Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Sudah tentu semuanya busy-busy belaka di hujung-hujung tahun ni maklumlah sekolah dah nak buka dan beberapa perkara yang perlu diperbaharui seperti roadtax dan sebagainya. Alhamdulillah kelmarin saya berjaya melancarkan satu ebook dan saya berharap anda semua berpuas hati dengan ebook tersebut. Alhamdulillah jualanya juga cukup memberangsangkan dan saya sangat berharap Allah masih panjangkan rezeki saya untuk tahun 2008 ini.

Walau apa pun yang terjadi anda bersabar dan bersyukurlah. Ini kerana ia sudah takdir. Bangunlah, jika Dia mengkehendaki anda berdiri, dan duduklah jika Dia menyuruh anda duduk! Bersabarlah ketika Allah menjadikan diri anda seorang yang fakir, dan bersyukurlah manakala Dia menjadikan diri anda orang yang kaya-raya.

Apa-apapun saya telah melawat ramai blog kawan-kawan dan semuanya dengan azam masing-masing yang begitu mencabar dan saya yakin dan percaya mereka akan mencapai impian masing-masing. Saya juga tidak ketinggalan ingin menceritakan sedikit apakah impian dan azam saya pada tahun 2008. Ayuh kita tengok :D

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

banner1.gif

Alhamdulillah syukur tidak terhingga kepada Allah kerana akhirnya saya mampu untuk melancarkan ebook ini setelah pelabagai susah dan duka terpaksa di hadapi. Setelah mendapat komen daripada bro Sham Rajaads, Kak Linn, bro SmartUsaha, bro Syed Ikhwan, bro Fai, bro Alang, bro Hasrul, bro Shuth, bro Naem dan beberapa orang lagi saya terpaksa memperbaiki ebook tersebut sebanyak beberapa kali. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada mereka kerana tanpa mereka tidak akan wujud ebook 101 Tip AdSense Terbongkar sebagaimana hari ini. Semoga Allah sahaja yang mampu membalas jasa mereka.

Terima kasih juga diucapkan kepada beberapa orang yang sudi ditemuramah seperti bro LiewCF, bro Shuth, bro Syed Ikhwan, bro Mohd Ismail dan kak Nor. Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan di YM, kawan di WC dan pembaca blog ini yang tidak henti-henti support saya. Terima kasih semua!

Baiklah hari ini merupakan hari pelancaran ebook 101 Tip AdSense Terbongkar dan saya meletakkan harga promosi iaitu RM15. Anda boleh baca sales letter di sini. Saya sarankan anda semua dapatkan ebook ini segera sementara masih ada lagi harga promosi. Jika masih ada kekurangan pada ebook ini saya memohon maaf dan insyallah siapa yang membeli akan dapat versi update secara percuma!

sekian.

p/s: RM15 dan anda akan mendapat pelbagai bonus yang berbaloi! Murah beb!

p/ss: Pelaburan berbaloi untuk seumur hidup!

Ebook Kena Rombak Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Ketika anda membaca post ini saya sekarang sedang berada di Perdana Resort di Kelantan dan mungkin sedang mandi kolam HOHOHO! Lama tak pergi bercuti dan rasanya hari ini adalah hari yang terbaik untuk saya mencari idea yang lebih bernas di sana.

Ebook kena rombak lagi? Ya, sekali lagi saya terpaksa baik pulih ebook setelah mendapat beberapa komen lagi daripada pakar adsense. Sudah tentu ebook ini akan menjadi lebih bagus insyallah namun harganya tetap tidak naik iaitu RM15 :) Ingat untuk pembeli terawal sahaja yer… Siapa cepat dia dapat! Saya sudah mendapat banyak booking daripada rakan-rakan di YM untuk ebook ini. Hmmm… Maaflah saya tidak membuat penjualan sebegitu :)

Bagi saya siapa cepat dia yang dapat dan anda terpaksalah sentiasa tengok-tengok blog ini. RM15 adakah banyak bagi anda? Adakah pelaburan RM15 tidak berbaloi untuk 101 tip adsense? Oh, nak bersiar-siar di bandar sambil makan tengahari pun belum tentu cukup.  Jika anda ingin menyesal jangan dapatkan ebook ini :) Hehe!

Wokeh saya dah nak kemaskan barang ( ni time dok tulis post, sekarang saya sedang bersantai di tepi pantai ataupun sedang berBBQ :P )

sekian

Aku dan Nokia 1100

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini mahu lagi kongsi satu pendapatan dengan anda sebagai pembaca blog ini. Di harap anda juga mampu memberi pandangan anda tentang tajuk post saya hari ini. Ini hanyalah sekadar pendapat saya sebagai insan biasa namun terasa ingin meluahkan perasaan di sini. Oh, ketika sendang menulis post ini saya masih menunggu SMS daripada sesorang. :D

Seperti biasa apabila musim perayaan kami sekeluarga akan berkumpul di rumah nenek saya. Di sanalah saya akan bertemu dengan semua sepupu saya sungguh seronok. Melihat pelbagai ragam dan karenah malam itu dan kebiasaanya kami semua akan berbual beramai-ramai malam tersebut. Saya dan sepupu-sepupu yang lain sedang melihat tv dan di tangan mereka sudah tentu gadget yang tidak asing lagi buat remaja kita pada dewasa ini iaitu hanphone.

