Subscribe to Feeds

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

 

September Sudah Berlalu

Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Wah.. masa begitu cepat berlalu dan meninggalkan kita tanpa menhiraukan apa yang terjadi benarlah masa itu emas. Jika anda ingin jadi jutawan hargailah masa. Gunakan masa untuk menjadikanya wang dan bekalan untuk akhirat dan janganlah guna masa untuk perkara yang tidak berfaedah.

Duit...

Bulan berganti bulan apakah income anda bertambah atau berkurang? Bagi yang makan gaji anda tentulah tidak dapat merasai nikmat income bulanan lebih atau kurang ;). Saya berharap semua pembaca blog ini incomenya bertambah dari setiap bulan ke bulan. Huhu walaupun income saya bulan ini agak menurun atas beberapa sebab namun saya akan mengandakanya pada bulan Oktober ini insyallah.

sekian saja dari saya..

P/S: Jadikan Oktober satu titik permulaan anda untuk berjaya dan bagi yang sudah berniaga sematkan dalam jiwa anda untuk menjadi usahawan berjaya. Bagi yang tidak berminat untuk berniaga anda bolehlah membaca ebook saya kelak yang pastinya akan membakar semangat anda untuk berjaya di dalam perniagaan insyallah.

P/SS:Saya ada blog baru tentang bunga bolehlah masuk melawati blog tersebut bila-bila masa. :D di sini 

Amalan Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum kepada semua,

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Karikatur Haha!!

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan
untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap
sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya
menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin….
Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan
tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan. ;)

P/S: Saya telah lancarkan Chat Usahawan di sidebar tu.. ha nampak? Marilah sama-sama kita gunanya ke arah kebaikan :D. Kepada yang hendak menghantar artikle untuk di muatkan ke dalam ebook sila hantar artikle yang bersesuaian dengan tajuk iaitu tentang Perniagaan yang dapat menaikkan motivasi kita sikit. ;) . Untuk makluman saya hanya nak 2 artikle sahaja.

Assalamualikum kepada semua pembaca,

Pernahakah anda melihat peniaga yang sering berputus asa lalu menarik diri dari lombong emas? pernahkah anda melihat peniaga yang selepas beberapa bulan membuka kedai lalu gulung tikar? Wah.. banyaknya soalan yang bermain di fikiran saya :D

Nampaknya Gulung Tikar Laa Aku!!

Kenapa ini berlaku?
Ini berlaku kerana seseorang peniaga a.k.a usahwan itu tidak mempunyai wawasan. Usahawan yang berwawasan bukan sahaja pandai menghidu peluang tetapi juga tidak mengahrapak kekayaan atau keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. :D

Lol kerja keras tetapi keuntungan sedikit bukankah tidak setimpal?
Memang tidak dapat dinafikan yang terdapat usaha yang tidak setimpal dengan masa dan tenaga yang dicurahkan tetapi ingat bagi seorang usahawan, semua itu hanya sebagai saat-saat kritikal yang perlu dihadapi dan ditempuhi bagi mereka yang baru memulakan perniagaan.

Jika dia dapat melepasi dugaan dan situasi kritikal ini, bermakna peniaga itu mempunyai masa depan yang terang-bederang seperti bulan yang sedang mengambang. :D Kesusahan, keletihan dan keperitan tidak akan sesekali mematahkan semangat usahawan yang ingin berjaya.

Kenapa jika melepasi tahap kritikal dikatakan mempunyai masa depan yang cerah?
Ingat Allah bukan hanya suruh kita berdoa dan bertawakal di dalam untuk mencapai kejayaan tetapi juga perlukan usaha. Usaha dibuktikan jika kita telah melepasi tahap kritikal. :D.

P/S: Peniaga yang berwawasan bukan sahaja berusaha mengubah keadaan tetapi bekerja ke arah mencipta satu situasi baru. Hal ini hanya dapat dilakukan oleh mereka yang berwawasan dan bukanya bagi mereka yang sentiasa dihantui was-was.

Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Wah nampak besinar-sinar mata anda membaca post ini apabila terlihat tajuk ada perkataan emas :D. Baguslah begitu. Baiklah terus kepada tajuk hari ini iaitu Perniagaan Adalah Lombong Emas samalah dengan hadis nabi iaitu perniagaan adalah 9/10 daripada rezeki.

Emas Tulen HOHOHO!!

