Dah tinggal beberapa hari lagi untuk kita berhari raya. Setelah sebulan berpuasa maka kini tiba masanya untuk kita berhari raya. Ya, pada kali ini gembiralah semua kanak-kanak seluruh Malaysia kerana sudah pastinya income mereka akan bertambah lebih daripada 200%!
Pada kesempatan ini, saya dan Zhafran ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini, kawan-kawan, semua Internet Marketer dan juga kepada semua subscriber kami. Di kesempatan ini juga, kami ingin memohon maaf kepada semua di atas kesilapan ataupun keterlanjuran bahasa sepanjang berurusan dengan kami. Maklumlah kami juga manusia biasa ditambah lagi dengan darah muda sudah tentu banyak membuat kesilapan.
Apa khabar semua? Semoga anda sentiasa ceria dan gembira di samping orang tersayang. Produk NiagaKit kami dijangka akan berada di pasaran pada 15 Oktober ini dan segelintir sudah sedia maklum dengan projek kami pada kali ini. Nampaknya mereka semua begitu teruja dan tidak sabar untuk mencubanya. Zhafran dan seorang lagi yang dirahsiakan namanya sekarang sedang bertungkus-lumus melengkapkan lagi produk kami ini. Oh, ini produk yang mesti dimiliki oleh semua yang ingin memiliki perniagaan Internet sendiri!
Baiklah mengenai post pada kali ini ialah kemana sudahnya perniagaan Internet? Ada orang yang mengatakan bahawa perniagaan Internet hanyalah duit pusing-pusing di mana lepas kita beli ebook tentang buat duit, maka kita pula yang keluarkan ebook tentang buat duit. Begitulah seterusnya dan yang teranayai ialah para newbie. Jadi konklusi yang di bawa oleh mereka ialah perniagaan Internet ini menipu dan menganayakan. (ewah-ewah.. banyak cantik )
Alhamdulillah akhirnya saya sudah sembuh daripada demam yang agak parah juga 2-3 hari lepas. Syukur dan kini saya boleh kembali bekerja seperti biasa. Semalam saya di PM lagi oleh Ammar Zahar agar melakukan promosi Mungkin dia tak tahu saya kurang sihat kot ho ho ho!
Baiklah, secara peribadi saya sangat selesa dengan cara beliau approach JV. Ini bukan kroni atau IM circle yang diwar-war oleh sesetengah pihak. Bagi saya cara kita sendiri mendekati rakan JV kita itu sangat penting dan saya sendiri akui cara beliau membuatkan kami semua rakan JV berasa sangat selesa. Mungkin ini membuatkan saya ingin lebih tahu tentang produk beliau
Alhamdulillah, sejak saya mengumumkan mengenai projek terbaru kami iaitu NiagaKit dua hari lepas, kami mendapat feedback yang cukup impressive kata orang putih.
Saya ucapkan berbanyak terima kasih diatas keterujaan anda semua. Insyaallah dalam next post saya akan cerita lebih detail lagi pasal NiagaKit..Tungguuuuu
Oh ya, kepada yang belum buat survey lagi, sila sila ke NiagaKit.com
Alamak, terlupa pulak pasal tajuk post. Oh, kepada peminat-peminat Labanon aka Labanon’s secret admire, jangan pengsan dulu ye. Labanon tak masuk hospital pun cuma dia demam saja.
Dengar cerita demamnya agak kuat sampai terpaksa poteng puasa sehari! Mari kita sama-sama doakan si budak kecik itu cepat kebah demamnya agar semua kekasih dan bekas-bekas kekasihnya pembaca blog ini akan dapat membaca celotehnya lagi..amin
Anda tentu pelik kenapa semenja dua menjak ini post Labanon sahaja yang kelihatan di blog ini bukan? Pasti anda tertanya-tanya dimanakah saya menghilang diri . Baiklah, sebenarnya kami Team FlareBiz sedang sibuk dengan satu projek terbaru dan boleh saya katakan ini adalah projek yang agak memakan masa yang lama untuk di siapkan. So, saya mengambil keputusan untuk menumpukan 100% perhatian kepada penghasilan produk ini dan alhamdulillah akhirnya main produk telah siap semalam.
