Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Mac dah tiba

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya sudah habis bulan 2 ;) sekejap sahaja. Rugilah kalau anda semua tidak mengurus masa dengan baik. Bagaimana income bulan ini? di harap income bulan ini meningkat lah ya! Jangan sesekali bagi income anda menurun. Carilah jalan untuk menambah pendapatan anda ketika masih muda ni :D Ya.. semua pembaca blog ni muda-muda :P.

Baiklah pemenang bagi TOP Tukang Komen ialah:

  1. Hapisol
  2. ImoImora
  3. Saiful

Mereka akan mendapat:

NICHECODECOVER.jpg10WAYSCOVERSMALL.jpg

[Yes] Includes Sales Page
[Yes] Can be given away.
[Yes] Can be packaged.
[Yes] Can be offered as a bonus.
[Yes] Can Be Edited Completely and Your Name Put on it.
[Yes] Can be used as web content
[Yes] Can be broken down into articles
[Yes] Can be added to paid membership sites
[Yes] Can be offered through auction sites.
[Yes] Can sell Resale Rights
[Yes] Can sell Master Resale Rights
[Yes] Can sell Private Label Rights

Wah bertambahlah produk mereka untuk dijual :D Ya anda boleh jual semua ini dengan harga kegemaran anda hehe. Nak bagi percuma pun ok ;)

Oklah yerp.. saya nak study jap.. esok exam hehe.. Kepada semua pembaca pastikan anda rebut hadiah untuk bulan March pulak dan tunggu post-post menarik sepanjang minggu hadapan. Ya saya akan buat post terbaik buat anda.

Terima kasih memilih blog jomberniaga sebagai denistinasi pelancongan anda dalam internet hehe. Owh.. ya.. jangan lupa untuk MELANGGAN SETIAP POST di blog ini terus ke emel anda.. masukkan emel anda di bahagian side bar ;) Anda tidak rugi melanggan post di blog ini.. kerana blog ini berkualiti ( Ceh berlagak! )
sekian…

p/s: Kepada pemenang PM saya untuk mendapatkan hadiah. Guna ruangan contact :D

Niche Lain Bagi Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ni kecoh satu perkampungan WC apabila bro SmartZul mengeluarkan post ini. Namun post ini ada betulnya jugak, semakin hari semakin banyak blog tentang Internet Marketing(IM) wujud terlampau banyak berbanding IM sendiri yang wujud :D.

Banyak niche blog tempatan khusunya belum/jarang dipelopori. Contohnya blog pasal:

  • bola sepak
  • bunga
  • masakan
  • teknik menjaga bayi
  • teknik menjawab soalan add math ( hehe encik hapisol berminat ker?)
  • teknik memikat hati wanita (dulu dah ader.. sekarang :( masih mencari-cari hehe)
  • motivasi diri
  • diari seorang pelajar(hehe niche jugak ker ni?)
  • blog pasal kumbang :P
  • dan TERLAMPAU banyak lagi

Anda cuma perlu buka sedikit minda anda barulah banyak idea datang dan saya ingin pesan jika buat blog.. buatlah blog tentang perkara yang anda minati kerana ia akan mempengaruhi gaya penulisan anda.

Blog-blog tempatan juga semakin hebat! :D Di antaranya ialah:

Read the rest of this entry »

Kisah Seekor Kumbang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

UPDATE: Saya nak bagi hadiah lagi. Ya saya nak bagi hadiah lagi dan kali ini lebih hebat. Saya nak bagi hadiah hebat ini kepada 3 top Commentators :D bagi bulan Februari. Insyallah saya akan cuba cari pelbagai hadiah untuk bulan-bulan seterusnya kepada anda semua! Enjoy your reading!

Al-kisah pada aku darjah 2, kawan aku Alif datang ke rumahku pada petang yang damai. Di tambah pula dengan angin yang sepoi-spoi bahasa. Alif seperti biasa datang kerumahku untuk mengajak aku bermain a.k.a lakukan aktiviti petang untuk kesihatan badan. :D

” Petang ni nak buat ape Alif ? ” tanya ku dengan penuh harapan. ” Haa! Hari ni ada aktiviti best.. meh ikut aku”. Tanpa berfikir panjang aku terus mengikut Alif pergi ke suatu tempat. “Eh Alif… buat apa kat belakang rumah Pak Cik Hasan ni? ” aku bertanya. Rupa-rupanya Alif ingin mengajak aku untuk menangkap kumbang… wah bukan main seronok lagi saya masa tu :D.

