Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Di manakah matlamat anda sebelum ini? Nampaknya kita akan masuk pada bulan Mac beberapa hari lagi dan sudah tentu pada bulan Februari ini memberi pelbagai kenangan kepada kita. Berapakah income anda untuk bulan ini? Sudah mengenalpasti income anda… berapakah pula perbelanjaan anda? Jika anda mendapat RM10,000 tetapi perbelanjaan ialah RM9,800 tetap sama dengan orang yang berpendapatan RM1000 tetapi berbelanja RM800.
Mengikut kajian orang akan mula melupakan matlamat awal tahun mereka apabila menjangkau pada bulan Mac. Jadi post ini sekadar ingin mengingatkan kembali matlamat awal tahun anda agar berusaha lebih kuat bagi menukarkan impian anda menjadi realiti. Baiklah anda boleh membaca matlamat saya di sini. Setelah anda baca… anda akan dapat lihat beberapa matlamat saya telah tercapai dan masih ada beberapa matlamat belum tercapai.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Fuhh..akhirnya saya kembali di blog ini setelah hampir seminggu menyepi. Saje je sebenarnye nak kasi can kat Labanon untuk buat post lebih sikit :p
Baru-baru ini saya ada chatting (ym) dengan kawan lama semasa di sekolah dulu iaitu Pak Lah (bukan nama sebenar) …
Pak Lah : Alo kawan..lame tak nampak. Ko watpe skrg?
Saya : Biasa la..busy dengan bisnes
Pak Lah : Fuh..sure masyuk gile kan ko skrg..bisnes ape ko bikin?
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Nampaknya saya terpaksa membuat post kerana partner saya Zhafran buat-buat tak sempat nak update blog yang kononnya banyak kerja nak buat. Piiirrraaaah! Ha Ha Ha! Sebenarnya memang beliau busy sekarang kerana kami sedang baik pulih GaleriBatik.com yang kami yakin web ini bakal berjaya suatu hari nanti. Beliau kini sibuk mengedit-edit segala gambar yang hendak dimasukkan kedalam galeri tersebut.
Baiklah tentang post kali ini ialah “Bersediakah Anda Untuk Menjadi Usahawan?”. Adakah anda sudah bersedia menghadapi segala rintangan untuk menjadi usahawan? Banyak perkara sebenarnya yang perlu kita hadapi dan tempuhi untuk bergelar seorang usahawan. Dalam banyak-banyak dugaan dan cabaran tersebut saya hanya ingin pilih satu iaitu adakah anda sudah bersedia untuk diejek?
Yer.. betul ni.. sekali lagi saya ulang.. adakah anda bersedia untuk diejek? Sudah menjadi lumrah bagi seorang usahawan yang ingin meningkat naik perlu melalui pengalam diejek oleh masyarakat sekeliling. Jika anda membuka kedai gunting dan mungkin kedai anda pada bulan pertama tidak ramai pelanggan. Seperti biasa juga… sesetengah kawan anda akan kata “Erm.. nilah orang dah kata jangan buka kedai gunting ni..tengok.. sambutan pun takde”,”tulah suruh belajar rajin-rajin taknak… sekarang tengok terpaksa kerja sebagai tukang gunting pulak” dan pelbagai jenis ejekkan lagi. Adakah anda rela diri anda diejek sebegini?
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar pembaca sekalian? Harap berada dalam keadaan yang sihat, tenang dan ceria disamping dapat membaca post ini dengan selesa. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita masih diberi kesempatan olehNYA untuk beribadat dan berbuat baik sesama manusia. Saya seringkali terfikir… mengapa diusia saya yang muda begini… saya sudah mula mengira wang ribuan ringgit… dan kadang-kadang terpaksa menolak rezeki yang datang…
Saya juga terfikir… alangkah bertuahnya diriku… alangkah beruntungnya diriku… kerana untuk memperolehi wang agak mudah berbading rakan-rakan sebangsa dan seagamaku yang lain. Kelmarin saya berbual dengan seorang pak cik… dan saya juga menanya beliau tentang hal-hal peribadi beliau seperti pekerjaan, jumlah ahli keluarga dan sebagainya. Sedikit sedutan dialog semasa perbualan kami:
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis di blog FlareBiz ini. Saya baru sahaja menyiapkan ebook yang tidak bertajuk… seperti yang diwar-warkan pada post sebelum ini. Syukur kerana feedback yang diterima adalah positive dan insyallah kami dalam proses ingin menyiapkan bonus-bonus ebook pula.
Majalah IM untuk edisi MAC dah hampir 40% siap dan kami jangkakan pembaca akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Insyallah dalam edisi Mac temubual eksklusif bersama icon Internet Marketer tempatan akan dimuatkan. (bukan Zhafran yer!) Selain itu, seorang penulis baru juga akan ditampilkan pada edisi Mac iaitu seorang IM yang aktif di pasaran luar.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pernahkah anda mendengar keluhan seperti berikut :
“Bisnes aku lingkup la..modal RMXXXX habis macam tu je..”
