Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya teringat di awal tahun 2006, ketika saya baru sahaja cuba bergiat ataupun menceburi diri dalam pencarian wang secara online. Saya tiada duit dan tidak mampu untuk membeli domain dan hosting sendiri. Jadi setelah saya fikir bagaimana ingin menjana wang di Internet tanpa menggunakan modal. Agak seminggu juga saya hanya melayari Internet tanpa dapat membuka langkah pertama untuk jana duit secara online.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kegagalan sering menimpa semua usahawan di dunia ini. Itu merupakan perkara yang pasti. “Labanon, saya tidak pernah gagal dalam hidup ini!” jerit seorang kawan saya. Saya tahu dia telah gagal untuk menipu saya, manakan mungkin seorang yang bergelar manusia tidak pernah gagal dalam hidup. Saya teringat satu kata-kata hikmah yang berbunyi “Kejayaan dan kegagalan adalah bagai suami isteri siang dan malam, tidak dapat dipisahkan”.
Baiklah, itu bukan persoalan utama pada post kali ini. Persoalanya ialah adakah anda belajar daripada kegagalan anda? Realitinya, tidak ada gunanya anda gagal tetapi anda tidak belajar daripada kesilapan yang telah anda lakukan. Walaupun anda telah gagal sebanyak seribu kali namun anda tidak belajar daripada kesilapan tersebut maka anda sama sahaja dengan orang yang tidak pernah gagal.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Post saya kali ini ringkas sahaja. Hanya nak beritahu anda semua tentang kewujudan satu website baru yang sangat berguna untuk semua orang. Tidak kira lah anda seorang businessman/majikan ataupun anda merupakan pelajar lepasan Universiti yang mengintai-intai peluang kerja.
Ia juga adalah tempat pertama yang anda perlu kunjungi jika anda baru sahaja diberhentikan kerja oleh majikan anda. Opss, terlebih sudah :p Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda satu bacaan yang menarik. Saya telah membaca buku “Berani Gagal” buat beberapa kali dan kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua beberapa quotes yang boleh menaikkan semangat kita semua. Saya ingin kongsikan beberapa dialog yang buat kita semua berfikir. Ayuh, baca satu per satu dialog di bawah:
1) “Kamu tak akan sampai ke mana-mana. Kamu sepatutnya balik memandu trak semula.” kata Jimmy Denny, pengurus Grand Ole Opry, ketika memecat Elvis Presley.
2) “Kuda pasti akan sentiasa bersama kita, tetapi kereta hanya merupakan suatu perkara baru - suatu kegemaran sementara.” kata Presiden Simpanan Michigan ketika enggan melabur dalam Syarikat Motor Ford oleh Henry Ford.
Read the rest of this entry »
MajalahIM #6 ataupun versi Merdeka kini setelah dilancarkan secara rasmi! Kami secara terbuka ingin meminta maaf kepada peminat setia MajalahIM diatas sedikit kelewatan yang berlaku. Jujurnya, kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menerbitkan MajalahIM tepat pada waktunya walaupun secara realiti, perkara ini bukanlah mudah. Doakan supaya MajalahIM dapat terbit “on time” ye selepas ini ye 

Terima kasih yang tidak terhingga juga untuk para penulis MajalahIM yang komited, dedikasi dan setia bersama MajalahIM tidak kira apa jua rintangan, onak duri dan badai yang melanda, anda semua memang best! Dikesempatan ini, saya mewakili krew penerbitan MajalahIM ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 pada semua pembaca MajalahIM. Merdeka! Merdeka! Merdeka! 
Read the rest of this entry »
Asslamualaikum dan salam sejahtera,
Ok Coming Soon… Tak lama lagi Majalah IM Edisi Ogos bakal tiba di inbox emel anda! Lihat cover di bawah:

Kami memerlukan beberapa orang crew lagi bagi melancarkan perjalanan Majalah IM. Ya, tidak cukup dengan crew-crew yang sedia ada seperti bro Mystic, bro Nasrun dan Kak Mal. Kali ini kami mencari beberapa orang yang boleh mengupdate protal kami di MajalahIM.com agar portal tersebut sentiasa up-to-date. Terdapat kriteria-kriteria yang perlu anda miliki untuk menyertai kami semua. Antaranya ialah:
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Saya harap anda berada dalam keadaan yang sihat dan bersemangat seperti kontinjen negara yang sedang berjuang di Olimpik. Mereka beruntung kerana dapat jer pingat emas boleh jadi jutawan
. Baiklah, saya tidak mahu mengulas tentang sukan Olimpik tetapi saya akan mengupas sikap segelintir masyarakat kita. Tajuk pada hari ini merupakan salah satu tajuk yang sangat menarik untuk dikupas.

