Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

berjaya.gif

Baiklah pada kali ini saya cuba ingin menyenaraikan sepuluh orang “budak” yang saya tahu dah buat duit di Internet ni daripada Malaysia. Saya rasa list ini taklah lengkap tapi saya rasa saya akan update dari semasa ke semasa kelak. Ramai antara mereka ini bukan budak pun tetapi sudah bergelar “remaja” dan memiliki kelebihan masing-masing untuk mendapat wang daripada Internet. (semestinya semua mereka ini sudah boleh nak kahwin ho ho ho!)

Mereka yang saya senaraikan ini adalah yang berusia belasan tahun yer… dan saya cukup respect dengan mereka kerana sudah pandai untuk mencari duit sendiri.(Mereka semuanya hebat-hebat tapi rugi still tak nak kahwin oh! ) Baiklah tengoklah beberapa list yang saya dapat kumpul… tak banyak pun:

Read the rest of this entry »

Hari Yang Cukup Sial!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan yang sihat :) Zhafran sekarang sangat sibuk dengan design Majalah IM. Majalah IM pada edisi Mei memuatkan banyak artikel yang sangat menarik! Baiklah kita tinggal dahulu kisah si Zhafran dengan designya…

Adakah anda rasa rezeki anda tidak cukup?

Baiklah sebelum saya mengolah dengan lebih lanjut tentang “rezeki” maka saya ingin menjelaskan satu perkara kepada anda. Jangan hanya menganggap rezeki itu merupakan wang ringgit, harta kekayaan dan pelanggan yang ramai di kedai anda! Tuan-tuan dan puan-puan sekalian… rezeki ini terlalu luas dan kita sepatutnya sukur kerana Allah masih memberikan kita rezeki. Tubuh badan anda sihat, awek yang sihat :D mata anda masih mampu melihat, anda masih bisa bertutur dan sebagainya adalah rezeki.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

monopoly-tycoon-cover.jpg

Jika Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad, Poor Dad sangat suka bermain monopoli manakala Zhafran suka mainkan perempuan maka saya pula lebih suka bermain Game Monopoly Tycoon. Ia adalah permainan yang sangat hebat kerana mengajar anda tentang keadaan dunia sebenar dan ya bagaimana ingin menjadi kaya.

Saya mula bermain game ini ketika darjah 5 dan ketika itu saya masih bermain di Cyber Cafe. Menghabiskan masa berjam-jam untuk bermain game ini namun kini saya bersyukur kerana saya memilih untuk bermain game yang betul :D Game ini adalah mengenai pelaburan hartanah. Idea permainan itu adalah untuk mengumpulkan seberapa banyak perempuan hartanah yang boleh menjadikan lawan anda muflis. Pemain terakhir yang masih kekal adalah pemenangnya.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin sambung sedikit lagi mengenai post saya yang lepas. Bukan ingin melepas geram cuma ingin mengutarakan pendapat saya yang tidak seberapa ini. Jika anda tidak bersetuju dan ada pendapat lain sila gunakan ruangan komen dan bukanya memburuk-burukan saya dalam blog anda oh! Baiklah pertamanya sebelum anda membaca post saya pada kali ini… eloklah saya rasa anda renungi kata-kata ini:

“Masa hadapan yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan, tetapi juga bagi orang yang dididik untuk menggunakan masa lapangnya dengan bijaksana” - C.K Brightbill

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Apakah yang anda faham tentang kata-kata diatas? Adakah anda faham bahawa kejayaan ini adalah berdasarkan usaha kita bukanya pendidikan kita? Adakah anda mengerti bahawa penggunaan masa lapang yang bijak juga boleh menjadikan kita orang yang betul-betul berjaya?

Ya, kita mesti menuntut ilmu dan kita perlu belajar sehingga ke akhir hayat… namun adakah adil anda mengatakan bahawa ilmu hanya berada di Universiti? Bagaimana pula jika saya katakan bahawa ilmu boleh didapati dimana-mana sahaja? Bukankah pengembaraan itu juga merupakan salah satu ilmu? Bukankah kita mencuci longkang juga kita akan mendapat ilmu baru?

Baik. Biar saya beritahu anda tentang dunia yang sebenarnya.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya baru sahaja balik bercuti daripada Sudara(tak hairanlah ramai anak dara di sana oh!) Beach Resort dan saya katakan satu percutian yang menarik. Apapun hari ini saya ingin kongsikan satu masalah dalam kelambu :P besar yang dihadapi oleh ramai jutawan di dunia ini. Apakah masalah tersebut?

