Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Malaysia.. semua orang mengenali Malaysia dengan keamanan dan kekayaan hasil bumi. Kehidupan di Malaysia boleh dikatakan menjadi impian bagi sebahagian masyarakat di dunia ini. Kehadiran PATI yang begitu ramai di negara ini sudah cukup dijadikan bukti bahawa Malaysia negara yang mudah untuk mencari rezeki.
Jadi persoalanya mengapa masih timbul masalah pengangguran?
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Wow nampaknya sudah semakin ramai yang online semula huhu. Dikesempatan ini saya ingin mempromosi
JomBerniaga Forum. Anda bolehlah sertai forum ini. Jangan lupa ajak kawan-kawan sekali sertai forum ini keh2. Baiklah teruskan dengan tajuk post kali ini Konsep Berniaga.
Tahukah anda konsep berniaga?
Berniaga ialah salah satu bentuk muamalat yang disyariatkan oleh Islam. Berniaga dari sudut bahasa bermaksud berdagang atau berjual beli. Manakala dari sudut istilah ialah bermaksud pertukaran Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Wow bahang raya masih terasa jadi dikesempatan ini saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua(yang membaca blog ini) huhuhu terima kasih diucapkan ekk.
Macam mana duit raya tahun ini? Huhu mesti banyakkan? Hehe… nampaknya duit raya saya pada tahun ini berkurang sebanyak 17% :(. Ini mungkin faktor usia yang semakin bertambah HOHOHO!
Baiklah teruskan kepada tajuk kita pada hari ini iaitu tetapkan arah tuju anda.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua,
Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu terfikir seperti yang selalu diberitahu oleh orang-orang dewasa a.k.a ibubapa kita bahwa “ belajar pandai-pandai dan dapatkan kerja yang baik ” :D. Harap anda jangan tersalah anggap, saya fikir apabila kita di sekolah kita perlu belajar apa yang perlu kemudian perlu buka bisnes anda sendiri!
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum kepada semua pembaca JB(JomBerniaga),
Allhamdulilah berjaya jugak akhirnya membuat perpindahan fail d3ly.com ke blog baru ini.
Ini semua berjaya kerana dengan bantuan seorang jejaka yang kacak iaitu bro fai(leh buat menantu) Hoho…
Disini saya akan sentiasa menulis tips tentang perniagaan khas untuk anda semua. Bagi yang meletakkan link-link d3ly.com di web atau blog leh la tukar menjadi JomBerniaga.com Hehe ;).
Apa yang kau nak buat dengan domain d3ly.com?
Hoho tunggu dulu masih dalam perancangan mungkin saya akan tukar d3ly.com menjadi sebuah web perniagaan hohoho atau juga menjadi tempat mendowload ebook. Anyway masih dalam perancangan.
Sekian..
P/S:Ucapan alu-aluan di blog baru huhuhu..
Sekali lagi terima kasih semua khususnya bro fai. 
Assalamualikum dan salam sejahtera,
Huhu… seorang demi seorang jutawan muda lahir(bila lah saya ekk :D). Huhu inilah membuatkan saya bersemangat untuk lahir sebagai jutawan muda dan dapat membantu orang ramai. HOhoho dapat berhoneymoon dengan amanya bersama isteri tercinta
tapi tak nak tambah isteri lerr macam En.Shuth(jangan marah laa).
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan,
Mahukah anda mengetahui rukun usahawan yang berjaya?
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum kepada semua pembaca,
Di mana ada gula di situ ada semut namun saya sekali lagi mengubah pepatah.. mohon maaf kepada semua yerp.
Namun saya mengubah pepatah supaya ianya dapat memberikan pengajaran kepada anda dan diri saya juga.
Kekayaan sebenarnya ada di mana-mana dan tidak akan habis dikutip serta dikaut oleh mereka yang tahu mencari dan mendapatkannya. Usahawan berjaya a.k.a jutawan-jutawan sudah membuktikan yang wang dapat diperoleh dimana sagaja asalkan mereka berusaha mencarinya. Untuk menjadi usahawan berjaya anda tidak perlu takut untuk meranatau dan mencari rezeki di seluruh pelosok dunia. Anda perlu sentiasa mengintai dan meneroka perniagaan baru.Untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang tidak boleh berpeluk tubuh.
Berlian umpamanya hanya akan menjadi berharga selepas digilap dan dibentuk daripada keadaanya yang asal.
Read the rest of this entry »
Assalamualaikum kepada semua pembaca,
Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea bisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan-kawan tentang bisnes yang hendak dimulakan, kawan-kawan menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja :(.
Jika anda mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi anda perlu membuat tindakan. Kemudian apabila anda sudah mula melakukan sesuatu, anda perlu mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan secara tidak langsung menjadi usahawan yang berjaya :D.
Jika anda mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah lama anda fikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya – BUAT SAHAJA.
Saya mempunyai ramai sahabat yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea-idea bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh saya melakukan bisnes tersebut. Saya boleh menolong mereka, beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90% daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika anda tidak membuat tindakan, anda menafikan hak anda untuk satu kejayaan.
Sekian..
