Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah banyak yang kita lalui dan tempuhi sepanjang tahun ini. Sudah tentu setiap perkara itu ada manis dan pahitnya. Walau apa pun yang terjadi anda bersabar dan bersyukurlah. Ini kerana ia sudah takdir. Bangunlah, jika Dia mengkehendaki anda berdiri, dan duduklah jika Dia menyuruh anda duduk!

Bersabarlah ketika Allah menjadikan diri anda seorang yang fakir, dan bersyukurlah manakala Dia menjadikan diri anda orang yang kaya-raya. Itulah yang seharusnya anda lakukan sebagai seorang hamba. Renungliah kata-kata ini:

Janganlah mengatur sesuatu masalah yang ada padamu,
Orang yang suka mengatur akhirnya akan binasa,
Redhalah dengan apa yang telah Allah berikan,
Kerana Allah sebaik-baik pengatur segalanya berbanding kita yang lemah!

Di dalam perniagaan internet walaupun saya bermula agak lewat iaitu dalam awal bulan Ogos( study pasal ebiz dah lama hehe.. baru jer mula :D ) namun ia tidak sesekali mengecewakan saya. Saya senaraikan apa yang saya telah lakukan :

Read the rest of this entry »

Merenunglah dan Bersyukurlah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara dan banyak lagi.

Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, berserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya, anda menguasai kehidupan anda tetapi tidak pernah mengetahuinya.

Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki. Apakah anda mengira bahawa berjalan dengan dua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa? Padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki. Anda mengira berdiri tegak di atas kedua-dua betis adalah perkara mudah? Sedangkan ramai yang telah kehilangan betisnya!

Renungkanlah! Betapa besarnya nikmat Allah. Apakah anda mahu membeli istana-istana besar dengan lidah anda dan menjadi bisu? Mahukah anda menukarkan sejonkong emas dengan sebiji mata anda dan anda menjadi buta?

Anda acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material seperti tiada handphone canggih, tiada rumah besar dan sebagainya. Namun anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki kebaikkan, kenikmatan dan banyak lagi.

Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukuralah! Don’t be Sad!!

Sekian..

p/s: Kepada yang dapat result PMR kurang memuaskan sabarlah… :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Di harap dalam keadaan sihat waalfiat. Saya sudah memulakan proses pembelajaran saya bagi menghadapi SPM jadi saya tidak dapat luangkan lagi masa yang banyak kepada blog saya. Di tambah pula dengan projek-projek lain yang memerlukan masa yang banyak untuk diluangkan barulah berjaya.

Jadi saya rasa sekarang jadual harian saya cukup padat dan saya hanya mampu melakukan kerja-kerja ebiz pada waktu tengah malam. Jadi pesanan saya kepada pelajar yang ingin menceburi perniagaan internet atau apa-apa jenis perniagaan perlulah membahagikan masa dengan baik. Bagi seorang pelajar tidak seharusnya menumpukan 100% kepada perniagaan kerana tugas anda sebagai pelajar. Jadi bagi saya alternatif untuk menambah pendapatan terbaik bagi seorang pelajar ialah dengan perniagaan internet ataupun program wang online.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Hehe bagi yang dapat hadiah dari saya tu jangan pulak bagi kat orang lain ek! Kalau ada orang nak jugak sila PM saya. Nampaknya baru takdi terima komisyen affiliate daripada penjualan ebook SmartZul hehe tak sangka walaupun hanya meletakkan banner dapat jugak duit. Allhamdullilah!

Baiklah bagaimana ingin menjadi usahawan berjaya seterusnya menjadi jutawan yang berjaya? Hehe sebelum nak jadi jutawan tu anda perlu tanamkan dahulu keinginan untuk menjadi jutawan kerana hampir 70% hasrat kita tercapai kerana keinginan bersungguh-sungguh. Untuk menjadi usahawan berjaya saya rasa pertama sekali ialah sabar. Ya setiap perkara yang kita buat mesti sabar kerana bukan semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan. Jika tiada sifat sabar tentulah anda akan mudah berputus asa dan anda perlu ingat! “kejayaan tidak akan datang bergolektetapi ia datang berjalan :D

mysticmind's Avatar

Read the rest of this entry »

Levi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sedang sibuk dengan projek terbaru bersama partner saya hehe secret dulu buat masa ini. Saya sedang dalam proses menyiapakan satu ebook ini. Hehe ebook ini wajib di miliki oleh semua orang yang menginginkan kejayaan dalam melariskan jualan. Saya dan partner saya bertungkus-lumus dalam menyiapkan ebook ini. Ebook ini saya akan jadikan ebook paling lengkap hehe. Ebook ini di rahsiakan dahulu identitinya kerana baru siap 70% dan ebook ini adalah ebook berbayar :D. Saya akan pastikan yang saya akan buat satu kejutan dengan ebook ini. Hehe jadi bagi peminat saya ( cewah) simpanlah duit dengan segera kerana anda pasti tertarik hendak membeli ebook ini.

Baiklah saya tidak sempat untuk mengupdate blog saya sendiri kerana tumpuan saya kepada ebook tersebut. Saya cuba sedaya upaya membuatnya supaya pembeli puas hati :D. Saya ingin kongsikan satu cerita tentang Levi.

Idea: Kenal Pasti Permintaan Yang Belum Dipenuhi

Nama ‘Levi’ adalah antara jenama yang paling terkenal di kalangan remaja seluruh dunia. Levi berjaya kerana beliau bijak mengenal pasti peluang perniagaan yang baik. Oleh itu, sebagai seorang usahawan, saudara perlu berfikiran terbuka dan sentiasa menilai peluang-peluang perniagaan secara saksama. Gunakan pertimbangan saudara sendiri. Belum cuba, belum tahu.