Perniagaan adalah seperti lombong emas yang luas. Emas yang tersembunyi itu hanya dapat dikeluarkan jika seseorang itu bekerja dan berusaha mencari dan menggali emas itu. Jika sekadar melihat lombong itu tanpa berbuat apa-apa, maka sekaya manapun lombong itu ia tidak akan membawa sebarang erti.

Jadi apakah tindakan peniaga a.k.a usahawan berjaya?

Peniaga perlu sentiasa menggali dan mencari. Mereka tidak berhenti daripada berusaha dan bekerja kuat. Ramai peniaga gagal kerana mereka berhenti sedangkan emas yang dicari itu tersimpan hanya 10meter dari tempat yang digali. :D

Sekian..

P/S: Analogi ini mengandungi begitu banyak pengajaran dan ia menunjukkan betapa seorang peniaga yang ingin menjadi usahawan berjaya perlu mempunyai tekad yang kuat bagi menjayakan apa yang diusahakan. :D

PENGUMUMAN!! Perhatian kepada semua pembaca blog ini ;) jika anda ada nak submit artikle berkaitan perniagaan untuk di muatkan dalam ebook saya ;) boleh lah berbuat demikian dengan menghantar artikle tersebut ke iklan[@]d3ly.com . Saya akan bagi kredit bagi web kamu :D. Saya ada hak untuk menolak mana-mana artikle yang tidak bersesuaian. Harap maklum.

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Sudah beberapa hari kita berpuasa jadi jangan jadikan puasa kita hanya setakat menahan dahaga dan lapar. Jika hanya untuk menahan dahaga dan lapar lebih baik tak payah puasa memenatkan jer :D.

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Ramadhan Al-Mubarak

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Wallahua’llam.
P/S:SELAMAT BERPUASA :D , bookmarkkan d3ly.com dengan menekan ctrl + d cubalah jika tak percaya :)

P/SS:Sesiapa yang hendak menempah iklan di dalam ebook Dari Sifar Menjadi Usahawan sila hubungi saya dengan menghantar email ke iklan[@]d3ly.com. Untuk pengetahuan anda ebook ini bakal dibaca oleh lebih seribu orang pengguna internet..insyallah HOHO!!

SHAH ALAM 24 Sept. – Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM3 juta sehari atau RM90 juta sebulan untuk membeli rokok.

Menyedari fenomena membimbangkan itu, kerajaan Selangor dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menganjurkan kempen khusus sempena bulan Ramadan ini untuk menggalakkan orang ramai terutama umat Islam berhenti merokok.

Hebatnya!!

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, jika dalam tempoh berpuasa perokok boleh mendisiplinkan diri tidak merokok, tidak mustahil untuk mereka terus meninggalkan tabiat yang bukan sahaja mengancam kesihatan tetapi juga pembaziran.

“Saya terkejut apabila angka itu didedahkan oleh Pengarah HTAR, Dr. Yahya Babai, cuba bayangkan RM3 juta sehari, kalau didarab sebulan dah jadi RM90 juta, kalau setahun?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, memandangkan pada siang hari umat Islam berpuasa, jadi beliau amat berharap kempen ini akan berjaya dilaksanakan seterusnya mengelakkan perbelanjaan merokok di kalangan masyarakat di negara ini.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya juga telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua masjid di seluruh negeri agar menjadikan masjid sebagai kawasan larangan merokok.

Katanya, arahan itu diadakan bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat terutamanya di tempat suci seperti masjid yang mejadi tumpuan orang ramai untuk beribadah.

‘‘Jika pemeriksaan ke masjid-masjid mendapati ada disediakan tempat abu rokok, tindakan disiplin akan diambil, kita mahu masjid bebas sepenuhnya dari kawasan merokok,” katanya.

Sumber: Utusan Online

P/S:Wah.. apa nak jadi ni?? :D

Ebook Pertama

Wow!!

Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Hoho lihatlah cover ebook Dari Sifar Menjadi Usahawan… cantik bukan? Ini merupakan ebook motivasi yang anda boleh dapatkan secara percuma di sini atau di mana-mana web yang terlibat.

Ebook ini akan diedarkan tidak lama lagi jadi saya membuka peluang kepada sesiapa yang ingin meletakkan iklan web,blog atau produk di dalam ebook ini bolehlah menghubungi saya dengan menghantar email ke iklan[@]d3ly.com. Harga istemewa hehe:D.
Stok Terhad.

P/S:Jangan lupa ekk download ebook ini secara percuma :D. Vote kecantikkan cover ebook ini..berapa bintang?? :D.