Masalahnya ialah “Pendapatan Sampingan!”. Awas masalah ini juga menimpa Bill Gates dan Michael Dell. Mereka ini mendapat wang yang terlampau banyak daripada kerja sambilan mereka! Bill Gates mengasaskan Microsoft secara sambilan semasa beliau masih belajar di Universiti Harvard. Dia memutuskan untuk meninggalkan pelajaranya kerana terlampau sibuk buat duit!

Read the rest of this entry »

Review SistemKedaiOnline

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Nampaknya semakin lama semakin banyak Labanon mengutuk saya ye. Tapi takpelah, dengan budak-budak ni saya tak berkira sangat :D Maklum la, orang sedang angau nak kahwin kan. Biar lah dia ye. Kalau dia ada kacau sape-sape, sy mintak maaf banyak-banyak la bagi pihak dia. Jangan ambik hati, budak tak cukup umur memang macam tu :D

Ok, kembali kepada topik asal. Saya baru je membeli produk terbaru dan terhangat dari Team SaifulSham iaitu SistemKedaiOnline. Sebenarnya, saya ni bekas peserta seminar SS batch ke-2 (July 2006) dan saya kenal sangat siapa SS. Kalau produk yang diorang hasilkan memang sure gempak punye lah. SKO ni, saya tak baca pun sales letter diorang. Bila dapat emel yang mengatakan SKO dah launch, saya terus masuk website, skroll bawah skali dan tekan order button (nak dapat fast action bonus sebenarnya) :D

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

2.gif

Ketika post ini saya sebenarnya demam… dan masih banyak kerja yang tak dapat disiapkan. Baiklah berbalik kepada post kita pada kali ini bagaimana ingin menjadi pakar sakit puan dalam sesuatu bidang? Semua orang ingin menjadi pakar dalam bidang sakit puan yang diceburi termasuk anda semua yang sedang membaca post ini. Seperti kami Team FlareBiz sudah tentu ingin menjadi pakar dalam bidang perniagaan Internet suatu hari nanti. Amin.

Baiklah tip ringkas yang saya ingin kongsikan kepada anda ialah pengalaman malam pertama bersama sidia oh! cara untuk menjadi pakar dalam bidang anda iaitu membaca! Jika anda membaca sejam sehari tentang perkahwinan bidang yang anda ceburi anda bukan setakat menjadi suami pakar tetapi juga menjadi seorang ayah oh! aset penting kepada syarikat anda. Isteri Gaji anda juga akan bertambah mahal berbanding orang lain (itupun sebenarnya diambil separuh oleh majikan hehe). Jim Slater dalam bukunya, The Zulu Principle, menulis bahawa jika anda membaca kesemua buku yang ada kaitan dengan kaum Zulu(sebuah suku kaum di Afrika) di perpustakaan, anda akan menjadi seorang pakar tentang Zulu.

Read the rest of this entry »

Labanon - Ayuh Berseronok!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

seronok1.gif

Saya sering ditanya oleh kawan-kawan bila nak kawin? buat apa dok depan komputer lama-lama? Lebih baik pergi jalan-jalan dan intai awek-awek yang cantik nun di sana! Alaa… kita kan remaja buat apa dok terperap dirumah? Jom pergi main pool ker, round-round Kb Mall ker dan macam-macam lagi benda yang kononnya menyeronokan. Eh, ko buat bisneskan? Buat apa sakitkan otak kau nak buat bisnes? Kitakan masih remaja tak perlu fikir-fikir soal kawin duit ni… biar mak bapak kita yang fikir tentang duit ni!

Begitulah yang sering dihadapi oleh saya ketika ingin fokus kepada soal rumah tangga kerja sebagai usahawan Internet. Adakah anda pernah begitu? Mereka mempesoalkan kenapa kita buat begitu dan begini. Azizi Ali dalam bukunya menyifatkan orang sebegini sebagai “Pemusnah Impian”. Pemusnah impian ini akan menhalang, melemahkan semangat anda dan memperdaya anda daripada terus memburu impian anda. (tapi kalau bab kawin memang diorang support baeeekk punyaa!)

Read the rest of this entry »

Majalah IM #3 Dilancarkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Fuh… syukur ke hadrat ilahi akhirnya kami berjaya menyiapkan Majalah IM #3 pada kali ini. Kami memohon maaf kepada seeeemmmuuaaa penulis Majalah IM dan para pembaca di atas kelewatan menyiapkan Majalah IM #3 ini. Kelewatan ini adalah kerana masalah yang menimpa designer kami yang demam baru-baru ini dan menyebabkan proses menyiapkan Majalah IM tergendala.

