Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya akan mengedarkan satu ebook iaitu ebook tentang apa itu perniagaan internet. Ebook ini keseluruhan menerangkan tentang apa itu perniagaan internet secara keseluruhan (jadi agak boring ;) ) Namun begitu, saya berharap anda semua bersedia untuk membaca ebook yang “tidak seberapa ini”.

Tunggu tarikh pelancaran ebook ini!! Hehe dan produk saya akan di lancarkan 2-3 hari selepas saya edarkan ebook percuma ini. Wah banyak jugak ek yang saya buat huhu :D

sekian..
p/s: Rase2 tak leh nak melawan kehebatan ebook ” Dari Sifar Menjadi Usahawan” tapi kita tengok la yerr ;) ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Wah nampaknya dengan menyusun jadual saya dapat menyelesaikan semuanya dengan tersusun dan dapat update blog jugak hehehe. Nampaknya produk saya akan dilancarkan lewat sedikit kerana ada beberapa masalah teknikal.. tapi kata partner saya ” Biasalah cabaran selalu menimpa jika kita ingin lancarkan PRODUK TERHEBAT!!;)

Baiklah taskirah kita pada hari ini ialah tentang Allah Akan Mengganti Yang Lebih Baik!. Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantikanya dengan yang lebih baik. Namun, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanya.

” Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya, lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga” (Al-Hadith)

Maka anda tidak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa anda, sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga, balasan, pengganti dan ganjaran yang besar.

INGAT! umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatanya pun sangat miskin jika hendak dibandingkan dengan akhirat kelak yang kekal abadi. Sehingga barangsiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak dan barangsiapa sengsara di dunia ia akan bahagia di akhirat kelak. Namun amat sedih kepada mereka yang mencintai dunia. Mereka selalu memandang ke arah bawah telapak kakinya dan hanya menaggung-agungkan dunia yang sangat fana dan tidak berharga ini.

sekian.

p/s: Siapa yang tekena musibah anda harus hadapi dengan tabah dan sabar… kerana Allah pasti akan menggantikan yang lebih baik!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya berharap anda bersedia untuk dikenakan sentuhan motivasi pada kali ini. ( sebelah tangan dok menaip sebelah tangan lagi dok pegang buku Kimia :D study tetap kene study) Ok kepada anda yang baru ingin menceburi bidang perniagaan internet jangan terus target nak dapat duit RM1 juta!! Bukan tak boleh tapi… agak mustahil.

Kita hendaklah bermula slow-slow atau bermula dari bawah. Baiklah saya akan menyenaraikan beberapa target atau matlamat minimum anda sebagai usahawan internet.

Read the rest of this entry »

Peniaga Berwawasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Apa khabar anda semua? Saya akui tidak sempat untuk meluangkan masa untuk update blog ini :( Kerja sekolah nampaknya sudah bertimbun-timbun huhuhu. Jadi saya hanya boleh update setakat saya mampu sahaja lah. Lagipun dalam masa terdekat saya akan melancarkan satu projek terakhir saya sebelum SPM. :D Jangan salah faham projek terakhir sebelum SPM bukanya projek terakhir dalam hidup saya ini ;)

Baiklah.. peniaga berwawasan bukan sahaja pandai menghidu dan merebut peluang tetapi juga tidak mengharapkan keuntungan yang singkat. Ya ada dalam kalangan kita yang baru jer start berniaga dah nak untung :D Memang tidak dapat dinafikan terdapat usaha yang tidak setimpal dengan masa dan tenaga yang dicurahkan.

Read the rest of this entry »

Salam Maal Hijrah

Pengajaran Disney Oh Disney

Pengajaran dari cerita ini ialah, pertama, usahawan yang berjaya perlu ada “mind set” yang kreatif. Mereka perlu mencuba sesuatu yang lain dari yang lain. Dalam kes Disney, beliau tidak terikut – ikut dengan orang lain. Kartun baginya boleh mendatangkan keuntungan berjuta dolar, sedangkan pada ketika itu, kartun perkara baru dalam masyarakat dan tambahan lagi, televisyen belum dimiliki ramai.

Disney juga mempunyai “mind set” yang kreatif kerana mengadunkan elemen kemanusiaan dalam siri kartun tikusnya iaitu Mickey Mouse. “Mind set” atau cara berfikir yang betul adalah penting kerana kita sedang bersaing dengan usahawan dari Negara luar terutama Negara – Negara ASEAN. Pasaran Negara kita kini lebih terbuka ekoran pelaksanaan Zon Perdagangan Bebas AFTA.

Pengajaran Kedua; usahawan yang berjaya tidak mudah putus asa. Kejayaan hanya dapat dicapai melalui beberapa siri kegagalan. Disney pernah gagal dan jatuh bankrap tetapi beliau terus mencuba dengan idea – idea kartun yang baru sehingga berjaya.

Pengajaran Ketiga, usahawan perlu ada kemahiran tersendiri. Melukis kartun adalah satu kemahiran yang tidak ada pada ramai orang. Sesetengah usahawan mungkin mahir dalam membuat pasu, buat kek, menjahit, menenun songket, membuat barang tembaga, membina bangunan, dan sebagainya. Tetapi kemungkinan untuk berjaya adalah lebih besar sekiranya kita ada kemahiran dalam bidang yang belum diterokai oleh orang lain.

Disney Oh Disney

Berniaga adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam. Nabi SAW adalah seorang pedagang, begitu juga sahabat – sahabat Baginda antaranya Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf.

Begitu penting sekali perniagaan menurut Islam sehingga perkara kedua yang dilakukan oleh Rasulullah SAW selepas mendirikan masjid di Kota Madinah ialah membina sebuah pasar. Semoga kita bukan sahaja menjadi peniaga yang kaya dari segi harta tetapi peniaga yang juga kaya dari segi akhlak, nilai murni dan moral.

Bagi mereka yang suka menonton cerita kartun, siri kartun Mickey Mouse bukanlah satu cerita kartun yang asing. Karya kartun Walt Disney ini, iaitu Mickey Mouse, dikatakan sebagai karya kartun teragung sepanjang zaman. Read the rest of this entry »

Millionaires & Billionaires

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sibuk sekarang dengan mengulangkaji pelajaran :D. Rasa macam dah takda masa untuk membuat perkara-perkara lain. Ini kerana cikgu saya berpesan ” Utamakan yang lebih penting daripada yang penting” Huhu jadi saya membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran. Saya ingin buktikan Melayu Boleh! ;)

Baiklah saya berharap anda bersedia untuk membaca perihal motivasi yang akan membuatkan anda rasa bersemangat dan membuat kita sama-sama berfikir untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Insyallah.

Satu kajian telah dijalankan di USA untuk melihat perbezaan di antara millionaires dan billionaires. Terdapat banyak perbezaan di antara mereka, tetapi ada satu perkara yang cukup menarik.

Read the rest of this entry »