Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kami sebenarnya sedang busy dengan pelbagai projek dan sebab itulah kami tak sempat nak update blog FlareBiz ini. Cuma apa yang boleh saya katakan ialah jika tiada aral yang melintang Pakej Rahsia 10K akan dilancarkan pada 10hb Jun ini. Jadi saya berharap anda semua dapat membuat tindakan yang sewajarnya pada 10hb Jun ini.

Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya menerima satu lagi emel yang menarik daripada pembaca Majalah IM. Hrmm… bunyinya begini “Salam saudara Lubanan (cis eja nama aku pun salah!), boleh tak bagitau saya bagaimana ingin menjadi jutawan? Boleh bagi cadangan tak nak berniaga apa di Internet ni? Kalau boleh saya nak jadi jutawan dalam masa 2-3 bulan yang terdekat ni..”
Pertamanya… apa yang boleh saya katakan ialah anda bertanya kepada orang yang salah kerana saya bukanlah jutawan. Kedua perniagaan Internet tak menjanjikan untuk menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Saya dan Adly sekarang dalam mood yang sungguh selesa dan bekerja secara enjoy. Dalam masa yang sama, kami juga bertungkus lumus untuk menyiapkan produk dan juga mengatur strategi product launching untuk produk terbaru kami. Oleh itu, saya rasa adalah perlu saya berkongsi sedikit tip mengenai produk launching ini.
Pertama sekali, apa benda product launching tu? Mungkin setiap orang ada definisi tersendiri tentang product launching ini tetapi tujuannya tetap sama iaitu anda inginkan seberapa banyak orang tahu tentang kehadiran produk anda di dunia internet. Lagi banyak sudah tentu lagi bagus. Baiklah, saya berkongsi beberapa tips disini. Mungkin tip-tip yang akan saya berikan hari ini sudah biasa anda dengar tapi ramai yang mengabaikannya sewaktu ingin melancarkan produk.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Serius, kami sekarang amat sibuk dengan projek “Rahsia 10k” yang insyallah akan dilancarkan pada akhir bulan ini. Yang pasti pakej ini sangat-sangat diperlukan oleh anda. Saya cuba juga mencuri masa untuk membuat post di sini demi memenuhi permintaan pelawat blog ini yang dahagakan ilmu
Baiklah sebenarnya saya banyak mendapat emel yang meminta saya mengajar tentang perniagaan Internet. Saya amat suka dengan emel tersebut NAMUN ada segelintir emel yang saya benci. Saya amat benci dengan emel tersebut! Kebanyakkan emel tersebut berbunyi “Saya sebenarnya ada masalah kewangan yang kritikal, boleh tak ajar saya tentang perniagaan Internet sebab saya inginkan dapatkan wang secepat mungkin.”
Baiklah… kenapa saya membenci emel tersebut?
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan sihat waalfiat. Saya sebenarnya sibuk dengan projek “Rahsia 10k” dan tidak sempat untuk mengupdate blog. Lebih parah partner saya Zhafran pula demam dan asyik muntah-muntah yang menyebabkan dia tak dapat nak buat kerja yang diamanahkan. Saya berharap anda semua mendoakan agar dia cepat sembuh.
Baiklah hari ini saya cuba untuk berkongsi tip tentang cara buat duit di Internet dengan affiliate. Semua orang boleh dikatakan pernah bergiat dengan program affiliate bukan? Jika belum, baik anda mulakanya sekarang kerana affiliate adalah satu cabang untuk buat duit di Internet. Saya bukanlah seorang affiliate yang “power” namun sekadar newbie yang tak serik mencuba
Read the rest of this entry »

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Fuhh..akhirnya tamat jugak program JomSeminar! yang saya nantikan sejak dulu lagi (kononnye la)
Best jugak dapat pergi seminar free ni ye. Opss, kami dapat free dengan terhormat ok? Bukan sebab kami bodek Syed Ikhwan tapi free sebab kami bayar seminar tersebut dengan duit affiliate JomSeminar! kami. Siap dapat lebih lagi
Tak caye? tengok kat sini
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abang Di yang sudi menumpangkan saya, labanon dan ecaros di biliknya di Hotel Armada. Beliau juga belanja kami nasik lemak pada pagi sebelum seminar bermula!
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Apa khabar anda semua? Agak lama saya menghilangkan diri dari blog ini. Sebenarnya saya bukan hilang tapi saya banyak bekerja “dibelakang tabir” FlareBiz

