Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini update blog sekadar ingin memberitahu anda tentang projek kami terkini. Kami kini sebenarnya sedang sibuk dengan kerja-kerja Majalah IM dan insyallah Majalah IM #3 akan terbit pada awal April. Saya harap anda semua support kami agar terus menerbitkan Majalah IM. Kami akui dan mengaku jika tiada support motivasi kami akan terus merudum dan tak dapat lagi menerbitkan Majalah IM. Yerlah anda semuakan tahu bukan senang nak terbitkan ezine ni. Kami terpaksa korbankan masa, harta dan tenaga untuk memastikan Majalah IM berjalan dengan lancar.

Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah dan syukur kerana anda semua masih sudi melawat blog kami yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah syukur juga dipanjatkan kepada ilahi kerana saya masih diberi kesempatan untuk update blog ini. Baiklah post kali ini adalah sedikit renungan agama dan saya sendiri akui saya masih belum layak untuk bercakap bab-bab agama ini, namun diatas dasar kita mesti menyampaikan perkara baik walaupun sepatah saya beranikan diri juga menulis post ini.
Baiklah adakah anda tahu kenapa kebanyakkan syarikat yang diterajui oleh orang Islam ini tidak dapat maju semaju orang yang beragama lain sedangkan pada satu ketika dahulu umat Islam yang memegang kepentingan dalam ekonomi dunia. Salah satunya kerana wujudnya orang-orang yang munafik.
Orang munafik ini sering memecah-belahkan masyarakat, ekonomi dan sistem kekeluargaan hatta mampu merosakkan negara. Sejarah telah membuktikan bagaimana negara-negara Islam yang dulunya disegani tetapi satu persatu runtuh. Begitu jugalah dalam sistem perniagaan, orang munafik ini akan merosakkan perniagaan anda. Golongan inilah yang akan membuatkan bisnes anda lingkup, bisnes anda tidak maju dan tidak menguntungkan.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Anda semestinya fikirkan bahawa seorang yang digelar jutawan itu akan hidup mewah dan bergaya. Namun adakah anda tahu realiti bagaimanakah kehidupan manusia yang digelar jutawan? Bukan anda seorang, malah ramai yang beranggapan bahawa jutawan memandu kereta mewah yang besar, sentiasa naik turun kapal terbang, melancong ke seluruh pelosok dunia dan mengetuai perniagaan besar. Pendapat ini sebenarnya silap!Tetapi dari segi realitinya, hanya 5% sahaja jutawan yang hidup seperti itu. Dengan kata lain, kehidupan naik turun kapal terbang merupakan satu ilusi.
Sebahagian besar jutawan mempunyai gaya hidup yang mudah dan sederhana. Ini dinyatakan dengan jelas dalam buku The Millionaire Next Door oleh Thomas J. Stanley dan William D. Danko. Mereka hidup di kawasan perumahan biasa, memandu kereta biasa dan mempunyai kerja macam orang lain. Pendek kata, semuanya biasa dan sama dengan orang lain… cuma wang ringgit mereka itu yang LUAR BIASA.
Kesimpulanya, apabila wang ringgit anda luar biasa maka segala keinginan anda yang luar biasa turut dapat dicapai 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Saya agak sibuk sejak kebelakangan ini kerana dipaksa oleh Labanon untuk buat macam-macam kerja. Alhamdulillah, kerja-kerja kritikal projek ebook kami sudah selesai. Tinggal kerja-kerja “touch-up” lagi sebelum semuanya sempurna. Doa-doakanlah agar semuanya berjalan dengan lancar ya
Hari ini saya akan ceritakan satu kisah benar yang berlaku kepada kami mengenai mailing list. Dalam 2 minggu lepas saya mendapat warning dari pihak Aweber untuk membuat bayaran bulan ini tetapi disebabkan kesibukan yang melanda, saya berkata dalam hati “Ah, esok-esok la aku bayar..banyak kerja ni, malas nak keluar pergi bank”.
