Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Petua Bina Keyakinan Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda petua hendak membina keyakinan diri. Hehe ada segelintir di antara kita yang tidak yakin kepada diri sendiri. Jika fasa pertama sudah gagal iaitu tidak percaya kepada diri sendiri bagaimana anda ingin melangkah lebih jauh?

Jika tidak ada sifat yakin kepada diri PERCAYALAH anda tidak akan berani melangkah. “Saya tidak melangkah tetapi merangkak” jawab aad_lfcfn. Cis betuah punya kawan!

Baiklah tanpa membuang masa mari kita teruskan perkongsian Ilmu pada kali ini. Cara untuk membina keyakinan diri ialah:

  1. Tiap-tiap hari anda kene baca matlamat anda! Beritahu kepada diri sendiri ” selagi aku berusaha, selagi itu aku ada PELUANG untuk berjaya..insyAllah
  2. Jadi macam orang gila bermotivasi sedikit dengan berdiri di depan cermin dan tarik nafas dalam-dalam dan lihat wajah anda. Tenung mata anda sendiri dan lafazkan “YES I CAN” “YA AKU BOLEH” ini supaya anda dapat berhubung dengan minda separa sedar anda. Eh betulker ni kak linn?
  3. Jangan mudah berputus asa ingat “setiap perkara susah dahulu sebelum senang” dan satu lagi pepatah jepun ada mengatakan “jatuh 6 kali, bangun 7 kali
  4. Wujudkan sekitaran yang positif. Warna memainkan peranan penting!
  5. Berkawan dengan orang yang bersifat positif kerana ia akan “berjangkit” Jaga-jaga cavity :D
  6. Inilah yang paling penting dan jika anda tidak amalkan ibarat 50% keyakinan anda hilang iaitu mesti sentiasa baca blog JomBerniaga.com dan amalkan tip-tip yang diajar dan ubah mana perlu ikut kesesuaian diri. Wkakaka Gurau jer :)
  7. Kuat berusaha, banyak berdoa, rajin beribadah dan bertawakkallah kepada Allah. Insyallah anda boleh menjadi usahawan yang berjaya!

Sekian sahaja petua yang saya ingin kongsikan dengan anda hari ini. Salam cemerlang jumpa lagi ( erk ada pengaruh dengan motivasi pagi )

p/s: Hehe tak keluar lagi just testing aura dier :P

Di Atas Permintaan Ramai

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaflah jika anda berharap untuk membaca sesuatu yang ilmiah dengan mengunjungi blog ini saya tidak dapat berbuat demikian dalam masa seminggu dua ini. Namun saya akan berkongsi tip dengan anda pada hari ini. :D hehe
Jika anda ingin memberi sesuatu servis di internet anda haruslah membuat service yang ada permintaan yang tinggi daripada pengunjung. Contohnya seperti servis design banner, design minisite, design laman web dan banyak lagi!

So, jangan pula anda membuat servis yang tidak mendapat permintaan tinggi di pasaran seperti khidmat menggosok baju secara online! :D Sudah tentu anda akan hanya tersenguk-senguk menunggu pelanggan anda. Kebarangkalian setahun hanya 3 orang pelanggan anda!

Usah menjadi bodoh dengan membuat servis ikut syok sendiri! Anda perlu bijak menghidu peluang.. persaingan? Jangan takut kerana persaingan akan membuat otak anda lebih aktif berfikir :D

Bagaimana hendak tahu sesuatu perkhidmatan mendapat permintaan ramai?

Jawapanya ialah buat research tentang keyword anda menggunakan tool-tools tertentu.

Baiklah di atas permintaan ramai juga saya menyediakan bayaran melalui paypal untuk produk terbaru saya.

buy2.gif

sekian.

p/s: Tunggu produk terbaru saya yang pasti terhangat di pasaran!

Last Projek

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum saya mengundur diri di arena ebiz ini hehe untuk menumpukan study! Saya akan siapkan juga projek terakhir iaitu “101 Tip Adsense Terbongkar”. Lepas SPM sambung balik projek-projek yang terlampau banyak hehe.
Saya akan siapkan projek ini secepat mungkin namun kualiti ebook tetap saya utamakan. Ini merupakan projek ebook pertama saya menelan kos agak banyak. Namun saya percaya ebook ini cukup akan membantu anda semua dalam untuk menjana wang melalui Google Adsense.

