Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Adakah anda merupakan seorang blogger? Jika ya, saya nak tanya berapakah pendapatan anda melalui blogging? Jika anda menggaru kepala untuk memikirkan jawapannya, teruskan membaca post ini
Seperti yang kita semua sedia maklum, sekarang terdapat banyak program buat duit di Internet seperti Adsense, Bidvertiser, Chitika dan macam-macam lagi lah. Program yang sudah lama wujud tapi baru “panas” di Malaysia adalah ZangoCash. Mengapa saya kata baru panas? Kerana sebelum ini pihak Zango susah untuk menerima permohonan dari Malaysia. Mungkin sebab mereka kurang percaya dengan orang Malaysia ataupun orang Malaysia sendiri yang tak tahu cara sebenar untuk membuka akaun ZangoCash.
Usahawan Internet Malaysia yang tidak asing lagi iaitu Alang telah mendedahkan teknik beliau untuk membuat duit dengan ZangoCash dalam ebook terbarunya iaitu RahsiaZango. Tak sampai sebulan beliau menyertai program ini, beliau telah mampu menjana pendapatan sebanyak USD20-USD50 sehari. Wow! Klik disini untuk bukti pendapatan beliau. Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
-Pernahkah anda melihat kehidupan seseorang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan hidup mereka?
-Pernahkah anda melihat kehidupan seseorang yang sangat kaya, mempunyai banyak wang, rumah besar dan kereta sport mewah?
Semestinya anda akan mendapati bahawa hidup mereka sangat bahagia dan tenang disamping selamat serta dihormati oleh masyarakat sekeliling. Indahnya hidup mereka ini tanpa perlu memikirkan masalah yang biasa kita fikirkan seperti masalah kesempitan wang dan sebagainya. Tidakkah anda inginkan kehidupan sempurna yang sangat istimewa ini?
Ya, hanya orang gila sahaja yang tidak mempunyai keinginan untuk menjadi sebegini kerana orang gila tidak mempunyai passion serta target untuk mereka capai. Siapa yang tidak mahu duit banyak, rumah mewah, kereta sport dan tidak perlu fikirkan masalah kewangan lagi kerana sudah menjadi financial freedom. Potong jari kaki ayamlah jika anda kata anda tidak mempunyai target untuk hidup senang sebegitu.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hari ni saya ingin membuat tutorial tentang cara-cara membuat effect mouse over untuk pengguna Zen Cart seperti yang anda dapat lihat dalam istockphoto.com. Anda boleh lihat satu contoh disini
Ok, sebelum itu, tutorial ini tidak mengajar apa itu Zen Cart. Jadi bagi yang zero knowledge tentang Zen Cart, saya harap anda boleh la belajar dulu apa itu Zen Cart dengan membeli produk SKO dari SaifulSham ataupun taip “zen cart tutorial” kat google. Plug in ini dinamakan Image Handler dan versi terkini adalah 2.0. dan anda boleh download plug in tersebut secara percuma disini
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Wah, dah lama rasanya saya tak update blog ini. Saya berharap anda berada dalam keadaan yang sihat di samping dapat membaca post yang panjang ini dengan tenang. Ya, post ini agak panjang kerana ini merupakan sedikit luahan dan pendapat saya sebagai seorang insan yang bergelar usahawan. Baiklah kita bermula pada kali ini dengan satu soalan, adakah anda takut tidak mendapat pekerjaan?

Pada pandangan saya, masyarakat hari ini seakan-akan asyik dengan mendapatkan pekerjaan. Penuntut ditekan supaya mendapat gred yang baik supaya mereka akan mendapat perkerjaan kelak yang konon-kononnya menjanjikan kesenangan hidup. Ibu bapa akan memaksa anak mereka ke Universiti agar belajar rajin-rajin, justeru itu mempastikan pekerjaan yang lebih baik kelak.