Lebih kurang ni laa rupanya!

Kumbang ni bukan kumbang biasa… warna dia kemas-emasan sedikit. Alif telah bersedia terlebih dahulu dengan sudah membawa plastik untuk di tempatkan kumbang yang telah ditangkap. Setelah selesai aktiviti petang saya mengambil keputusan membawa kumbang ini balik.

Esok apa lagi bawak pergi sekolah la kumbang-kumbang ni :D Sesampai di sekolah ramai yang heran.. ” Eh.. ni kumbang jenis aper ni Dely?” tanya seorang kawanku. “NI kumbang spesis mamalia.. yang tak der di Malaysia” jawabku supaya mereka yang mendengar bertambah hairan :) . Kawanku seorang lagi berkata ” Bagi aku satu Dely.. nak satu jer”.

Secara sepontan otak bisnesku ini menghantarkan isyarat supaya jangan bagi free hehe. Hendak diringkaskan cerita sayapun menjual kumbang-kumbang emas itu takdi dengan harga 30sen seekor. Kesian pulak kumbang tu huhu. Wah banyak permintaan dan petang esok apa lagi terus saya pergi tangkap lagi kumbang tu.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hehe baca tajuk? Hah itulah JomBerniaga 1.0 telah keluar. Mana themesnya Labanon?  Hehe ni yang saya sedang gunakan ni ;) Walaupun tidak berapa mahir dalam bidang ini saya bertungkus-lumus menyiapkanya.

Ini supaya:

  • Blog saya lain daripada yang lain.
  • Blog saya lebih unik.
  • Mendapat kepuasan dan kenikmatan.
  • Dan banyak lagi :D

Anda bila lagi? Bila nak buat theme sendiri? Hehe “Hendak Sejuta Daya, Tak Nak Sejuta Dalih“.

Sekian.

p/s: Wah produk HEBAT akan dilancarkan dalam masa terdekat bersama-sama bonus yang TAK MASUK AKAL(Terlampau Hebat) :D

Nak Berniaga Apa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tentu ramai ingin berniaga kan? Semuanya berkobar-kobar.. tapi bila masuk bab nak jual ape ek? Semua semangat down balik ;) Jangan risau saya akan bagi tahu anda 4 jenis perniagaan yang akan membuat duit anda mengalir ‘masuk’ ibarat sungai yang berarus deras.

Nak tahu apakah 4 jenis perniagaan itu?

Read the rest of this entry »

Forum JomBerniaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Forum JomBerniaga.com(JB) telah lama wujud ;) namun masih tidak di war-warkan kepada ramai. Insyallah dengan izinNYA saya akan mengiklankan forum ini secara besar-besaran.

Nampaknya saya memerlukan anda semua untuk sama-sama membantu memeriahkan forum JB. Saya juga memerlukan moderator bagi menjaga dan ‘memeriahkan’ forum ini. Jika ada yang berminat bolehlah berbuat demikian di sini. Saya berhasrat untuk menjadikan forum ini satu komuniti yang hebat untuk berbincang tentang perniagaan.

Mariah sama-sama register di forum ini dan sama-sama membantu saya merealisasikan matlamat forum JB di wujudkan. Sekali lagi jom sama-sama register dan memeriahkan forum ini.

*Dialu-alukan budi baik anda semua pembaca blog ini untuk membuat review tentang forum ini. Bila buat review jangan lupa ping kat sini ;)

sekian..

p/s: Produk kami(FlareBiz) akan dilancarkan tidak lama lagi :D nampaknya partner saya bertungkus lumus menyiapkan produk terbaru dan HOT ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah pembaca-pembaca blog sekalian… Saya Labanon, guru baru anda untuk mengajar anda membaca dan mengeja ;) Jadi semua sudah bersedia?

Baiklah jika sudah bersedia kita akan mulakan pelajaran kita sekarang. Ok perkataan pertama yang saya hendak anda semua eja ialah nama cikgu. Ya nama cikgu… Labanon :D.

Ok pelajar-pelajar sekalian sila eja betul-betul… L-A-B-A-N-O-N.. “Labanon“. Ok.. mari kita sama-sama eja dan sebut. L-A-B-A-N-O-N… “Labanon”. Hehe baiklah anda semua balik praktis ok perkataan ini. Sekian pelajaran hari ini.

