Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya saya masih mampu untuk menulis post ini. Baiklah pada hari ini saya ingin memberitahu kepada anda semua bahawa Team FlareBiz telah membuat kenduri kahwin kesyukuran sempena saya dapat ke Universiti penjualan ebook Rahsia 10K yang sangat memberangsangkan.
Kenduri ini di adakan semalam dan alhamdulillah dapat menjamu sehingga 200 orang yang hadir. Kenduri ini dimulakan dengan solat hajat bagi memohon hajat kepadaNYA agar sentiasa merahmati perjuangan kami semua. Agak puas hati kerana kami berjaya menjamu budak-budak Tahfiz Al-Quran dan ahli-ahli masjid dengan hasil perniagaan Internet.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Baiklah pada hari ini saya ingin mengumumkan satu berita yang tidak gembira kepada anda semua
. Majalah IM Edisi JUN tidak dapat diterbitkan pada bulan ini kerana sekali lagi terdapat masalah teknikal yang diluar kawalan. Saya rasa sudah tidak sempat lagi untuk mengeluarkanya pada bulan Jun ini.
Namun, kami Majalah IM crew telah bertekad akan mengeluarkan edisi Julai pada awal bulan 7 ini. Selepas ini, kami akan sentiasa mengeluarkan Majalah IM ini diawal bulan dan insyallah harapan ini akan tercapai. Setelah beberapa kelemahan kami kenal pasti dan kami telah bersetuju untuk mengambil beberapa pendekatan baru dengan para penulis. Sebelum itu, saya ingin memohon maaf kepada para penulis seperti Kak G, Tazilan, Zamri Nanyan, SmartZul, Irwan Dahnil (hehe mari Kelate ko bulan 7 ni?), Shamsuddin Kadir, Mdpai, Fuad Latip, Syed Ikhwan, Alang, Ubi, Amirol dan ramai lagi.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Saya tahu dan saya faham semua penduduk Malaysia kini resah dan geram dengan kenaikkan harga minyak yang melampau di negara kita. (Nak kahwin pun susah!!!) Saya juga salah seorang yang risau dengan situasi sekarang namun kita perlu meneruskan perjuangan kita sebagai seorang usahawan. Ketika inilah menguji ketahanan mental dan fizikal seorang usahawan dikala keadaan sekeliling yang terdesak.
Baiklah tahukan anda dalam membuat sesuatu perkara yang baik kita tidak boleh bersederhana. Dalam mengejar kekayaan dan kejayaan kita tidak boleh bersederhana. Dalam beribadat dan berdoa pun kita tidak boleh bersederhana. Orang yang biasa ialah membuat sesuatu kerja yang baik dengan kadar yang sederhana manakala orang yang gagal ialah orang yang melakukan sesuatu kerja buruk dengan bersungguh-sungguh! Jika anda ingin menjadi orang yang luar biasa apakah yang anda perlu lakukan?
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah syukur kerana produk digital bernama Pakej Rahsia 10K telah berjaya dilancarkan dengan jayanya dan sudah mula menampakkan hasil yang sangat lumayan. Lepaslah nak buat duit mas kahwin ho ho ho! Dikala kesibukkan melayan karenah-karenah pelanggan dan menghantar download link yang tak berhenti-henti memasuki inbox, kami telah pergi berniaga ala-ala pasar malam selama 2 hari.
Kami Team FlareBiz dan bersama seorang rakan Hasbul telah mengambil langkah drastik dengan cuba menyewa gerai selama 2 hari setelah habis menelaah buku-buku Chef Li dan ebook Wang Pasar Malam oleh bro Johari. 2 hari jer kerana satu event besar berlangsung selama 2 hari sahaja. Sebenarnya telah lama nak mencuba namun kami semua tiada masa yang sesuai. So, di kesempatan ini kami cubalah kot-kot jadi jutawan senyap nanti
tak gitu?
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Agak lama saya tak menulis di blog ini nampaknya..hehe..biasa la sibuk dengan tugas-tugas belakang tabir Team FlareBiz. Alhamdulillah, syukur kerana rezeki semakin hari semakin murah. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pembeli Pakej Rahsia10k. Saya yakin anda gembira dengan apa yang anda perolehi samada dari segi content, ilmu mahupun design. Nampaknya semua keuntungan hasil jualan Rahsia10k akan digunakan oleh Labanon untuk meminang perempuan idamannya. Oh!
Baiklah, berbalik kepada topik. Kami telah bersepakat untuk mengambil seorang staff (Graphic & Web Designer) kerana kami memang tak cukup tangan untuk membuat semua itu lagi
Terus terang kami katakan, sekarang pengurusan perniagaan kami tidak berjalan dengan begitu lancar kerana saya banyak menghabiskan masa untuk membuat kerja-kerja design/web design. Kami perlu juga uruskan urusan perniagaan lain dan kami rasa tibalah masanya untuk kami mencari staff agar semua perjalanan perniagaan kami berjalan lancar
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua teman? Harap berada dalam keadaan yang sihat hendaknya. Baiklah saya pada hari ini ingin menceritakan sedikit perjalan Projek Rahsia 10K kepada pembaca blog yang saya sanjungi sekalian. Baiklah secara keseluruhan projek ini berjalan lancar namun dalam keadaan yang agak kucar-kacir disamping keadaan emosi, motivasi dan semangat yang agak tergangu. Mungkin kerana projek yang agak besar membuatkan diri kami belum cukup bersedia menghadapinya.
Baiklah projek ini dirancang setelah ada orang yang mempersoalkan tentang pendapatan saya dengan menjual produk digital. Di harap dengan pendedahan yang berbayar ini semua akan faham dan percaya bahawa pendapatan lumayan di Internet bukan lagi mustahil. Alhamdulillah sambutan yang diberikan agak menggalakan walaupun ditengah bulan
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah… setelah saya dan Zhafran berpenat lelah.. akhirnya berjaya siapkan Pakej Rahsia 10K yang kiranya agak lengkap khas buat anda semua. Kami rasa inilah ebook terbaik kami setakat ini dan saya berharap anda dapat mengambil tindakan segera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinNYA kami berjaya melancarkan produk ini. Alhamdulillah syukur!
Terima kasih saya ucapkan kepada bro Amirol yang banyak membantu sepanjang proses menyiapkan projek ini. Ehem-ehem baik kita rahsiakan tentang perkara tersebut ha ha ha! Terima kasih juga kepada bro Sabri SaifulSham, bro Zul, bro Zamri Nanyan dan bro Vince kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual oleh pihak kami. Tanpa anda semua.. produk kami ini tiada seri dan semestinya tiada orang ingin memiliki produk kami ini
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, setelah kami berhempas pulas selama 24 jam semalam, akhirnya siap juga produk audio Interview dan transkrip. Produk digital ini merupakan temubual di antara saya dan Zhafran yang menerangkan beberapa perkara berikut:
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sejak akhir-akhir ini mengikut bro Mael, entri berbaur cinta menarik lebih gadis-gadis ke blog anda oh! Baiklah pada hari ini saya cuba selitkan entri cinta versi usahawan. Aha bunyi sangat menarik bukan?
Jika anda seorang perempuan, bagaimanakah anda mengukur seorang lelaki?

Ini merupakan soalan yang ditanya sejak dahulu kala lagi oleh lelaki-lelaki yang tidak mempunyai teman wanita ha ha! Bagi saya ini merupakan salah satu soalan yang sangat penting kerana jawapanya akan membantu kita sebagai lelaki untuk menjadi lebih hebat di mata wanita.
Read the rest of this entry »