Hangat-Hangat Tahi Ayam

Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Hoho! Kali ini saya tidak lagi menukar peribahasa seperti apa yang telah saya lakukan bagi post lepas iaitu “Hendak Sejuta Daya Tak Nak Sejuta Dalih“. Bebalik kepada tajuk kita pada hari ini, apakah maksud hangat-hangat tahi ayam?

Maksud hangat-hangat tahi ayam ialah melakukan kerja dengan tidak bersungguh- sungguh a.k.a buat sekerat jalan. Sikap sebegini memang tidak boleh wujud bagi seseorang yang ingin menjadi usahawan berjaya. Usahawan tidak boleh buat kerja separuh jalan sahaja. Mereka yang mempunyai kedua-dua sikap itu tidak boleh menjadi peniaga dan malah tidak layak dipanggil usahawan ataupun peniaga.

Ayam Ooo Ayam
Mengapa?
Haha.. ada jugak yang tanya mengapa. Baiklah bagaimana mereka hendak mahir berniaga jika berhenti di pertengahan jalan dan tidak serius dalam melakukan sesuatu. Kemahiran tidak akan datang bergolek ataupun melayang. Ia adalah adunan daripada hasil kejayaan dan kegagalan yang dialami. Peniaga ialah yang tidak pernah menempuh saat-saat sukar dalam perniagaan tidak akan dapat belajar satu perkarapu tentang perniagaan.

Dalam bidang perniagaan, tidak ada istilah sakit atau berputus asa. Yang ada hanyalah bangkit dan jangan takut pada benda yang pahit(bukan kopi :D). Peniaga perlu berjalan terus walaupun di hadapanya penuh dengan duri onak dan dugaan.(kalau ada harimau baik lari keh2).

P/S: Seriuslah dalam melakukan sesuatu benda. Segala benda di dalam dunia ini jika tidak dilakukan dengan serius tidak akan berjaya ataupun tidak sempurna. Vote jangan tak vote post ini berapa bintang. :D

Pelanggan adalah Raja

Assalamualaikum kepada semua,

Pernakah anda bertemu atau membuat proses jual beli dengan peniaga yang biadap?
Saya pernah mengalaminya ketika saya membeli sebungkus milo ais di sebuah kedai di Kelantan :D. Saya membeli sebungkus milo ais dan menghulurkan wang RM50 maklumlah baru lepas raya hehe tetapi di dalam keseronokkan beraya saya ditengking kerana menghulurkan wang yang besar. Isk..Isk saya faham yang dia tak ada wang kecil untuk memberi baki kepada saya tetapi tidak bolehkah bernada lembut sedikit. Dengan perlakuanya yang sebegitu dia telah kehilangan pelanggan seumur hidup ;) dan telah kehilangan lebih kurang RM345.60 setahun jika saya membeli milo ais setiap hari di kedainya.

Budi Bahasa Budaya Kita

Mungkin ada sesiapa yang menyebelahi peniaga yang biadap itu dan bertanya soalan kenapa perlu berlembut dengan pelanggan?
Secara psikologinya pelanggan sememangnya mahukan layanan dan perkhidmatan yang terbaik. Terbaik disini merangkumi cepat,cekap serta cermat. Peniaga tidak boleh mengeluh dan merintih di hadapan pelanggan apatah lagi menunjukkan emosi negatif seperti marah,bosan,meluat dan sebagainya. Jangan sesekali anda menengking mereka kerana meraka bayar bukan bagi mendapat kata-kata yang tidak enak didengar. “Pelanggan adalah Raja” kerana merekalah pelaris dan pemaju perniagaan kita dan menentukan maju mundurnya perniagaan kita.

P/S:Layanlah pelanggan anda ibarat melayan seorang raja kerana pelangganlah yang mengayakan dan seterusnya menjadikan kita sebagai usahawan yang berjaya :D. Apasalahnya memberi layanan yang baik kepada orang yang mengayakan kita selagi ia tidak salah disisi agama. :D

Hendak Sejuta Daya

Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Pertamanya tajuk ini saya ubah daripada peribahasa “Hendak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih” dan saya rasakan pepatah ini tidak kurang sesuai untuk semua usahawan di Malaysia :D. Jadi saya cadangkan kepada anda yang hendak menjadi usahawan dan seterusnya menjadi jutawan guna dan amalkanlah pepatah ini “Hendak Sejuta Daya Tak Nak Sejuta Dalih”.