Read the rest of this entry »

Terlampau Sibuk =(

Asslamualaikum dan salam sejahtera,

Saya rasa saya perlu tangguh untuk pengeluaran ebook “101 Tip Adsense Terbongkar” kerana saya betul-betul sibuk sebab peperiksaan around the coner dan mungkin pertengahan bulan 5 ini saya akan menetap di asrama sekolah dan tumpu 100% kepada pelajaran.

Saya rasa saya perlu memohon maaf kepada semua yang menunggu ebook saya.. kali ini saya tidak berjanji bila boleh keluarkan ebook mungkin selepas saya SPM kot.

Blog pula bila saya sempat saya akan update. Saya sekarang sedang  belajar bersungguh-sungguh demi menempuhi peperiksaan pada bulan 5 ini dan saya berharap menjadi pelajar Bitara iaitu yang mendapat 9A ke atas. ( saya ambik sembilan sahaja )  :D

Jadi saya berharap anda semua doakan kejayaan saya! Kalau 40 orang mendoakan mungkin Allah makbulkan doa kalian :)

sekian..
Labanon

Aksi Peniaga Terlampau

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaflah saya sekarang betul-betul sibuk dengan kelas tambahan, homework, mana nak buat ebook lagi dan sebagainya. Nampaknya ebook “101 Tip Adsense Terbongkar” akan lewat di keluarkan sebab terlampau sibuk. Saya kene korbankan 24jam masa saya untuk siapkan ebook ini nanti bila cuti saya akan terus siapkan. Bahan dah ada cuma nak susun tu take time ( Sesiapa buat ebook tu tahu ler)

Ok ini yang saya nak kongsikan dengan anda pada hari ini:

http://www.youtube.com/watch?v=auMelCvJll8 http://www.youtube.com/watch?v=RdMeVhJdsPg

Jika begini sikap peniaga macam mana nak maju? So jangan biadap begini.. pelanggan adalah raja! Kita kalau nak bagi perniagaan kita maju kita kene baik dan pandai ambik hati pelanggan bukanya macam clip di atas. sekian.

Coming Soon…

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

eBook ini akan membongkarkan 101 Tip Adsense yang sememangnya dibongkarkan oleh orang yang betul-betul “earn” duit daripada Google Adsense. eBook ini bukanlah saya tulis dengan syok sendiri tetapi idea daripada pakar-pakar adsense TEMPATAN.
Saya juga menyediakan temu bual eksklusif bersama beberapa orang-orang yang bergiat aktif dalam menghasilkan wang melalui adsense. Temu bual ini merangkumi yang dapat RM2000 sehari, ada yang dapat RM105 sehari dan macam-macam.

eBook ini juga 100% Bahasa Ibunda kita iaitu Bahasa Melayu. 101 tip yang diajar memang berkesan dan bernas. Penulisan pula straight to the point :)

Berapakah harga yang anda sanggup bayar? Ker nak percuma lagi? Hehe rasanya kali ni saya dah tak boleh bagi percuma…

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apakah perkara yang anda suka? ” Saya suka aiskrim ” jawab bro mael. Wah bagus tu bro mael. Jadi buatlah perkara yang anda suka. Kerana jika buat perkara yang anda suka hidup anda tidak akan stress, selalu ceria dan akan tersenyum selepas menyiapkan sesuatu kerja.

Kerja anda akan bertambah dari segi kualitinya, tempoh untuk siap juga cepat, kerja tidak bertangguh lagi dan banyak lagi kebaikkanya. Jika bro mael suka aiskrim mengapa tidak jual saja aiskrim.. belajarlah buat aiskrim bro dan jualnya!

Hehe banyak dah kisah orang berjaya kerana buat perkara yang mereka suka.

Bila anda memikirkan tentang wang, anda tidak dapat melakukan perkara yang betul. Tetapi wang akan sentiasa datang sebaik saja anda melakukan perkara yang betul, jadi usaha sepatutnya melakukan ke arah perkara yang betul.” Petikan kata-kata mendiang Mohan Singh Oberoi, pengasas hotel-hotel mewah Oberoi.

