Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Tawaran Kepada Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya membuka tawaran kepada pembaca blog ini yang mempunyai blog sahaja. Tawaran membaca report saya yang telah disiapkan. Tujuanya adalah satu untuk checking error pada report ini dan untuk bertanyakan pendapat anda tentang report ini sebelum saya sebarkan kepada orang ramai.

Saya juga mungkin perlukan testimonial anda. Ini merupakan tawaran “baik punya” :D dan saya akan mengaturkan sesuatu kepada anda ;)

Jika anda bersetuju tinggalkan komen dan saya akan PM anda :)

Sekian.

p/s: Ingat hanya kepada anda yang mempunyai blog sahaja!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya special report telah siap dan kini dalam proses last checking :) Report ini akan diedarkan tidak lama lagi kepada anda. Report ini adalah berdasarkan kisah benar yang saya selitkan sedikit humor.

Teruskan membaca…

Read the rest of this entry »

Buat Duit Melalui Video

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekali lagi diingatkan di dalam dunia Internet semua boleh buat wang :). Saya masih teringat kata-kata Shuth “Duit di Internet ni bersepah-sepah hanya tunggu nak kutip jer!”. Dengan video juga anda boleh kutip duit :). Ya pelbagai cara, contohnya anda boleh jual video bagaimana hendak membuat kek lapis di Internet. Sama sahaja teknik marketing yang digunakan iaitu cari target market dan serang dengan pengiklanan membunuh anda.

Ok hari ini saya ingin tunjukkan salah satu cara simple bagaimana hendak membuat duit melalui Internet.

1) MESTI buat video anda sendiri atau ambik jer video dengan kawan-kawan..

2) Submit dekat metacafe dan semasa anda submit dia tanya anda adakah anda ingin video ini sertai “producer rewards”. Jika anda inginkan wang click jer select! Sebelum tu mestilah register dulu.


3) Selepas itu pihak metacafe akan menilai video anda. Video yang kebanyakkan yang menang adalah video yang banyak membantu orang dan membongkarkan trick.

Ada yang dapat duit sehingga $1000 daripada video yang disubmit. $100 itu perkara biasa :) Apa lagi yang anda tunggu? Buat video anda sekarang dan submit di metacafe!

Ini salah satu cara menambah pendapatan melalui Internet. Bagi penggila video sudah tentu ini berita baik :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hati dan perasaan saya cukup terbakar bila membaca satu post “orang yang berlagak pandai” dan menganggap dia jer betul. Ini secara tidak langsung bermaksud dunia ini dia yang punya?

Dah diri sendiri tak boleh nak jadi jutawan dok mencaci orang saja. Tahukah apakah dosa memburuk-burukan orang lain? Ingat satu jari tunjuk kesalahan orang empat lagi dok tunjuk kita! Jika hendak tulis sesuatupun fikir dulu! Kenapa kena fikir? Supaya kebodohan anda tidak terpampang kepada umum.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah post kali ini saja jer nak tanya anda semua. Adakah anda tahu bagaiman hendak membuat duit melalui video?

Jika anda tahu boleh tak kongsikan di sini :) dan ada hadiah menarik menanti anda jika anda berkongsi caranya!

Bagitahu sahaja bagaimana caranya! Jika bernas dan menarik saya akan bagi anda ebook yang SURE takder di pasaran :)

sekian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah ramai yang hantar e-mel kepada saya menanyakan bagaiman yer untuk menjana wang? Sedangkan mereka masih zero. Zero macam mana tu? Zero kerana masih belum mengetahui apa-apa tentang perniagaan Internet dan paling penting website pun takder.

Ok di bawah ialah cara membuat wang online tanpa website:

Step 1: Join Affiliate Program.

Anda perlu mencari produk yang membuka peluang affiliate dan anda register. Selepas itu anda hanya perlu promosi link tu jer. Program affiliate ini akan memberi anda komisyen selepas anda berjaya membuat jualan. Berapa yer komisyen? Itu bergantung kepada sesuatu produk dan ada produk yang memberi komisyen sehingga RM150. Wah banyak tu! Tambahan pula produk tu harga tinggi mesti ler komisyen banyak :)

Step 2: Beli nama domain.