Mengapa kau pandai-pandai tukar peribahasa ni Labanon dah buang tabiat nak mampus ke?
Terima kasih kepada yang bertanya. Saya rasa peribahasa ini akan lebih membuat anda teruja untuk menjadi jutawan bukan? Jika anda teruja pasti anda akan bekerja keras dan berusaha gigih untuk mencari wang.

Jutawan Cyber

Gambar sekadar hiasan

Nak jadi jutawan… ingat senang ke nak cari wang bukan main susah lagi!!
Hoho!! kan dah kata Hendak Sejuta Daya dan anda perlulah berusaha keras sedikit untuk mencari wang lebih untuk memlulakan perniagaan anda sendiri. Kebanyakan jutawan lahir daripada berjimat cermat dan menyimpan wang sehingga suatu hari cukup untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Lihat disekeliling anda- perniagaan-perniagaan yang maju kini kebanyakan bermula daripada perniagaan kecil. Syarikat gergasi HP dan Apple computers juga merupakan perniagaan kecil dari rumah pada mulanya.

Sekian..

P/S:Cukuplah untuk hari ini saya berharap anda dapat banyak penggajaran daripada jawapan saya kepada persoalan saya sendiri :D. Bukan apa supaya anda lebih mudah untuk memahaminya.Marilah kita sama-sama menjadi usahawan..bukan calang-calang usahawan tetapi usahawan yang berjaya!!

P/SS:Vote berapa bintang yang anda bagi post ini ;) kat bawah ni jer.

Cita-Cita

Assalamualaikum kepada semua,

Bercakap mengenai cita-cita ada yang hendak menjadi doktor,guru,usahawan :D dan sebagainya. Namun ingat pasangkan atau layarkanlah cita-cita anda setinggi-tinggi yang mungkin. Tanpa cita-cita anda ibarat hidup tanpa arah tuju.

Saya sudah tua untuk memasang cita-cita..
Tidak kira pada umur berapa anda berada, untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang, anda perlu memulakan proses untuk mencapai kejayaan, iaitu memasang cita-cita tinggi dan bekerja keras untuk mencapaikannya setiap hari. Kejayaan tidak datang sebegitu sahaja dan jarang sekali ia dapat di capai dalam waktu yang singkat.

Orang Tua

Oleh itu, mulakan langkah pertama anda hari ini. Bayangkan apa yang anda ingin capai dalam masa 5 tahun dari sekarang. Anda akan dapati jikalau anda tumpukan tenaga anda untuk mencapai cita-cita tersebut, anda akan memperolehinya dalam jangka masa kurang dari 5 tahun.

P/S: Beruntungnya jika memasang cita-cita ketika muda kerana satu per satu cita-cita boleh kita realisasikan. :D Seperti saya baru berumur 16thn insyallah saya akan menjadi usahawan berjaya.. sama-sama kita doakan AMIN.

Komuniti
Hoho inilah tips membunuh yang saya bagi tahu kepada anda iaitu kebanyakkan pengguna internet lebih tertarik kepada web yang mempunyai sesuatu untuk di lakukan. Jadi tambahlah web anda dengan vote,forum atau komen. :D

Simple
Jangan terlampau guna teknologi yang canggih-manggih di dalam web anda. Percayalah kata saya yang kebanyakkan pelawat a.k.a pelanggan lebih mencari web yang simple kerana bagi mereka informasi adalah penting. Jadi buatlah web anda dengan simple dan jika ada yang ingin buat web di dalam bahasa Inggeris pastikan guna ayat yang mudah difahami.

SiteMap dan Contact Us
Jangan lupa buat page khusus bagi SiteMap dan Contact Us. Keggunaan Sitemap ialah supaya pelanggan tidak sesat di dalam kedai anda HOHOHO!! Maklumlah kedai besar :). Sebenanya ia bagi memudahkan pencarian sesuatu benda. Contact Us adalah untuk pelanggan memberi pendapat tentang apa-apa sahaja. Ini akan memperbaikkan mutu kedai anda sendiri.

Servis Percuma
Bagi pelanggan anda sedikit servis percuma. Ini akan membuatkan pelawat a.k.a pelanggan anda menyukai website anda. Bila pelanggan suka habislah dia borong barang anda Hohoho!!Jangan lupa dapat untung belanja saya.

