Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

Kelebihan Usahawan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang dijanjikan saya akan memberitahu anda tentang kelebihan perniagaan internet. Sungguh ianya begitu senang dan hampir 90% ia berlaku secara automatik tidak perlu menggunakan tenaga buruh. Mungkin anda takut untuk mencuba dan gusar takut sesuatu yang buruk akan berlaku.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya telah mencuba sesuatu yang baru huhu. Jadi nak tahu apakah sesuatu yang baru itu? Jangan takut untuk mencuba.. sebenarnya takut merupakan satu faktor mengapa seseorang manusia itu tidak berjaya.
Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai di antara kita betul-betul berminat untuk menceburi perniagaan internet :D Ada yang begitu berkobar-kobar huhu kalau simbah minyak petrol pun terbakar :D ( Nasib baik minyak mahal sekarang kalau tak aku dah simbah ) ;)

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hehe sebelum saya mula menaip dengan lebih lanjut tentang tajuk hari ini apa kata saya promote dulu satu benda. Eh.. bukan lagi ebook easyaffiliate tetapi tentang jom download ebook hehe. :D Ya anda boleh download ebook dan anda juga boleh upload ebook anda di sini.

Berjaya

Baiklah teruskan dengan tajuk kita pada hari ini iaitu Anda Bukan Gagal Tetapi Anda Belum Berjaya. Setuju tak? Jika anda tidak setuju sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen dan jika anda setuju pun sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen. Hehe inilah dikatakan sentiasa hendak untung :D Setiap perkara yang anda hendak lakukan sememangnya peratusan gagal adalah seimbang dengan peratusan untuk berjaya namun mungkin atas beberapa sebab yang menaikkan peratusan anda untuk gagal.

Read the rest of this entry »

Ebook Cover Pertamaku :P

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Saya baru belajar buat cover ebook daripada video tutorial ro.botys.. hehe memang hebat video tutorial itu walaupun tidak bersuara. Saya buat laa jugak cover ebook tu dan hasilnya JENG JENG!!!

Read the rest of this entry »

First Step

Assalamualaikum dah salam sejahtera,

Memang benar langkah pertama adalah perkara yang paling sukar dilakukan di
dalam hidup setiap orang. Mengapa? Selalunya langkah pertama menjurus
kepada komitmen anda untuk merubah pelbagai sudut dalam dan luar diri
anda. Anda perlu lari daripada kebiasaan. Anda perlu keluar daripada zon
keselesaan.

Langkah Pertama

Mengapa perlu lari daripada kebiasaan? Ini kerana “kebiasaan” itu masih tidak membawa anda ke arah tuju yang anda impikan. Atau, “kebiasaan” itu adalah jalan panjang.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

HOHO nampaknya ebook easyaffiliate dah beberapa bijik laku hehe.. tapi masih belum sampai target huhuhu ;) Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur di atas rezeki yang diberikan oleh Allah. Jadi kenapa tak sampai target tu Labanon? huhu satu lagi soalan cepu mas yang membuatkan dahi saya berkerut-kerut nak jawabnya. :D

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernahkah anda berfikir mengapa orang cina suka berniaga? Mereka seakan-akan sudah jatuh hati terhadap perniagaan dan terlalu sayang untuk meninggalkan perniagaan seperti tidak sanggup meninggalkan konsert yang dibuat oleh Siti Nurhaliza. HOHO! :D Memang ada sebab mengapa orang cina suka berniaga samalah seperti anda ada sebab mengapa tidak sanggup untuk meninggalkan konsert Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk K.. keh2 :)

Bahagianya

Oklah saya akan menjawab persoalan-persoalan anda semua :D Ini kerana masyarakat cina lebih menghormati orang yang berniaga daripada orang yang makan gaji. Biarpun orang yang berniaga pernah gagal dan jatuh bankrup tapi kedudukan mereka dianggap lebih mulia dan tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang makan gaji seumur hidup.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar? Saya berharap anda berada dalam keadaan baik kerana saya juga ada berita baik buat anda.

Read the rest of this entry »

Ebooku Sudah Cukup Masin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ape khabar anda semua? Huhu harap-harapnya anda semua dalam keadaan sihat waalfiat. Saya menulis post kali ini dengan satu tujuan iaitu ingin memberitahu saya akan menjual satu ebook baru bermula esok atau lusa (belum pasti) tapi yang pasti saya memang akan menjual ebook itu.

Ebook ini memang akan membantu anda semua sedikit sebanyak. Rasa-rasanya saya akan jual ebook ini pada harga RM15 bagi 20 orang pertama sahaja dan RM25 bagi orang selepasnya :D. Itulah inform yang saya dapat bagi dulu kepada pembaca blog ini.

p/s: Simpan duit tu RM15 jer.. rebutlah peluang menjadi 20 orang terawal :D

Wajah Baru JomBerniaga.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Allhamdulillah akhirnya siap jugak wajah baru JomBerniaga.com. Saya memang tak pandai buat web namun cuba sedaya upaya membuat themes baru untuk JomBerniaga.com. Walaupun tidak cantik namun saya berpuas hati kerana ianya hasil titik peluh saya sendiri.

Jadi apa lagi  yang ditunggu-tunggu jom masuk tengok wajah baru JomBerniaga.com dan sila beri pandangan anda a.k.a komen tentang wajah baru tersebut :D. Masih banyak yang perlu diperbaiki jadi saya betul-betul perlukan pertolongan anda semua.