Apa sebenarnya yang sedang berlaku ni? Kita seharusnya sedar sebelum terlewat! Patutlah kadar kanak-kanak membunuh diri sedang meningkat di seluruh dunia terutama di negara-negara yang keadaan “mendesak” ini berleluasa. Gaya berfikir sebegini telah sampai keperingkat yang membuat orang yang tidak mempunyai pekerjaan dipandang hina. Jika ada seorang anak yang melepak di rumah tanpa mendapat pekerjaan dalam tempoh yang panjang maka ibu bapa akan menekan supaya mencari pekerjaan. Ini merupakan sikap yang takut untuk gagal. Perasaan takut tidak mendapat pekerjaan sangat menebal…
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya sebenarnya sangat sibuk sekarang kerana terdapat beberapa projek yang hendak dilaksanakan. Projek-projek ini semua memerlukan komitmen yang tinggi untuk menyiapkanya. Baiklah, post hari ini juga merupakan salah satu projek kami yang dijalankan secara tidak sengaja
Evolusikan minda anda, inilah yang boleh saya katakan. Ini merupakan satu seminar kuasa minda yang saya rasa semua patut hadirinya tidak kira siapapun anda. Saya tahu kita semua bergelar manusia takkan dapat lari daripada menghadapi masalah. Masalah akan sering menghantui kita selagi kita bergelar seorang manusia. Penghalang inilah yang akan menjadikan anda seorang yang hebat dan terbilang!
Berikan saya nama mereka yang berjaya, ternama dan terkaya di dunia. Mereka semua menggunakan TEKNIK yang sama untuk kekal KAYA dan terus menambah KEKAYAAN mereka. Jika anda telah penat membaca buku berkenaan dengan kuasa minda tetapi minda anda masih tidak boleh anda kuasai, maka anda perlu berhenti membaca buku-buku ini dahulu kerana sebenarnya anda memerlukan sesuatu yang lebih dari pembacaan. Anda sebenarnya memerlukan panduan ataupun training secara live untuk menguasai minda anda dengan lebih cepat dan mudah difahami.
Oleh itu, saya memperkenalkan Seminar Evolusi Minda yang akan di adakan pada 10 Ogos ini.Lihat detail di bawah:
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berita baik buat anda semua. Kini affiliate Rahsia 10K dibuka kepada umum… anda boleh mendaftar dan mulakan promosi anda. Komisyen sebanyak RM30 akan diberikan kepada anda bagi satu jualan. Saya rasa ini adalah satu komisyen yang agak lumayan bagi para affiliate. Jadi sertai sekarang di sini.
Kenapa anda perlu menyertai affiliate kami?
1) Untuk menyertai program affiliate ini, anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran.
2) Produk ini adalah sangat hot. Ya, produk ini agak senang nak laku. Saya tak tahu mengapa
hehe Saya pasti anda tidak akan kecewa. Untuk membuat 4-5 sales seminggu adalah tidak mustahil! 5 x RM30 = RM150 dah!
3) Produk Pakej Rahsia 10K saya rasa adalah produk terbaik kami setakat ini. Anda boleh melihat testimonialnya di sini. Reputasi yang sangat baik kan?
4) Komisyen jualan adalah agak tinggi juga bagi program affiliate tempatan. RM30 per sales. Hanya letakkan banner anda di blog dan jana wang! Siapa nak bagikan duit?
dan banyak lagi!
Jangan cakap banyak lagi… ayuh register di sini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar para pembaca blog sekalian? Harap anda semua berada dalam keadaan yang baik di samping orang yang tersayang oh! Baiklah pada kali ini saya ingin tanyakan satu soalan kepada anda… apakah pandangan anda terhadap wang?
Soalan yang simple tetapi jawapanya bakal mengubah hidup anda buat selama-lamanya. Apakah pandangan anda terhadap wang baik atau sebaliknya? “Wang ini merupakan akar umbi kepada syaitan!” kata seorang jiran saya yang saya masih ingat sampai pada hari ini. Sampai begitu sekali tanggapan beliau terhadap wang. Patutlah beliau hanya sekadar cukup-cukup makan sahaja. “Bukan itu sahaja, wang yang banyak juga akan memecah-belahkan keluarga kita!” tambah seorang lagi kawan kepada jiran saya yang saya rasa baru dihalau oleh isteri kerana tidak bekerja oh! Bahagiakan mereka?
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Yeayy..seperti yang dijanjikan, akhirnya MajalahIM yang ditunggu-tunggu telah siap..tepat pada masanya!
Setelah bertungkus-lumus selama 5 hari akhir siap jugak Majalah yang sepatutnya diterbitkan 5 hari yang lepas. Nak tau sebab apa lambat? Sila baca post yang lepas dari Labanon

Baiklah, dalam edisi ini kami menampilkan kartunis yang tidak asing lagi iaitu Ubi dan beliau secara rasminya menjadi kartunis MajalahIM dengan kolum beliau sendiri. Terima kasih saya ucapkan kepada Ubi dengan hasil kerjanya yang kreatif dan kemas. Cayalah bro
Read the rest of this entry »