Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Jangan Banyak Cakap..

Beberapa jam yang lalu, Labanon tanpa memberi salam telah menegur saya :

“Woi..bila ko nak buat post ni ha..???”

“Aku banyak kerja laa..nak siapkan majalah lagi..nak adjust GaleriKaftan lagi..ko takpe la reti mengarah orang je” balas saya kembali

“Huhu..tu la aku suruh buat awal-awal taknak..da kesuntukan masa macam ni baru nak buat” Labanon dengan mengada-ngadanya dan seperti nenek kebayan terus membebel

“Ah bising la kau..jangan banyak cakap boleh tak..kang aku humban ke hospital sakit jiwa bla bla bla…”

Read the rest of this entry »

Fokus Membuatkan Anda Maju

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur tidak terhingga kepada Ilahi kerana limpah kurnianya saya masih sempat untuk menulis post di sini. Sama-samalah kita mensyukuri nikmat-NYA yang terlampau banyak buat kita. Apa khabar anda semua? Harapanya akan berada dalam keadaan yang sihat waalfiat.

Fokus akan membuatkan anda terus maju. Sudah ramai yang saya jumpa yang seolah-olah tiada fokus. Kejap nak buat itu dan kejap nak buat ini. Saya ada kenal si A ni. Dia sangat berminat dengan adsense… dua tiga buah blog dia setup untuk adsense gara-gara membaca kisah penggiat adsense yang berjaya. Selepas beberapa hari (tak sampai seminggu) beliau pula mula beralih kepada menumpukan kepada affiliate juga gara-gara terbaca orang yang berjaya buat duit 5-6 angka daripada affiliate.

Read the rest of this entry »

Kisah Labanon Di LiewCF.com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dikala saya sibuk membuat design bagi projek yang terbaru saya dikhabarkan berita gembira oleh partner saya bahawa cerita beliau terpampang di akhbar dimuatkan dalam post terbaru di blog blogger terkenal LiewCF. Labanon nampaknya tersenyum lebar dengan post tersebut! (Eleh aku pendapatan 6 Angka sebulan pun tak riuh haha! Gurau jah jange marah kawe Labanon)

Wah ini merupakan satu petanda baik untuk Team FlareBiz!  Baiklah saya ingin memberitahu anda sedikit tentang projek mega yang kami akan lancarkan pada 1 Feb ini. Projek ini bukan projek kampung kerana kami meminta bantuan otai-otai perniagaan Internet untuk sama-sama menjayakan projek ini. Yang pasti projek ini bukanlah satu projek yang kami boleh buat endah tak endah kerana ini adalah demi memberi informasi terkini kepada semua pengguna Internet tentang perniagaan Internet.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

thilakthumbnail.jpg

Kali ini saya membawa satu lagi kisah menarik dimana seorang remaja dari India yang sama umur dan sama pendapatan dengan saya ho ho ho!. Beliau bernama Thilak Raj Ra daripada India dan merupakan seorang blogger yang berjaya. Beliau mendapat pendapatan $3000 sebulan daripada Google AdSense, tempahan iklan dan sebagainya.

Read the rest of this entry »

Selepas 10 hari pelancaran..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Minggu ini merupakan minggu killer buat saya kerana terpaksa berhempas pulas untuk menyiapkan projek terbaru FlareBiz yang bakal dilancarkan 1 Feb ini. Projek ini memang unik dan special kerana ia menggabungkan beberapa “otai-otai” dalam bidang perniagaan internet di Malaysia. Opss..tak boleh cakap panjang-panjang. Tunggu 1 Feb ini! (yang pastinya anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk mendapatkan produk terbaru ini nanti!)

