Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Baiklah pada hari ini saya ingin mengumumkan satu berita yang tidak gembira kepada anda semua
. Majalah IM Edisi JUN tidak dapat diterbitkan pada bulan ini kerana sekali lagi terdapat masalah teknikal yang diluar kawalan. Saya rasa sudah tidak sempat lagi untuk mengeluarkanya pada bulan Jun ini.
Namun, kami Majalah IM crew telah bertekad akan mengeluarkan edisi Julai pada awal bulan 7 ini. Selepas ini, kami akan sentiasa mengeluarkan Majalah IM ini diawal bulan dan insyallah harapan ini akan tercapai. Setelah beberapa kelemahan kami kenal pasti dan kami telah bersetuju untuk mengambil beberapa pendekatan baru dengan para penulis. Sebelum itu, saya ingin memohon maaf kepada para penulis seperti Kak G, Tazilan, Zamri Nanyan, SmartZul, Irwan Dahnil (hehe mari Kelate ko bulan 7 ni?), Shamsuddin Kadir, Mdpai, Fuad Latip, Syed Ikhwan, Alang, Ubi, Amirol dan ramai lagi.
Baiklah saya ingin menceritakan masalah yang kami hadapi sekarang. Anda sudah bersedia? Sebenarnya jika di atas kertas semuanya pasti berjalan lancar dengan perancangan yang dilakukan. Kami telah menyediakan wang yang secukupnya untuk outsource bagi sesuatu perkara supaya penghasilan Majalah IM dapat berjalan lancar. Nampaknya, hasil yang kami perolehi hasil outsource design amat mengecewakan! Apa yang boleh kami katakan, kami tak dapat nak keluarkan Majalah IM edisi ini walaupun telah siap di design kerana tidak menepati piawaian yang ditetapkan.
Mungkin ini salah kami sekali lagi kerana outsource kepada pihak yang tidak sepatutnya. Berilah kami peluang kedua agar kami memperbaiki keadaan ini. Kini Zhafran terpaksa bertungkus-lumus men”design” sendiri Majalah IM Edisi Julai yang dijangka akan dilancarkan pada 1/7/08. Paling lewat pun mungkin sehingga 3 haribulan.
Oh ya, Majalah IM juga merupakan satu portal keusahawan Internet. Anda boleh layari www.MajalahIM.com dan membaca pelbagai info di sana seperti review produk, berita terkini tentang dunia perniagaan Internet Malaysia dan banyak lagi. Anda juga dapat mengetahui post-post terbaru daripada para otai. Apa lagi layarilah web tersebut dan pastikan anda bookmark. Mungkin 2-3 hari sekali akan diupdate oleh crew Majalah IM seperti bro Nasrun yang akan menulis review produk.
Jadi akhir kata, berikanlah kami peluang kedua
sekian
p/s: Manusia sering melakukan kesilapan… itu merupakan lumrah alam.

























Xpo2.. Biaso la tu. Bereh2
untuk design tu , offer kat public , tentu ramai yang nak cuba bakat, terangkan syaratnya. satu lagi….jangan crowded sangat design tu sampai hilang mood orang nak baca.
takper bro. Buat perlahan-lahan. Yang penting kualiti dan bukan kuantiti.
Thanks for the great effort.
salam bro,
takpe. biasa le tu. saya dok tunggu gak majalah Im ni. tak sabar nak nikmati ilmu kat dalamnya. anyway thanks sebab wujudkan majalah ni. wassalam.
setiap perkara pasti ada masalah..yang penting kita sanggup mengaku dan memperbaiki..apa pun saya ucap kan tahniah kerana dapat berjuang sejauh ini….salam dari ore kita….:)
takpe, asalkan tidak berkubur..
hehe. aku dah agak da. Mesti ada bende nih..
Salam…
Biasalah tu bro. Ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari..kekekekek…
Adelah tu hikmahnya bro. Mane tahu, kalau keluarkan dalam tergesa-gesa, kualiti down
Bia slowly dan berkualiti
gud luck!!
Sabar-sabar ..
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..
AMIN
Labanon / Zhafran,
Macam mana kalu korang buat Majalah IM Edisi Premium berbayar tiap2 bulan.
Sekurang2nya dapat cover cost utk pengeluaran majalah yang lebih profesional (bila bayar designer dengan harga profesional)…
Mungkin dapat bantu kelewatan @ tak jadi keluar majalah yang sentiasa laris dan menjadi idaman IM2 Malaya
p/s : Insyallah sampai ke Kelantan kami
Salam,
Actually, bab design ni pada sy kurang pentingnya bile majalah IM dah mendapat tempat dihati Internet marketer.Yg penting skang mesti published on time. Once it come to outsource job jgn terlalu mengharapkan yg terbaik dgn harga yg murah. Sy tahu Majalah IM ni free, tp still boleh generate income dr part2 yg lain dlm majalah ni.
YM
***** - “mystic, ko ke design majalah IM yang tak siap tu? ko sibuk manjang kan?”
mystic - “tak, bukan aku.. tak tau sape tah, aku buat cover jer.. dah siap dan dah send pun covernya.
“.
end ym message.
Bereh……..