Setelah beberapa esok berlalu, (ada la dekat seminggu jugak) saya mendapat msg ym dari Labanon yang berbunyi lebih kurang berikut “Woi, ko tak bayar Aweber ke, dah kena block ni”. Saya pun buat bodoh jer la kerana saya suka tgk Labanon membebel macam mak nenek
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah kerana saya masih diberikan kesempatan untuk membuat post di sini. Post pada kali ini hanyalah sekadar ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog ini dan kepada semua yang sentiasa menyokong Team FlareBiz sejak daripada dulu-dulu lagi. Tiada apa yang kami harapkan hanyalah sekadar sokongan dan doa anda semua agar team kami akan terus berbakti kepada semua pengguna Internet.
Tentang Majalah IM saya ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana semua menyokong kami semua. Saya begitu terharu dengan sokongan yang diberikan oleh blogger-blogger yang membuat review tentang Majalah IM. Saya rasa hari ini saya ingin ping kepada semua yang membuat review Majalah IM.
Antaranya ialah:
EarnCent.com, azwanhadzree.com, SilentLeo.com, WangCyber.com, IMMalaysia.com, DikMal.com, MotivasiBelajar.com, SmartUsaha.com, asblogger.com, DiariAdSense.com, MohdIsmail.com,
Itu sahaja yang saya dapat kesan kerana anda tidak ping kepada blog FlareBiz… jika ada blog-blog lain sila nyatakan di ruangan komen agar saya dapat mengucapkan terima kasih kepada anda. Tiada apa yang saya dapat balas pengorbanan anda (chewaaahh!) melainkan dengan ucapan “terima kasih”. Tanpa sokongan anda… percayalah bahawa kami tidak bersemangat langsung untuk menerbitkan Majalah IM. Tanpa sokongan anda Majalah IM akan berhenti di sini sahaja.
Terima kasih semua… terima kasih Malaysia!
sekian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Wah saya sebenarnya letih sekarang setelah perjalanan agak jauh hari ini ke Tanah Merah (Eh, jauh macam ni kau kata? Tak datang Johor lagi!) kerana melawat bakal mak mertua menghantar seorang kawan. Baiklah kali ini hanyalah post ringkas sahaja kerana jari jemari saya sudah tidak berdaya untuk menekan punat-punat keyboard yang tersergam angkuh di atas meja ini. ( Pergh ayat sastera beb!)
Satu-satunya Melayu yang saya maksudkan di sini ialah saya tersenarai di ranking 18 daripada 30 orang sebagai top blogger termuda dunia kot. Saya tak tahulah Michael Dunlop ini menyusun bagaimana rangking tersebut dan saya rasakan ianya disusun secara random. Jika di susun mengikut ke”handsome”man mungkin saya akan naik kepada top 3 ha ha ha! Namun, saya rasa ini merupakan salah satu penghargaan yang diberikan kepada saya yang juga merupakan seorang Melayu. “Takkan Hilang Melayu Di Dunia” inilah peribahasa yang paling sesuai diungkapkan sekarang.
Cuba anda lihat 30 senarai top blogger:
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Fuhh.. saya baru sahaja selesai membuat audio interview dengan seorang usahawan Internet yang terkenal khas untuk Majalah IM edisi April. Jadi maknanya ada audio mp3 lah yer untuk Majalah IM kali ini? Yup… sudah tentu satu lagi pembaharuan yang dibuat oleh pihak Team FlareBiz bagi menjayakan Majalah IM ini.