Read the rest of this entry »

Hadiah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah bagi yang menyertai saya akan bagi link untuk mendownload semua hadiah sekejap lagi. Sila check inbox anda di forum JomBerniaga.com. :D Pastikan anda menggunakan sebaik-baiknya hadiah itu :D. Hehe untuk makluman sila download hadiah yang berharga lebih RM50 ini dengan segera(dalam masa 3 hari).

sekian.

Azam 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekarang menunjukkan jam 1.34 am huhu ini merupakan blog terakhir saya update hari ini :D Untuk pengetahuan semua saya sentiasa membuat post di sini selepas semua blog-blog lain saya dah update :D. Mula-mula start memanglah rasa membebankan namun sekrang rasa seronok pulak :D sebab dah jadi macam satu perkara wajib mesti update blog hehe.

Baiklah apa azam anda tahun 2007? Pastinya azam anda akan lebih hebat pada tahun inikan? Hehe walaupun tidak tercapai azam tu tetapi kita tetap perlu ada azam sebagai guideline kita untuk bertindak pada tahun 2007. Salah satu azam saya tahun 2007 ialah ingin mendapatkan straight A dalam SPM insyallah. Anda semua doa-doakanlah kejayaan saya yer :D

Hehe kenapa lah saya rasa macam nak bagi hadiah jer kat pengunjung blog saya. HOHO! Ya saya nak bagi hadiah. Tapi… anda semua mestilah buat sesuatu :D. Kalau nakkan hadiah misteri( taklah hebat mana) Sila buat perkara-perkara di bawah:

Read the rest of this entry »

Peluang Masih Terbuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Wah busy…busy…busy hoho itulah saya Labanon hadapinya sekarang. Hehe busy dengan study + projek hehe.(Projek tu projek laa tapi mana hasilnya Labanon?) hehe projek saya membuahkan hasilnya bertahun-tahun akan datang. Jadi saya nak cakap pasal e-biz hari ini.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Huhu malam ni letih betul dok siapkan projek tertangguh :D Hehe kini MaherCubed dengan berwajah baru jadi marilah sama-sama kita join forum ini (kira macam support saya la) forum it community 100% B.Inggeris (insyallah) walaupun ada sesetengah orang buat newpost dengan bahasa Melayu.

Ok baiklah itu sahaja buat kali ini.

p/s: Jom Join hehe MAHERCUBED !!

Kenapa Perniagaan Internet?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Huhu pelajar mesti ceria sebab holiday walaupun holiday diri saya sebagai seorang pelajar begitu risau tentang SPM yang akan di hadapi nanti. :( Huhu lihat atau tengok di sebelah kiri site bar ade Chat Ushawan bukan? Jadi mari kita semua gunakanya :D

Perniagaan Internet

Baiklah tengok tajuk kita hari ini. Kenapa pilih perniagaan internet? Kenapa saya,awak dan kita pilih perniagaan internet?(hehe nak bagi tahu kepada yang belum mengetahui) Saya yakin yang ada keinginan untuk memulakan perniagaan internet sudah mengetahui kelebihanya :D.

Read the rest of this entry »

Hargai Kasih Sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ada satu cerita untuk anda… dan mungkin sesetengah daripada anda sudah tahu mengenai cerita ini. Namun mungkin ramai lagi yang tidak tahu walaupun bukan saya yang menulis cerita ini saya berharap ia mampu memberi kesedaran kepada anda semua ;)

AMARAN CERITA 10SX kah2 :D

Read the rest of this entry »

Putus Asa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya dapat jugak saya delete blog valentine tuhs ;) dan blog krismas pun saya delete jugak. HOHOHO satu kejayaan besar bagi saya :D . Walaupun krismas dah dekat dan saya tahu saya dapat buat income lebih pada bulan ini namun saya juga perlu ingat duit itu tetap haram :D

loser.JPG

Hehe hari ini saya nak bagitau semua pembaca blog ini saya sebenarnya sudah putus asa untuk mencari pendapatan melalui adsense tetapi memandangkan sebagai muslim sejati dan memeluk agama Islam saya jadi bersemangat semula hehe :D. Jawapan bagi orang yang putus asa senang Jangan Harap Nak Berjaya . Ya anda tidak akan kemana-mana dengan berputus asa. Janganlah berputus asa wahai sahabat-sahabatku. Sememangnya untuk berjaya bukan mudah namun dengan anda membuang satu sikap sahaja iaitu putus asa kemungkinan besar anda akan berjaya.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sibuk dengan produk adsense dan saya sendiri telah melakukan kesilapan. Segala teknik adsense telah saya praktikkan SEO, backlink dan sebagainya. Namun sebagai manusia saya masih melakukan kesilapan dikala leka… leka dengan mencari wang. Nak tahu apa kesilapan yang saya telah buat?

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagai mana income anda pada bulan lepas?(hehe kepada yang baru jengok-jengok blog ini.. ini merupakan soalan wajib saya setiap awal bulan) Bertambah? Berkurang? Hehe untuk pengetahuan semua, allhamdulilah income saya bertambah dan tercapai sudah target saya untuk membayar yuran persekolahan sendiri :D Belum habis lagi cuti hehe saya ingin menggandakan lagi pendapatan saya yang hanya melalui internet.

Read the rest of this entry »