Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini mahu lagi kongsi satu pendapatan dengan anda sebagai pembaca blog ini. Di harap anda juga mampu memberi pandangan anda tentang tajuk post saya hari ini. Ini hanyalah sekadar pendapat saya sebagai insan biasa namun terasa ingin meluahkan perasaan di sini. Oh, ketika sendang menulis post ini saya masih menunggu SMS daripada sesorang. :D

Seperti biasa apabila musim perayaan kami sekeluarga akan berkumpul di rumah nenek saya. Di sanalah saya akan bertemu dengan semua sepupu saya sungguh seronok. Melihat pelbagai ragam dan karenah malam itu dan kebiasaanya kami semua akan berbual beramai-ramai malam tersebut. Saya dan sepupu-sepupu yang lain sedang melihat tv dan di tangan mereka sudah tentu gadget yang tidak asing lagi buat remaja kita pada dewasa ini iaitu hanphone.

Semuanya sudah canggih-manggih handphone diorang dan semuanya mampu memuat turun MP3 daripada komputer ( kira boleh dengan MP3 ler ) . Nampak happy mereka dengan handphone masing-masing dan sudah tentu setiap kali selepas raya mereka akan menukar handphone ( lepas dapat duit raya ). Saya pula hanyalah insan biasa yang hanya mampu memakai handphone Nokia 1100 yang sudah hampir 2 tahun saya menggunakanya. Sejak saya mengenali dunia bisnes dan mula mendalami ilmu pengurusan kewangan, nafsu ku terhadap perempuanĀ  handphone sudah pudar. Nak kata pudar secara automatik tu takder lah tetapi saya sengaja pudarkanya. Setiap kali terlintas di fikiran hendak membeli handphone baru yang lebih canggih saya akan kata kepada diri saya “Jangan… Itu perkara yang merugikan! Jangan menyesal nanti!

Bagi saya handphone hanyalah penting sebagai perhubungan dan untuk hiburan tu baik cari alternatif lain. Handphone baru akan turun harga 200-300 selepas beberapa bulan dan itu menunjukkan satu pelaburan yang tidak bijak dilakukan oleh kita jika handphone tersebut tidak dapat membantu kita membuat wang HOHOHO! Mungkin bagi orang atas produk MLM mungkin handphone yang mahal-mahal ini sesuai bagi mereka kerana ingin menunjukkan kemewahan supaya orang menyertai program mereka. Bagi hal demikian tidak mengapalah namun untuk pelajar sekolah bagi saya handphone yang mahal sebegitu tidak perlu. Mungkin bagi anda “ah.. tak apa bukan duit aku“. Kerana “takpe” lah yang membuatkan kita terus rugi dan rugi. Ingatlah duit adalah untuk membuat lebih banyak duit. Ingat tu!

Saya pula planning ingin menukar handphone apabila Nokia 1100 saya yang buruk ini rosak dan insyallah saya akan membeli handphone yang dapat memudahkan perniagaan Internet saya. Bagaimana tu? Saya pun tidak tahu hahaha! Tapi yang penting saya tidak akan menukarkan handphone saya sewenang-wenangnya tanpa alasan kukuh dan menguntungkan kerana handphone bukanlah suatu aset :) Handphone yang berharga RM2000 jika tidak mampu memberi manafaat langsung kepada anda untuk membuat duit bagi saya itu adalah perkara yang sungguh malang dan langsung tidak bermanfaat kerana selepas itu sudah pasti harga handphone akan terus turun dan turun. Kan lebih baik jika duit tersebut anda simpan dan buat modal untuk bermula perniagaan kecil-kecilan :)

Apa-apapun ini adalah pendapat masing-masing dan saya tiada hak, yer lah duit andakan. Cuma harap post ini mampu untuk menyedarkan anda. Mungkin dalam hati anda akan berkata “Eleh, dia tak mampu nak guna henset mahal sebab tulah dia buat post ni“. Itu terpulang kepada anda kerana kalau setakat ni saya nak pakai handphone berharaga RM2000 - RM3000 tu mampu lagilah :)

Adakah kerana handphone menunjukkan seseorang itu kaya? Jika jawapan anda “YA”, nampaknya anda perlu lagi belajar memahami apa itu aset dan liabiliti. Beli hanya apa yang perlu itu adalah prinsip jutawan!