“Labanon, ada jaminan tak kalau saya beli ebook ini?”, “Labanon, ada jaminan boleh jadi kaya ker kalau saya beli ebook anda?”, “Labanon, boleh ker saya berjaya jika saya menghadiri seminar tu?” dan pelbagai lagi emel dan panggilan telefon yang saya perolehi. Saya hanya mampu tersenyum sendiri. Saya mahu memberi jawapan yang menyenangkan hatinya, tetapi saya tidak berupaya. Bukan kerana ebook atau seminar tersebut tidak bagus, tetapi kerana dirinya sendiri.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Baiklah hari ini merupakan post ringkas sahaja. Kami sebenarnya mencari 20 orang yang bertuah untuk menerima bonus-bonus daripada kami. Bonus-bonus ini sangat bernilai tinggi dan sangat berguna kepada anda untuk bergiat dalam perniagaan Internet. Pendek kata, kalau ada bonus ni anda boleh mendapat RM10 pertama di Internet lah! Caya lah!
Izinkan saya menerangkan serba ringkas beberapa bonus yang anda bakal miliki. Antaranya:
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya baru sampai rumah daripada KL. Agak meletihkan namun ada perkara yang menyeronokkan untuk dikongsikan bersama anda. Saya telah menghadiri WC Gath! Banyak perempuan perkara menarik yang saya perolehi daripada gath yang saya hadiri semalam. Namun, sudah tentu agak mengecewakan kerana partner saya Zhafran tak dapat nak hadir kerana perkara yang tak dapat dielakkan. Ramai yang tanya “Eh, mana Zhafran? Tak datang ker?”. Agak letih untuk saya menerangkan seorang demi seorang mengapa Zhafran tidak datang. Jadi, jawapan saya mudah “Dia sedang berdating…”




Oh ya dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru bagi bro Sham RajaAdSense. Semoga berbahagia ke anak cucu. Begitu susah untuk saya pergi ke gath tersebut kerana tidak biasa dengan keadaan di sana tambah-tambah lagi tanpa Zhafran sebagai penujuk jalan ha ha ha! Saya terpaksa merempit dari Kajang ke LRT Sg. Besi walaupun tiada lesen motor dan di tambah pula dengan tidak tahu jalan. Hrm… anda sendiri boleh agak berapa jam agaknya untuk saya sampai ke destinasi. Kemudian, saya bertolak ke Sri Petaling untuk menunggu kawan saya datang ambil. Agak lewat dia sampai then kami pun bertolak ke destinasi. Sampai-sampai dah letih! So, saya agak tak banyak cakap then takde mood nak bergambar macam seminar JomSeminar dimana hampir dengan semua saya ambik gambar hehe.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Wah, agak lama rasanya tidak menulis di blog ini. Ini kerana saya telah pergi “bercuti” sebelum ini dan balik dari bercuti terus banyak kerja yang perlu diselesaikan. Semakin kita siapkan kerja semakin banyak pulak kerja lain datang. Hehe biasalah kehidupan sebagai seorang yang bergelar usahawan. Sebenarnya saya dan Zhafran sekarang sedang mencuba sesuatu yang baru, yakni masing-masing cuba mencari dan mengasah kekuatan diri untuk kahwin. Kami terpaksa menuntut dengan pelbagai guru sama ada didalam negara mahupun luar negara oh! Konklusinya kami tersangat sibuk!

Baiklah kita tinggalkan kesibukan Team FlareBiz buat seketika. Ayuh kita mengupas tajuk kita pada hari ini iaitu “Bila Zhafran Nak Kahwin?” “Rakan JV Merupakan Aset Anda”. JV adalah short term bagi Joint Venture. Bagi anda yang masih belum berkahwin mempunyai rakan JV angaplah post ini sebagai ilmu baru bagi anda, manakala bagi yang memang mempunyai ramai isteri rakan JV maka angaplah post ini sebagai satu rujukan agar anda tidak kehilangan isteri aset anda yang berguna.
Read the rest of this entry »