Semuanya sudah canggih-manggih handphone diorang dan semuanya mampu memuat turun MP3 daripada komputer ( kira boleh dengan MP3 ler ) . Nampak happy mereka dengan handphone masing-masing dan sudah tentu setiap kali selepas raya mereka akan menukar handphone ( lepas dapat duit raya ). Saya pula hanyalah insan biasa yang hanya mampu memakai handphone Nokia 1100 yang sudah hampir 2 tahun saya menggunakanya. Sejak saya mengenali dunia bisnes dan mula mendalami ilmu pengurusan kewangan, nafsu ku terhadap perempuan  handphone sudah pudar. Nak kata pudar secara automatik tu takder lah tetapi saya sengaja pudarkanya. Setiap kali terlintas di fikiran hendak membeli handphone baru yang lebih canggih saya akan kata kepada diri saya “Jangan… Itu perkara yang merugikan! Jangan menyesal nanti!

Bagi saya handphone hanyalah penting sebagai perhubungan dan untuk hiburan tu baik cari alternatif lain. Handphone baru akan turun harga 200-300 selepas beberapa bulan dan itu menunjukkan satu pelaburan yang tidak bijak dilakukan oleh kita jika handphone tersebut tidak dapat membantu kita membuat wang HOHOHO! Mungkin bagi orang atas produk MLM mungkin handphone yang mahal-mahal ini sesuai bagi mereka kerana ingin menunjukkan kemewahan supaya orang menyertai program mereka. Bagi hal demikian tidak mengapalah namun untuk pelajar sekolah bagi saya handphone yang mahal sebegitu tidak perlu. Mungkin bagi anda “ah.. tak apa bukan duit aku“. Kerana “takpe” lah yang membuatkan kita terus rugi dan rugi. Ingatlah duit adalah untuk membuat lebih banyak duit. Ingat tu!

Saya pula planning ingin menukar handphone apabila Nokia 1100 saya yang buruk ini rosak dan insyallah saya akan membeli handphone yang dapat memudahkan perniagaan Internet saya. Bagaimana tu? Saya pun tidak tahu hahaha! Tapi yang penting saya tidak akan menukarkan handphone saya sewenang-wenangnya tanpa alasan kukuh dan menguntungkan kerana handphone bukanlah suatu aset :) Handphone yang berharga RM2000 jika tidak mampu memberi manafaat langsung kepada anda untuk membuat duit bagi saya itu adalah perkara yang sungguh malang dan langsung tidak bermanfaat kerana selepas itu sudah pasti harga handphone akan terus turun dan turun. Kan lebih baik jika duit tersebut anda simpan dan buat modal untuk bermula perniagaan kecil-kecilan :)

Apa-apapun ini adalah pendapat masing-masing dan saya tiada hak, yer lah duit andakan. Cuma harap post ini mampu untuk menyedarkan anda. Mungkin dalam hati anda akan berkata “Eleh, dia tak mampu nak guna henset mahal sebab tulah dia buat post ni“. Itu terpulang kepada anda kerana kalau setakat ni saya nak pakai handphone berharaga RM2000 - RM3000 tu mampu lagilah :)

Adakah kerana handphone menunjukkan seseorang itu kaya? Jika jawapan anda “YA”, nampaknya anda perlu lagi belajar memahami apa itu aset dan liabiliti. Beli hanya apa yang perlu itu adalah prinsip jutawan!

Salam cemerlang, Jumpa lagi.

Pemasaran Adalah Segalanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan masa untuk menulis post di sini. Hari ini menulis sekadar santapan minda kepada anda semua pelawat setia blog ini terutamanya bagi mereka yang mempunyai produk sendiri. Pemasaran adalah segala-galanya bagi menjamin sesuatu produk itu berjaya atau tidak.

Baiklah pertamanya sudah tentu anda perlu memiliki produk yang bagus namun ada juga kes dimana produk tidak bagus tetapi dikategorikan sebagai produk yang berjaya. Sekaligus membenarkan kata-kata Donald Trump “Tidak ada guna andainya anda memikirkan produk anda bagus dan seluruh dunia memerlukan produk anda namun jika anda gagal untuk memasarkanya anda tetap seorang yang gagal” (You Fired!) Untuk mendapatkan produk yang bagus adalah amat mustahil dimana kita hendak memuaskan hati semua pihak dan kebiasaanya dan kebanyakkan produk adalah sederhana. Ya betul, sederhana nak kata bagus tak jugak, nak kata tak bagus pun tak jugak. Namun apakah yang membezakan sama ada produk tersebut berjaya atau sebaliknya? Pemasaran.

Pemasaran adalah nadi kepada sebarang perniagaan. Tidak ketinggalan juga bagi perniagaan Internet, berdasarkan penyelidikan dan pengalaman saya pemasaran merupakan perkara terpenting. Tanpa pemasaran walaupun produk itu bagus tetapi salesnya akan tetap slow. Pemasaran yang berkesan akan boost income bagi produk anda. Lihat sahaja bagaimana sesorang itu boleh menjadi jutawan Internet… mereka bijak memasarkan produk mereka. Irfan Khairi sendiri pernah berkata beliau hanya mempunyai design skills yang biasa malah ramai lagi yang design lebih cantik daripada beliau namun mereka tidak mempunyai kepakaran dalam pemasaran. Bling! Saya tersentak selepas membaca kenyataan Irfan Khairi, tanpa di sangka-sangka itulah sebenarnya punca beliau berjaya. Apa yang menyedihkan ramai yang memikirkan beribu cara untuk memantapkan produk lantas memandang enteng aspek pemasaran so akhirnya pulangan perniagaan mereka adalah tidak seberapa.