Rasa nervous jugak mulanya start interview ni… hehe tapi takpelah berani mencuba… so saya rasa berpuas hati dan insyallah anda akan dapat banyak ilmu daripada audio interview ini. Beliau tidak lokek berkongsi banyak ilmu dengan kita semua. Jadi anda perlulah memiliki 1 speaker nanti untuk mendengar temubual eksklusif ini.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Amboi, kuat betul Labanon mengumpat pasal saya sejak kebelakangan ini. Takpelah, orang belum cukup umur memang macam tu
Ok, hari ini saya ingin menulis sedikit tentang apa yang dikatakan rahsia perniagaan dan benda ni amat penting untuk difahami oleh setiap usahawan kerana ia juga adalah faktor penting dalam menentukan sejauh mana perniagaan anda boleh berkembang.
Ada sesetengah usahawan yang terlalu ‘berahsia’ tentang hal-hal perniagaan mereka sehinggakan nak cari pekerja untuk uruskan perniagaan mereka pun susah kerana sifat ‘kurang percaya’ terhadap pekerja tersebut. Mereka berpendapat, dalam perniagaan, mestilah kena hati-hati, kalau kena tipu nanti, tak ke bodoh namanya tu. Sebenarnya, sifat ‘berhati-hati’ ini sangat baik. Itu juga menandakan kita serius dalam menjalankan perniagaan. Tetapi, jika anda terlalu berhati-hati, bolehkah anda mengembangkan perniagaan anda? Mampukah anda uruskan perniagaan anda seorang diri sampai anda tua nanti?
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan yang baik hendaknya. Dikala partner saya iaitu Zhafran sedang sibuk menyiapkan design ebook terbaru (sebenarnya buat-buat sibuk) jadi saya rasa eloklah saya menggantikan beliau untuk membuat post seterusnya di blog FlareBiz ini. Ebook ini masih dalam proses dan kami sekarang dalam proses ingin mencipta bonus bagi ebook tersebut. Baiklah kita teruskan dengan post kita kali ini.
Saya percaya ramai pembaca blog ini yang bekerja makan gaji dan bukanya makan sabun
. Baiklah saya tahu anda teringin untuk bekerja sendiri sambil diulik oleh si isteri yang cantik dan si suami yang tampan dan memiliki empayar perniagaan sendiri yang seolah-olah lebih stabil daripada empayar perniagaan Trump. Saya cuma ingin tegaskan di sini, kenal pasti dulu diri anda dan jangan terikut-ikut dengan rakan-rakan anda yang mulakan perniagaan sendiri yang kononnya hidup senang tanpa perlu bersusah payah mencari wang. Oh!
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Wah saya sudah lama tak menulis di sini kerana sibuk dengan beberapa urusan di samping banyak perkara yang perlu saya uruskan. Saya juga menghadapi sedikit masalah peribadi dan alhamdulillah masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang ringkas. Keputusan SPM saya? Biarlah rahsia… hehe yang pasti saya ingin melanjutkan pelajaran dalam business di universiti yang masih belum dikenalpasti hehe.
Baiklah saya sering menerima emel daripada pembaca Majalah IM yang menanyakan masalah sakit puan tentang apa sahaja berkaitan perniagaan Internet. Satu mesej yang saya cuba sampaikan kepada para pembaca ialah cinta minat sahaja belum mencukupi untuk anda menceburi perniagaan. Minat bukan segala-galanya dalam melakukan pekerjaan sama ada secara offline mahupun online.
Sebenarnya minat dan perniagaan adalah sesuatu yang sangat senang untuk bersatu kerana ramai yang membuka perniagaan berlandaskan cinta minat. Oleh kerana minat juga ramai usahawan yang baru lingkup. Perniagaan tetap memerlukan strategi dan bukanya berlandaskan minat. Jika anda minat untuk memulakan perniagaan Internet anda perlu mengetahui apakah target market anda, berapakah margin keuntungan anda dan sebagainya.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kebelakangan ini saya agak jarang membuat post kerana agak sibuk dengan projek kami seterusnya iaitu ebook case study bagaimana Labanon memperoleh RM10k dalam masa sebulan. Insyaallah jika perancangan berjalan dengan lancar, ebook tersebut akan dilancarkan pada pertengahan April depan.