Kisahnya bermula menjadi kerani di Hotel Cecil di Simla, India. Hasil usahanya telah menyebabkan ia memiliki empayar hotel dan lain-lain industri di pelosok dunia. Sebelum mati pada usia 104 tahun beliau mempunyai 32 buah hotel diseluruh dunia.

Ketika ditanya mengenai apakah yang mendorong beliau menjadi pengusaha hotel paling ekslusif dan salah satu yang terbesar di dunia, Oberoi menyatakan telah menyatakan “Tujuan utama saya bukanlah untuk membuat duit. Tarikannya adalah untuk berfikir besar, sentiasa menawarkan yang terbaik dan biar ianya berlaku. Nama, kemasyhuran dan keuntungan akan datang dengan sendiri.

Kesimpulannya lakukan benda yang anda suka.Duit akan mengikut jejak anda.

p/s: Saya dalam proses menyiapkan sebuah ebook simple tapi membunuh! Kira “wajib beli” la :D

Kreatif

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kreatif di dalam perniagaan Internet amat diperlukan. Kreatif mencipta produk, kreatif menjual produk, kreatif memasarkan produk dan pelbagai kreatif lagi. Kreatif amat perlu di dalam perniagaan Internet adalah untuk memberi kelainan kepada produk anda.

Jika anda menjual produk Resell Rights yang memang banyak pesaign. So bagaimana kita hendak menang di antara pesaing-pesaing kita itu?

The answer is creative. Mungkin menjual produk Resell Right anda perlu kreatif dalam membeli bonus. Jangan menawarkan bonus yang telah lama atau out to date. Kalau boleh anda reka produk khas untuk bonus! Sudah tentu bonus anda tiada di web-web lain.

Kami Team FlareBiz sentiasa memberikan bonus yang terbaru di mana kami sendiri kreatif untuk mengumpul-mengumpul bonus dan lihatlah apa yang pembeli katakan:

sy baru baca separuh buku ini.. dan sentiasa berminat utk baca lagi.. gaya bahasa yg bersahaja.. straight to the point.. byk guna point2, bkn karangan berjela2.. beserta contoh2 bergambar.. senang paham.. dan bonus2 yg berguna..tak mcm sesetgh penulis buku lain yg bg bonus2 yg outdated.. dgn kata lain, dah tak boleh jual baru bagi bonus.. 4.9/5 utk ebook ni.. syabas flarebiz..

Oleh itu anda perlulah sangat-sangat bersifat kreatif dan berfikir di luar kotak. Kelainan membuatkan anda kaya di Internet.

Kreatif dalam menulis sales letter juga penting. Sales letter adalah first impression kepada produk anda. Jadi kretif dalam menulis sales letter salah satu elemen penting kejayaan penjualan produk di Internet. Jadi untuk menjadi “kreatif” menuli sales letter bolehlah membeli produk kami “Rahsia Menulis Sales Letter Membunuh“.

Kreatif dalam blogging juga perlu. Kreatif dalam membuat post supaya pelawat blog anda tidak bosan membaca post yang dibuat oleh anda. Jadi pelbagaikan gaya penulisan anda. Sebagai seorang usahawan Internet “Blog Merupakan Senjata Penting” di dalam membina kredibiliti anda.

Seperti post lepas iaitu ” Yakin Bila Bertindak ” apakah agak-agaknya tujuan lain saya selain memberi motivasi di dalam post tersebut? Sebenarnya saya ingin memperkenalkan perkhidmatan membuat ecover 8-) Hehe jadi kreatif dalam membuat post juga penting!

Akhirkata renungilah kata-kata ini ” Kelainan membuatkan anda kaya di Internet ” dan saya berharap post ini amat berguna kepada anda.

sekian

p/s: Fakta menunjukkan cover juga penting dalam melariskan jualan anda. Jadi tempalah ecover dengan saya! hehe

Kenapa Perlu Kaya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ok ini saja nak sambung kesinambungan post-post SaifulSham yang banyak memberi sebab mengapa kita perlu kaya? Saya nak kongsi pendapat ringkas saya dengan anda kenapa kita perlu menjadi kaya.

Islam sendiri perlukan umatnya yang kaya untuk menjadi sebuah agama yang kuat. Kaya dari semua aspek seperti kaya akhlak, peribadi, harta dan sebagainya yang baik-baik. Ini secara tidak langsung dapat memperkasakan ekonomi umat Islam.