Adakah anda sudah faham apa yang ingin saya sampaikan? Jika anda mempunyai produk pastikan anda rancang betul-betul pemasaran bagi produk anda. Jangan hanya pandang endah tak endah aspek ini. Jika anda betul-betul ingin berjaya dalam perniagaan Internet perhebatkan cara pemasaran anda. Bagaimana? Fikir-fikirkanlah :)

salam cemerlang dan jumpa lagi next post!

p/s: Ebook saya akan dilancarkan kelak.. simpan RM15 :)

Penjualan Ebook dan Harga

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Saya berharap anda berada dalam keadaan yang sihat waalfiat. Adakah anda sedar  sekarang sudah banyak ebook dalam pasaran Malaysia? Oh, perkara ini sudah lama berlaku untuk pasaran luar dan ini bermaksud sudah berbagai ebook diterbitkan di luar sana. Alhamdulillah ebook di Malaysia sudah pesat nampaknya diterbitkan. Tahniah kepada mereka yang berjaya menerbitkan ebook.

Saya juga pernah mendengar cerita bagaimana seorang penjual ebook yang kaya raya dengan hanya menjual ilmu yang sedia ada dalam internet. Secara mudahnya semua orang dah tahu benda tersebut. Adakah kita boleh ingin salahkan dia? Adakah kita ingin mengatakan dia menipu? dan berbagai lagi perasaan marah kita terhadap penjual ebook tersebut. Tetapi sedarlah mereka sebenarnya menjimatkan masa kita. Kita tidak lagi perlu bersusah payah untuk mencari ilmu tersebut. Kira macam kita bayar untuk segala penat lelah dia untuk menyusun segala maklumat supaya kita lebih mudah memahaminya.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini seperti biasa masih sibuk dengan ebook 101 Tip AdSense Terbongkar dan masih menunggu beberapa testi lagi untuk ebook tersebut. Selagi takde testi tak boleh nak launch huhu kerana testi sebahagian daripada sales letter membunuh! Ya untuk menghasilkan sales letter yang membunuh salah satunya kita mesti mempunyai testi yang membunuh.

Setelah saya bagi beberapa orang review ebook ini rata-rata mereka menganggap ebook ini adalah terlampau murah. Mereka masing-masing memberi pendapat ebook ini sebaik-baiknya jual dengan harga RM40! Saya ulangi RM40! Ya itu nilai sebenar untuk ebook 101 Tip AdSense Terbongkar ini. Apa-apapun saya masih berdegil hehe untuk meletakkan harga ebook ini RM15 sebagai permulaan dan saya juga akan menaikkan ebook tersebut sampai masanya, so jangan lepaskan peluang menjadi antara yang terawal untuk mendapatkan ebook ini.

101 Tip ini adalah tip asas kepada newbie adsense yang masih terpinga-pinga dengan adsense. Saya bersusah payah mengumpulnya untuk anda dan seterusnya menjimatkan masa anda. Ya, jimat masa dan anda tidak perlu lagi bersengkang mata untuk mencari pelbagai tip adsense. Apa-apapun saya berharap semua memiliki ebook ini :D Yer laa ebook murah.. beli ler sorang satu ehehe.

Sales letter pun satu hal, payah juga nak buat ianya benar-benar killer! Membunuh! Sekali baca terus beli. Erk ingin diulangi killer dengan menipu lain yer. Sales letter yang menipu memang killer tetapi menyebabkan pembeli rasa tertipu. Oh, saya tidak menggunakan prinsip begitu. Saya masih lama ingin menjadi penjual ebook :)

sekian, jumpa lagi dalam next post!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ahh.. pendapatan Google AdSenseku menurun lagi untuk semlam.. perbezaanya ialah $0.15 daripada hari sebelumnya. Harap hari ini pendapatanku akan meningkat namun masih tidak dapat menandingi pendapatanku ketika saya masih belum masuk hostel. Huh! Masa tu memang best :) Apa-apapun kita perlu berusaha dan berusaha! Caiyok! Baru wujudkan satu lagi blog baru :) hehe

mcdonaldslogored.jpg

Apa-apapun ebook 101 Tip AdSense sudah 100% complete dan hanya tunggu untuk pasarkan sahaja. Baru lepas setup affiliate fuh pening kepala betul… patut lerr orang charge RM100 untuk pemasangan affiliate ni.  Memang betul-betul sakit kepala main dengan post affiliate walaupun ilmu dah ada sikit-sikit di dada hehe nampaknya praktikal dan pembacaan adalah tidak sama.

Ebook ini akan dilancarkan dengan harga RM15 dan terdapat 2 pakej! Hehe saya rasa saya ingin buat pakej ini unik sedikit dan menggunakan teknik ala-ala MC Donald. Tengoklah bagaimana hasilnya harap-harap teknik ini berkesan. Kalau berkesan insyallah saya akan bongkarkanya lagi! Hehe… Apa-apapun saya hanya mampu mengharapkan yang terbaik untuk ebook ini setelah berbulan-bulan lamanya prepare untuk ebook ini.

Saya sudah cuba sedaya upaya untuk menghasilkan ebook yang terbaik so andalah yang menilainya bila dilancarkan nanti. Pastikan anda orang yang terawal mendapatkan ebook saya kerana tepat 12 malam pada 1 Januari ebook tersebut akan naik harga. Ya kira promosi hujung tahun laa ni. Apa-apapun terima kasih kepada yang sentiasa support saya. Owh ya, ingin sekali lagi tegaskan di sini ebook ini merupakan betul-betul perkongsian daripada pakar. Ya mereka yang menjana ribuan ringgit daripada Google AdSense! So, harap ianya dapat membantu anda. 101 tip yang diajar mungkin tidak sesuai kepada semua namun saya berharap separuh daripada tip tersebut sesuai untuk anda. Yosh!