Salam cemerlang, Jumpa lagi.

Bookmark Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Smarking
  • YahooMyWeb

Kedai Online

RSS feed | Trackback URI

10 Comments »

Comment by Safuan
2007-12-27 11:50:36

Bagi saya handphone adalah salah satu bahan komunikasi terpenting.. Kini, features yang ada pada handphone telah memudahkan lagi manusia.. Bagi saya, secanggih mana pun features yang ada pada handphone seseorang tetapi jika tidak menggunakan sebaiknya, ia tidak berguna.. Pada pendapat saya, baguslah jika Labanon nak tukar bila hp sekarang rosak or bila rasanya perlu menggunakan features yang ada pada hp untuk kegunaan perniagaan. Sebab features yang ada pada hp, boleh meningkatkan tahap servis kita pada pelanggan..

Sekadar pendapat saja

P/S: Alang-alang dah tulis comment nie, Insyaallah anda semua dijemput membaca juga blog http://www.sipenglipurlara.com yang akan kembali pada 1 Januari 2008..

 
Comment by labanon
2007-12-27 11:52:58

Yup.. hp sebegitlah yang saya cari :) Yang mampu meningkatkan servis terhadap pelanggan :) Jika tidak buat rugi jer ;)

 
Comment by Faeiz
2007-12-27 11:57:06

Saya amat bersetuju dengan post ini..dalam tak sedar,banyak orang dah beli benda yang harganya akan makin berkurangan dari hari ke hari.Jika ada yang belajar subjek Account, ia dipanggil Depreciation (hehe,nak bukak U dah,kena revise balik benda2 ni)
Cukuplah sekadar apa yang boleh guna sekarang,jika handphone anda masih boleh menerima dan membuat panggilan,boleh menghantar dan menerima SMS,tidak perlulah menukar handphone semata-mata ingin menunjuk-nunjuk.
Semuanya terpulang kepada pendapat masing-masing..

 
Comment by JimieRay
2007-12-27 13:30:01

Betul tu Labanon…Tapi kira hp Labanon lagi canggih dari saya sebab saya masih lagi dengan hp Nokia yang orang utara selalu sebut 33 sekupang :) (Nokia 3310)

Sebab bagi saya selagi hp tu masih boleh digunakan (keperluan saya buat call dgn sms jer) saya akan guna. Tak perlu tukar yg canggih manggih…

 
Comment by nor_5348
2007-12-27 18:06:03

Sama ng hp nor ;) Asyik ngadap pc, lupa ng hp.
Utk nor, setakat ni hp utk kol ng sms.

 
Comment by labanon
2007-12-27 21:01:09

Faeiz: Depreciation rupanya :D

JimieRay: haha 33 sekupang yer :P hehe

nor_5348: Eh, sama ek? :D

 
Comment by Maizul
2007-12-29 20:54:45

Dah jadi jutawan nanti baru lah leh beli hp mahal2 tul tak….

 
Comment by labanon
2007-12-31 00:38:49

betul tu cikgu :)

 
Comment by wati
2007-12-31 07:54:41

setuju sangat dengan pendapat labanon tu. kalau function canggih pun tapi tak digunakan buat rugi je. HP nokia akak dah dekat 4 tahun guna, memang tak canggih mana tapi sangat berjasa.

Sebabnya boleh akses internet guna GPRS. Time dulu2 tu la model yang paling sesuai untuk budget dan keperluan akak. Senang nak akses email walaupun tak de internet kat rumah.

Walau apa pun HP yang u pakai, kalau nak beli top-up, sms je akak.

 
Comment by firdaus
2008-06-14 21:15:40

cube beli hp jenis ni -> iPhone 3G 8GB USD199… tukar RM dlm RM700 rasenyer… :D

rujuk sini -> http://www.apple.com/iphone/

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.