Ok back to the topic, selepas 10 hari pelancaran GaleriKaftan.com, feedback yang kami dapat dari pengunjung-pengunjung laman web tersebut amatlah menggalakkan (tentunya Labanon sangat seronok sebab dapat berhubung dengan pengunjung-pengunjung GaleriKaftan.com yang rata-ratanya adalah perempuan…oh!). Selain telah mendapat beberapa sales, antara emel-emel yang kami dapat adalah :

Read the rest of this entry »

WC300 - 5 Angka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah kali ini saya akan membuat review tentang WC300 satu peluang keemasan yang perlu direbut oleh anda. WC300 melambangkan 300 orang special dalam forum WangCyber.com. Baiklah wangcyber bagi pandangan saya ialah sebuah sekolah khas untuk perniagaan Internet! Bayangkan saya daripada zero sehinggalah menjadi macam ini kerana sering mendapatkan ilmu di forum tersebut. Untuk pengetahuan semua saya masih belum menghadirkan diri di mana-mana seminar perniagaan Internet yang di anjurkan.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Post kali ini ditulis dengan nada tidak puas hati hahaha! Wah.. umur dah sama macam saya tapi pendapatan $70 ribu($ yer bukan RM) sebulan. Beliau bernama Ashley Qualls yang menjana pendapatan $70,000 setiap bulan daripada Internet. Tengok ini bukti sekali lagi bahawa Internet memang boleh buat duit!

ashley-qualls.jpg

(Zhafran Print Gambar Ini Dan Tampal Di Dalam Biliknya.. Oh!)

Read the rest of this entry »

Adakah Anda Stress?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca setia FlareBiz.com,

Dalam kehidupan seharian, kita sering dikelilingi bermacam-macam masalah yang boleh menyebabkan kita merasa stress. Oleh kerana masalah adalah satu topik perbincangan yang amat luas, jom kita kecilkan skop perbincangan kita kepada masalah yang dihadapi dalam mengejar impian hidup kita.

Beza orang yang berjaya dan orang yang tidak berjaya adalah amat mudah. Orang berjaya adalah orang yang mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah manakala orang tidak berjaya adalah orang yang tunduk kepada masalah yang dihadapinya. Fokus saya pada post kali ini adalah untuk berkongsi dengan anda apa yang sering saya lakukan sebagai jalan penyelesaian untuk mengurangkan stress tatkala kepala otak saya diselubungi masalah yang menimbun.

Read the rest of this entry »

RM1 juta Dalam Masa 24 Jam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin memberi sedikit sentuhan kepada minda anda. Ada di antara kita yang terlalu sempit fikiranya sehinggakan sukar untuk menerima hakikat bahawa melalui perniagaan Internet kita mampu untuk menjadi jutawan. Alaaaa.. RM1 juta tu sah memang tak percaya bahkan RM100 dalam masa sehari pun ada yang tak percaya.

Lagi menyedihkan mereka melabelkan diri kita sebagai menyertai pelaburan haram jika mendapat RM100 sehari. RM100 sehari sehari tidak menjadi perkara mustahil lagi jika anda memiliki produk sendiri. Ok baiklah back to the topic.

Adakah anda percaya bahawa melalui perniagaan Internet mampu untuk menjana pendapatan sehingga RM1 juta dalam masa satu hari? ( Ayoyoyo Manyak Masyuukk Wang Lu)

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Hari ini merupakan hari yang sungguh bahagia buat Labanon kerana menerima video penghargaan daripada Zamri Nanyan. Pada mulanya beliau agak “segan-segan” untuk menyiarkan video ini di blog tetapi setelah di”paksa” oleh saya akhirnya Labanon yang “malu tapi mahu” itu akhirnya bersetuju untuk menyiarkan video ini :D Kehkehkeh

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ok hari ini saya ingin sambung menjawab soalan para pembaca… Ini merupakan part 2 so, anda sepatutnya membaca part 1 dahulu sebelum membaca post hari ini.

Baiklah soalan seterusnya yang anda perlu tanya ialah apakah target market anda?