Itulah sedikit sebanyak tentang ebook 101 tip adsense terbongkar dan tentang diri saya yang semakin stress haha. Siapa kata full time blogger ni dok relex jer? Hoho! Banyak kerja yang perlu dilakukan dan perlukan banyak kesabaran.

Sekian.. salam cemerlang.

Perjumpaan IM Kelate

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Hah! Saya lama tak update sebab nak bagi peluang anda semua suggest harga ebook yang bakal saya akan keluarkan. Saya dah bagi kepada beberapa orang review ebook ni dan nampaknya masih perlu diperbaiki...alhamdulillah syukur kerana kualiti ebook akan bertambah. Saya juga dah habis baiki ebook tu cuma tunggu beberapa testimonial dan insyallah saya akan lancarkan pada hujung bulan ini. Harap semuanya berjalan lancar dan saya tetapkan harga bagi ebook ( buat masa sekarang laa) RM15.

Hari ini merupakan hari yang penuh dengan pengalaman baru bertemu kawan-kawan di alam siber. Saya bertemu 3 orang hari ini iaitu Syawarama,Kasyidi dan Ramzan ( RajaBlog). Fuh! Pertemuan begitu gilang-gemilang walaupun hanya terdiri daripada 4 orang :D Nak dengar cerita tak? Ok..

Saya sampai KB Mall pukul 1.30ptg lagi maklumlah tepati masa. Hehe round-round dalam tu dulu dan pergi kejap dekat Popular tengok buku-buka yang memang nak beli satu hajatnya. Then pergi surau untuk solat zohor takut bila berbual nanti tak ingat pulak solat ni ( eh bagus budak ni). Hohoho! Then lepas solat terus ke A & W tunggu orang laa yang konon-kononnya 8 orang mahu hadir. Saya SMS Kasyidi dan Ramzan dan mereka kata ON DA WAY! Banyak cantik pukul 2 janji, pukul 2 baru diorang bertolak! Khabarnya Kasyidi bertolak pukul 1 lagi maklumlah daripada Besut.

Dok tunggu depan tu dah rasa tebal muka ni macam mascot A & W pulak. Eh, mana diorang ni… Alamak patut ler saya tak ingat tinggal no phone dekat dalam Wang Cyber forum. Huhuhu! “Tapi takpe sure diorang kenal Labanon.. ek eleh takkan tak kenal labanon.. seluruh dunia kenal LABANON la weii” saya cuba sedapkan hati yang sudah tak berapa sedap ini. ( maksud Labanon dekat situ ialah negara Lebanon ) hehe. Then ada la sorang pakai kaca mata hitam fuh! Memang gaya ala-ala IM yang terkenal.. Kalah Gobala Krishnan beb.. Lalu depan saya… baru nak tegur… ada kawan dia yang mat Punk tegur huhuhu memang sah bukan IM! Mujur tak tegur hehe.. start daripada situ dah mula berhati-hati nak tegur orang.. Apa lagi teruskan dengan gaya mascot A & W :D

Di pendekkan cerita… Ramzan pun datanglah ke dalam A & W dan jumpa dengan saya. Kemudian Syawarama ala-ala komando datang mengintip perbualan kami ( hehe dah 4-5 kali lalu depan kami tapi tak berani nak tegur ) Hohoho! Nasib baik dia dengar kami dok berbual pasal pay.com klu tak jadi komander laa kat situ. Kemudian Kasyidi pun datang sebelum tu dia kol kata dup cari parking. Dekat 30 minit jugak cari parking.. sian jugak kat dia. ( takper berbaloi dapat ebook free)

Hah! Bermula ler tempoh berbual kosong tapi berisi. Yer ler.. berbual pasal ebiz dan kami saling bertukar-tukar idea. Fuh! Semua topik keluar dan harap saya dapat juga membantu anda hari ini. Eh Syawarama suruh order baru saya nak keluarkan duit tapi dia dah keluarkan ( untuk belanja lerr ) hehe cepat-cepat ler saya masukkan semula duit dalam poket muahaha! Jimat beb nak beli buku pulak kat popular jap lagi. Lepas berbincang sambil makan pulak idea bernas makin timbul ( yer laa takdi lapar.. idea kosong jer) sekarang idea semakin bernas dan kami setuju untuk buat satu projek amal. Shhh… jangan bocorkan lagi. Then lepas tu lagi, dup berbual sehinggalah kami pun berangkat pulang… sebelum pulang tu ada laa jugak ambik gambar sekeping buat kenang-kenangan.

Tengok gambar ni:

gath.gif

Inilah muka-muka IM Kelate yang berjaya! Hehe berjaya sampai di KB Mall dengan selamat. “Yang baju merah tu laa jadi mascot A & W tadi abah.. cutenyer..” saya terdengar ada budak di belakang berbisik dekat ayah dia. Isk2! :(

Selepas itu kami semua berangkat pulang… dan inilah pertemuan terindah kami :) sebagai penutup tahun 2007. Semoga tahun depan dapat buat gath lagi dengan lebih ramai penyertaan! Yosh! Laporan khas daripada KB Mall… Saya pun pergi beli buku ” Rich Dad Poor Dad ” dah lama nak baca so beli dalam bahasa Inggeris baru lah betul-betul lama baca muahaha kena kau Labanon… Ehem-ehem tumpang bro Ramzan pulang hehe.. tq bro!

sekian..

p/s: Ebook saya akan dikeluarkan kelak.. simpan RM15 tu!

p/ss: Ada same post kat sini 

3 Benda Dalam Satu Harga

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini blog FlareBiz merupakan blog pertama yang saya update :) dalam mood raya ini saya ingin memberitahu kepada anda dahulu ebook yang bakal saya keluarkan. Setelah bersusah payah akhirnya saya berjaya menghasilkan 1 ebook dan 2 report dan saya ingin menjualnya dalam satu harga kerana produk tersebut saling berkaitan.