Sebenarnya rugi dalam bisnes adalah perkara biasa. Kami sebelum bergabung sebagai Team Flarebiz pun pernah mengalami berbagai-bagai kegagalan tapi itu sudah menjadi adat dalam berbisnes. Dan kami memegang satu kepercayaan bahawa untuk mencapai kejayaan besar dalam bisnes, seseorang usahawan tersebut WAJIB mengalami kerugian.
“Kalau takut dilamun ombak, jangan berumah ditepi pantai”
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kesedaran terhadap kekayaan perlu dilatih untuk anda memperolehinya. Kekayaan ada dimana-mana sahaja, cuma anda tidak peka bagaimana untuk mendapatkanya. Apakah maksud kesedaran?Ia adalah tahap peka atau pemahaman berkenaaan sesuatu perkara. Kesedaran adalah langkah awal dalam minda manusia bagi semua perkara terutamanya dalam memahami sesuatu keadaan.
Begitu juga dengan kesedaran tentang kekayaan. Kesedaran berkenaan kekayaan adalah langkah pertama yang perlu ada dalam diri orang yang ingin menjadi jutawan. Tanpa kesedaran ini, anda sudah tentu tidak mempunyai keyakinan bagi mencapai kekayaan.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Saya terpaksa bikin ini post sebab saya lihat banyak komen yang “pelik-pelik”
setelah Labanon mengumumkan bahawa kami membuat satu pertandingan untuk mencari tukang komen paling top.
Maksud komen yang sebenarnya adalah, anda menulis apa yang dinamakan pendapat, pandangan, ketidakpuashatian, kritikan berdasarkan post yang kami buat. Kalau setakat tulis :
“Ya, betul tu..”
“Pendapat yang baik sekali”
“Hmm…aku setuju”
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setelah berbincang dengan Zhafran saya akan berikan hadiah kepada top komentator setiap bulan. Hadiah adalah berupa produk,pekhidmatan,wang dan sebagainya. Kemungkinan untuk kami memberikan wang kepada anda amatlah tipis kerana saya ingin anda semua berusaha sendiri mendapat duit melalui Internet dengan produk yang kami akan berikan.
Pemenang akan diumumkan setiap awal bulan. Oleh itu, silalah tinggalkan komen yang berilmiah di sini. Baiklah untuk 3 top tukang komen pada bulan Februari akan menerima:
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Mungkin anda tertanya-tanya macam manalah Team FlareBiz handle banyak projek dalam satu masa. Setiap bulan ade je projek baru korang ye. Tak cukup dengan projek yang sedia ada, nak tambah lagi! Tamak btol la budak dua ekor ni
Sebenarnya kami takde apa-apa rahsia. Kami juga manusia seperti anda semua. Cuma satu je yang anda perlu tahu, untuk setiap projek kami, kami akan rekrut JV partner(s) untuk mengurangkan bebanan dan juga untuk memberi ruang bernafas kepada kami, seterusnya membolehkan kami fokus juga kepada projek-projek yang lain.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kami sekarang sangat busy dengan projek-projek yang tak menang tangan untuk kami menyiapkan semuanya. Baiklah adakah semua orang pandai berniaga? Itulah yang menjadi tanda tanya sekarang.Adakah semua yang dilahirkan mempunyai kelebihan ini?
Saya percaya semua mempunyai kelebihan tersendiri. Ada yang mempunyai kelebihan pandai menulis, petah bercakap, pandai melukis, pandai design, bijak dalam belajar dan sebagainya. Adakah semua orang mampu untuk memasarkan kelebihan mereka? Adakah anda pernah melihat designer yang tidak mendapat tempahan walaupun mereka mempunyai skill design yang sangat bagus.Pernahkah anda melihat tukang masak yang tidak mampu membuka kedai sendiri walhal masakan mereka sangat sedap. Orang sebegini akan sentiasa berada dibawah orang yang pandai berniaga.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Anda suka menjadi newbie? Kalau anda suka, saya benci menjadi newbie!
Tak kiralah bidang apa sekalipun yang kita ceburi, kita mengharapkan agar sentuhan ajaib akan berlaku dan kita terus boleh melompat dari newbie ke satu peringkat yang bergelar expert ataupun pakar
Pembaca yang dihormati sekalian, kita seringkali terpegun mendengar kisah-kisah kejayaan orang ternama seperti Micheal Dell, Donald Trump, Boon Siew yang begitu terkenal sehinggakan nama mereka telah menjadi satu brand yang kukuh dalam bidang masing-masing. Tapi pernah tak anda terfikir kalau lah aku boleh menjadi terkenal macam mereka..kan seronok..dah la famous, kaya plak tu
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua pembaca blog ini? Masih belum terlambat rasanya saya ingin ucapkan selamat tahun baru Cina bagi kepada semua bangsa cina yang membaca blog ini. Baiklah hari ini saya sebenarnya mencari jawapan kepada satu persoalan.
Apakah perbezaan antara Jutawan dan orang miskin?
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Jam menunjukkan 2:47 pagi. Saya baru sahaja selesai mengedit lawan web GaleriKaftan.com yang akan bertukar domainnya kerana permintaan yang tinggi dari pengunjung GaleriKaftan.com. Nak tau? Tungguuu..Labanon pulak sedang gigih menyiapkan ebooknya. Fuhh..banyak betul kerja. Kena tambah orang kot FlareBiz ni?
