Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua pembaca blog ini? Saya berharap anda berada dalam keadaan yang sihat waalfiat untuk membaca post ini tanpa menghadapi sebarang masalah. Saya, Zhafran dan Bob kini sebenarnya bekerja keras untuk menyiapkan NiagaKit. Semakin kami bekerja keras, semakin banyak pula masalah yang muncul dan mungkin ini perkara normal yang perlu ditempuhi untuk menjadi usahawan yang berjaya. Insyallah sempat kot nak launch 1 November ni
Hari ini saya menerima satu emel yang menarik untuk dikongsikan dengan anda yang bunyinya lebih kurang seperti ini “Akak ikuti perkembangan Adly masa Adly masih belajar lagi dan waktu itu Adly tak ada kredit card dan sebagainya. Otai-otai pernah sarankan Adly guna kredit kad ayah dan jangan abai pelajaran. Tapi sekarang Adly telah berjaya mencapai banyak kejayaan” dan panjang lagi emel ini.
Saya tersenyum panjang membaca emel ini kerana teringat balik kenangan 2 tahun lepas. Pada ketika itu saya berumur 16 tahun dan masih terpinga-pinga dengan perniagaan Internet. Saya ini seorang yang suka bertanyakan sesuatu yang hot dan akibatnya jawapan juga hot diberikan oleh bro Alang, Bitol, SmartZul, Shuth, Mysticmind, Sabri SaifulSham dan sebagainya
. Namun, oleh kerana teguran hot merekalah saya dapat menjadi seorang usahawan Internet sepertimana sekarang.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan sekalian? Di harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat. Sistem NiagaKit sekali lagi terpaksa dirombak dan perlu dibaik pulih. Nampaknya semua kerja perlu dilakukan sekali lagi dan masa hanya ada 7 hari sahaja lagi untuk dilancarkan. Fuh, ini membuatkan keadaan lebih mencabar.
Baiklah topik pada kali ini ialah berkenaan dengan satu frasa yang dipandang sinis oleh masyarakat kita iaitu “Jurujual”. Bila kita berbicara tentang jurujual saya teringat satu kata-kata hikmah yang berbunyi “Jurujual yang hebat dapat menjual pasir kepada orang Arab dan dapat menjual peti sejuk kepada orang Eskimo“. Kata-kata ini membuatkan saya tersenyum sepanjang hari seperti dilamun cinta kerana ada unsur-unsur kelakar tetapi maksudnya sangat mendalam. Apa yang dikatakan adalah betul
.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Wah, rasa jarang-jarang sekali saya berkesempatan sekarang untuk update blog ini kerana sibuk dengan percintaan pelbagai kerja. Komitmen juga semakin meningkat sekarang maklumlah sudah berumah tangga berdikari dan berjauhan dengan ibu bapa
. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat-pelawat setia blog ini yang sentiasa tertunggu-tunggu post terbaru daripada kami.
Baiklah kali ini kita santai sahaja. Bilakah kali terakhir anda bercinta mengagihkan kerja anda kepada orang lain? Maksud saya di sini bilakah kali terakhir anda mengupah orang lain untuk membuat kerja yang sebenarnya anda boleh buat sendiri?
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Wah, kami sekarang memang sibuk sangat-sangat dengan pelbagai benda yang perlu disiapkan. Baiklah kami telah menyiapkan wajah baru bagi MajalahIM.com dan saya berharap dengan wajah baru pada kali ini memberi semangat baru kepada kami semua untuk lebih berusaha keras menjayakan Majalah IM.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Wah, dah lama tak update blog ini kerana kami sekarang sedang sibuk dengan beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Terima kasih kepada pelawat setia blog ini yang tak putus-putus melawat blog ini walaupun tidak mempunyai sebarang info baru. Insyallah selepas semuanya berlalu saya dan Zhafran akan terus update blog ini.
Di kesempatan ini izinkan saya bercerita sedikit tentang apa yang kami sedang jalankan sekarang. Kami sekarang berada di Melaka bagi fokus kepada projek NiagaKit yang bakal dilancarkan pada 1 November ini. Mintak maaf banyak-banyak kerana terpaksa menunda pelancaran produk pada kali ini kerana masih banyak benda yang masih belum disiapkan.
Read the rest of this entry »