Sekarang, 1 Malaysia masih ‘bergegar’ dengan keputusan pilihanraya yang amat mengejutkan sehingga ramai yang lupa bahawa hari ni adalah hari pengumumam keputusan SPM. Sebut je pasal SPM sudah tentu kita teringatkan adik cute kita iaitu Labanon kan
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Baiklah hari ini saya menggantikan Zhafran untuk mengumumkan siapkah pemenang top komentator pada bulan Februari kerana Zhafran sedang sibuk dengan design ebook terbaru yang bakal dilancarkan kelak. 3 top komentator akan menerima hadiah seperti di bawah:
1) Ebook 101 Tip AdSense Terbongkar(kalau dah ada akan dapat ebook baru saya) + Satu produk MRR/RR yang masih “fresh” + testimonial untuk ebook terbaru akan diletakkan di sales letter dengan syarat testimonial anda POWER!(Hadiah paling berharga ni..)
2) Ebook 101 Tip AdSense Terbongkar(kalau dah ada akan dapat ebook baru saya) + Satu produk MRR/RR yang masih “fresh”
3) Ebook 101 Tip AdSense Terbongkar(kalau dah ada akan dapat ebook baru saya)
Produk MRR/RR yang fresh pada kali ini ialah video tutorial pelbagai segi selama 46 jam. Video ini anda boleh menggunakanya untuk diri sendiri atau menjualnya. Baiklah tanpa membuang masa saya mengumumkan 3 orang yang bertuah tersebut.
Terima kasih kerana sudi menyertai contest ini dan insyallah untuk top komentator April pula saya akan berikan anda hadiah lain yang lebih baik insyallah. Kepada semua pemenang sila hubungi saya di ruangan contact untuk menuntut hadiah.
Sekian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti yang diketahui umum bahawa kerajaan Barisan Nasional terpaksa menghadapi tamparan hebat daripada gelombang pakatan pembangkan yang nampaknya begitu berkesan. Namun apa yang saya cuba sampaikan disini ialah dilema PRU dan perniagaan Internet.
Jika anda seorang usahawan Internet anda pasti mengetahuinya. Ya, anda pasti akan dapat mengesan ada yang tidak kena dan kaitanya ialah PRU ke 12 kita pada 8 Mac. Apa yer yang terjadi kepada perniagaan Internet kita?
Baiklah.. cuba anda fikir sejenak… apa yang terjadi kepada perniagaan Internet anda pada PRU kali ini.
.
.
.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Akhirnya..penantian yang sememangnya amat menyeksakan sudah berakhir
Bagi yang belum tahu pasal MajalahIM, sila lah ke www.MajalahIM.com dan anda boleh download terus naskhah anda di laman web tersebut.
Diatas permintaan ramai, kami menambah slot baru iaitu slot wawancara untuk edisi kali ini dan seterusnya. Untuk mengetahui siapakah ‘jejaka’ akan telah diwawancara oleh team FlareBiz pada kali ini, silalah dapatkan MajalahIM disini
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya memohon maaf kepada semua pembaca Majalah IM secara amnya dan pembaca blog ini khususnya. Kami mempunyai masalah teknikal dimana Majalah IM masih tidak dapat disiapkan. Entahlah serba tak kena kali ini dan saya berharap perkara ini tidak akan berulang lagi pada bulan hadapan.
Kami juga tidak sangka akan jadi begini. Kami ingatkan bila mengupah seseorang designer… kerja akan menjadi lebih cepat tetapi nampaknya apa yang kami sangka… meleset sama sekali. Semua kandungan Majalah IM sudah lama siap sebelum Mac lagi. Namun kami masih menunggu design yang sampai hari ini tak siap-siap. Sudah lebih seminggu… kami menunggu Majalah IM dan hasilnya tetap sama… masih tidak siap.
Read the rest of this entry »