Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Jangan Banyak Cakap..

Beberapa jam yang lalu, Labanon tanpa memberi salam telah menegur saya :

“Woi..bila ko nak buat post ni ha..???”

“Aku banyak kerja laa..nak siapkan majalah lagi..nak adjust GaleriKaftan lagi..ko takpe la reti mengarah orang je” balas saya kembali

“Huhu..tu la aku suruh buat awal-awal taknak..da kesuntukan masa macam ni baru nak buat” Labanon dengan mengada-ngadanya dan seperti nenek kebayan terus membebel

“Ah bising la kau..jangan banyak cakap boleh tak..kang aku humban ke hospital sakit jiwa bla bla bla…”

Rileks..sebenarnya tak ada apa-apa yang berlaku antara saya dan Labanon :D Dialog tu hanyalah rekaan saya semata-mata sahaja. Sebenarnya Labanon tak garang macam tu. Dia seorang budak yang cute dan cukup berbudi bahasa. Cara saya berkomunikasi dengan Labanon juga seperti abang dan adik J .Apa yang relevan mengenai post kali ini dengan dialog di atas hanyalah frasa “jangan banyak cakap”.

Baiklah, lupakan pasal Labanon. Ok, saya terdetik untuk menulis post yang bertajuk seperti diatas adalah kerana saya agak hairan sikap usahahawan sekarang yang hanya pandai banyak cakap, tapi sebenarnya dia tidak melakukan apa-apa melainkan bercakap banyak.

Jika anda pernah membaca buku “Jutawan Senyap” tulisan Chef Li sudah tentu dengan pantasnya anda dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan disini. Selepas membaca buku tersebut barulah saya memahami sifat sebenar usahawan tulen dan berjaya iaitu mereka cool dan tak banyak kecoh!

Jika anda masuk mana-mana forum “usahawan” anda boleh melihat gelagat usahawan zaman sekarang secara live. Sebahagian daripada mereka hanyalah ingin mencari nama di dalam forum dengan menulis post banyak hingga mencecah angka ribu tetapi post-post mereka tidak lain dan tidak bukan hanyalah “omong kosong” dan langsung tiada unsur-unsur ilmiah.

Lebih buruk lagi, forum “usahawan” yang diwujudkan untuk berdiskusi tentang hal-hal perniagaan itu juga dijadikan tempat untuk mengutuk dan mengumpat kepada individu tertentu. Kadang-kadang saya agak malu jika melihat telatah mereka ni kerana kebanyakan mereka adalah golongan melayu. Sedarlah, jika inilah sikap kita, percayalah, kita tak akan sampai kemana-mana. Orang lain sibuk buat duit tapi kita? Buat dosa?

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, anda tak perlu kecoh dan juga bising. Setiap kali ada projek baru, maka habis semua forum dan blog diwar-warkan mengenai kehebatan projek terbaru mereka dan juga keuntungan yang bakal dinikmati. Mereka juga membayangkan bagaimana TV3 akan bergaduh dengan 8TV untuk menemubual mereka mengenai kejayaan mereka tersebut. Kesudahannya? Projek entah kemana dan si fulan tersebut sudah mula mewar-warkan projek ”terbaru” nya yang lain pula. Jadi apa yang si fulan itu buat? Ya..hanyalah banyak cakap.Akhirnya, mereka akan malu sendiri dengan sikap mereka dan barulah mereka menyedari bahawa dalam dunia sebenar, tiada apa pun yang mudah seperti mudahnya mereka bercakap.

Berbeza dengan usahawan tulen, daripada sebuah idea, mereka akan merangka perancangan untuk setiap projek dan jika perlu mereka akan merekrut JV partner untuk projek tersebut. Dengan tekun dan penuh kesabaran mereka membuat setiap kerja dalam fasa perancangan projek tersebut. Setiap kali ada masalah, mereka akan bertanya di forum ataupun mendapatkan nasihat mereka yang lebih pakar. Bila projek tersebut sudah 70%-90% siap, barulah mereka mula mereka mula menimbulkan apa yang diistilahkan oleh Mike Filsaime sebagai ”Buzz” mengenai projek tersebut di dalam forum ataupun blog. (Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai konsep Buzz dalam product launching, saya rekemenkan anda membaca ebook ”Butterfly Marketing” tulisan Mike Filsaime

Melalui contoh diatas, dapatkan anda melihat perbezaan antara usahawan tulen dan usahawan kecoh? Baiklah, saya akan menjawab sendiri soalan saya itu. Usahawan tulen, buat kerja dulu, cakap kemudian. Usahawan kecoh, faham-faham sendiri la ye :)

Jadi apa pilihan anda? Usahawan tulen yang cool ataupun usahawan kecoh?

Sekian,

Zhafran

p/s: Esok 1 Feb dan kami akan merancakkan lagi industri IM tanahair dengan kehadiran ezine terbaru kami. Nantikannya

Date : 1 Februari 2008

Jam : 0000

Venue : Blog FlareBiz.com

Penganjur : Team FlareBiz

Artis-Artis : Tazilan Ibrahim, Osman Affan, Irwan Dahnil, Zamri Nanyan, Syed Ikhwan, Zul Smartusaha, Wan Mohd Faizuz aka mdpai, Alang, Shuth & Kak G

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

5 Comments »

Comment by kuasadua
2008-01-31 10:50:06

Betul tu, usahawan tulen bukan mcm tin kosong..Bunyinya bising tapi habuk pun takder.. Beza antara usahawan dengan orang biasa ialah cara pemikiran dan tindakan diorang…

 
Comment by wanwma
2008-02-01 08:54:09

Yep! Sangat setuju dengan pandangan ini. Kepada yg kecoh marilah ubah sikap, kepada yg cool, tingkatkn kejayaan anda!

 
Comment by titan
2008-02-01 09:02:03

Memang pun ramai yang kecoh. So, nak wat camana. Kecoh pun salah satu promosi gak. Saje dia main luar tapi target dalam..

 
Comment by Johari
2008-02-01 09:03:48

satu post yang menarik..bak kata Patric Chan “make money in the dark” :)

Tak semua org paham apa yang kita lakukan terutamanya kepada yang selalu berfikiran negatif dengan usahawan IM.

Daripada membazir masa menyakinkan mereka yang negatif lebih baik kita gunakan “tenaga” itu untuk bertindak dan mengembangkan lagi perniagaan.

p.s: You both are highly young and talented marketer.

Gud Luck! :)

 
Comment by abdfatah
2008-02-15 07:48:42

saya memang suka banyak cakap… cakap yang berfaedah untuk masa depan… untung-untung dapat keuntungan yang menguntungkan dengan banyak bercakap menda yang berfaedah untuk masa depan…

cakap jangan tak cakap…

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.