Hehe anda semua tahu kenapa saya mengadakan kelas bacaan ini? Hehe supaya tidak ada lagi yang menyebut nama saya “LEbanon”,”LabanIn” dan macam-macam lagi. Saya rasa nama saya patut ditambah Labanon FlareBiz hehe memandangkan saya sudah ader team sendiri. ( Tak gitu bro fai? )

sekian..

p/s: Owh ya saya juga sudah menjadi penulis di RahsiaBlogger ;)

FeedBack Ebook FlareBiz

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat pengetahuan anda semua ebook Asas Penting Perniagaan Internet telah diedarkan secara percuma sejak beberapa hari lepas dan terdapat pelbagai feedback yang saya terima. Saya cukup berterima kasih kepada yang memberi komen baik atau buruk, testimonial dan sebagainya.

Ini kerana secara tidak langsung ini akan membuatkan ebook yang akan saya terbitkan kelak akan bertambah kualitinya insyallah. Anda semua dah baca ker ebook Asas Penting Perniagaan Internet? Jika belum kenapa tidak mendownload ebook “hebat” ini secara PERCUMA? Jika dah baca kenapa tidak tinggalkan sedikit komen untuk saya menilai tahap ebook ini ;) Di harap anda semua dapat membantu saya.

Di bawah adalah beberapa testimonial ebook ini.. maaflah yer masih tak sempat nak masukkan kat web rasmi untuk mendownload ebook ini ;) nanti saya akan masukkan.

Read the rest of this entry »

Guna Peluang Yang Ada

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Bagaimana ebook Asas Penting Perniagaan Internet? Adakah memberi faedah kepada anda? Saya amat berharap ia dapat memberi faedah kepada anda. Yup post kali ini ialah guna peluang yang ada.
Jangan memeningkan otak untuk memikirkan pelbagai jenis perniagaan sedangkan peluang yang di depan mata anda siakan. Hehe jangan fikir nak buat perniagaan besar yang menelan belanja yang banyak sedangkan duit anda tidak mencukupi. Gunakan duit anda yang “tidak mencukupi itu” untuk memulakan perniagaan yang ala kadar :D

Ya.. dengan berbuat sedemikian anda dapat mengelakkan diri daripada terus dibelengui oleh HUTANG hehe ( hutanglah yang sering buat orang pening kepala ). Yang paling penting ialah anda perlu pantas menghidu gam peluang perniagaan yang sudah tersedia. Hehe nak contoh?

Ok… lihat ebook percuma saya ;) daripada ebook percuma saya cuba fikir macam mana nak dapat duit daripada ebook percuma. Fikir punya fikir ya! Saya buka ruang iklan untuk disewa dan hasilnya ;) Cukup makan hehehe tapi okla tu leh buat bayar streamyx 2 bulan daripada duit tu .

Kesimpulanya guna peluang di depan mata jangan dok buat sakit kepala dok fikir idea-idea perniagaan lain
Salam cemerlang jumpa lagi
p/s: Dapatkan ebook asas perniagaan internet sekarang juga!!!

p/ss: Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada bro Badruzamani Bin Azmi dan Ibnu Hassim kerana menolong saya menyebarkan Ebook Asas Penting Perniagaan Internet.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdullilah syukur kepada Allah akhirnya dengan inzinNYA kami dapat juga menyiapkan ebook percuma khas untuk pengguna internet sekalian.

AMARAN: EBOOK INI ADALAH EBOOK PERCUMA

Saya Labanon menjalankan tugas untuk melancarkan ebook Asas Penting Perniagaan Internet. Ebook ini di harap menjadi panduan dan sebagai guide line bagi anda yang ingin memulakan perniagaan internet. Walaupun ebook ini tidak begitu lengkap namun kami telah lakukan yang terbaik bagi memberikan yang terbaik buat anda.

Untuk mendownload ebook ini secara PERCUMA… sila layari http://www.terhangat.flarebiz.com/

p/s: Ebook ini sempena memperkenalkan nama Team kami iaitu FlareBIz dan jika terdapat testimonial sila hantar ke support[at]jomberniaga.com

p/ss: Terima Kasih juga kepada semua yang menempah iklan

sekian

Adly aka Labanon
Team FlareBIz
http://jomberniaga.com