicara seperti kata Nabil, LU PIKIR LER SENDIRI… hihi
Regards;
@anuar
Em..bagus jg kedengaran sebegitu..mungkin flarebiz boleh cipta kejutan lagi pd produk yg sama..
Newbie dah biasa disajikan dengan ebook yg berharga bawah RM100 tapi bila produk cecah setengah ribu memang akan rasa mahal.
Betul otai2 ebiz kata murah sebab memang mereka lebih dari mampu utk dapatkan sistem ni.
Namun hak masing2 nak kata apa pun. Kalau nakkan sesuatu yg dah disediakan boleh beli niagakit ni.
Adli, teruskan usaha ini, walau apa orang nak kata, saya tetap sokong kerja keras yang Adli lakukan. syabas
Salam buat labanon dan flarebiz team.
1. Memang saya mengiyakan ape yang labanon cakap, ia merupakan satu satu plugin based on wordpress. sebenarnya ada 20 jenis cart macam ni, yang labanon pakai antara yang terbaik. Cuma logo tu nampak macam diterbalikkan je..kalo wat logo niaga kit yang lain, tentu nampak berbeza sikit
2. Mahal..oh..mahal gila..labanon memang teruk ar..boleh kaya cepat la macam neh..boleh jalan da..kaya sorang-sorang-
Sebenarnya, RM 500 adalah murah banget sih..Biasanya jenis macam ni kos sebenar adalah RM 1000..di ulang RM 1000 dan ke atas..huhuhu
3. So, Labanon, just do it and don’t look back..nice work. At least you help newbies…newbies pun tak sakit pale sangat. so tak usah kecik ati sangat la dengan cakap orang luar ye dik..senyum sikit..hehehe
Dah adat berniaga Labanon..Produk saya pun, ada yang kata mahal…RM50 mahal, join perigiduit RM 50, murah pulak ye :-). Tu, tak termasuk skim tah pe2 lagi tu..
Pasni, mau up lagi RM 10, jadi RM 60…ngee
sbnrnye,bg aku..rm 500 tu, kalo utk newbie, xmhl, sbb korang leh dpt sume yg korang nk kalo nk stat bniaga..
tp, kalo korang rajin xplore kat tenet, try n error cms contohnye cube cart ke,zen cart ke, akan amik mase la gak nk phm cmne bnde tu bfungsi..tp, at least bnde tu pri kan..
yg joomla pn skang, dh ade module utk ecommerce gak..pri je..
sape yg sggup xplore, mmg la xyah byr rm 500 tu.korang yg sggup byr 500 utk bnde cmni, pastu nk komen plak..salahkn dr sndri la..
kat tenet ade byk bnde pri..kite sndri yg kena cari..theme pri byk yg lawa2..
akhir kate dr aku..gunakan la tenet dgn sbijaknye..bnde pri blambak..
team flarebiz, smoga sukses sentiase !
Pada pendapat aku, org Malaysia tak tau menghargai kerja kreatif dalam bidang IT…
Kalau RM500 beli benda2 mengarut dan tak berfaedah tak terasa mahal.
Tapi kalau buat pelaburan RM500 utk dapatkan kedai online kata mahal la, tipu la, itu la, ini la…
Aku ada setup kedai online jual kek http://www.myhadiah.com utk bini aku.
Hasilnya amat fantastik, tak menang tangan bang nak layan pelanggan. Hari2 terpaksa tolak tempahan sbb tak terlayan.
Aku betul2 tak faham kenapa ada org kata rugi beli niagakit… domain free, hosting free, upgrade free..
Kalau tak nak beli, simpan je la RM500 tu utk beli rokok.. tak yah nak kutuk2 niagakit…
bese la tu melayu…bukan leh tgk orang melayu senang…kalau orang melayu yang buat mesti ade itu dan ini kalau mat saleh yang buat seme cakap mantap…
bukan semua tapi segelintir
hahaha… RM500 untuk kit meniaga mahal.Memang melayu tak bersyukur. Cuba lihat nie:>
Upah Desiner Konsep: RM500-RM1500.
Setup website dalam internet:RM1000.
Maintain atau ubah content: RM500.
Domain: RM100++.
Total=RM2600++.
Nak ke bayar camtu untuk profesional company.
nie le yang paling murah aku jumpa dlm internet. Kalau Mat2 saleh kat luar tu tau. Huh.. Berebut.
Kepada Team FalreBiz.. teruskan usaha ini.(Sya tengah carik idea berniaga nie, nak lain dari yang lain). Dlm masa terdekat nie…
HAHAHA… salam.
orang melayu mana boleh tengok orang melayu lain maju…
lagi satu market melayu ni suka meniru aje :P. takda idea sendiri…
lepas tu, siap boikot jangan support orang melayu… tapi support pulak produk bangsa lain…. lepas tu mengadu… orang melayu dah mundur lah, orang melayu penipu lah…
apa lah nak jadi bangsa aku ni… udah leh.. jangan pikir budak-budak… pikir masa depan orang melayu… pikir keturunan ko orang nanti udah lah…
“naik nyampah dah bagi peluang kat orang melayu”
mentaliti orang melayu masih tahap ni.
aku dah cakap, target oversea