Yer betul… saya tahu target market anda ialah pengguna Internet. Tetapi jawab soalan saya ini dulu.. Anda ingat berapa orang yer pengguna Internet? Mustahil anda dapat fokus kepada semua pengguna Internet untuk pemasaran! Saya ulangi M-U-S-T-A-H-I-L! Jadi anda perlulah kecilkan sedikit skop target market anda supaya anda tidak akan melakukan promosi yang sia-sia. Dengan mengetahui skop promosi anda.. promosi anda akan lebih berkesan. Jika anda ingin menjual video menukar tiub anda perlulah melakukan promosi di forum-forum basikal,kereta dan sebagainya dan bukanya promosi di forum-forum mencari jodoh dan sebagainya. Memanglah boleh anda lakukan promosi cuma mungkin akan kurang berkesan. (Oh! Adakah anda betul-betul ingin membuat video cara menukar tiub? Tidak itu idea saya!)

Baiklah adakah anda kenal Edmund Loh? Beliau merupakan salah seorang IM yang sudah terkenal dan beliau hanya menumpukan produk tentang Resell Rights(RR), Master Resell Rights(MRR) dan Private Label Rights(PLR). Lihat beliau mempunyai niche yang tersendiri :)

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah hari ini saya ingin menjawab salah satu soalan daripada rakan kita yang juga pembaca blog flarebiz ini. Soalanya berbunyi lebih kurang begini “Bagaimana nak mula ebiz?”. Baiklah saya cuba untuk berkongsi di sini agar pembaca lain juga boleh mendapat beberapa tip di sini secara tidak langsung akan menjadikan blog ini lebih berinformasi.

Baiklah langkah pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda hendak cuba cari duit secara online ni?

Anda perlu tanya diri anda dahulu kenapa…kenapa dan kenapa nak cuba perniagaan Internet. Jika jawapan anda hanya sekadar ingin mencuba.. saya nasihatkan agar lupakan sahaja kerana sudah ramai yang gagal kerana ingin sekadar mencuba tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh untuk bermula perniagaan Internet ini agar apabila anda ditimpa musibah ia tidak akan menjejaskan semangat anda yang sedang membara tersebut. (tengok Zhafran mempunyai semangat yang membakar seperti logo flarebiz :D dalam mengejar cita-citanya)

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Wah, nampaknya semakin bersemangat saya untuk menulis di blog ini. Harap-harap bukan hangat-hangat telor ayam lah yer :D

Baiklah, saya tidak akan merepek panjang-panjang lagi dan terus direct to the point. Seperti yang telah digembar-gempurkan dalam post yang lepas, Team FlareBiz akan muncul dengan pelbagai projek yang berkaitan dengan design dan salah satu daripadanya adalah menyediakan khidmat merekabentuk Wordpress Theme.

Ya, team kami akan merekabentuk theme tersebut from scratch. Kami bukan rip theme orang ya. Jangan salah faham. ;) Kami juga menyediakan khidmat untuk merekabentuk logo dan juga site mascot (jika perlu) untuk theme wordpress anda untuk memastikan theme anda betul-betul unik. Contoh theme, logo dan juga site mascot adalah seperti yang anda sedang lihat di blog ini :D

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdullilah, akhirnya saya berpeluang juga untuk menulis di blog FlareBiz ni. Terima kasih kepada empunya blog ini, Labanon kerana memberi peluang untuk menjadi partner beliau dalam bidang IM ini. Siapa saya? Sila baca “Mengenai Kami” blog ini :D

Alhamdulillah, tanggal 6 Muharam 1429 Hijrah (dalam masihi kira sendiri), flarebiz.com bukan lagi hanya wujud dialam maya, bahkan telah melebarkan sayapnya ke dunia realiti. FlareBiz Network (KT0236135-D) adalah nama syarikat kami. Semoga dengan penubuhan syarikat ini akan menguatkan lagi semangat dan azam kami untuk mencapai target kami pada tahun ini!