Lihat 3 produk tersebut:

newcovers.gif

101 Tip AdSense Terbongkar: 118 m/s

covertemubualbru.gif

Temubual Eksklusif 5 PAKAR AdSense: 25 m/s

termacover.gif

Terma dan Polisi AdSense 100% Dalam Bahasa Malaysia: 30 m/s

Lihatlah produk-produk digital yang bakal dijual oleh saya dengan harga yang paling berpatutan. Berapa RM agaknya yang sanggup anda bayar untuk mendapatkan produk di atas? Hmmm RM15 ok ker? Hehe

p/s: Simpan duit raya tu buat beli ebook 101 Tip AdSense Terbongkar! :D

Kepercayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Harap berada dalam keadaan yang sihat waalfiat hendaknya. Pertamanya saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog ini. Sekadar ingin beritahu kepada sesiapa yang beraya di Kelantan, warga WangCyber akan mengadakan perjumpaan IM Kelantan di KB Mall pada Sabtu ini. So, anda bolehlah kalau hendak join perjumpaan kami. Hanya sekadar ingin merapatkan silaturahim.

Baiklah kita teruskan dengan post kali ini.Apakah yang dimaksudkan dengan kerpercayaan minda? Daripada segi psikologi, kepercayaan minda adalah sistem kepercayaan yang terbentuk dalam minda manusia yang terhasil daripada persekitaran. Kerpercayaan menentukan apa yang kita inginkan dan apa yang kita lakukan apabila kita melalui sesuatu situasi.

Percayakah anda bahawa anda akan menjadi jutawan kelak? Jika anda tidak percaya dan berkata “Mana mungkin, payah ler nak jadi jutawan ni” atau sebagainya, kemungkinan besar anda tidak membentuk matlamat yang besar untuk dicapai. Hasilnya anda akan betul-betul tidak ada peluang untuk menjadi jutawan. Begitulah pentingnya kepercayaan terhadap diri sendiri, abaikan apa orang hendak kata selegi kata-kata mereka tidak membina. Tetapkan matlamat anda dan bertindak supaya anda sampai dan mampu mencapai matlamat anda itu.

Akhirkata cuba anda renungi kata-kata bijak bestari ini:

“Bagi menjadi jutawan, anda perlu memiliki minda jutawan” - John Paul Getty

Namun anda perlu ingat kepercayaan tanpa tindakan adalah satu benda yang sia-sia. Tindakan tanpa kepercayaan merupakan tindakan orang yang bodoh.

Salam cemerlang jumpa lagi pada post berikutnya.

p/s: Sesiapa yang hendak pergi ke KB Mall Sabtu ini bolehlah pergi ke perjumpaan IM Kelantan pada pukul 2.00 ptg di Mc Donald. Kedatangan anda amat dialu-alukan :)

Wawasanku, Wawasanmu Jua

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kelmarin best pergi tengok air yang dah makin surut dekat PCB tapi yang sedihnya pantai PCB semakin kotor. Sekarang jam menunjukkan pukul 4.30 pagi dan saya baru sudah update semua blog-blog saya dan seperti biasa blog ini merupakan blog yang terakhir akan saya update.

Baiklah “Wawasanku, Wawasanmu Jua” itulah tajuk yang saya berikan pada post kali ini. Wawasan dan impian amatlah penting dalam perniagaan.  Hanya orang yang mati sahaja yang tidak mempunyai wawasan. Walaupun wawasan, impian dan harapan setiap orang adalah tidak sama tetapi rata-rata para peniaga berkongsi cita-cita yang sama iaitu ingin melihat perniagaan terus maju dan maju dan maju dan maju ( eh berapa banyak maju daaa ). Itulah harapan seorang yang bergelar usahawan ingin melihat perniagaanya terus berkemban berkembang.

Peniaga yang tidak mempunyai wawasan tidak mungkin akan berjaya. Apatah lagi layak menjadi usahawan yang sejati. Wawasanlah yang akan mendorong seseorang bertindak dan sanggup menghadapi apa sahaja cabaran, rintagan dan halangan bagi mencapai segala cita-cita. Sesungguhnya tidak ada jalan mudah bagi mencapainya. Tetapi peniaga yang mempunyai wawasan tidak pernah menjadikan semua itu sebagai alasan. 

Salam cemerlang dan jumpa lagi dalam post yang seterusnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sbr1.gif

Apa khabar anda semua? Di harap berada dalam keadaan yang baik dan sihat waalfiat. Tahukah anda apa yang menentukan sama ada anda berjaya ataupun gagal, miskin ataupun kaya, bahagia ataupun duka? Hal ini sebenarnya kesan daripada pilihan yang anda sendiri buat. Anda yang memilih untuk kaya, andalah yang memilih untuk berjaya dan andalah yang memilih untuk jadi yang terbaik!