Ini saya dapat melalui pembacaan tak tahu ler boleh ke tidak. Dapatkan nama domain yang redirect ke link affliate anda. Apa itu domain name? Domain name ialah nama sebelum ada .COM Contohnya produkanda.com dan macam-macam lagi. Anda boleh medapat kurang RM40 di mana-mana webhosting. Kalau anda membeli di GoDaddy.com dia akan membenarkan domain name anda redirect ke link affiliate dengan tiada bayaran tambahan.

Bila seseorang menekan nama domain anda dia akan terus ke link affiliate anda. Apa kejadah kita pergi beli domain? Owh ini supaya orang ramai lebih mudah mengingati dan memberi keyakinan kepada orang yang anda promote :) contohnya lebih ramai akan click jombeli.com berbanding salesmembunuh.com/abchdlasdh;/12=labanon :P

Step 3: Dapatkan trafik

Anda boleh membaca report ini untuk mengetahui cara menaikkan trafik ke website anda. Ok untuk membuat jualan melalui program affiliate anda perlu dapatkan traffik ke domain name yang telah anda beli. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan trafik. Contoh paling simple tulis satu artikle dan submit di artikle direktori. Di bawah setiap artikle anda letakkan link domain anda :)

Ok sekian.. selamat mencuba!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah saya akan berkongsi dengan anda tip-tip bagaiman untuk menggandakan jualan anda berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya.

1) Bila anda membuat jualan pertama, anda perlualah sentiasa membuat follow-up terhadap pelanggan anda. Contoh follow-up paling simple “Terima Kasih Kerana Sudi Membeli” :) dan termasuk iklan produk-produk lain hehe. Anda boleh membuat follow-up setiap bulan.

2) Anda juga hendaklah meyakinkan pelawat website jualan anda. Bagaimana? Paling simple bila pelawat anda di order page, letakkan beberapa kelebihan anda di order page pasti cepat jer diorang tekan order :D

3) Bila anda menjual apa-apa produk, berikan pelanggan anda untuk sign-up affiliate program dan mereka boleh “tolong” menjual produk anda. Win-win situation :) Secara tidak langsung menggandakan jualan anda.

Adakah tip di atas membantu anda? Jika ya.. teruskan membaca tip-tip lain pada hari-hari yang lain. Jika tidak tinggalkan komen anda :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua pembaca blog ini sedarkan anda ketika anda sedang membaca blog ini anda sedang menggunakan nikmat Allah? Sedarkah anda seharian kehidupan kita, kita tetap menggunakan nikmat Allah.

Bayangkan ketika ini Allah menarik nikmat ini… barulah masa itu kita hendak bersyukur tentang nikmat Allah.. barulah kita pandai menghargai pemberian orang. So, kita sekarang perlulah bersyukur kerana Allah boleh menarik bila-bila masa sahaja nikmat yang diberi.

Ok berbalik kepada tajuk kita hari ini.. walaupun anda mempunyai status “jutawan” namun anda tidak boleh terlepas daripada menunaikan solat 5 waktu ( salah satu cara bersyukur ). Walaupun sesibuk mana anda perlu menunaikan solat kerana solat adalah tiang agama. Inilah perkara yang pertama di soal apabila di dalam kubur sebelum anda disoal dengan soalan lain.

Ramai hari ini memandang remeh solat.. insyallah tidak ada perkara ini kepada pembaca blog ini. Jika solat dipandang remeh setebal manakah iman kita? Sayarat utama sudah longgar dek belaian dunia yang melekakan.

Kebanyakkan kita juga bangga dengan dosa-dosa? Kenapa ini terjadi? Ya bangga dengan melakukan dosa. Bangga dapat memukul kawan, bangga dapat menjadi mat rempit, bangga dapat mencuri dan banyak lagi. Entahlah dunia akhir zaman agaknya. Namun kita tidak boleh sekali-kali berhenti daripada berdakwah untuk menegakkan Islam.

Walaupun anda usahawan yang berjaya mendapat pendapatan 8 angka tetapi tidak solat adakah anda jutawan di sisi Allah? Adakah anda mampu menaiki kereta mewah tetapi tidak solat adakah anda mendapat keberkatan semasa memandu kereta mewah di dalam dunia ciptaan Allah? Tanya diri anda… kenapa perlu solat?

Tidak malukah kita dengan pencipta kita? Sedangkan segala-galanya telah diberi namun kita hendak menunjukkan tanda “terima kasih” pun payah. Manusia jenis apa kita ini? Sedangkan sengan solat Allah menjanjikan 1001 kebaikkan, pintu rezeki akan terbuka, pintu rahmat akan terbuka dan banyak lagi.

