Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kenapa penjual ebook di hina? Kenapa? Penjual ebook dihina… jangan dihina aaaaa ( nyanyi macam lagu seroja :D ) Saya pernah dihina kerana menjual ebook namun salahkah diriku mencari rezeki halal? Mungkin juga perniagaan ebook ini di pandang hina kerana pelajar seperti saya pun boleh melakukanya.. hmmm..

Kalau saya kata saya berniaga melalui internet ramai jer yang akan tanya…
Kau berniaga apa kat Internet?” tanya si Abu ( bukan nama sebenar) .

Saya berniaga ebuku” jawab saya ringkas dan malas nak terangkan perniagaan saya yang lain.

Ebuku? Kau buat sendiri?” tanya dia lagi dengan penuh sinis.

Ya saya buat sendiri… kenapa?” jawab saya lagi.

Kau buat pasal ape yer?” tanya dia.

Saya buat tentang cara mendapatkan wang melalui internet” jawab saya.

hahaha inilah orang buat kerja haram tu jer tau tulis” sambungnya lagi.
Eh.. kau yang buat? Ader orang beli ker?” tanya dia lagi.

Ya… ada orang beli :)” jawab saya.

Hahaha ada jugak ya orang beli penulisan budak-budak… berapa orang yang beli tu? sampai ker dua orang?” tanya dia sambil tergelak-gelak.

Alhamdulillah lebih la dua orang yang beli” jawabku lagi.. walaupun dalam keadaan geram.

Read the rest of this entry »

Kenapa Kita Masih Gagal?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Saya memohon maaf banyak-banyak kerana saya sekarang teramat busy study dan dengan beberapa program lain.Maklumlah saya SPM tahun ini dan saya masih ingat pesan cikgu saya “Kau dah boleh dah nak masukkan gear 5 dalam study” maksudnya suruh dah study betul-betul demi masa depan saya. Jadi tidak wajarlah jika saya mendahului perkara yang kurang penting berbanding perkara yang lebih penting.

Baiklah anda boleh jawab mengapa ramai orang Melayu masih gagal dalam perniagaan? Sedangkan pelbagai cara telah digunakan dan pelbagai teknik telah diaplikasikan namun Allah masih tidak memberi rezeki kepada kita. Mengapa? Mesti ada something wrong! Apa yang saya nampak salah satu kesilapan mentaliti segelintir orang Melayu membuka perniagaan ( walaupun masih sedikit ) dengan sikap ingin menunjuk-nunjuk. Tambahan pula niat untuk membuka perniagaan adalah untuk kepuasan nafsu semata-mata. “Saya mahu berniaga nanti kaya saya ingin beli kerta sport, nak buat rumah besar dan bermacam-macam lagi yang besar tapi handphone jer kecik“. Anda tengok niat kita. Sesungguhnya sesuatu amalan bermula dengan niat! Jika niat kita kerana Allah insyallah kita pasti berjaya. Namun jika niat sudah terpesong dek ulikan duniawi yang menebal dalam jiwa kita hari ini maka amat susahlah kita ingin berjaya.

Bila kita buat sesuatu kerana Allah semua yang baik-baik akan muncul dalam perkara yang kita lakukan. Jika kita berniaga kerana Allah sudah tentu kita bersifat jujur,amanah dan berbagai lagi kebaikkan. Secara tidak langsung masyarakat menyenangi sikap kita kerana bila Allah sayangkan hambanya sudah tentu makhluknya yang laing turut menyayangi apa yang Allah sayang. Namun cuba fikir jika anda berniaga bukan kerana Allah… sudah tentu perasaan ingin cepat kaya menyelubungi diri dan secara tidak sengaja sifat-sifat yang jahat akan muncul bersama perniagaan kita. Tak boleh tengok perniagaan orang lain maju sikit mulalah nak cari bomoh sana-sini untuk merosakkan perniagaan orang lain.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya telah mewujudkan satu lagi blog khas untuk meng”tazkirahkan” kita semua. Hehe saya berharap anda dapat sentiasa dapat melayari blog BeliaIslam.com dan bacalah tazkirah-tazkirah yang akan dihidangkan kepada anda.