Setelah bertukarnya theme Blog FlareBiz ini, maka secara rasmi lah saya menjadi penulis baru di blog ini. (Diharap anda semua sudi menerima kehadiran saya di blog ini ya). Terima kasih tak terhingga juga kepada partner design saya, Arman yang bersusah payah sehingga tak tidur malam untuk menyiapkan theme ini.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah syukur kepada ilahi kerana dengan limpah kurnianya kami dapat melancarkan gedung kaftan no 1 di Malaysia (Banyak laa kau punya no 1). Projek ini merupakan projek pertama gandingan saya dengan partner baru (Ehem boleh tahan) dan kami mampu siapkanya dalam masa yang singkat. GaleriKaftan kami buat warna pink supaya anda tenang dalam memilih kaftan yang anda inginkan. Kaftan ni merupakan pakaian yang agak tersohor di Kelantan dan Terengganu.

galeri.gif

Ehem.. mungkin akan ada yang mengatakan harga kami adalah mahal tetapi ingatlah harga yang kami tawarkan adalah berpatutan! Kenapa mahal tetapi berpatutan? Sebenarnya taklah mahal tetapi anda jer yang kata mahal. Kaftan yang kami sediakan adalah bermutu tinggi kain fuji dan batik buatan tangan (bukanya batik yang dicop) . Baiklah serba ringkas tentang GaleriKaftan.com:

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah terasa lebih hangat kerana 2 hari lagi ingin sampai pada 15 haribulan iaitu hari yang ditunggu-tunggu oleh kami sendiri dan sudah pasti anda juga ternanti-nanti wajah baru blog kami ini. Baiklah berdasarkan post saya sebelum ini saya ada menyentuh tentang Joint Venture Ala-Ala Kampung dan post kali ini ingin menjelaskan lebih lanjut tentang JV tersebut.

Baiklah kami ingin meminta bantuan anda blogger supaya membuat review tentang website jualan pakaian wanita kami yang akan di lancarkan pada 15hb ini. Review tersebut mestilah menarik yang mampu membuat orang melawat laman web kami tersebut. Jika anda membuat review di blog anda saya akan memberikan anda “10 PLR Ebook” kepada anda.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perhatian kepada pembeli ebook Tip AdSense yang masih belum mendapat ebook anda sila contact saya dengan segera. Maaf di atas kesulitan ini kerana email saya problem.. saya dah hantar cuma tak sampai-sampai dan saya dah hubungi pihak hosting dan mereka sekarang sedang memperbaikinya. Ya janji saya sampai sebelum 24 jam.. namun ada sedikit masalah menimpa pihak kami. Harap anda semua faham yer.

Saya baru perasan bahawa email yang saya hantar tidak sampai langsung. Bukan lewat tetapi tidak sampai dan ini menyebabkan pembeli ebook kurang sabar :) Takpe saya faham perasaan anda dan harap anda banyak-banyak bersabar dan pihak kami cuba sedaya upaya mengatasi masalah tersebut. Bila anda contact saya harap anda beritahu kami pakej mana yang anda beli kerana senang kami nak semak email anda. Harap dapat beri kerjasama.

Baiklah  saya akan melancarkan gedung pakaian wanita pada 15 haribulan ini dan begitu mengharapkan sokongan anda. Tanpa sokongan anda kami di sini tidak dapat berdiri seteguh ini. Apa kata anda bantu kami. Setuju? Jika anda bantu saya saya akan beri anda hadiah! Ya, hadiah yang boleh kata lumayan jugak walaupun bukan berbentuk wang ringgit.

