Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Apa khabar anda semua? Agak lama saya menghilangkan diri dari blog ini. Sebenarnya saya bukan hilang tapi saya banyak bekerja “dibelakang tabir” FlareBiz

Baiklah, setelah bertungkus-lumus siang dan malam. Akhirnya terbit juga MajalahIM #4 yang saya design sepenuhnya kecuali cover yang di design oleh saudara Nizam Ahamad. Saya terpaksa menjadi designer “bidang terjun” untuk edisi kali ini kerana saudara Nizam amat sibuk dengan projek-projek MEGA beliau yang lain
Saya harap anda semua dapat terima hasil kerja saya yang tak seberapa jika dibandingkan dengan saudara Nizam.
Untuk segmen interview, saya terpaksa gantikan dengan Amirol kerana Vince Tan amat sibuk buat masa ini dan interview dengan beliau terpaksa ditunda ke hari yang lain. Jangan risau, saudara Amirol ni tak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Vince Tan
Saya pasti anda akan mendapat banyak input dan ilmu baru hasil dari interview dengan beliau.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penulis “veteran” MajalahIM yang memberi komitmen yang cukup tinggi untuk MajalahIM. Setiap bulan mereka menulis artikel-artikel “fresh” dan “powerful” walaupun masing-masing sibuk yang teramat sangat! Mereka adalah Zamri Nanyan, Zul SmartUsaha, Kak G, MdPai, dan Tazilan. Usaha anda semua cukup kami hargai! Insyaallah saya dan Labanon ada hadiah misteri untuk anda semua
Saya dan Adly juga baru balik dari JomSeminar! dan insyaallah saya akan kongsikan cerita-cerita dan gambar-gambar mengenai JomSeminar! dalam post seterusnya. Tungguuuuu
Untuk berita lebih lanjut mengenai MajalahIM #4 serta download link, klik disini
























wah…dah siap! Tahniah! Mesti best!
oh…tahniah2….tak sabar nak bacanya, cuma sekarang ni amat sibuk. Assignment dengan report bertambun-tambun…huhu
Tapi baca tetap baca. Tak baca majalah IM ibarat makan nasi tak ada budu….hehe
Zhafran dengan Labanon ni makan budu ke tak ek?
Congrats utk Flarebiz. Dalam sibuk2 pun dapat siapkan majalah IM gak. Tahniah!!
Tahniah dan terima kasih atas terbitan Majalah IM versi Ke-4 ini kepada Team FlareBiz. Usaha murni seperti ini patut diteruskan dan diharap sentiasa mendapat sokongan padu dari supporter sume.:)
[…] Krishnan dan Alang. Gobala di sebelah kanan. Alang di sebelah kiri..hehe, korang jangan jeles. Team Flarebiz pun ada dan kitorang sempat bergambar bersama. Baru aku tau, salah seorang partner Team Flarebiz […]
[…] my post will be in English language. Why? For no specific reasons at all. Actually i have just read Majalah IM#4 written by flarebiz team and their well respected and invited author. Well, its good that this kind […]
Semoga dimurahkan rezeki atas perkongsian ilmu untuk Majalah IM keluaran terbaru.
Good Job
Terima kasih semua..
Anyway maaf jika audio tidak begitu memuaskan
sebab kami memang tergesa-gesa buat audio tu..
baru je download tadi lum sempat baca lagi..
Tahun ni memang target saya untuk IM habis-habisan.. Insyaallah..
dah download. Nanti aku review.
[…] ni cuma baru hari ini berkesempatan nak review menda ape ada dalam MajalahIM edisi kali ni.. dulu Team FlareBiz bagitau nak interview VinceTan tapi nampak gaya ada perubahan sket dan diaorang gantikan dengan […]
Yeah dah baca abis..
nanti saya review kat blog…
Ada beberapa aspek teknikal kot patut diperbaiki.. ( Boleh ke komen?? Blog ligakampung pun berterabur.. Huhuhuhuhu)
[…] ramai yang sedia maklum bahawa MajalahIM Isu 4 telah selamat dilancarkan.. Dan sedikit review dari saya, Zool ligakampung yang tak sehebat mana […]
hari ni baru berkesempatan untuk baca majalah IM … menarik penuh dgn infomasi yang segar dan asli. byk saya pelajari dari majalah IM. teruskan usaha. kekalkan mutu dan keaslian setiap rencana.
p/s pening skit nak baca page yang ada tiga columns
[…] pasal aku nampak dah setat kad kenduri kawin bersepah kat peti surat rumah aku nih. So, nce work to Team Flarebiz sebab pemilihan warna yang menarik bagi pendapat peribadi aku. Kau orang tak suka? Aku pedulik apa! […]
saya minta maaf pihak flarebiz kerana pada blog saya menyatakan pendapat yang tak elok terhadap Majalah ini..saya bukan ape..just itu pendapat saya…setiap orang ada pendapat yang tersendiri..betul tak??jadi saya rasa Majalah Im ini patut diteruskan kerana iya memberikan informasi yang baik dan elok, tapi banyak kelemahan lagi..so
it on k… dan teruskan usaha..kami menyokong anda