Alhamdullilah saya telah dapat persetujuan beberapa orang yang sudi untuk menulis tazkirah di sana kerana saya sendiri belum layak untuk menulis tazkirah. Hehe bila lagi nak ajak ustaz-ustaz berblogging sambil berdakwah. Tak gitu?

Baiklah diantara orang yang terlibat sekarang ialah:

  1. Ustaz Nazri ( penulis tazkirah )
  2. Ustaz Hafiz ( penulis tazkirah )
  3. Bro Badruzamani Bin Azmi ( penulis tazkirah )
  4. Bro Zhafran aka Kaizen ( bahagian design )
  5. Sis Linncomel ( penulis motivasi dan sponser hosting )
  6. dan ANDA!

Saya amat berharap anda dapat bersama-sama saya dalam membina satu komuniti yang betul-betul diredhai oleh Allah. Saya juga berharap jika anda sudi ingin menjadi penulis tazkirah bolehlah menghubungi saya menggunakan ruangan contact.

Saya juga berharap anda letakkan link BeliaIslam.com di blog-blog anda supaya sama-sama kita membantu dakwah insyallah. Ayuh kembalikan kegemilangan umat Islam, ayuh kita sama-sama menegakkan islam dan ayuh kita gegarkan dunia dengan aura Islam.

BeliaIslam.com masih dalam pembinaan ini kerana belum jumpa theme wordpress yang sesuai :). Kalau ada nak design theme wordpress lagi bagus hehe. Sekali lagi saya begitu harapkan sokongan anda :)

p/s: Kalau boleh buat review tentang BeliaIslam.com lagi bagus :) Marilah sama-sama menegakkan islam :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Percaya atau tidak? Huh! Siapa yang tak percaya boleh teruskan membaca artikle ini kerana saya akan dedahkan kenapa kesabaran begitu perlu dalam ebiz dan saya berani katakan bukan sahaja dalam ebiz malah dalam semua jenis peniagaan kita memang perlukan kesabaran.

Baiklah jika anda buat perniagaan Internet tanpa sabar jangan harap hendak berjaya! Tahukah anda bahawa ramai perniagaan Internet gagal bukan kerana tiada potensi tetapi kerana tiada kesabaran! Itulah hakikatnya yang perlu kita telan walaupun pahit seperti panadol. Baru start ebiz 2 bulan dah berputus asa kerana tiada pelanggan kerana apa berputus asa? kerana terlampau berharap dan tiada kesabaran!

Tanyalah siapa yang buat ebiz mesti mengalami kesusahan pada fasa pertama iaitu first 3 bulan. Ini kerana pelawat masih kurang so anda kena sabar untuk sampai ke fasa dua yang orang akan mula kenal website anda. Selepas fasa 1 insyallah perniagaan anda akan bertambah maju itulah hakikat perniagaan Internet anda perlu bersabar di fasa 1.

Walaupun anda mempunyai produk terbaik di Internet tetapi tanpa promosi produk anda tetap tidak akan laku.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sediakan satu pakej pengiklanan khas buat pelawat blog saya :)

Pakej A ( RM10 )

1 link + 1 description pendek ( 8 patah perkataan )

Contohnya: Dapatkan Ebook Cara Menulis Sales Letter | http://salesmembunuh.com

Link ini akan TERLETAK DI FOOTER SETIAP PAGE! Satu page satu link! Mesti ramai yang klik ni hehe. dan saya akan senaraikan sekali lagi link ini di satu page akhir. 2 kali link tuu

*Jadi saya hanya perlukan 8 link
PERHATIAN: ok sesiapa yang berminat boleh guna ruangan contact yang di sediakan ;)

Sebelum itu saya terangkan dahulu sejauh mana keuntungan mengiklanan produk /blog/web anda di dalam report saya.