Ok lah cukup merapu
Post kali ini saya nak keep it simple je. Hanya nak kongsikan satu fakta yang cukup menarik bagi saya dengan anda semua. Sebelum ini saya fikir golongan yang mendominasi dunia IM atau dengan kata lain Jutawan-jutawan IM adalah dikalangan orang-orang tua, perut buncit dan kepala botak
tetapi biji mata saya terbeliak lalu bergolek di atas keyboard selepas melihat list ini dan juga ini
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya sekarang dalam proses menyiapkan ebook yang masih tak tahu sama ada percuma atau berbayar. Cuma ebook ini akan saya gabungkan 2 element yang seiring iaitu motivasi dan buat duit di internet. Ebook ini adalah berdasarkan pengalaman saya 100%! So, insyallah semua tip yang di ajar akan berkesan kepada anda. Ebook ni saya akan terangkan bagaimana cara untuk membuat 4 angka dalam masa 24 jam.
Tip yang di ajar adalah berkesan dan bukanya hanya sekadar teori. Saya mencuba dan mengalaminya sendiri. Saat paling seronok bila kita dapat tengok 4 angka dalam akaun bank kita hanya dalam masa 24 jam. Ebook ini mempunyai 14 atau 15 bab yang menerangkan secara terperinci bagaimana saya memilih produk, bagaimana saya pasarkan produk dan bagaimana saya menghadapi serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Kiranya ebook case study yang benar-benar berkesan.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hari ini saya cuba lari dari menulis tentang “internet marketing“. Yalah, hari-hari dengar Labanon membebel pasal IM pun bosan jugak kan
Sebenarnya sejak dari awal pembabitan saya dalam bidang design ini, ada 1 rahsia yang saya simpan sampai sekarang dan hari ini saya akan bongkarkan kepada semua. Nak tau? Baca sampai habis
Jika anda pernah membina laman web, sudah tentu anda akan merasa kekeringan idea ataupun “blank“. Serba tak kena. Idea ni tak bagus, idea tu tak sesuai. Penyudahnya, laman web tak siap dan terbengkalai macam tu je.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar kepada semua pembaca blog ini? Wah, blog ini semakin hari semakin bertambah pelawatnya dan sentiasa terupdate kerana kami sekarang dah 2 orang. Masa time-time ramai nilah saya ingin buat muhasabah diri versi ebiz sikit. Alaa… sikit jerk!
Saya sering tidak cukup masa dan saya tahu anda juga tidak cukup masa. Zhafran sering kata kepada saya yang beliau tidak pernah cukup masa nak buat design. (Nak cukup masa cam ner 2 jam dok bergayut woiii!!) Tak cukup dengan itu Zhafran sering berkata kepada saya sejak masuk Team FlareBiz nih.. tido aku 4-5 jam jer. (Nak tido lama cam ner asyik teringat kat siDIA :D)
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Fuh..hari ini merupakan hari yang memenatkan tapi agak puas sebab dapat berjumpa dengan Syed Ikhwan di Mid Valley untuk membincangkan hal-hal bisnes. Banyak juga nasihat yang saya dapat dari beliau. Beliau juga menjelaskan kepada saya tentang “fenomena” yang berlaku terhadap dirinya beberapa hari yang lepas. Kesian jugak kerana beliau terperangkap di dalam situasi dan semua orang menyalahkan beliau sedangkan beliau hanyalah menjadi mangsa keadaan. Saya juga mengambil pengajaran dari apa yang berlaku terhadapnya.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Harap berada dalam keadaan yang baik. Baiklah saya ingin berkongsi hanya 1 tips hari ini iaitu tip “Gandakan Kegagalan Anda”. Yer.. mesti anda mengatakan Labanon sudah gila kerana suruh orang gandakan kegagalan bukanya kejayaan.

Baiklah saya ingin tanya anda… bila anda nak berjaya biasanya apa yer yang anda perolehi? Kebiasaanya orang yang ingin berjaya akan peroleh pelbagai rintangan dan kegagalan sebelum mereka benar-benar berjaya. Baiklah cuba anda renungi kata-kata pengasas syarikat gergasi IBM:
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sejak kebelakangan ini kat mana-mana pun, baik blog, forum dan juga beberapa stesen television tanah air, semuanya “kecoh” tentang kisah budak lepas spm dapat RM10k
Sebenarnya saya personal, saya sudah lali dengan situasi macam ini. Benda ni saling tak ubah dengan situasi orang tak puas hati dengan status “jutawan” Irfan Khairi tidak berapa lama dulu. Juga saling tak ubah dengan situasi orang tak puas hati dengan status “Dr.” Irfan Khairi tidak berapa lama dulu. Juga saling tak ubah dengan situasi orang tak puas hati dengan status “Dr.” Chef Li tidak berapa lama dulu. Juga saling tak ubah dengan situasi orang tak puas hati dengan anda tulis sendiri..
Read the rest of this entry »