P/S: Letakkan iklan di d3ly.com dengan hanya bayaran RM2 seminggu.Murah murah hehe
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,
Hoho nampaknya e-book saya mendapat sambutan hangat hehe.. rugi lah sesiapa yang masih belum mendowload ebook Dari Sifar Menjadi Usahawan.
Kenapa kita perlu berniaga?
Tentulah nak kaya bukan! Hoho kekayaan dan kemewahan tidak akan menjamin kebahagian di dunia dan akhirat jika tidak kena caranya. Baiklah sesungguhnya perniagaan merupakan medan yang sesuai untuk mengaut keuntungan beribu-ribu lemon :D.
Selain itu kenapa perlu berniaga?
Hoho ini adalah pendapat saya jer..
Saya berminat bidang perniagaan kerana saya ingin kepuasan di dalam diri saya. Kepuasan macamana tu? Kepuasan menjadi seorang peniaga yang dapat berbakti kepada masyarakat :D.
Tidak ada yang lebih memuaskan hati dan memotivasikan diri saya selain menjadi bos kepada diri sendiri dan orang lain
Ya cita-cita saya ingin menjadi usahawan berjaya dan ianya dapat memberikan kepuasan kepada saya. Hoho yang sebenarnya minat yang dapat menimbulkan kepuasan.. jadi jika dah memang tak minat berniaga jangan paksa diri :D. Namun mana lah tahu kot nak jugak jadi usahawan leh la download ebook motivasi ini.
P/S: Wah terima kasih kepada yang mendownload ebook Dari Sifar Menjadi Usahwan.Terima kasih kepada Kak Lin kerana membuat kupasan tentang ebook saya. Saya berharap anda dapat sebarkan ebook itu :D.
Assalamualaikum kepada semua pembaca,
Bissmillahirahmanirahim..
Pada mulanya, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya akhirnya dapat menyiapkan e-book pertama saya yang bertajuk “Dari Sifar Menjadi Usahawan” tepat pada pukul 12.00mlm pada 10 Oktober 2006.
Saya ingin berterima kasih kepada semua kerana telah memberikan saya semangat untuk terus berjuang sbg usahawan internet terutamanya kepada Fai dan Arman(designer) yang banyak membantu saya dalam menyiapkan e-book ini.
Saya juga berharap kepada semua pembaca blog ini.. tolonglah saya sebarkan berita tentang e-book ini di laman web,blog atau forum anda masing-masing. Baiklah tanpa melengahkan masa saya akan memberi link di mana anda boleh mendownload e-book ini.
Apa lagi rebutlah peluang keemasan ini.
dengar baik-baik yerp.. http://usahawan.d3ly.com
P/S: Ini merupakan ebook pertama saya jadi jika terdapat kesilapan sila maafkan saya ;).
Assalamualaikum kepada semua pembaca,
Wah.. saya sebenarnya sibuk dengan karenah e-book terbaru ini yang akan di edarkan pada hari Selasa ini insyallah. Walaubagaimanapun saya tidak akan membiarkan anda kesunyian memasuki blog ini ;). Saya sayang anda sebenarnya :D.
Sebagai peniaga kita perlu sedar yang kita perlu ada nilai kemanusian, elemen kebajikkan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Peniaga bukanlah raja kepada masyarakat a.k.a pelanggan. Peniaga ialah hamba yang berkhidmat kepada masyarakat.
Jadi janganlah kita menjual barangan yang kita rasa sesuai tetapi berniaggalah apa yang rasa sesuai dan perlu oleh masyarakat kita. Mungkin di bulan puasa anda boleh menjual juadah berbuka dan tentu tidak sesuai jika anda menjual ebook yang bertajuk Semangat Tahun Baru :). Jika anda ingin menjadi usahawan berjaya berkhidmatlah kepada masyarakat dengan mengisi segala keperluan dan kehendak masyarakat.
P/S: Ingat hari Selasa ini ialah pelancaran ebook Dari Sifar Menjadi Usahawan jika tiada aral melintang.. anda bolehlah mendownload ebook tersebut.
P/S.s: Ingat Pelanggan adalah raja maka Peniaga ialah hamba 
Assalamualaikum kepada semua,
Tidak dapat dinafikan bahawa Internet memainkan peranan yang sangat besar bagi masyarakat baik dari segi akedemik,sosial mahupun perdagangan. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Internet merupakan tempat perbincangan paling ideal serta gedung ilmu terbesar di dunia! Maka atas dasar inilah, orang ramai telah menjadikan Internet sebagai platform untuk menyelesaikan masalah-masalah peribadi,mencari hiburan,mencari kenalan dan berurusniaga :D. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ada yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya dihadapan komputer.

Walaubagaimanapun, penggunan Internet yang terlampau lama atau berlebihan boleh mencetuskan suatu penyakit ketagihan yang sebagai Internet Addiction Disorder, ringkasanya IAD. IAD merupakan istilah yang telah digunakan oleh seorang penyelidik iaitu Dr.Ivan Goldberg yang telah mengkaji permasalahan penagihan internet. Istilah ini turut digunakan oleh penyelidik-penyelidik lain seperti Dr.Kimberly Young dan Dr. Nancy Wesson yang turut menjalankan kajian keatas pesakit-pesakit IAD terutamanya di Lembah Silikon Amerika Syarikat.