Jadi post pada kali ini ialah pengumuman tentang produk terbaru kami yang akan berada di pasaran kelak. Ya pastinya produk yang tip top tip untuk anda semua miliki. Baiklah produk ini diberi nama NiagaKit dan tujuaan produk ini dihasilkan sudah tentulah untuk memudahkan semua masyarakat kita untuk memulakan perniagaan Internet. Bagi kami produk ini sangat istimewa kerana kami juga telah Joint Venture dengan seorang sifu dalam penghasilannya yang buat masa ini dirahsiakan lagi nama beliau.
Beberapa hari lepas saya ada keluar makan dengan Zhafran di salah sebuah restoran dalam area Kota Bharu ini sambil-sambil berbincang tentang projek terbaru. Namun kami tertarik dengan satu perbualan daripada 2 orang lelaki yang berada berhampiran kami.
“Lihat Abg Di orang tua itu menaiki yang Mercedes-Benz C-Class C300 Sport Sedan,” kata seorang yang memulakan kritikkanya.
“Aku dah kenal lama dia tu, jutawan tu. Tetapi masih lagi bekerja keras dan sentiasa sibuk dengan kerja. Aku tak faham langsung dengan perangai orang kaya sekarang!”.
“Itulah tamak haloba mengejar dunia tanpa mengingati yang kita semua akan mati. Ustaz aku ada pesan dulu mati itu pasti tak kira kereta apa yang engkau naiki.” tambah sahabatnya di sebelah untuk menambah hangatkan lagi perbualan tersebut.
“Dan bodoh juga!”
“Ya, cuba kau fikir apa yang akan berlaku bila dia mati jap lagi? Sah-sah isteri dan anaknya juga yang akan menghabiskan wang itu.” Mereka membuat kesimpulan sambil ketawa terbahak-bahak sambil meneruskan perbualan remeh temeh yang lain.
Alhamdulillah syukur saya kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya Majalah IM masih dapat dikeluarkan pada bulan ini walaupun “tak berapa cepat” dan tersasar jauh dari target. Walaubagaimanapun saya tetap berpuas hati dengan kandugan Majalah IM yang semakin berisi dan matang untuk bahan bacaan anda semua. Saya percaya jika kami Team FlareBiz charge untuk Majalah IM ini sebanyak RM5 pun masih berbaloi untuk anda miliki .
Tajuk: Majalah IM #7
Tema: Kekangan dan Cabaran Perniagaan Produk Fizikal
Baiklah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada beberapa pihak yang bertungkus lumus dalam menyiapkan Majalah IM. Mereka inilah yang bergerak dan berganding bahu dalam menyiapkan Majalah IM dan saya percaya tanpa mereka, Majalah IM tidak dapat dikeluarkan untuk bacaan anda semua.
Ketika saya sekolah rendah dahulu saya tertarik dengan satu pesanan cikgu iaitu “ilmu perlu dituntut walaupun sehingga ke nafas terakhir”. “Wow, ini merupakan satu falsafah yang sangat hebat dan jauh kedepan!” bisik hati saya dan mengangguk-angguk tanda setuju.
Sekarang saya sudah remaja dan bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi saya mengerti bahawa pesanan di atas adalah sama dengan frasa yang tidak asing lagi iaitu “Tak nak merokok!”. Pada asasnya ia tidak bererti apa-apa. Setiap orang melaung-laungkannya malah perokok tegar lebih bagus dalam melaungkanya. Cuma mereka ini agak beremosi laungannya
Baiklah hari ini ada report free untuk anda semua. Ini merupakan bahan bacaan yang menarik sempena ramadhan ini agar otak kita bertambah cerdas dan tajam. Kami sekarang sebenarnya sibuk dengan satu projek terbaru dan nampaknya Zhafran begitu sibuk menyiapkan projek ini. Jadi tugas saya untuk membuat blog ini sentiasa meriah kerana saya tahu ramai yang kecewa bila blog ini tidak diupdate nanti
Wah, tajuk kali ini agak “hot” agar anda dapat membaca post ini dengan sepenuh perhatian. Rileks ni trick jer dan takkan la saudara Irwan Dahnil yang dikenali sebagai ikon perniagaan SMS di Malaysia ini sanggup menipu orang ramai. Baiklah, pada awal Ramadhan sifu saya iaitu saudara Irwan Dahnil telah melancar satu report percuma dan memeriahkan lagi industri produk digital tanah air.