1) Report ini akan diedarkan secara percuma.

2) Saya akan sering sebarkan report ini. Contohnya ketika saya melancarkan ebook baru saya akan tetap selitkan ebook-ebook lama saya So, orang ramai akan membaca report ini berkali-kali Insyallah.

3) Report ini insyallah akan didownload oleh orang ramai. Contohnya seperti ebook “Menjana Wang Tanpa Produk” yang didownload oleh ribuan pengguna Internet.

4) Saya juga sudah mendapat persetujuan 10 orang blogger untuk buat review diblognya.. HEHE Makin ramai lah yer yang download nanti!!

5) Iklan ini kekal buat selama-lamanya dalam report ini. Ya selama-lamanya.

Jadi jangan lepaskan peluang ini!! Link anda akan berada dalam ebook itu buat selama-lamanya.

Sekian :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa komunikasi dalam perniagaan amatlah penting. Jadi kita sebagai seorang usahawan perlulah mengambil langkah bijak supaya cara komunikasi anda dengan pelanggan disenangi.

Kepentingan Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi juga tidak boleh dinafikan malah ada yang mengaggap perniagaan yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris adalah tidak profesional atau bersifat kekampungan. Owh.. sangat sedih jika perniagaan kita dilabelkan sebegini oleh pelanggan.

Read the rest of this entry »

Kerja Gila by Fai FlareBiz

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Today my friend aka my partner had post about his crazy work. Erk cakap dalam Bi lah pulak hehe. Ok nampaknya bro fai dah siapkan kerja gilanya :) dan ini merupakan satu motivasi buat kita sebagai rakyat Malaysia :)

Bro fai dah banyak hadapi pelbagai cabaran huhu kalau lah terjadi pada saya I will sick! hehe So bro fai telah berjaya menghasilkan satu video yang bagus dan telah disubmit ke Internet Next Millionare.

Saya berharap anda vote untuk dia… 10/10 hehe untuk sama-sama rakyat Malaysia :)

untuk tahu lebih lanjut baca blog bro SmartZul dan blog bro fai.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ok pertamanya saya dah tutup tawaran kepada blogger dan terima kasih banyak-banyak kepada blogger yang sudi bekerjasama Insyallah saya akan sediakan sesuatu yang istemewa buat anda :)

Nampaknya mahercubed sekali lagi berubah wajah biasalah yang dahulu tak menjadi kita cuba yang baru :) Kali ini mahercubed tampil dengan lebih bergaya hehe dengan saya menulis tentang teknologi terkini dan ditambah dengan tip-tip adsense dalam bahasa Inggeris.

Sudah tibanya saya mengorak langkah untuk menjadi problogger HOHOHO! < ---- sajer nak tunjuk hebat. Masih jauh untuk menjadi problogger namun sekurang-kurangnya sudah membuat langkah pertama. Kita tengok mahercubed akan bertahan atau tidak. Kalau tak bertahan tukar niche lagi lepas ni hehe.

Itulah kehidupan blogging perlu sentiasa bersabar dan paling penting trial & error. Jika diikutkan hati malas dah nak teruskan mahercubed hehe banyak blog saya yang lain boleh buat wang namun saya tetap teruskan juga kerana dah banyak backlink untuk mahercubed dan saya percaya ia boleh dibangunkan jika kena caranya.

Ok dah cukup panjang saya promote mahercubed ni :) Apa-apapun anda jenguk-jenguklah blog mahercubed dan tinggalkanlah komen anda di sana. Top komentar di sana saya akan bagi hadiah :D Backlink percuma daripada blog PR3 huhu

Ok lah apa-apapun tunggu report hebat yang sememangnya akan hangat insyallah. Kepada blogger yang sudi bekerjasama tunggu emel saya yang seterusnya. Jika ada rezeki anda saya akan bagi hadiah tapi tak janji ni ;) tengok keadaan.

Kepada blogger yang baru baca post ni harap maaf anda terlewat :) Namun teruskan support report percuma itu nanti.

sekian