Sekian…

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seribu kemaafan dipohon kepada semua pembaca blog ini kerana saya sekarang amat sibuk, jadi tidak dapat update blog ini dengan tip-tips terbaru. ;) Kali ini dengan sukarnya saya mencuri sedikit masa untuk menulis di blog kesayangan saya ini. hehe :D

Baiklah cuba anda perhatikan betul-betul tajuk hari ini… wah2 tak berkelip langsung HOHO! Tajuk hari ini samalah dengan kegagalan yang akan menimpa seorang peniaga. Bukan mudah bagi seseorang yang sudah jatuh dalam perniagaan hendak bangun semula. Jika dia dapat berbuat demikian, maka dia akan menjadi peniaga yang hebat dan berjaya a.k.a usahawan berjaya.
Read the rest of this entry »

Teori Kemudian

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di kesempatan ini saya igin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang dapat 5A dalam UPSR kalau dok tengah baca blog ini. ;) Pastikan kejayaan anda akan berterusan dan bagi yang kurang berjaya ingat belum ada rezeki lagi. Kegagalan adalah separuh dari kejayaan jadi anda sebenarnya sudah berjaya di mata saya. ;) Hoho! Adakah anda juga berfikiran sama macam saya?

Ini merupakan tips perniagaan berharga RM397, wah sama dengan satu tempat duduk seminar yang di anjurkan oleh team SaifulSham huhu. :D Namun saya bagi percuma kepada anda pembaca blog ini. ;)

Read the rest of this entry »

Hidup Untuk Makan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya saya ingin memberitahu satu produk iaitu ebook 40 Panduan Menjana Wang Melalui Pos. Kepada sesiapa yang masih belum memiliki ebook ini mari-mari beli dengan saya. :D. Huhu kuat betul saya beriklan hehe.. biasalah saya ada target saya tersendiri dalam cuti sekolah ini. ;)

Baiklah teruskan dengan tajuk hari ini makan untuk hidup hidup untuk makan. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menanamkan sikap hidup untuk makan barulah kaya :D. Makna umum cari makan ialah melakukan sesuatu dengan usaha dan tenaga sendiri. Orang yang berniaga banyak bergantung kepada tenaga dan usahanya.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada pembaca setia blog ini yang masih belum mendaftarkan diri anda :D di JomBerniaga Forum boleh lah berbuat sedemekian dengan segera! Huhu lebih ramai orang lebih hangatlah perbincangan.

Baiklah teruskan kepada tajuk hari ini, peniaga tidak semestinya cerdik dan memiliki otak yang geliga. Namun bayangkan orang yang cerdik seperti anda semua berniaga? :D Apa yang diperlukan adalah keberanian menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang. Masalah perlu dijadikan sebagai batu loncatan dan bukanya batu penghalang untuk berjaya.

Read the rest of this entry »

Ini Barulah Jutawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Hari ini saya ada satu cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama-sama pembaca blog ini. Ingat just for u ;). Sebelum bermula bercerita hehe jangan pulak ada yang tidur dan bermain-main hehe berikan perhatian yang sepenuhnya :D. Barangkali kisah seorang multijutawan dari Thailand yang jatuh miskin dapat dijadikan sebagai penyuntik semangat kepada para peniaga yang pernah mengalami kegagalan.

Baiklah saya teruskan cerita saya sila bagi perhatian :D bro fai jangan tidur hehe. Jutawan itu bukan sekadar menjadi miskin tetapi hilang segala-galanya dalam krisis ekonomi yang berlaku di Asia pada tahun 1997. Daripada seorang broker saham dan ahli perniagaan yang berjaya, beliau kini muflis. Dalam sekelip mata, semua harta dan kejayaanya hilang disebabkan kejatuhan pasaran hartanah di Thailand. Bangunan kondominium yang dibina tidak dapat dijual menyebabkan beliau gagal membayar balik pinjaman bank.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Wow.. dah tamat akhirnya peperiksaaan hehe.. jadi tibalah pula semesta mencari wang Hoho matlamatnya mudah iaitu tahun depan nak bayar sendiri yuran dan beli sendiri segala peralatan persekolahan tanpa menggunakan sedikitpun duit mak ayah saya. :D Kalau dapat capai matlamat ni huhu ader harapan laa saya nak jadi Jutawan. Namun jika gagal saya perlu berusaha lebih keras lagi dan ingat jangan takut kegagalan kerana ia sebahagian daripada kejayaan.

Read the rest of this entry »

Google AdSense

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia JB,

Untuk pengetahuan semuai saya sedang menjalani peperiksaan(doakan kejayaan saya) :p.

Adsense

Sudah ramai yang meletakkan Google AdSense di website masing-masin kan?? Jadi tahukah anda apakah perkara yang akan membuatkan pihak Google blacklistkan anda untuk selama-lamanya??

Read the rest of this entry »

Darah Kepahlawanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sebenarnya sedang menghadapi final exam, so doakan kejayaan saya :D. Tajuk hari ini ialah darah kepahlawanan yang ada kaitan dengan sikap tidak putus asa. Sikap ini merupakan sikap yang perlu ada pada semua umat Islam malahan kepada semua usahawan di dunia. Jika anda bersikap berputus asa saya sarankan anda keluar dari bidang perniagaan. Ini kerana sifat ini merupakan satu benda yang penting dan akan membimbing kita mencapai kejayaan.
AMARAN INI MERUPAKAN STRATEGI PERNIAGAAN

Read the rest of this entry »

November Menjelma

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masa memang cepat berlalu ibarat air sungai yang deras mengalir..hehe :D pejam celik pejam celik dah berada di bulan November kita ni.. Hehe raya pun raya jugak bagi yang bekerja terpaksa buang mood raya tu huhu. Anyway bagaimana dengan income bulan ini? Bertambah? atau Berkurang?

Read the rest of this entry »