Ayuh marilah kita solat.. marilah kita solat wahai sahabatku! Sebelum saya menutup bicara kita renung sejenak kenapa peperangan zaman Rasullulah tentera Islam sentiasa menang walaupun mempunyai jumlah tentera yang kecil?

Solat itulah jawapanya. Semua para sahabat solat tidak pernah tinggal.. dan sentiasa bersolat sunat dan sentiasa bangun malam untuk solat. Jadi tidak hairanlah Allah sentiasa menolong umat Islam ketika berperang. “Aku akan menolong orang yang menolong agamaku” itulah janji Allah.

Rasulullah SAW pernah memberi nasihat kepada seorang remaja lelaki yang juga sepupunya iaitu Abdullah bin Abbas RA: Pada suatu hari aku berada dibelakang tunggangan bersama Rasulullah SAW lalu baginda bersabda yang bermaksud “Wahai budak, sesungguhnya aku hendak mengajarkan beberapa pelajaran kepadamu. Peliharalah Allah (peliharalah ajaran dan hukum-hakam Allah dengan melaksanakan semua perintahNya dan meninggalkan semua laranganNya) nescaya Allah akan memeliharamu.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)

Itulah sedikit sebanyak peringatan yang saya berikan kepada diri saya. Kebaikkan bermula apabila anda solat Insyallah. Kesimpulanya solatlah yang mengankat darjat kita di sisi Allah.

Sekian peringatan seorang “budak sekolah yang jahil”

Labanon

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Di harap dalam keadaan sihat waalfiat dan bahagia bersama keluarga. Baiklah adakah anda semua tahu apa itu blog? Baiklah jika tahu.. adakah anda tahu bahawa blog adalah senjata utama usahawan Internet?

Blog adalah satu medium untuk menghubungkan pelanggan dengan usahawan-usahawan Internet. Blog juga akan menaikkan traffik website jualan anda. Blog juga anda boleh update-updatekan berita terbaru dan seterusnya pelanggan akan terus membaca blog anda untuk mengetahui apakah yang seterusnya akan berlaku.

Nak buat blog pula pastikan anda tidak copy and paste content orang lain. Itu amat penting! Saya masa “muda-muda” dulu pernah copy content blog saifulsham dan telah ditegur kesilapan ini oleh Sabri SaifulSham. Hohoho! Masa tu saya baru sahaja kenal blog dan masih menggunakan blog free.

Sabri siap pesan lagi “Kalau nak copy boleh tapi kena bagi kredit siapakah yang menulis artikle tu” Inilah perkara paling susah kita nak buat :) Bila copy content orang jer pasti payah sangat-sangat nak letak kredit kepada penulis.

Jadi untuk menjadikan blog anda betul-betul senjata merbahaya anda perlu memiliki content yang unik. Bagaimana untuk menghasilkan content yang unik?

  1. Tulis sendiri blog anda jangan copy dan paste jer.
  2. Banyak membaca buku-buku di bidang anda.
  3. Banyak membaca blog orang lain.
  4. Banyak membaca blog JomBerniaga :D
  5. dan banyak lagi.

Jadi jika anda usahawan Internet gunakanlah senjata moden di dunia Internet ini.

sekian..

Ezine No 1 Di Malaysia?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini nampaknya Kak Linncomel telah launchkan ezine pertama beliau yang sungguh berinformasi. Ezine ini buat julung-julung kalinya dan pertama di Malaysia yang menceritakan tentang minda.

Ezine ini bukan seperti ezine biasa tetapi di susun dengan penuh rapi oleh Pakar Motivasi kita Kak Linn. Cukuplah baca sahaja bab pengenalan anda sudah jatuh cinta :) Ya bahasa yang digunakan memang mudah difahami ( orang kata bahasa motivasi yang membuatkan otak kita berputar-putar memikirkanya )

Tambahan pula ezine ini memangil kami Team FlareBiz sebagai artist jemputan ( ceewah ) taklah hanya sekadar temubual biasa sahaja ;) Namun kepada peminat saya ( erk ada peminat ker :D ) anda bolehlah mengetahui kisah saya dengan membaca ezine ini.