P/S: Wahh… sedihnya drama ini sudah tamat Huhuhu.. Bagaimana pendapat anda tentang drama ini? :D

Newsletter

Daftar Sekarang Untuk Melanggan Newsletter dengan d3ly.com secara

PERCUMA!!

Emel anda adalah selamat dan kami tidak akan menghantar SPAM dan berkongsi alamat emel anda dengan pihak lain.

Klik Disini Untuk Mendaftar

Tips Membina Kedai (p2)

Informasi Kepada Pelanggan
Pastikan informasi yang terdapar di kedai a.k.a web perniagaan anda mudah untuk difahami. Yang paling penting pecahkan informasi ada kepada beberapa perenggan atau section-section tertentu dan pastikan page web anda tidak terlalu panjang kerana ia akan membosankan para pelawat a.k.a pelanggan anda. Jika memang anda mempunyai begitu banyak informasi dan panjang pecahkan kepada beberapa page.

Link
Dengan mempunyai link kepada beberapa bahagian tertentu pelanggan anda akan mudah untuk memahaminya. Anda buatlah menu untuk pergi ke page-page lain di web anda bagi memudahkan pergerakkan pelanggan anda.

Logo
Untuk megetahuinya klik di sini

Warna Background dan Text
Background yang menarik bukan sahaja bewarna putih tetapi dengan menambah warna-warna lain tetapi anda mesti berhati-hati untuk memilih warna background dan text supaya tidak menyakitkan mata pelawat a.k.a pelanggan anda. Pilihlah yang sesuai.
Bersambung….. :(

P/S: Jangan marah kerana saya membahagikan tajuk ini kepada beberapa part ini supaya pembaca d3ly.com tidak overload informasi yang hendak diberi. Tunggulah ketibaan ebook percuma ;) khas untuk pembaca setia d3ly.com.

Tips Membina Kedai (p1)

Assalamualaikum kepada semua,

Merujuk tajuk hari ini sebenarnya saya bukan ingin memberi anda tips membuat kedai di dunia nyata tetapi kedai di alam maya a.k.a web perniagaan anda. Tajuk lain yang sesuai jugak bagi post kali ini ialah cara memikat hati pelanggan anda(Amaran! tips ini tidak sesuai untuk memikat hati ibu mertua anda) Hohoho! :).

Panjang sungguh saya mengarut baiklah kita terus dengan beberapa tips untuk membina laman web yang dapat memikat ramai pengunjung seterusnya sebahagian darinya mungkin menjadi pelanggan anda(di atas rezeki masing-masing). Di antara tips nya ialah:

Masa loading web anda
Masa loading kedai anda mestilah cepat dalam lingkungan 15 saat bagi satu-satu page. Jika terlalu lama pengunjung a.k.a pelanggan anda mungkin akan ke web lain kerna kebanyakkan manusia tidak suka untuk menunggu. :(

Web sesuai untuk produk
Contohnya jika anda ingin membuat perniagaan jenis perkhidmatan membina laman web jadi website anda perlulah canggih dan moden bagi memikat hati pelanggan anda. Web akan menjadi tanggapan pertama kepada pengunjung anda sama ada baik atau tidak.

Gambar
Gambar amat penting bagi anda jika menjual produk fizikal kerana pelanggan mahu melihat bagaimana rupa bentuk produk yang ingin dibeli maklumlah gambar membongkar beribu perkataan. :D

Bersambung….

P/S: Tunggu bahagian kedua di masa akan datang. Jika ciri-ciri di atas anda ikuti pasti 50% keinginan anda untuk menjadi usahawan berjaya tercapai. ;)

Assalamualaikum kepada semua, :D
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

  1.  Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2.  Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3.  Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum        membencinya.
  4.  Orang lelaki yang melarikan diri.
  5.  Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
  6.  Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
  7.  Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
  8.  Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
  9.  Orang-orang yang suka makan riba’.
  10.  Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

P/S: Sesiapa ada yang ingin mengiklankan produk anda dengan kos serendah RM1 sila pada button Iklan di atas. ;)

Nikmat Berbelanja

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia d3ly.com,

Tahukah anda begitu nikmatnya mengeluarkan wang untuk membeli sesuatu a.k.a berbelanja jika kena caranya. Apa kata anda amalkan tips yang mudah ini. Sejak akhir-akhir ini saya memperaktikkan tips ini dan wow memang begitu nikmat berbelanja.