Hidup flarebiz, hidup majalah IM
harap bulan dapat dapat membaca majalah IM korang. bagus majalah tu..
sorila labanon..
kawe xblh nk buat design tu..
tlalu sibuk skrg ni.. :p
harap maaf la yer..
takpela..boleh terima…yang penting isinya berkualiti..take ur time bro!
ok lah tu labanon. x pe.. aku faham masalah nie, yela sebab aku sendiri pernah kena kan.
x pe, kiteorang akan tunggu edisi julai ni. k, wasalam.
Mesti Zhafran tengah bertungkus lumus sekarang ni..
Good luck bro.. Semoga berjalan lancar semuanya..
Rasanya itu tak menjadi masalah. Janji korang dapat buat yg terbaik. Semoga berjaya!
bereh.tapi bagus macam ni dari keluarkn produk x bermutu.walaupun free tapi nanti org dh xnk tgk atau download.
good luck for blarebiz team
Biasa la tu, kadang2 masuk lubang buaya jugak… hehe
… takpe Labanon…. ni edisi free, org mmg tunggu, tp pasal pembaca tak perlu bayar apa2… kenapa pembaca nak marah….kan? kan? kan?
IM ezine ni pon baru lagi.. mesti ada kelemahan.. takpe, kita amik dari sudut positif!
salam, rasenyer, hari tu saye ade request utk graphic designer tu, tp xtau ler samada TeamFlareBiz ade terime emel itu atau sbaliknye
tak sabar lagi nak tengok Majalah edisi Julai. Majalah IM memang bagus, inilah satu-satunya majalah IM made in Malaysia yg. terbaik !
better late than never
Salam..bro….tak per..biasa berlaku ..error..
Tapi dulu saya ada nyatakan pada bro Ecaros untuk masukkan promosi ebook pasar malam saya untuk keluaran Jun ..dah Masuk ke…
Link : http://www.wangpasarmalam.com
a’kum..
ala…design tu bukan masalah sangat la..yang penting tak sakit mata masa mmbaca.tulisan clear senang nak baca, tu dah kira ok la..yang lagi paling penting isi dia best, berkualiti, penuh informasi berguna..tapi saye mmg suka dengan design2 majalah IM yg lepas2..memang cun aa! saya kagum dengan usaha kalian (team flarebiz) dalam menyediakan majalah yg MEMANG BEST ni!
Tak pa, mana ada buat kerja yang tak silap, kita ni bukanya robot yang sentiasa ikut arahan aja, kita ni hanya manusia biasa aja,,,,Biasalah silap tetap ada jadi kat sini pun dah dapat satu pengalaman untuk membaiki kelemahan tu, mana tau lepas ni lebih baik dari yang ada sebelum tu, Apa2 pun tahniah dan terima kasih untuk Team FlareBiz yang sentiasa memberi Info dari semasa kemasa kepada kami semua.
Good Luck For You All Team FlareBiz.
Tanks.
Salam Team FlareBiz;
Saya cadangkan sape2 yg nk kan Majalah IM nih
dikenakan bayaran sorang RM1 utk setiap keluaran.
Setidak2nya dapat juga bayaran untuk tampung kos pengeluaran betul tak?
Anggaran saya ramai yg subscribe majalah nih..dan sudah tentu mencecah ribuan orang.
Jadi bayaran RM1 sebulan tu dah kira ok dari bagi free jer.Ye lah nak hasilkan sesuatu yg berkualiti sudah tentu memerlukan kos dan tenaga.
Namun terpulang kpd Team FlareBiz memikirkan jln penyelesaian yg sebaiknya.Saya sekadar memberi buah fikiran jer..:)
Salam Team Flarebiz,
Biasa le.Nak buat macam mana.Kena terima.Semuanya ada hikmahnya untuk kita perbaiki diri.
keputusan yg korang wat amat membanggakan.itu maknenye korang bertanggungjawab dari segi menjaga kualiti produk korang, so jagan risau tentang sokongan dari pembaca. aku sokong tindakan korang 100%..
Salam Team Flarebiz,
Saya rasa kebanyakan pembaca Majalah IM
sentiasa menyokong usaha murni anda tu.:)
Saya mendoakan Majalah IM akan terus gah walaupun terpaksa melalui pelbagai halangan & rintangan.
Jangan pandang belakang, ok.
teruskan usaha..kami sentiasa memberikan sokongan kepada team flarebiz..
tak pe…buat slow2…kami sume tetap menyokong team flarebiz..dont worry.
ok….dlm masalah yang berlaku tentu ada peluang yang tercipta…
[...] jugak Majalah yang sepatutnya diterbitkan 5 hari yang lepas. Nak tau sebab apa lambat? Sila baca post yang lepas dari [...]
semoga majalah im cepat sembuh…huhuhu
biasala… inilah penyakit IM melayu. Semangat awal2 jer…
Hope dpt tingkatkan lagi.
Tahniah kerana menerbitkan Majallah IM dan diberi percuma.
Saya telah mengikuti perkembangan Majallah IM dari siri 1 lagi.
Saya cadangkan majallah ini diterbitkan 2 kali sebulan. Ini kerana saya rasa team majallah ini terlalu sibuk untuk menerbitkan majallah ini secara bulanan.
Dengan menerbitkan majallah ini 2 bulan sekali, ianya akan memudahkan team majallah ini mencari berita dalam suasana selesa dan tidak tergesa-gesa.
Walau bagaimanapun tahniah kepada team Majallah IM.