Minisite pun lawa mauahaha. Mini site ini direka oleh kami Team FlareBiz dalam keadaan tergesa-gesa iaitu diberi masa hanya masa 1jam! ( Owh~! Mission Impposible ) hehe namun kami dapat menyiapkanya dengan baik ( tanpa sales letter ler ) kalau sekali sales letter buatnya 2-3 hari jugak ;)

Ok tanpa membuang masa ini dia ezine itu ( eh muka aku di cover! tengok2! jangan tak tengok kekeke :) )

Anda semua boleh mendownload ezine ini di sini : http://www.mindasukses.com/ezine/

Bravo! Tahniah kak linn..

Full Time Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hehe lama tak update blog ni :) Asyik dok update blog lain jer ni hehe. Ok saya nak buka mata anda sikit. Ok buka mata semua!

Full time blogger adalah seorang penulis blog sepenuh masa. Maksudnya kerjanya hanya tulis blog :) Ya bangun pagi jer terus update blog hehe.

Eh, pastu cam ner duit nak belanja bulanan? Dah la tak kerja tapi dok update blog jer!

Amboi-amboi sedap jer dia cakap. Ok dengar sini… full time blogger ni memang lah kejenya dok update blog jer TETAPI kan anda tahu bahawa blog boleh menjana wang. Full time blogger pergh~! Contohnya LiewCF pendaptan adsense dia dah RM10 ribu sebulan tu tak tambah dengan program-program affiliate dan sebagainya.

Fuh orang kata dok rumah tolong isteri masak :P basuh baju anak-anak tapi pendaptan 5 angka sebulan. Apa macam? Ada mau jadi full time blogger ker?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya tahu anda inginkan wang :)

Saya tahu anda perlukan wang :)

Saya tahu anda cintakan wang :) I love u wang!

Saya tahu wang dapat mengubah hidup anda :)

Saya tahu apa yang anda tahu erk -.-”

Kira semua wang pentinglah yer..

Tapi tahukah anda kaedah membuat duit di Internet yang sebenar? Owh.. saya sedih masih ramai yang terlibat dengan skim-skim haram :( Namun siapalah saya hendak menghalang anda. Tapi apa yang boleh saya katakan “Jangan melabur dengan membuta tuli

Tapi anda jawab ” Saya tak buta dan tak tuli mengerti?

Erk.. So saya nak buat macam mana? Kalau diri sendiri tak nak tolong diri sendiri. Tiada siapa boleh mengubah anda kecuali diri anda sendiri. Ini di jelaskan lagi dengan firman Allah “Aku takkan ubahkan nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tidak mahu mengubahnya

Jelas tuan-tuan dan puan-puan sekalian! Jangan lagi terjebak dengan skim ini.

Tak kira saya nak masuk jugak!” jawabnya lagi..

Ok.. anda masuk dan lepas ni jangan lagi nak ceritakan pengalaman ngeri anda kepada saya yer.. saya tak nak dengar lagi.

Hehe saya nak masuk AF ler” jawabnya nak cover :P

Ok apa yang saya inginkan anda jangan salah faham apakah pelaburan dan perniagaan Internet! Sungguh ingatlah orang yang tersayang… jangan kerana pelaburan haram keluarga anda yang bahagia jadi porak-peranda. Kebahagian adalah segala-galanya.. mesti ada yang dah kawin sini kan? Hehe kan best kalau bahagai.. kan kan? :D Maaflah saya belum kawin tak tahu ler :D

Anda baca di sini: http://www.wangcyber.com/pelaburan-internet-perniagaan-internet.htm

Saya nak tahu apa pandangan anda tentang kempen ini? Saya berharap anda dapat letakkan logo ni di blog anda :)

p/s: Sorylah kalau post kali ni kebudak-budakan… 8-)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adakah anda tahu kepentingan visitor bagi sesuatu blog? HOHOHO! Kalau bagi sesaper PEMBURU ADSENSE visitor memainkan peranan cukup penting :)

Visitor ramai = Jumlah klik banyak

So anda nak tahu bagaimana nak tingkatkan traffik ke blog anda?