Kira JV ala-ala kampung lah ni. Sebelum saya pergi lanjut.. nak tengok dulu siapa yang bersetuju? Tinggalkan komen anda… Oh, ya.. kami memerlukan kepada mereka yang mempunyai blog sahaja!

sekian.

p/s: Siapa yang setuju sila tinggalkan komen walaupun ringkas :) Kalau ramai kami akan cari hadiah yang power - power sikit :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya blog ini akan berubah wajah pada 15 haribulan ini :) dengan wajah yang lebih menarik dan mencerminkan profesional dalam blogging. Team FlareBiz kini terdiri daripada dua orang hehe jeng jeng jeng! yang sama-sama akan menulis di sini kelak dan saya tidak akan lagi mengalami kebuntuan menulis post di sini. Hohoho! Beliau juga nampaknya tidak sabar ingin berkongsi maklumat dengan semua pembaca di sini (nampak macam banyak info.. takpe kita tunggu). Team kami juga akan lebih bahagia meriah dengan kehadiran “Mat Biz”. Siapa tu? Oh inilah nama bagi mascot kami yang kami akan pamparkan pada 15 haribulan ini.

Read the rest of this entry »

Kerja Lepas SPM?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah syukur tidak terhingga kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk saya menulis post di sini dan berkongsi sedikit maklumat bersama anda. Apa khabar anda semua? Harap anda juga berada dalam keadaan sihat waalfiat dan dapat membaca post ini dengan tenang.

Baru-baru ini kawan saya ada menelefon saya dan bertanyakan adakah saya bekerja time cuti panjang cam ni. Dialognya adalah seperti di bawah:

Read the rest of this entry »

Next Project - Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Alhamdulillah saya rasa projek ebook 101 Tip AdSense Terbongkar sudah berjaya bagi sudut pandangan diri saya kerana sudah mencapai target apa yang ingin saya capai. Walaupun permulaanya dikatakan menerima pelbagai kritikan daripada mereka yang ingin melihat saya lebih jauh berjaya. Terima kasih saya ucapkan di atas pandangan ikhlas mereka.

Saya sendiri sudah putus asa sebenarnya ingin melancarkan ebook adsense kerana beberapa faktor antaranya persaingan, kualiti produk  (produk orang lain bagus-bagus) dan sebagainya.  Namun alhamdulillah diberi pentunjuk oleh Allah bagaimana saya ingin memasarkan produk ini dan dengan bantuan semua pihak saya berjaya pasarkanya dengan baik. Saya sendiri juga sudah memperbaiki kritikan dan komen yang diterima dan harap anda berpuas hati.

sikit.gif

Baiklah Team FlareBiz bakal bergerak selangkah lagi dengan new project yang dijangka akan dilancarkan pada 10 haribulan ini. Apa projeknya Labanon? Wanita. Erk kau nak nigakan wanita dekat internet ker? Isk2 tak patut. Eh mana ada! Nak berniaga pakaian wanita :) Hmm.. apa agaknya? Biarlah rahsia dulu dan apa yang penting kami kini menumpukan sepenuh perhatian kepada projek terbaru kami ini. Ya, kami betul-betul kena pastikan projek kami ini berjaya walaupun kami tahu kejayaan ini bukan mudah dan team SaifulSham sendiri pun bercakap mengenai beberapa kegagalan mereka di blog mereka.

Kenapa wanita yer? Seperti yang diketahui umum wanita mempunyai kuasa beli yang tinggi dan sememangnya pembeli secara online juga didominasi oleh golongan hawa dan kaum adam lebih berhati-hati untuk mengklik butang “BUY NOW” hehe. Cuba anda bayangkan jika wanita tidak dibernarkan menggunakan Internet sudah tentu banyak kedai online yang lingkup bukan? Ho Ho Ho! Apa yang saya mengarut ni?

Bagaimana dengan anda? Apakah projek anda seterusnya? Bulan Januari sudah masuk hari ke tujuh hari ini. Jangan tunggu hari itu berlalu sebegitu sahaja… lakukanlah sesuatu yang boleh membuatkan akaun anda di block Ho Ho Ho! Best betul lepas SPM dapat tumpukan perniagaan Internet 100% guna tanpa was-was dan disahkan oleh JAKIM! Erk…
Sekian.

p/s: Tahukah anda bahawa ebook 101 Tip AdSense Terbongkar sangat laris? Jadi lariskan lagi dengan klik di sini.