Download sekarang di http://majalahIM.com

Next month nampaknya kami perlu mencari pembantu kepada bro Mystic agar Majalah IM siap on time. (nampaknya bertambah peruntukan gaji untuk designer!ohh tidakk!). Apa-apapun credit 4 bintang diberkan kepada bro mystic kerana berjaya menyiapkan design Majalah IM dengan begitu cantik sekali.(satu bintang lagi dipotong kerana tidak dapat menyiapkanya pada on time ha ha ha!)

im3shoot1big.jpg

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan kami ecaros, kak Norakmal dan sebagainya kerana membantu kami dalam melancarkan proses menyiapkan Majalah IM. Suara kak Norakmal digunakan dalam intro audio Interview bersama Gobala tu :) (suara memang cute hehe se”cute” tuanya kot hehe)  Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua penulis Majalah IM, tanpa anda percayalah kami tidak mampu untuk menerbitkan Majalah IM ini. Terima kasih!

Read the rest of this entry »

Next Interview - Vince Tan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Seperti yang anda sedia maklum, Team FB telah membuat 2 interview dengan jayanya sebelum ini iaitu interview dengan Shuth untuk MajalahIM v2 dan Gobala Krishnan untuk MajalahIM v3.

Untuk MajalahIM v4, Vince Tan telah bersetuju untuk diinterview oleh saya. Cuma saya tengah fikir nak buat dalam bentuk bertulis atau audio. Yang pasti, interview yang akan saya buat adalah tentang perjalanan beliau sebagai seorang Internet Makerter yang berjaya dan juga kisah kejayaan SendUsTo.us.

Apa yang membuat saya kagum tentang Vince Tan adalah, beliau bermula dengan 0 pada Nov 2006 dengan melancarkan AdsenseBlackhatEdition.com dan dalam masa tak sampai setahun, beliau sudah mampu mencapai taraf world class Internet Marketer sehingga dijemput memberi talk di Internet Marketing event bertaraf dunia. Bagi anda yang masih belum mengenali Vince Tan, anda boleh baca profile beliau disini dan disini.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dalam kesibukan menyiapkan projek Rahsia10k, sempat jugak kami rehat sekejap untuk buat projek sambilan iaitu PakejBlog.com. Percaya atau tidak, ia hanya mengambil masa dua hari setengah sahaja untuk menyiapkan segala-galanya. Inilah keseronokan bila buat kerja secara team. Semuanya akan berjalan dengan smooth dan laju je :D Saya percaya kalau saya buat projek ini sorang-sorang je mungkin akan ambil masa selama sebulan ataupun terus tak siap-siap :D

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa khabar anda semua? Saya harap semua sihat-sihat dan bisnes masing-masing pun masyuk ek :D

Kali ni saya ingin bercerita pasal Annual WanitaNiaga yang berlangsung pada hari Sabtu lepas (5 April 2008) di Golden Palace Horses Hotel. Selain ahli-ahli forum WanitaNiaga.com sendiri yang hadir pada majlis tersebut, terdapat juga beberapa warga WangCyber.com juga yang datang menjenguk majlis yang happening dengan suara kanak-kanak :D Mereka adalah Team FlareBiz sendiri (Saya dan Labanon), Shuth, Amirol, Mie (PlanHoster.com) dan ecaros.

Read the rest of this entry »

Kemanakah Duit Gaji Anda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Adakah anda berada dalam keadaan sihat? Majalah IM masih lagi dalam proses dan designer kami sekarang sedang bertungkus-lumus menyiapkanya(walaupun takdi dok main pool dalam YM dengan Zhafran cis!). Dalam Majalah IM April ini juga kita mempunyai dua orang penulis baru dan nama kedua-dua penulis ialah bro Sham.

1) bro Sham RajaAdSense - Bahagian Review Produk (nanti nak suruh bro Sham review produk pakaian wanita ho ho ho!)

2)  bro Shamsuddin - Penulis buku “Hidup Tenang Walaupun Berhutang” & “Makan Gaji Tetapi Kaya”

Baiklah pada kali ini saya ingin mempersoalkan kemanakah sebenarnya duit gaji anda dibelanjakan? Digunakan untuk berkahwin bagi bini no 2? Saya bukanlah pakar kewangan dan tidak memiliki consultant yang memberi nasihat tentang masalah perkahwinan kewangan. Namun, sebagai seorang usahawan muda saya ingin menasihati anda semua agar berbelanjalah duit gaji anda dengan baik. Jangan boros dan berbelanjalah dengan bijak.

Read the rest of this entry »