Dapatkan report menarik yang percuma ini dan menerangkan bagaimana untuk mendapatkan traffik untuk blog anda :)

p/s: HOHOHO! tengok saper buat design tu :P

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya Team FlareBiz membuat satu report :) sebelum pelancaran pelancaran ebook 101 Tip AdSense :) . Saya dah bagi kepada beberapa orang untuk membaca report dalam “BI” ini dan nampaknya 4/5 daripada mereka mengatakan report ini bagus untuk newbie :)

Namun report ini hanyalah bonus kepada pembelian ebook “101 Tip Adsense Terbongkar” nanti :D dan dengan pembelian Pakej Kit Blogger dengan kami :)

Dan apa kata yang telah tentang report ini? :

#Testimonial 1

Its a nice book. Contains a list of nice WordPress plugins for Adsense. Explaining the use of adsense is done quite nicely. Bonus includes some nice SEO plugins. In short a nice report to help a blogger boost his earnings from the blog.Regards
Felu

#testimonial 2

Quite good my friend… with the good explanation! Sure who  read this report  helped a lot in boost the  earnings of adsense.

Regards,
maverickk3
http://web-directories.net

#testimonial 3

What can i said “It’s good”

regards
Rui Augusto
http://www.contentadsguide.com/ 

sekian :)

p/s: jika anda inginkan report tersebut bolehlah tunggu ebook “101 Tip AdSense Terbongkar” atau membeli  Pakej Kit Blogger dengan kami :)

Ni Apa Kes?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dari Utusan Malaysia: 37 laman web skim cepat kaya dipantau

“Antara laman web yang menawarkan pelaburan mencurigakan ialah www.carigold.com, www.cakapgold.com, www.jutawan.org, www.jomklik.com, www. gurumalaysia.com, www. wangcyber.com, e-bazaar2u. com dan www.bicarajutawan.com

Hai… bila masa pulak BicaraJutawan dan WangCyber offer pelaburan skim cepat kaya kepada pengunjung mereka?

Takpelah, biar diorang siasat dulu.

Sekian, Terima Kasih.

Perbincangan lain:

1. Utusan Malaysia: Bicarajutawan.com kena pantau?
2. Utusan Malaysia: Wangcyber.com mecurigakan?

Sumber: http://www.pakdi.net/

Aishey man… ni apa kes? Huhu WangCyber tu macam dah sekolah saya di Internet hari-hari surf. Tapi takder pulak saya belajar untuk membuat pelaburan haram! :D

Apa-apapun ini dikira sebagai promosi percuma! HOHOHO! eh taknak masukkan JomBerniaga.com sekali ker? haha

sekian

Kejayaan Bukan Milik Anda!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Allhamdululillah saya masih diberi kesempatan olehNYA untuk membuat post di sini. Jadi tidak wajarlah jika post-post saya di sini membawa mesej yang tidak dipersetujui olehNYA. Saya ingin memberikan tazkirah kepada semua pembaca blog ini dan diri saya sendiri yang jahil pada hari ini.

Tazkirah saya bertajuk “Kejayaan Sebenarnya Bukan Milik Kita”. Seperti sedia maklum semua manusia tidak boleh lari daripada memperoleh kejayaan mahupun kegagalan. Namun ramai yang tidak suka kepada kegagalan. Kenapa? Sebenarnya kegagalan atau kejayaan juga merupakan ujian daripada Allah. Itu kita mesti ingat! Walau apapun nikmat yang kita perolehi merupakan ujian Allah nak test sejauh mana keimanan kita kepadaNYA.

Baiklah bila dipuji dengan kejayaan kita sama ada kecil atau besar anda hendaklah segera berasa rendah diri kerana kejayaan bukanlah milik anda. Secara zahirnya memang kita nampak anda yang berusaha untuk memperoleh kejayaan tersebut namun ingat Allah jualah yang mengizinkanya. Tanpa izin Allah, anda berusahalah sampai nak pitam pun anda tidak akan berjaya.

Sepatutnya anda meperoleh pujian dan kejayaan anda perlu lebih kuat beribadat dan bersyukur bukanya membangga-banggakan diri kerana itu semua adalah ujian Allah. Jika kita  bangga-bangga dengan kejayaan kita, sebenarnya kita telah gagal dengan ujian Allah! Secara batinya kita telah gagal.

Saya berminat dengan nasyid Puji-Pujian yang dibawa oleh kumpulan Raihan:

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semuanya dari Allah

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nimat dariNya
Ingatlah Allah bersyukur padaNya
Ucapkanlah Alhamdulillah…

Jadi saya ingin menyeru kepada semua pembaca blog ini dan saya sendiri.. kita hendaklah bersyukur dengan nikmat yang telah diberi oleh Allah. Tidak terhitung dan tidak ternilai. Jadi siapalah kita di sisinya. Allah tidak akan rugi walaupun kita tidak bersyukur dan beriman kepadanya… TETAPI kitalah yang rugi kerana akan mendapat balasan yang cukup pedih kelak.

sekian wassalam.