Sesungguhnya orang kaya yang pemurah adalah lebih baik daripada orang miskin yang meminta-minta di sisi Allah. Jika kita kaya jangan pula kita kedekut kerana bila mati kita tinggalkan segala-galanya. Rumah besar, kereta mewah semuanya kita tinggalkan kepada anak isteri kita.

Sungguh menyesal kita ketika itu kerana tertipu kepada dunia jika kita kaya tetapi kedekut dan bakhil untuk membuat amal jariah. Lihat zaman Rasulullah sendiri umat Islam menjadi kuat kerana mempunyai sahabat yang kaya dan pemurah!

Ya memang kita kena menjadi kaya!

Sekian.

Kita Semakin Lupa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertamanya please luangkan masa anda untuk membaca post ini.

Kita semakin lupa! Ya semakin hari kita semakin lupa terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita sebagai umatnya hendaklah mengikut sunnah nabi. Tidak boleh kita kata nak ikut separuh jer kecualilah kita tidak mampu lakukanya.

Read the rest of this entry »

Yakin Bila Bertindak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,Bertemu kembali.. saya agak sibuk dengan pelbagai urusan termasuklah projek-projek yang di atur oleh sifu saya! Banyak betul projek-projek hebat yang di atur oleh bro fai selaku sifu aka partner. :) Di tambah pula saya menghadapi exam ke dua pada tahun ini. ( exam pertama dapat 7A wooo! )

Baiklah balik kepada tajuk hari ini. Yakin bertindak! Anda perlu ada sikap untuk percaya kepada tubuh anda! :D Jika anda ingin lancarkan sesuatu projek lancarkan dengan penuh yakin.. kerana keyakinan akan membuatkan anda bertindak dengan baik. Percayalah pupuklah sikap yakin ke dalam diri anda masing-masing.

Read the rest of this entry »

4 Angka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya dah ramai mula guna ruangan contact saya untuk bertanyakan saya bagaimana saya menjana wang melalui Internet selepas kak Roshatika membuat post tentang saya di blog beliau. :) Maaflah semua bukan saya taknak reply emel anda TAPI soalan anda terlalu umum. Kalau ingin belajar tentang perniagaan Internet anda boleh melawat blog SaifulSham, SmartZul, Shuth dan banyak lagi.

Paling menarik saya dapat emel ” Engkau guna duit yang kau dapat untuk buat aper?“. Emel ini di kirim oleh seseorang yang saya terpaksa rahsiakanya. Baiklah sebenarnya saya tak dapat nak simpan pun duit yang saya dapat kerana banyak perkara yang saya perlu belanjakan maklumlah masih seorang pelajar.

Jadi wang yang saya dapat saya belanjakan untuk:

  • Bayar duit tuition :) hehe tak perlu lagi mintak dengan parents.
  • Bayar duit elektrik rumah dan air. ( ni pertama kali dalam hidup tolong bayarkan untuk parents).
  • Belanja untuk projek akan datang :D hehe tak gitu bro fai?
  • Bayar hutang-hutang yang belum dijelaskan hehe
  • Nak tempah Hand phone kat Jepun dengan Kak Lynn (tak jadi setelah berfikir dua tiga kali) :D
  • Terlupa satu lagi bil streamyx ( tq G-Kin kerana tolong ingatkan )

dan selebihnya simpan untuk renew domain dan sebagainya. Ok kenapa saya ingin kongsikan ini semua dengan anda? Sebenarnya saya ingin memotivasikan diri anda semua. Takkan la saya boleh anda tidak boleh? Apa bezanya saya dengan anda? Apakah kelebihan saya? Kita semua sama sahaja! Jika seorang pelajar sekolah boleh lakukanya kenapa anda tidak?

Sekian..

p/s: Jangan lupa masuk cabaran JomBerniaga!

p/s: Saya buat post ini untuk MOTIVASI bukan nak menunjuk-nunjuk!

Aduh vCardku!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya saya telah ditag oleh bro SmartZul.. OH! Sungguh kejam lawa vCard ( Virtual Card) yang dibuat oleh bro zul. Jadi tugas saya dah selesai! POP! POP! POP! Tunggu dulu! Saya perlu bagi tau bro Zul dulu yang saya dah selesaikan tugas saya. “Dah Siap“!