Anda adalah penentu nasib anda sendiri, bukanya ibu bapa anda, bukanya kawan-kawan anda, bukanya majikan anda dan sudah tentu bukan Labanon daripada Team Flarebiz yang menentukan arah hidup anda :D Saya tidak berhak untuk menentukan hidup anda dan begitu juga dengan masyarakat sekeliling tidak berhak untuk menentukan nasib diri anda. Cuma anda sahaja yang dapat memilih sama ada ingin mencapai matlamat atau sebaliknya.

Anda berhak ke atas diri anda!

Saya cukup yakin dan percaya jika anda mampu membuat keputusan untuk menentukan nasib anda sudah tentu anda boleh menjadi insan yang berjaya. Sudah tentu semua inginkan kejayaan cuma yang menjadi penghalang ialah mentaliti kita. Oleh itu, bebaskan dan buang segala kepercayaan minda ataupun mentaliti yang salah berkenaan kehidupan yang menjadi penghalang perjalanan hidup anda. Ubah pemikiran dan cara berfikir kerana ia bakal mengubah sikap serta cara anda bertindak dalam setiap aspek kehidupan

Salam cemerlang jumpa lagi.

p/s: Sila tinggalkan komen anda disini jika anda mempunyai pendapat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sbr.gif

Hari ini saya upkan satu lagi blog untuk adsense tapi blog percuma jer ( percuma pun percumlah! ) dan insyallah saya akan cuba buat yang terbaik untuk setiap blog supaya dapat menjana adsense secara maksimum. ( Pendapatan Adsense saya jatuh teruk setelah masuk ke asrama! Oh sungguh teruk! Harap pengorbanan ini berbaloi…) Namun hari ini saya ingin dedahkan kepada anda blog yang saya bina 8 bulan yang lalu. Saya mula binanya di pertengahan bulan Mei dan saya tidak melakukan sebarang promosi terhadap blog saya tersebut kerana ingin cuba sendiri teknik SEO.

SEO stands for Search Engine Optimisation. Saya hanya menggunakan teknik ini dan lihat pada rajah dibawah:

1.gif

Saya membina blog ini pada bulan Mei tanpa sebarang promosi dan traffik mula masuk pada bulan SEPTEMBER iaitu 3 kali ganda pada bulan OGOS. Sah traffik datang daripada search engine kerana saya tidak membuat sebarang promosi samada letakkan sebagai link signature di forum, exchange link semuanya saya tak buat. Apa yang saya jangkakan pada bulan DECEMBER ini saya akan memperoleh 5000 visitor dan pada JANUARI tahun depan sebanyak 7500 dan insyallah akan terus meningkat tanpa sebarang promosi. ( oh! Saya akan renew awal-awal domain ini!)

Jadi sekarang eksperimen telah terbukti dan tepatlah orang kata untuk berjaya dalam adsense anda perlukan sekurang-kurangnya 3 bulan kerana faktor traffik. Lihat selepas membuat posting secara constant selama 3 bulan barulah nampak hasilnya. Moral value daripada post kali ini ialah kepada newbie yang baru ingin berblog atau bergiat dalam adsense anda perlulah banyak-banyak bersabar. Jangan bulan pertama jer post secara constant tetapi hendaklah sentiasa post dan post!

Jadi berusaha keraslah sekarang bina blog anda dan insyallah dengan sedikit promosi anda boleh stabilkan blog anda hanya dalam masa 3 bulan :)

Salam cemerlang jumpa lagi.

p/s: Saya ada menghasilkan report “Temubual Eksklusif Bersama 5 Orang Penggiat AdSense Tempatan Yang Berjaya” dan report ini  sedikit sebanyak mendedahkan teknik-teknik yang digunakan dan secara tidak langsung memeberi motivasi kepada kita untuk berjaya.  Saya jadikanya bonus untuk ebook “101 Tip Adsense Terbongkar:D

p/s: Anda juga dialu-alukan untuk membaca 2 tip yang saya tulis untuk RahsiaBlogger.com iaitu Pemilihan nama domain part 1 dan Pemilihan nama domain part 2

Adsense - Umur 18thn?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

adsense.gif

Baiklah hanya short post kali ini sebab saya pun letih hari ini dan esok nak pergi main badminton dengan kawan ( ala-ala Lin Dan melawan Lee Chong Wei ). Saya pernah di emel bertubi-tubi oleh rakan-rakan yang seusia atau lebih muda daripada saya. Mereka akan bertanya “macam mana awak bergiat dengan adsense sedangkan umur awak baru 17thn.” Apa yang lebih memedihkan mereka ingat saya menipu dalam menjana wang daripada adsense. ( Nak kena tunjuk cek baru percaya ke? )

Baiklah saya sendiri pun masih pening dengan TOS Google yang menyatakan untuk berdaftar bagi program Google Adsense anda mesti berumur 18thn. Saya pula berumur 17thn tapi rilex jer dapat cek dan pergi tebus cek di bank Public Bank setiap bulan. Untuk duit itu masuk kedalam akaun kita perlu menunggu selama 1 bulan 1hari :)

Siapa boleh terangkan kepada saya bagaimana ini terjadi? plsss…

Salam cemerlang, sila jawab yer..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

minda.gif

Huh! Letih betul sekarang ni, saya kini berada di hadapan komputer lebih 12 jam sehari demi membina perniaggaan Internet dan mencari wang dalam talian. Penat tapi puas itulah yang dapat saya katakan dan saya baru sahaja membeli dua domain baru untuk projek adsense. Dah jadi full time blogger sekarang ni sementara tunggu result SPM :D

Baiklah kita teruskan dengan post saya pada hari ini. Masyarakat Malaysia terutamanya kaum Melayu masih terkebelakang dalam memahami ataupun menggunakan kekuatan minda dalam proses untuk berjaya. Maaflah saya kata begitu kerana ianya adalah realiti walaupun saya tidaklah sehebat Kak Linn, Kak DikMal mahupun bro Shueqry dalam membincangkan tentang kuasa minda. Saya sendiri tidak terkecuali daripada menjadi salah seorang yang terkebelakang dalam menggunakan kekuatan minda.