Nak berbual dengan saya? hehe add saya di Yahoo Messenger.

ID: Geniusfireboy

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hehe takkala terlihat Q membuat pendedahan berani di blognya ( rujuk di sini ) Saya juga ingin membuat satu pendedahan berani HOHOHO! Agak-agaknya apa yer? Saya akan dedahkan badan saya pada umum! Erk Jangan2!
Usah bimbang blog ini takkan lari dari niche dia iaitu “Keusahawanan” :) Ini slot Diari Seorang Pelajar. Seriously ramai yang tunggu slot ni tapi saya tak sempat laa nak tulis sorry semua :)

Al-kisah sebelum pelancaran ebook “Menjana Wang Tanpa Produk” saya memang kering poket akibat terlalu lama mengkaji tentang sales letter bersama bro fai.Tambahan lagi bank memang duit kosong ketika tu :) tu yang membuatkan otakku lebih pantas berfikir tidak seperti kebiasaanya. Saya pun fikir macam mana yer aku nak buat duit tapi tak der modal.. hmmm… fikir punya fikir.. fikir punya fikir..

Apa yer agaknya? Tanpa modal tapi boleh buat duit? :D Shh.. rahsia kita berdua jer ni hehe

Read the rest of this entry »

Perlunya Seorang Pembimbing

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Harap semua pembaca blog ini dalam keadaan sihat sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. So.. berkenaan tajuk kita hari ini. Dalam kehidupan kita memang perlukan seorang pembimbing.

Jika anda tiada orang nak bimbing alamat lambat sikitlah anda ingin berjaya. Ya memang benar sudah tentu anda akan buat apa yang anda suka sahaja sedangkan shortcut kejayaan sudah berada di depan mata! Carilah sorang sifu hehe belajarlah ilmu daripada sifu tersebut barulah anda cepat untuk berjaya.

Tahukah anda saya juga mempunyai seorang sifu dalam perniagaan Internet yang banyak membantu saya? Saya ramai sifu :) tapi sorang ni jer yang memang banyak berkongsi ilmu dan membantu saya tentang perniagaan Internet. Tanpa beliau siapalah saya :)

Orangnya tidak lokek untuk mengajarkan ilmu walaupun sesukar mana ilmupun akan cuba di ajar oleh beliau. Huhu saya bertuah dapat kenal dengan dia sebab TERLAMPAU banyak ilmu perniagaan Internet yang di ada. Hehe apa lagi tugas saya korek ilmu dia laa.. haha sorry Sifu!

Hehe anda boleh add YM dia dan bolehlah belajar pelbagai Ilmu tentang perniagaan Internet secara PERCUMA. Hehe sah anda boleh jadi expert! Cakap saja ilmu dari sekecik2 ilmu dalam perniagaan Internet hingga sebesar2 ilmu.. boleh katakan dia tahu!
Hehe siapakah dia? Baiklah dia ialah…..

Read the rest of this entry »

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di kesempatan ini hehe sebab terlalu sibuk sekarang.. saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari Ibu kepada semua kaum Ibu. Kepada kaum bapa jangan bersedih kerana siapalah kaum ibu tanpa anda :D hehe..

Ok lagu ini saya nyanyikan khas untuk semua kaum Ibu yang membaca blog ini..

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu

sekian :)

Inilah Yang Saya Tunggu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hehe hari ni saya cukup bangga bila akhirnya kisah IM yang menjana wang secara online mendapat perhatian media :) Jadi ini secara tidak langsung memberi satu harapan baru kepada semua usahawan-usahawan Internet termasuk saya sendiri.

Wah hensemnya :) laptop tu bro alang hehe

Siapa tu yang masuk akhbar? Tidak lain tidak bukan :D saya  bro Alang. Tahniah diucapkan kepada bro alang.

Sekarang dah terbukti Internet memang boleh buat wang.. kenapa yer anda payah nak percaya.. Sekali lagi nak cakap Internet memang boleh menjana wang :)

Rujuk di sini:

  1. Blog Alang