Baiklah, setelah bertungkus-lumus siang dan malam. Akhirnya terbit juga MajalahIM #4 yang saya design sepenuhnya kecuali cover yang di design oleh saudara Nizam Ahamad. Saya terpaksa menjadi designer “bidang terjun” untuk edisi kali ini kerana saudara Nizam amat sibuk dengan projek-projek MEGA beliau yang lain
Saya harap anda semua dapat terima hasil kerja saya yang tak seberapa jika dibandingkan dengan saudara Nizam.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan yang baik dan sihat waalfiat. Wah, saya dan Zhafran sekarang dalam mood nak pergi seminar nak menuntut lebih banyak ilmu di sana dengan satu harapan iaitu pendapatan kami akan bertambah oh!
Baiklah tahukan anda kata kunci untuk sesuatu kekayaan?
Kata kunci bagi pembinaan kekayaan ialah berbelanja dengan bijaksana. Anda perlulah berbelanja dengan bijaksana dan jangan sesekali membeli sesuatu mengikut nafsu. Mudah untuk dikatakan seperti anda mengatakan bahawa bersenam itu baik untuk kesihatan walhal anda tidak bersenam pun oh! Baiklah apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan berbelanja dengan bijaksana?
Jika saya membeli sebuah kereta EVO 8, adakah ianya bijak? Jika saya membeli TV Plasma 29 inci, adakah ianya bijak? Jika saya membeli set sofa yang baru, adakah ianya bijak? Jika saya berkahwin, adakah ianya bijak
? (eh ni pun kira berbelanja ker?)
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Harap berada dalam keadaan sihat waalfiat di samping isteri tersayang oh! Saya sebenarnya ingin menulis post ini berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang usahawan Internet. Untuk pengetahuan semua saya dan Zhafran akan pergi ke Jom Seminar pada 11hb ini iaitu hari Ahad untuk menimba ilmu tentang perniagaan Internet.

Di atas sebab teknikal kami tidak dapat hadir pada 10hb iaitu pada sesi pertama dan ini menyebabkan saya terpaksa memujuk Zhafran hadir juga pada hari Ahad walaupun hari tersebut beliau mempunyai temujanji bersama si dia oh! (potong line baeekk punya!
)
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setelah saya dah nak sembuh… kini komputer saya pulak demam dan terkpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki. Oh! Tak boleh nak buat kerja lagi… banyak file-file saya dalam komputer tersebut. Baiklah sekarang menulis menggunakan laptop yang baru dibeli menggunakan duit affiliate oh! Laptop jenis HP Compaq ini sangat berkualiti saya rasa. Sangat pelik kan usahawan Internet baru ada laptop hehe… jangan pelik kerana prinsip saya… selagi tak memerlukanya jangan beli!
Erm… Pemasaran maklumat merupakan salah satu industri yang sedang hebat berkembang pada era globalisasi ini. Ia akan terus berkembang pesat kerana semakin ramai yang menyedari nilai maklumat. Lebih baik lagi, mereka sanggup membayar anda wang yang banyak untuk mendapatkan sesuatu maklumat.
Sebenarnya pemasaran maklumat ini telah lama menjadi bidang yang besar di dunia luar. Bill Gates, orang terkaya di dunia adalah dalam bidang menjual maklumat. Dia tidak mendapat wang daripadi komuditi, hartanah atau barangan pengeluaran tetapi melalui penjualan satu perisian yang dikenali sebagai windows.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Saya sebenarnya demam dah 2-3 hari sebab itulah tak sempat nak update blog ini. Ramai tak tahu yang saya tak dapat buat apa-apa kerja dalam masa 2-3 hari ini selain daripada tidur, tidur dan terus tidur. Mungkin kawan-kawan yang chat melalui YM tak tahu bahawa saya di sini tak mampu membuat apa-apa dan tak dapat nak memberi pandangan yang bernas terhadap sesuatu perkara… kadang-kadang tak dapat nak reply mesej-mesej anda. Banyak kerja yang saya masih belum siapkan dan berpuluh-puluh emel yang belum berbalas… harap maaf saya ucapkan… 2-3 hari ini juga… hanya dapat makan nasi air jer..
Doakan saya cepat sembuh yer…
Baiklah pada hari ini saya ingin menceritakan kepada anda dua cara untuk anda membuat wang. Satu cara ialah melalui usaha anda dan satu lagi melalui usaha orang lain. Di sinilah ramai yang confused sedangkan terdapat banyak perbezaan di antara dua cara berikut. Walaupun hasilnya adalah sama, yakni anda tetap akan dapat wang, namun anda tetap perlu faham dua konsep ini.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mungkin anda sekarang dilamun cinta dan mungkin ada dalam kalangan pembaca blog ini yang baru sahaja mengenali apa itu erti cinta namun saya tetap doakan agar anda sentiasa bahagia disisi orang yang tersayang. Semoga perhubungan anda akan berakhir dijinjang pelamin oh! Walaupun dalam blog ini saya sentiasa menceritakan tentang wang dan perniagaan izinkan saya pada hari ini membetulkan sedikit keadaan dengan perspektif yang sebenar.
Pembaca blog yang budiman sekalian,
Jika anda melakukan sesuatu semata-mata kerana wang, lambat-laun anda akan kecewa. Sangat kecewa diibaratkan seperti ditinggalkan oleh kekasih yang tidak mengenal apa itu erti “setia” oh!. Bekerja hanya untuk wang akan meletihkan anda, meresapkan tenaga anda dan membuat anda tidak bermaya. Anda akan marah terhadap pekerjaan yang anda lakukan, kekasih, rakan sepejabat, partner, majikan dan lebih malang anda memarahi diri anda sendiri.
Azizi Ali menerangkan keadaan ini seperti berikut “Satu perkara yang sangat menarik apabila anda bekerja kerana wang ialah anda tidak perlu mati untuk sampai di neraka kerana anda sudah pun ada di sana!”
Read the rest of this entry »