Program motivasi yang dianjurkan masih banyak berbentuk membakar semangat perjuangan supaya berjaya ibarat ubat perangasang tetapi ramai yang kurang disiplin bagi membentuk minda yang betul dalam memulakan langakah-langkah bagi berjaya.

Bagi saya, selain dibakar semangat ( dirangsang oh!) supaya berjaya, apa yang penting adalah ilmu pengetahuan yang berguna bagi digunakan setiap hari supaya semangat itu tidak padam atau lemah sepanjang kita mengejar impian kita. Kerana itu, ramai antara kita bila balik daripada bengekel motivasi mempunyai semangat berkobar-kobar hanya beberapa hari ataupun minggu sahaja. Selepas itu terpinga-pinga tanpa haluan yang jelas arah mana yang perlu mereka lalui.

“Kuasa minda adalah latihan ataupun disiplin, bukannya falsafah” - John Kohea ( Guru Kuasa Minda )

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mencari ilmu bagaimana untuk mengekalkan semangat kita kerana dengan semangat mampu mempercepatkan proses untuk kita berjaya.

Salam cemerlang, jumpa lagi.

logo3.gif

p/s: Saya akan melancarkan website perkhidmatan design saya kelak iaitu ClickCovers :) Kalau ada yang hendak menempah design silakan!

p/s/s: Ebook 101 Tip Adsense Terbongkar juga akan dilancarkan kelak :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

tanggung.gif

Pertamanya gambar yang disertakan bersama post ini tiada kaitan dengan post yang saya ingin tuliskan pada hari ini. Saja je nak tarik perhatian anda semua :) Baiklah pernahkan anda terfikir dan berfikir siapakah yang bertanggungjawab menentukan hidup kita? Adakah anda akan hanya berserah kepada nasib? Melihat orang lain terus kaya dan anda akan berkata mereka bernasib baik? Cuba kita renungi sekejap… jika anda ditimpa musibah dan diberikan ujian oleh Allah yang menyebabkan anda gagal, adakah anda akan menyalahkan nasib? Jadi bagi anda kita hidup ini kerana nasib? Jika ya jawapan anda maka bolehlah anda berhenti dari segala kerja yang anda lakukan kerana anda memiliki salah satu ciri orang yang gagal!

“Aku yang menentukan nasibku sendiri, dan aku boleh dapatkan apa sahaja yang aku ingini” - John McDonald

Kita sebenarnya tidak sedar bahawa kitalah yang mencorakkan hidup kita. Kitalah yang menentukan sama ada kita berjaya atau tidak dengan izin Allah. Ramai yang tidak sedar tentang hakikat ini dan terus menyalahkan ibu bapa yang miskin, rakan-rakan yang tidak berpelajaran, dan ada yang lebih teruk menyalahkan Tuhan di atas apa yang berlaku.

Jika anda yang sedang membaca blog ini mempunyai sikap begitu saya rasa anda perlu ubah. Apa yang anda fikir hari ini akan menjadi kenyataan pada hari esok. Jika anda fikirkan kegagalan pada hari ini maka ianya akan melarat kepada hari esok dan seterusnya betul-betul memberi kegagalan kepada anda.

Kesimpulanya pada post kali ini, sedarlah anda mampu mengubah takdir sekiranya anda mahu mengubahnya kerana ini adalah janji Allah.

Salam cemerlang, jumpa lagi.

p/s: Saya akan launch ebook 101 Tip Adsense Terbongkar ( khas untuk newbie ) pada harga terendah. Mungkin RM7 atau RM10 :)

Belum Cuba Belum Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

laku.gif

Saya sering diajukan soalan oleh kawan-kawan saya tentang perniagaan Internet. Bagi mereka yang berminat pasti mereka akan tanya saya nak berniaga apa yer di Internet. Saya hanya jawab ringkas, boleh berniaga apa sahaja di Internet ni namun mereka sering takut dengan perasaan yang mereka cipta sendiri. Mereka takut barang yang diniagakan tidak laku.

Saya ingin tegaskan di sini tidak ada gunanya anda takut oleh perasaan anda sendiri padahal hakikatnya anda masih belum mencubanya. Belum cuba belum tahu inilah peribahasa yang sesuai kita guna pakai untuk perniagaan Internet. Kepada semua pembaca blog FlareBiz cuba anda fikirkan apakah yang anda ingin niagakan di Internet? Jersey? Pen? Jam tangan? ebook? Tentu beribu-ribu benda anda ingin jualkan namun semuanya tidak menjadi dek kerana perasaan takut menguasai diri.

Anda takut rugi?

Usah jadi usahawan.

Anda takut produk tidak laku?

Usah jadi usahawan.

Usahawan hanyalah gelaran yang sesuai kepada orang yang berani menanggung risiko! Bukanya yang penakut dan kalah dengan minda sendiri. Amat memalukan jika kita kalah dengan minda kita sendiri dan bukanya kalah dengan musuh kita. Baiklah kita ambil kisah bagaimana Musringah Ismon berjaya mengaplikasikan penggunaan internet untuk perniagaan kuih paunya. Dia yang mengiklankan perniagaan melalui internet dan akan menghantar tempahan yang diterimanya. Tengok pau pun laku di Internet!