Report ini sangat bagus kerana ini merupakan salah satu usaha murni untuk menyelamatkan masyarakat kita daripada terus di tipu dan di tipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Antara kandungan yang menarik adalah:
Apa khabar semua? Saya berharap anda semua dapat berpuasa dengan baik di bulan yang mulia ini. Fuh, agak letih bermain dengan perniagaan Internet sebenarnya. Hari-hari saya menerima emel kutukan dan cacian daripada pelanggan dan juga pembaca Majalah IM. Ya, yang dapat Majalah IM percuma setiap bulan pun ada kutuk Team FlareBiz yang mengatakan buang masa sahaja baca Majalah IM kerana sehinggi kini dia tidak dapat menjana wang di Internet. Itu yang buat saya rasa nak kahwin cepat jer nih
Baiklah berbalik dengan persoalan kita pada hari ini iaitu “Ramai bakal Usahawan dan Usahawan Internet sendiri pun yang lupa…”. Sebenarnya ramai daripada kita yang lupa bahawa rezeki itu datang dari Allah dan kita sebagai orang Islam wajib mempercayainya. Jika kita berniaga secara offline dan tiba-tiba dalam satu hari itu pelanggan kurang maka seperti biasa kita akan cakap “Erm.. Tuhan dah tanda rezeki kita banyak ini”.
Selamat berpuasa semua dan saya berharap anda semua tetap bertenaga untuk membaca post ini walaupun anda semua nampak keletihan Ada juga ker yang tak berpuasa baca blog ini? Oh! Baiklah, post pada kali ini ialah saya ingin mengupas tentang produk terhangat masa kini iaitu Pakej DVD Video Usahawan yang dihasilkan oleh sifu-sifu saya Team JomSeminar. Mereka ialah bro Yusry(ada janji nak ajar saya sesuatu tapi offline memanjang ), bro Syed Ikhwan dan bro Fuad Latip(artikel Majalah IM satu! )
JIka disebut Team JomSeminar, maka secara tidak langsung produk yang dihasilkan juga adalah setanding dengan kredibiliti yang mereka bina. Saya rasa mereka sudah banyak membawa perubahan kepada industri perniagaan Internet tanah air yang sebenar. Realitinya, saya sudah mendapatkan video usahawan ini dan sudah menonton kesemua isi kandungan yang terdapat dalam dvd ini. Saya adalah salah seorang peserta JomSeminar yang tak sabar menantikan kemunculan dvd ini kerana lesen Resell Rightnya saya tahu bahawa begitu banyak info yang bakal dikongsikan oleh mereka dalam video ini.
Jam dilaptop dah menunjukkan 2:14pagi..mata gua still takleh nak lelap. Esok nak sahur. Adly pun dah tidur. Jadi untuk mengatasi masalah ketidakbolehtiduran atau dalam bahasa saintifik nya dikenali sebagai insomnia yang melanda gua malam ni, gua hadiahkan sebijik kereta BMW 525i post untuk anda semua ya
Ok, first off, kita amat beruntung dan wajib bersyukur kerana berada di zaman teknologi maklumat. Bukak laptop je..hah semua ada! Kalau zaman atuk nenek kita dulu. Mak oi susahnya nak menuntut ilmu. Nak masuk sekolah pun tak semua orang dapat. Nak nak lagi zaman jepun. Penggunaan pistol senapang yang tak terkawal berleluasa di mana-mana. Bersyukurlah kita tak berkesempatan untuk bertemu dengan detik-detik yang menggerunkan seperti itu. Read the rest of this entry »