POP! POP! POP! Lihatlah hasil kerja saya:

Owh! Malangnya saya bukan designer kalau tak sudah tentu vCard saya ini akan cantik berseri-seri. Jadi saya nak tag 5 orang:
  1. Bro Alang - Ehem2 sibuk nampak :D Kita tengok sifu adsense design vCard!
  2. Bro Sukeri - Hehe berhenti dulu promote ebook :D jom design vCard!
  3. Bro ImoImora - HOHOHO! Time ni ler nak tunjuk skill :D jom buat vCard!
  4. Bro Sufian - Kita tengok Sifu Affiliate design vCard!
  5. Bro Hasrul - Sambil-sambil jaga CC boleh design vCard kot!
Kepada semua yang ditag ini main-main jer.. tetapi anda digalakkan untuk menyahut cabaran ini :D.. Tunggu apa lagi?
p/s: Bagi orang lain yang berminat untuk bina vCard, anda binalah sendiri dan tag 5 orang :D

Di Manakah Kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cuba renungi kata-kata Dr.Irfan Khairi ini:

Irfan Khairi Says:

Official

Tun Daim Zainuddin & Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari pun bawa proton sahaja dan mereka billionaire. saya yang millionaire, kena bawa perodua sahaja la

So dimanakah kita? Adakah kita yang tidak menjadi jutawan ini hendak pakai kereta BMW? Adakah kita yang menanam anggur ini nak pakai kereta Proton Wira? Sebenarnya inilah salah satu faktor kenapa masih ramai yang tidak mampu untuk menjadi jutawan kerana “pakai benda yang kita tidak mampu”.

Pengurusan wang amat penting. Jangan kerana kereta BMW anda terpaksa ikat perut, jangan kerana kereta BMW anda terpaksa bergadai sana bergadai sini. JANGAN! Perkemaskan ilmu pengurusan kewangan anda, pasti hidup senang lenang tanpa si dia (hutang) :D

sekian..

p/s: Ini adalah pendapat peribadi saya ;) jangan nak ambik serius sangat hehe

p/ss: Bila anda nak dapatkan ebook “Rahsia Menulis Sales Letter Yang Membunuh” ?

Work Hard!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua mahu jadi jutawan bukan? Jutawanlah perkara yang diidamkan - idamkan oleh hampir semua manusia kecuali yang dah jadi jutawan mestilah nak jadi billionare pulak :D. Saya pun turut sama ingin menjadi jutawan pada suatu hari nanti insyallah.

Tapi tahukah anda? Dr.Irfan Khairi ( Jutawan Perniagaan Internet yang saya kagumi ) hanya tidur sekitar 3-4jam sahaja sehari semasa ingin megejar cita-cita beliau. Lihat semua jutawan di dalam dunia ini bekerja keras demi mencapai status seorang jutawan.

Read the rest of this entry »

Cabaran JomBerniaga!

Sertainya Sekarang!! Klik dekat picture tu jer :D

Huhu Hadiah Menarik SEDANG MENUNGGU ANDA SEKARANG JUGA!!! Klik dekat gambar di atas!!

SELAMAT MENCUBA!!

Apakah Kelebihan eBook ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah sementara menunggu satu cabaran yang akan saya sediakan kepada anda nanti. Tunggu yer! Baiklah semua pembaca blog ini tahukan apa itu ebook? Erm tak tahu? Try ler download satu kat sini.

Kelebihan eBook Kepada Penulis eBook tu sendiri. 

  • Jimat kos.
  • Cepat dan mudah untuk dipasarkan.
  • Dapat memperbetulkan kesilapan dengan hanya satu klik.
  • Boleh nak jual ikut suka hati berapa unit. Kalau permintaan sejuta unit maka sejuta unitlah ebook ini akan dijual.
  • Dan banyak lagi.

Kelebihan eBook Kepada Pembeli. 

  • Dapat sampel percuma.
  • Lebih murah.
  • Boleh mendapatnya secara PERCUMA setiap kali ia dikemaskini.
  • Ringan erk.. mudah untuk di bawa kemana-mana
  • dan banyak lagi.

Erk bolehkan anda semua tambah apa lagi kelebihan eBook? Tapi satu jer.. BANYAK CETAK ROMPAK WOO! :bloody:

sekian