Kak Lynn juga berani bertindak dengan menjual anak patung di Internet dan hanya menumpukan kepada pasaran tempatan. Namun beliau tetap mampu untuk menghasilkan jualan yang memberangsangkan dan mungkin kini beliau sedang menikmati keuntungan yang diperolehi.

Bilakah anda mahu menjadi seperti mereka? Berani bertindak, berani menanggung risiko, berani mencuba yang baru dan berani menghadapi cabaran. Kita juga mampu menjadi usahawan Internet! Cari produk anda sekarang dan binalah web jualan mengikut kreativiti anda masing-masing.

Saya juga akan mewujudkan website jualan produk fizikal saya sendiri kelak dan produk tersebut masih dalam proses research kehendak pasaran sekarang. Jika tiada aral yang melintang, Insyallah sebelum tahun baru saya akan melancarkanya. Kesimpulanya semua produk boleh dikatakan dapat dipasarkan dengan baik melalui Internet. Selepas anda membaca post ini saya berharap anda terus bertindak, fikirkan produk apakah yang anda ingin pasarkan di Internet. Laku atau tidak itu merupakan persoalan no 4, yang penting berani mencuba barulah sinonim dengan gelaran usahawan.

Sekian dan salam cemerlang.

p/s: Kepada pengunjung blog ini yang mahu bertukar link bolehlah menggunakan ruangan contact untuk memaklumkan kepada saya.

p/s/s: Subscribe dengan blog ini dan dapatkan setiap post terus ke inbox emel anda :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

berjaya.gif

Apa khabar semua? Harap berada dalam keadaan yang paling baik dan selesa untuk sama-sama kita merenugi post kali ini. Sebenarnya, ramai orang yang tidak begitu yakin menjadi kaya. Selalunya mereka hanya selesa dengan sesuatu keadaan yang dipanggil comfort zone. Biarpun dalam hati mereka selalu meratapi nasib yang dihadapi.

Semenjak kita berumur 7 tahun, kita sudah mula belajar di sekolah berkenaan pelbagai kemahiran, baik menulis, membaca dan mengira. Apabila kita meningkat dewasa, kebanyakkan kita mula menjurus bagi mendapatkan kemahiran dan kelulusan daripada peringkat diploma,ijazah dan sarjana. Kesemuanya bagi mendapat pekerjaan yang profesional seperti doktor, jurutera, pakar IT dan sebagainya. Keseluruhanya menghabiskan masa sekitar empat tahun untuk mempelajari kemahiran tersebut.

Timbul persoalan! Apakah tujuan anda semasa mendalami kemahiran itu? Adakah anda mempelajari kemahiran itu semata-mata hanya bagi mendapatkan pekerjaan? Sebenarnya kebanyakkan tujuannya adalah bagi mendapatkan pulangan kewangan, pendapatan atau dalam kata erti lain mencari duit untuk menampung kehidupan.

Namun apa yang mendukacitanya masih ramai yang belum menjadi kaya walaupun menghabiskan tempoh yang lama hanya dengan tujuan untuk mencari wang sedangkan itu merupakan matlamat anda. Sebenarnya bagi berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi ianya mempunyai sistem dan formula. Ya untuk menjadi kaya juga memerlukan forumula.

Apakah sistem dan formulanya?

Formulanya terdapat pada orang yang telah berjaya. Ya, itulah formulanya. Belajarlah dari orang yang sudah berjaya kerana mereka sudah mengetahui dan sedang mempraktikkan formula tersebut sehingga menjadi kaya.

sekian.

p/s: Saya akan melancarkan ebook 101 Tip AdSense Terbongkar tidak lama lagi.

p/s/s: MdHilmi ada satu tawaran hebat kepada anda semua malah anda boleh jimat hingga RM600! (Limited Edition)  Sila klik di sin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

testfla.jpg

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi siap juga akhirnya blog ini walaupun bersusah payah meminta bantuan bro Fahmi Ismail untuk upload balik semua backup. Dengan wujudnya blog ini sekurang-kurangnya ada juga medium untuk saya melepaskan perasaan di hati ini. Seperti yang sudah di ketahui saya telah berpindah domain dari JomBerniaga.com ke FlareBiz.com. Tak perlu saya hurai panjang tentang kenapa saya berpindah kerana anda boleh membacanya di salah satu post di WangCyber.

Seperti biasa adat berpindah rumah baru, jika kawan-kawan ingin bertukar link boleh lah menggunakan ruangan contact yang telah disediakan. Insyallah saya akan reply secepat mungkin. Blog ini tiada apa kelainanya sekadar meneruskan perjuangan JomBerniaga.com. Memang agak rugilah saya terpaksa rebranding balik FlareBiz.com… namun nak buat cam ner takde rezeki kan?

Blog ini masil dalam proses “godek-godek” so jika terdapat error sila abaikan lah yer. Saya juga berharap anda semua melanggan artikel saya terus ke emel anda dan bookmark blog ini. Insyallah saya berusaha sedaya upaya untuk membuat post yang penuh berinformasi dan berguna kepada anda. Gaya penulisan saya insyallah akan bertambah lebih matang maklumlah dah lepas SPM hehe. Takde apa lagi yang hendak dituliskan pada post pertama di FlareBiz.com, cuma saya harapkan sokongan daripada anda.

Fuh dah ngantuk ni, nak solat subuh dulu baru tido! Apa-apa pun selamat membaca di blog FlareBiz.com ini. Yosh! Jangan miss satu post pun ya!

sekian..