Caranya mudah sahaja sediakan sepinggan pulut kuning beserta telur.. keke gurau jer.. Begini caranya apabila anda berbelanjalah seperti orang yang kesuntukan wang bila kewangan anda dalam keadaan stabil dan berbelanjalah seperti biasa (seperti diri anda) jika kewangan anda tidak stabil (jangan boros) . Ya itulah tipsnya.. cubalah anda pasti berasa nikmat dalam berbelanja.

Contohnya bila anda baru menerima gaji atau duit sekolah bagi bulanan seperti saya :D berbelanjalah dengan penuh jimat seperti anda berada di hujung bulan dan bila di hujung bulan berbelanjalah seperti anda baru mendapat gaji. :D Huh mengeluh orang yang melihat anda berbelanja kerana melihat anda sentisa cool dalam berbelanja. :D Nanti dalam post akan datang saya akan terangkan bagaimana cara untuk menyimpan wang hampir separuh daripada wang gaji anda. ;)

P/S: Amalkan tips ini setiap pagi supaya anda menjadi Usahawan Berjaya Hohoho! Jom mari ramai-ramai sertai forum mahercubed. Apa komen anda tentang tips ini?

Pelajar Dan Ebiz

Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Isk…Isk… sekarang ni sibuk sikit dengan forum mahercubed dan tak dapat meluangkan masa yang banyak kepada blog ini :(. Namun saya datang dengan tips yang menarik hari ini iaitu sesuaikah seorang pelajar untuk memulakan perniagaan internet?

Terdapat pelbagai jawapan di sebalik soalan ini dan memanglah tidak salah dan berdosa jika seorang pelajar melakukan ebiz tetapi perlulah bijak dan sistematik dalam menguruskan masa. Dan tidak mustahil juga jika seorang usahawan berjaya adalah pelajar. Masa ibarat pedang jika anda tidak memotongnya dia akan memancung mu (matilah kamu dan tak sempat berkahwin hoho :D).

Kita baca apa kata-kata otai ebiz Malaysia ni:


Shuth
Diwaktu umur seperti ini, pelejaran itu semangnya harus diutamakan. Mak awak mesti risau takut-takut anda akan mengabaikan pelajaran. Nak berniaga tu boleh.. tapi jika ia boleh mengabaikan pelajaran.. ia sesuatu yang kurang sesuai untuk dilakukan. takut nanti.. berniaga tak untung mana.. belajar pulak gagal. Kan dah susah…

Lainlah kalau anda bijak membahagikan masa… kalau yg tu.. ok je..

Apa-apa pun.. saya cadangkan.. anda tumpukan usaha untuk berniaga ini pada waktu musim cuti sekolah.. itu lebih baik. Masa beljar nie.. belajar betul2.. waktu cuti nanti.. baru buat betul2..


Bitol
Saya just cadangkan anda blaja dulu selok belok internet business. Pas abes SPM baru fokus btol2 psl ni. You know, it’s really a cruel world. Bkn nak takutkan tp ni kenyataan, lagi2la orang malaysia ni.

Jadikan Costa Dedes sbg idola. Umur die skg baru 22 tahun, dah mampu beli rumah pakai duit internet sendiri. Aritu ade die tunjuk check pertama yang die dapat masa umur 14 tahun. So, maybe anda boleh jadikan dia contoh terdekat.


Mohd Sufian
Yang penting pelajaran jgn ditinggalkan. Memanglah semua pekerja Donald Trump ada degree. tapi itu Donald Trump.

Kita kena tahu apakah pilihan utama kita, dah FOKUS.

Surfaddict: Nasihat saya, tumpukan pada pelajaran dulu. E-biz ni tak kan kemana2 jika awal gagal dlm e-biz awak masih bleh mencuba semula bila2 masa. Tp kalau tak cemerlang dlm SPM tiada jln patah balik. Mmg pelajaran bukan segalanya bg sesetengah pihak, tp dlm dunia moden skang pelajaran adalah tapak yg awak perlu bina utk berdiri teguh dalam apa bidangpun.

Rumusanya:

  • Utamakan pelajaran ingatlah orang yang tersayang ;)
  • Perniagaan boleh dimulakan bila-bila masa.
  • Jika pelajar masih nak juga berniaga uruskan masa dengan baik.

Itulah dia kata-kata otai ebiz kita… semua mereka makan garam dulu daripada kita jika nak tahu lebih lanjut tentang ini klik sini.

Sekian wassalam.
P/S: Pastikan ini memberi pengajaran kepada anda :D. Jangan lupa support forum mahercubed.com.