Menurut kajian Cebtre for Online Addicition, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh diklasifikasikan kepada lima kategori utama iaitu:
- Ketagihan mendapatkan maklumat – ia merujuk kepada individu yang menggunakan Internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan.
- Ketagihan menggunakan komputer – ia merujuk kepada individu yang menggunakan komputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer.
- Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam Internet – ia merujuk kepada individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam Internet misalnya barangan antik,permainan online dan barangan lelong.
- Ketagihan hubungan cyber – Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan bilik sembang sperti mirc,yahoo messenger dan kumpulan-kumpulan diskusi privasi.
- Ketagihan seksual cyber – Ia merujuk kepada individu yang gemar meneroka ruangan pornografi serta ruangan sembang dewasa yang membincangkan hal-hal seksualiti secara terbuka.
Source: MaherCubed (Masuk sekali!!) 
P/S: Adakah anda mengalami ketagihan seksual cyber? Haha gurau jerkk jangan marah 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,
Wow.. sedapnya juadah berbuka hari ini
. Hehe baiklah berbalik kepada tajuk kita pada hari ini iaitu Pentingnya Strategi kepada seorang peniaga a.k.a ushawan. Jika di dalam peperangan sekalipun strategilah yang akan menjamin kemenangan kita. Jika bagus strategi kita lebih senang kita memenangi peperangan.

Bilakah masa sesuai untuk menggunakan strategi?
Paling bagus ialah strategi ketika melabur. Ramai peniaga yang ingin menjadi usahawan berjaya namun tidak sanggup mengeluarkkan wang mereka bagi membuat pelaburan kerana tidak mempunyai sebarang strategi berkesan bagi mendapatkan manfaat daripada pelaburan yang dibuat.
Apakah kesan jika kita berniaga tanpa strategi?
Diantara kesanya ialah ianya akan menghalang para peniaga bagi meningkatkan kapasiti perniagaan. Terdapat peniaga yang tidak berani melakukan perubahan pada strategi perniagaanya. Sikap ini ketara dilihat di kalangan peniaga Melayu yang tidak berani berpindah dari kedai yang kecil ke kedai yang besar. Ini kerana bimbang tidak mampu bayar sewa yang tinggi ingat hendak sejuta daya taknak sejuta dalih.
Apakah kesan jika peniaga menggunakan strategi?
Kita lihat contoh… Bandingkan jika seseorang peniaga A membeli kedai di kedudukan strategik di hadapan sekolah dengan plan untuk attack pelanggan daripada pelajar-pelajar dan seorang lagi peniaga B juga membeli kedai yang strategik namun tidak mempunyai strategi dan dia attack semua jenis mangsa a.k.a pelanggan HOHO
tentulah seranganya agak tumpul kerana tiada strategi di dalam memikat pelanggan. Lihat situasi di atas sudah tentu peniaga A akan menjadi usahawan yang berjaya kerana strategi yang digunakan.
P/S: Lihatlah betapa pentingnya strategi dalam menaikkan dan menjatuhkan sesuatu perniagaan. Jangan lupa seperti biasa vote kat bawah ni berapa bintang post kali ini
.
Assalamualaikum kepada semua pembaca,
Al-kisah Ali menghantar komputernya yang rosak ke subuah kedai membaiki komputer berhampiran dengan kediamanya. Kedai komputer itu bewarna hijau beratapkan zink kuning yang memang mendapat perhatian orang ramai bila melalui jalan itu. Pada hari yang dijanjikan Ali pun bergegas ke kedai komputer tersebut kerana sudah hendak naik gila tidak dapat melayari internet selama beberapa hari.
Ali : Macamana komputer saya dah siap?(dengan penuh harapan)
Peniaga: Owh.. komputer itu.. tak sempat laa semalam ada hal sikit. Esoklah u mari ambil komputer ni.
Ali pulang dengan keadaan hampa..
Keesokan..
Ali: Macamana bos?
Peniaga: Owh.. saya tidak order lagi barang itu nanti dua tiga hari lagi u mari ambil.
Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas? Janji yang ditaburkan oleh peniaga semanis orang yang sedang bercinta namun semuanya dimungkirinya. Itulah sikap sebahagian peniaga kita. Ali sudah tentu akan cuba mengelak untuk menghantar komputernya ke kedai itu lagi kelak.
Jika anda ingin menjadi usahawan berjaya anda perlu mementingkan kejujuran, cekap, cepat dan berpegang kepada janji di dalam menjalankan urusniaga. Cubalah sedaya upaya untuk mewujudkan suasana yang menyenangkan untuk para pelanggan anda. Jika anda sentiasa berpegang kepada janji insyallah kedai anda akan dikunjungi oleh orang ramai dan orang ramai akan terus berkunjung dan bekunjung ke kedai anda!
P/S: Jangan lupa vote setiap post berapa bintang ;). Nampaknya mercun sudahpun mula berkumandang di malam-malam hari ;). Marilah sertai It Based Generation Forum.